MAJLIS PRESIDEN HARUS BERANI BUAT KETETAPAN PADA 21 FEBRUARI INI



Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020, iaitu pada 21 Feb ini.

Kita mahu lihat, adakah benar Majlis Presiden akan mematuhi janji peralihan kuasa PM akan berlaku di mana tempuh dua tahun untuk Tun M menjadi PM berakhir pada Mei 2020 ini.  Semua tahu, Tun M adalah PM sementara dan itulah yang dijanjikan kepada kita semua.

Kita juga dengar dari mulut Tun M sendiri selepas beliau dilantik menjadi PM, beliau akan menjadi PM untuk tempuh dua tahun.  Ikuti wawancara beliau dan kenyataan beliau yang awal, bukannya kenyataan beliau selepas itu yang semakin bercelaru.  

Lojiknya, PM sementara tidak akan lebih lama dari PM sebenar yang mahu diangkat oleh PH.  Seandainya Majlis Presiden membenarkan Tun M menjawat jawatan PM sehingga selepas Persidangan APEC iaitu pada November 2020, ini bermakna Tun M akan menjadi PM lebih lama dari Anwar sebelum parlimen dibubarkan.  Selepas APEC, mungkin bulan Disember 2020 atau Januari 2021, atau bila2 masa selepas itu.  Semuanya boleh dipusing oleh Tun M sepertimana beliau telah pusing kenyataan beliau awal dahulu iaitu dua tahun.

Bagi mengelakkan kontroversi berterusan dan negara kembali tenang tanpa isu ini terus dimainkan serta meyakinkan pelabur, Majlis Presiden yang kebanyakan pimpinannya sebelum PRU14 dahulu terkenal dengan keberanian serta komited dengan reformasi, harus berani mengambil ketetapan bahawa peralihan kuasa wajib dilakukan pada Mei 2020 .  Jika ini boleh dilakukan, maka imej Majlis Presiden akan dipandang tinggi oleh rakyat dan tidak dilihat terlalu takut dengan PM atau dilihat terlalu sayang kepada kedudukan masing2 di dalam Kabinet.

Benar, Anwar berkata beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M agar peralihan kuasa berlaku selepas APEC.  Sebagai manusia yang ada kepentingan dan disebut untuk menjadi PM dan juga sebagai Presiden Parti Keadilan, kenyataan Anwar itu boleh dianggap kenyataan  diplomasi yang tujuannya untuk meredakan suasana.  Tetapi, beliau juga memberikan isyarat jelas iaitu terpulang kepada Majlis Presiden.  

Maka, bola di kaki Majlis Presiden PH sekarang.  Soal mengkotakan janji bukan ditentukan oleh Tun M atau Anwar, tetapi oleh Majlis Presiden PH.  Kami tuntut janji itu.

WFAUZDIN NS


SARAF UNTUK MENCUKUPKAN BILANGAN, MASIH TIDAK CUKUP




1. Sedang bertiup kencang ketika ini kononnya sekumpulan anggota parlimen (MP) didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Tun Mahathir supaya kekal sebagai perdana menteri hingga akhir penggal.

2. Semalam juga menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama bertemu Tun Mahathir membincangkan soal Peralihan Kuasa. Kedua-dua pihak bersetuju peralihan kuasa akan dimuktamad dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari ini.

3. Tun Mahathir turut menafikan sebarang penglibatan dalam spekulasi akuan bersumpah tersebut, malah mengulangi pendiriannya berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan selepas Sidang APEC (MStar Online 14 Februari).

4. Dalam satu kenyataan berasingan, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terbabit dengan mana-mana SD. Jika Zuraida yang diketahui umum sebagai orang nombor dua selepas Azmin telah mengaku tidak terlibat, maka apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

5. Dilaporkan terdapat sebuah SD yang mempunyai sokongan (tandatangan) seramai 138 ahli parlimen. Antara pecahannya, angka 26 MP adalah dari parti KeADILan. Namun apabila melihat realiti sebenar sokongan yang kuat kepada Presiden, angka 26 MP itu boleh disifatkan sebagai inzal pra-matang.

6. Jumlah MP yang kononnya mencecah angka 138 ini adalah satu permainan saraf untuk menarik sokongan lebih ramai ahli parlimen bagi mencukupkan bilangan yang tidak cukup-cukup sejak kegagalan agenda Pakatan Nasional.

7. Jika benar ada SD yang ditandatangani 138 MP, sudah pasti SD tersebut bocor kerana ketika ini majoriti MP cenderung untuk bersama Perdana Menteri ke-8 yang sudah dijanjikan, kecuali pembangkang tegar dan juga segelintir MP PKR yang hilang pedoman.

8. Adalah menjadi perkara norma apabila bilangan ahli itu tidak cukup korum maka dimomokkan ahli yang lain supaya muncul untuk turut serta menurunkan tandatangan, atau mereka akan ketinggalan kapal. 

9. Maka propaganda dan perang saraf terus dirancang dan dinyalakan sehingga misi petualang untuk menafikan perjanjian demi merebut kuasa itu akhirnya berjaya. Mungkin mereka terlupa, tuhan juga merancang.

10. Apa yang pasti sekarang ini, Pas, Umno dan Kartel PKR sudah pasti mahukan Tun Mahathir kekal hingga habis penggal supaya tiada anjakkan reformasi yang berlaku sepanjang penggal ke-14 ini. Anwar Ibrahim perlu dihalang, by hook or by crook. Oleh demikan dapat dilihat bermacam helah muncul dari pelbagai arah.

11. Majlis Pakatan Harapan digesa untuk mengumumkan tarikh muktamad peralihan kuasa. Samada Mei atau November, satu tarikh adalah memadai untuk kita semua bergerak bersama menuju ke detik gemilang itu. 

12. Definitif tarikh akan menjadikan Malaysia jauh lebih stabil khususnya dalam soal politik, ekonomi dan sosial. Pelabur akan lebih bersedia untuk menjangkakan pelaburan mereka ke negara ini, ekonomi juga akan mula bergerak selaras dengan kestabilan politik.

13. Adalah menjadi pedoman penting kepada semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa yang telah muktamad akan menjanjikan transisi kuasa yang aman dan teratur. Tiada janji sebaliknya.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger


SELEPAS KOMITED SERAH KUASA KEPADA ANWAR, MAHATHIR SEPATUTNYA LARANG USAHA KUMPUL SD DAN TOLAK USUL PERCAYA PAS




Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD untuk mengekalkannya sehingga habis penggal, sekiranya benar masih sayangkan PH, sekurang-kurangnya dua tindakan di bawah ini harus dilakukannya tanpa bertangguh lagi.

Pertama, mengeluarkan kenyataan keras meminta diberhentikan serta-merta sebarang usaha mengumpul SD itu, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh kelompok dalam Bersatu, UMNO atau sebagainya.

Kedua, juga mengeluarkan kenyataan tegas menolak campurtangan Pas mahu menyokongnya sehingga habis penggal melalui usul undi percaya di Parlimen.

Tetapi, adalah Tun Mahathir melakukannya?

Ikut logiknya, setelah membuat pengakuan sekali lagi untuk komited menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, cuma meminta dianjakkan peralihan kuasa sehingga selesai Sidang Apec pada November, itulah yang seharusnya dilakukan oleh Tun Mahathir.

Ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan keadaan menjadi tenang sementara menunggu peralihan kuasa dilaksanakan, seterusnya memastikan PH tidak lagi terancam perpaduannya.

Namun, tidak melakukan kedua-dua perkara tersebut memungkinkan boleh berlakunya banyak kejadian lain yang tidak dijangka.

Apa terjadi, meskipun sekiranya peralihan kuasa telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden 21hb Februari nanti adalah selepas Sidang Apec iaitu November, tetapi usaha golongan keparat mengumpulkan SD untuk tujuan mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal masih lagi berterusan dan tidak pernah dilarang oleh Tun Mahathir?

Cukupkah sekadar menyatakan beliau tidak terlibat dengan komplot tersebut?

Juga, apa akan terjadi jika tarikh peralihan kuasa telah dipersetujui, namun Tun Mahathir masih enggan mengeluarkan kenyataan tegas menyatakan tidak memerlukan sokongan daripada Pas melalui usul undi percaya terhadapnya?

Apakah susah benar bagi Tun Mahathir menolak usul percaya Pas itu sebagaimana beliau kerap membelasah parti Islam itu sebelum ini?

Dalam tempoh 9 bulan daripada sekarang sehingga selesai Sidang Apec pada November depan untuk menanti berlakunya peralihan kuasa, hakikatnya macam-macam perkara boleh berlaku.

Selagi Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan tegas dan keras melarang pengumpulan SD dan menolak Pas membawa usul undi percaya terhadapnya, bolehkah dalam tempoh 9 bulan itu beliau benar-benar dipercayai dan diyakini tidak melakukan satu lagi U-Turn seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini?

Tidakkah mungkin nanti, dengan muka selamba dan kerut-kerut di wajah yang semakin nyata, Tun Mahathir akan berkata, “Memang saya nak serahkan jawatan kepada Anwar dan janji pun sudah dipersetujui, tetapi oleh kerana sokongan untuk saya masih ada, apa saya boleh buat?”

Dalam ertikata lain, bukankah dalam hal ini janji peralihan kuasa sebenarnya lebih baik kekal dilakukan pada Mei dan bukan November?

Menjelang November atau ada masa 9 bulan, selain wanita mengandung sudah boleh melahirkan anak, ular lidi pun sudah bertukar menjadi ular sawa yang cekap membelit di sana sini, kecuali jika Tun Mahathir dengan ikhlas dapat melakukan dua perkara yang disebut di atas tadi.

Maka, apakah tidak mustahil Tun Mahathir juga akan membelit lagi sebuah janj dalam tempoh 9 bulan akan datang? ShahbudinHusin 15/02/2020)

*PIMPINAN MANA YANG KHIANAT KEPADA PERJUANGAN???



Horas


1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam, kami anak muda dibakar semangat oleh ulama PAS supaya lawan UMNO. Kalau mati kerana lawan UMNO, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan UMNO? Sebab pemimpin UMNO zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan agama.

3. Lalu ayat al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong UMNO, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama PAS.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama PAS. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas PAS buat kerja utk lawan UMNO. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin PAS. Semasa Abdul Hadi belum jadi Presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara.

6. Kini, segala-galanya berputar. UMNO bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan UMNO dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam. 

Ayat al-Quran tadi bukan dihala kpd UMNO lagi tapi dihala kpd musuh Umno pula. 

7. Padahal, UMNO yg dahulu dan kini adalah sama dan tak berubah pun. Maknanya, pihak yg berubah adalah PAS. 

Berubah daripada lawan UMNO kepada mesra UMNO. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku? 

Jawabnya ialah *PAS*. 

*Patutkah PAS yg khianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?*

PAS sanggup memperhambakan diri utk kelangsungan politik UMNO. Byk-bykkan bertaubat dan beristighfar sblm kamu mati mengadap Ilahi...

NASIHAT KU BUAT HADI AWANG



Miqdad Zakaria.

D peribadi dad sangat kesian tengok ayah chik kerana terpaksa tukar lidah dalam membuat kenyataan demi untuk menjaga sebuah parti bernama PAS.. 

Dad rasa baik ayah chik tumpu kepada dakwah dan sasarannya kepada golongan bukan islam sahaja.. Ayah chik masuk ke semua tempat agama lain untuk berdialog dan mencari titik persamaan.. Mana tahu ada di kalangan mereka mendapat hidayah disebabkan usaha dakwah ayah chik.. 

Atau pun.. 

Ayah chik tumpu kepada tarbiah untuk walaun's PAS yang ramai di kalangan mereka berlidah cacat.. Selalu memaki hamun dan mencarut.. Mana tahu berkat usaha tarbiah ayah chik kepada mereka.. Mereka boleh jadi soleh dan dikurniakan lidah yang fasih dalam membaca dan menghuraikan ayat² Allah.. 

Jadi.. 

Kalau semua itu berjaya.. Nama ayah chik juga yang baik.. Semua orang akan hormat ayah chik.. Dan sejarah ayah chik dalam mengislamkan tokoh² agama bukan islam akan  terpahat kemas dalam lipatan sejarah.. 

Dad bukan nak kipas ayah chik.. Cuma nak selamatkan ayah chik jer.. 

😁😁


*HORMATI PROSES PARLIMEN BERPELEMBAGAAN.*



16 February 2020

Saya maklum beberapa hari kebelakangan tentang respon saya terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan Berita Harian telah menimbulkan banyak persoalan. Kenyataan saya telah di nukilkan dalam sebuah artikel di berita harian pada hari Selasa 11 febuary 2020.

Kenyataan ini menjadi tular setelah salah seorang pimpinan PAS Pusat telah melakukan kesilapan dalam meneliti dan mentafsir keratan akhbar tersebut. Beliau dalam kenyataan di media sosial dan akhbar rasmi PAS iatu HARAKAH, telah menyatakan bahawa saya telah melampaui ruang lingkup kuasa yang diberikan oleh perlembagaan dengan menolak usul menyokong Perdana Menteri kekal sehingga ke hujung penggal ke 14 ini.

Saya selaku Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat 1 yang telah dipilih secara undian dalam dewan yang mulia akan tetap menjunjung peranan dan kuasa yang di berikan seadilnya

Seperti yang saya nyatakan dalam keratan akhbar tersebut,

*".. Jika mereka mahu membawa usul dan menjadi usul persendirian ia perlu mendapat persetujuan Yang di Pertua Dewan Rakyat"*

Ia jelas bahawa saya tidak mendahului apatah lagi membuat sebarang keputusan.

yang lebih menghairankan bagaimana keputusan boleh dibuat sedangkan usul belum di bawakan? Saya kira terdapat segelintir usaha jahat untuk mencalarkan institusi parlimen yang mulia ini.

Akhir sekali, kita harus sedar cadangan usul sebigini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Apatah lagi dibawa oleh Pembangkang. Saya berpendirian bahawa usul ini bukanlah keperluan kerana kerajaan dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir berada pada landasan yang betul. Kestabilan ini dicemburui oleh sesetengah pihak yang merasa tergugat dengan kejayaan kerajaan ini.

Dato Hj Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.


BERTAUBATLAH HADI AWANG



Pas dilaporkan akan terus dengan rancangan untuk membawa usul undi percaya agar Perdana Menteri dikekalkan mentadbir negara sehingga habis penggal, meskipun isu peralihan kuasa pada hakikatnya tidak berbangkit lagi setelah pertemuan Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir Mohamad semalam.
Dalam pertemuan semalam, Tun Mahathir memberitahu Anwar, beliau kekal komited dengan janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama PH sebelum ini.
Tun Mahathir juga menegaskan, beliau tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul tandatangan bagi tujuan mengekalkannya sehingga habis penggal.
Hari ini, bercakap tentang hal yang sama, Tun Mahathir juga berkata, beliau sudah berusia 94 tahun dan menginjak 95 tidak lama lagi.
“Saya sudah 94 tahun.
“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan,” kata beliau.
Dalam ertikata lain, Tun Mahathir sedar kekuatan dirinya tidak mungkin bertahan sehingga ke habis penggal dan untuk itu, melakukan peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui adalah pilihan terbaik baiknya.
Tetapi, Hadi Awang memberitahu, Pas akan tetap membawa usul undi percaya sebagaimana yang telah dirancangnya.
Malah, beliau menegaskan tindakan itu bukan untuk mengampu Tun Mahathir, tetapi untuk menyelamatkan negara.
Dalam hal ini, apakah Hadi Awang tidak faham-faham lagi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu?
Untuk apa lagi Pas mahu membawa usul undi percaya mahu Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal pada sidang Parlimen Mac ini, sedangkan penyerahan kuasa kepada Anwar bakal menjadi kenyataan?
Lebih-lebih lagi jika pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari nanti tarikh peralihan kuasa sudah dipersetujui, membawa usul undi percaya untuk Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.
Apa yang Pas mahu lagi sebenarnya?
Benarkah tindakan membawa usul itu untuk menyelamatkan negara?
Atau ia menggambarkan ketakutan Pas terhadap sosok bernama Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri?
Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, apakah Pas tidak sedar mencetuskan gangguan atau kekacauan yang boleh membawa negara menjadi tidak aman melalui usul itu adalah perbuatan yang dilarang oleh agama?
Bertaubatlah Tok Guru!! (ShahbudinHusin 14/02/2020)