BILA MAHATHIR MAHU UNDUR, NAMPAKNYA RAMAI YANG MENGGELUPUR.....


Semalam, Tun Mahathir Mohamad tanpa berselindung menyatakan kesediaannya untuk berundur dengan serta-merta jika itu yang dikehendaki oleh Majlis Presiden PH.

Kata beliau, kedudukannya adalah ditentukan oleh empat parti dalam PH dan beliau akur dengan apa jua ketetapan Majlis Presiden mengenai dirinya.

“Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur,” katanya.

Pendirian itu dinyatakan oleh Tun Mahathir di ketika desakan semakin kuat menderu agar beliau menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim pada Mei 2020 ini.

Dalam pada itu, rata-rata orangramai mengalu-alukan kenyataan Tun Mahathir mahu berundur itu kerana ia dianggap langkah terpuji olehnya bagi memastikan PH terus stabil dan tidak berpecah.

Kata mereka, memandangkan Tun Mahathir sudah berusia 94 tahun dan beliau pun menjadi Perdana Menteri untuk kali yang kedua, keinginannya untuk berundur itu adalah tindakan tepat ke arah memastikan peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan aman, tertib serta teratur.

Begitu pun, tidak kurang yang melihat kesediaan mahu berundur itu kerana Tun Mahathir dikatakan akhirnya lebih memilih jalan damai dalam meniti sisa-sisa hujung usianya dan untuk memastikan nama serta legasinya terus terpelihara, disanjung dan dihormati selepas ketiadaannya nanti.

Siapa pun seseorang itu, lebih-lebih lagi bagi yang beragama Islam, memilih jalan yang membolehkan namanya lebih dihormati sebelum menemui detik kematian dan untuk meninggalkan nama yang baik adalah sesuatu yang normal dan biasa sebenarnya.

Seboleh mungkin, semenangnya semua orang mahu mengakhiri kehidupan masing-masing dalam zon kemaafan dan namanya boleh dikenang dengan baik oleh kawan-kawan, saudara-mara serta kenalan di sepanjang zaman.

Begitu juga dengan Tun Mahathir, beliau ketika ini boleh dianggap menghirup udara kehidupan dalam usia bonus tambahan yang jarang dinikmati oleh insan-insan lain.

Meskipun ajal maut di tangan Tuhan, mustahil dalam usianya sekarang Tun Mahathir lebih memilih jalan gaduh dan berkelahi, walhal jalan aman serta damai yang membolehkan nama, legasi dan keluarganya hidup sejahtera selepas ketiadaannya lebih terbentang luas untuk dijadikan pilihan.

Lantaran itu, bagi mereka yang normal, keinginan Tun Mahathir mahu berundur itu semestinya dipuji dan disokong kerana ia adalah pilihan terbaik bagi dirinya.

Bagaimanapun, sejak semalam, pendirian terbaru Tun Mahathir itu membuatkan segelintir pihak tertentu yang kebanyakannya merupakan pentaksub dan pengampunya tiba-tiba jadi menggelupur tak tentu hala.

Turut jadi resah dan tak keruan ialah daripada kalangan Bersatu sendiri yang seolah-olah berkehendakan Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sampai mati.

Terdapat juga di kalangan mereka yang berlagak bagaikan pakar politik dan tak semena-mena menitipkan pelbagai idea serta keperluan untuk dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pengundurannya dengan harapan beliau sedia memikir semula keinginannya untuk berundur itu.

Semua mereka ini kelihatan tiba-tiba jadi panik, tak keruan, mengecam dan menyalahkan sana sini serta merasakan seperti dunia akan kiamat dengan ketiadaan Tun Mahathir di kerusi Perdana Menteri.

Sebenarnya inilah masalahnya bila terlalu taksub dan fanatik kepada batang tubuh seseorang, bukan kepada sesuatu perjuangan.

Seharusnya mereka sedar, yang lebih penting dipertahankan ialah perjuangan PH itu sendiri dan kedudukannya sebagai kerajaan berbanding menumpahkan ketaksuban kepada mana-mana individu.

Dalam konteks ini, keinginan terhadap Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir tidak sesekali disebabkan kerana taksub kepada batang tubuhnya, tetapi kerana perjuangan dan asas reformasi yang dinyalakannya sejak 1998 lagi.

Tanpa reformasi yang dimulakan oleh Anwar, perubahan kerajaan dan menumbangkan BN boleh dikata mustahil dapat dilakukan.

Lantaran itu, jangan taksub kepada Anwar, tetapi taksublah kepada asas perjuangan dan pengorbanan yang telah dibinanya.

Lagi pula, terlalu taksub kepada Tun Mahathir dan menolak Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri selepasnya hanya akan memberi ruang semula kepada perpecahan PH, seterusnya membuka laluan kepada UMNO dan BN yang sudah kenyang selama 60 tahun dan kemudian lapar selama 5 tahun, untuk kembali semula melanun kuasa dalam PRU15 akan datang.

Meski Anwar sudah dinamakan sebagai pengganti Perdana Menteri dan jika beliau dapat lebih awal menduduki kerusi itu, yang penting di sini ialah kerajaan yang mentadbir negara masih lagi merupakan kerajaan PH yang didalamnya ada PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta juga Warisan.

Atas semangat perkongsian kuasa PH, sebagaimana Tun Mahathir diterima sebagai Perdana Menteri, apakah bezanya menerima Anwar sebagai penggantinya, melainkan di dalam hati tersimpan daulah terpendam mahukan BN berkuasa semula? (ShahbudinHusin 15/01/2020)



Di manakah kegagalan pendidikan Malaysia dalam menyemai rasa kekitaan antara etnik?


Diterbitkan semula  




Dalam proses membentuk perpaduan di Malaysia, seharusnya dasar pendidikan membentuk satu imaginasi kepada masyarakat untuk menuju bangsa idaman, ujar Nurfarhana Che Awang.

Terdapat seorang anak muda dilahirkan di sebuah perkampungan nun jauh dari pembangunan kota. Emosi dan jiwa yang mengalir di dalam diri, khayal penuh dengan jiwa ‘kemelayuan’ tanpa satu ilham terhadap dunia di luar sana.
Dua puluh tahun kemudian, anak muda tersebut menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej tempatan di Pulau Pinang dan ditugaskan untuk mengajar subjek hubungan etnik.
Pertama kali melangkah masuk ke dewan kuliah, mata berpandangan dan kaki berdiri kaku di hadapan pelajar yang berbeza daripada imaginasinya yang lalu. Hati bermonolog “seakan-akan berada di sebuah bumi yang asing saat ini”. Para pelajar asyik bersembang sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka yang tidak difahami oleh mereka yang bukan sebangsa.
Sesungguhnya, bagi seorang anak jati Melayu yang dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang bermajoritikan bangsa Melayu, keadaan dalam dewan kuliah ini suatu yang terlalu asing dan janggal daripada kebiasaan. Malahan kelaziman bahasa pertuturan yang diperucapkan adalah bahasa Melayu bermula seawal di rumah sehingga di bangku persekolahan. Pelik dan kekok menemani benak fikiran si pengajar.

Lamunan tersentap dan fikiran kembali ke alam realiti. Suasana dalam dewan kuliah majoriti dipenuhi dengan pelajar berbangsa Cina, ada beberapa orang pelajar berbangsa India dan boleh dikatakan hampir tiada kelibat atau susuk tubuh pelajar berbangsa Melayu.
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana asing dan menjanggalkan dan hati sentiasa bermonolog “bahasa apa yang seeloknya digunakan, bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia?” – kerana majoriti pelajar tidak fasih dalam bahasa Malaysia.
Dilema menghimpit diri kerana subjek ini diharuskan untuk mengguna Bahasa Malaysia sebagai bahasa medium kerana ianya sebahagian daripada objektif kursus.
Sepanjang menjadi tenaga pengajar, ada satu peristiwa yang amat memberi kesan kepada pemikiran penulis sehingga hari ini. Ada seorang pelajar berbangsa Cina bernama Raymon bertanya, “Miss, why this subject has to be taught in Bahasa Malaysia? I don’t get why it must be in Bahasa because everywhere I go I don’t use Bahasa to speak especially when I travel.”
Hati bermonolog lagi, “Jawapan bagaimana harus diberikan kepada persoalan ini dan soalan apakah ini?”
Sang pengajar diam seketika sambil berfikir, “Tahukah budak ini yang Bahasa Malaysia sudah termaktub dalam perlembagaan negara dan menjadi bahasa rasmi negara. Tak belajar sejarahkah budak ini di sekolah?”
Sang pengajar tertanya-tanya bukankah Sejarah dan Bahasa Malaysia menjadi subjek yang wajib lulus untuk pelajar melanjutkan pelajaran di pendidikan tinggi? Tetapi kenapa kes sedemikian terjadi? Kenapa seolah-olah pelajar ini tidak memahami sejarah yang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara dan seharusnya Bahasa Malaysia boleh dipertuturkan oleh semua orang. Kenapa di kolej ini pelajar seolah-olah terasing dengan Bahasa Malaysia. Hairan bin ajaib! Dan aku sebagai seorang tenaga pengajar berbangsa Melayu terasa janggal untuk berkomunikasi dengan mereka. Apakah sebenarnya yang terjadi dan terlepas pandang oleh diri ini?
Ironinya, di manakah nilai kesepaduan dalam kepelbagaian atau pun ‘unity in diversity, yang sentiasa dilaungkan dan menjadi mantra dalam pendidikan negara? Kenapa aku sendiri terasa asing terhadap kepelbagaian ini? Dan kenapa pelajar-pelajar ini seolah tidak memahami sejarah dan Bahasa Malaysia?
Adakah matlamat pendidikan negara gagal kerana tidak berjaya membentuk masyarakat Malaysia yang berkongsi nilai-nilai kebangsaan walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama? Ya, ia gagal kerana aku sendiri tidak merasakan rasa kekitaan sesama anggota masyarakat.
Andai kata gagal di manakah kegagalannya? Adakah pada peringkat formulasi dasar atau pada peringkat perlaksanaan dasar? Persoalan ini yang harus dileraikan.
Kegagalan terhadap penerapan nilai kekitaan dan kebersamaan dalam masyarakat seolah dapat dilihat kian hari kian parah dengan kemunculan pelbagai isu kontroversi yang telah menyentuh isu-isu perkauman yang dilihat boleh mengugat keamanan dan keharmonian negara. Propaganda yang bersifat perkauman sering dilontar dan dimuat naik di laman sosial media yang menimbulkan isu perkauman dan mencetuskan kegusaran terhadap keamanan negara.
Terdapat kes di mana seorang lelaki berbangsa Cina telah memuat naik gambar yang berunsurkan penghinaan terhadap masyarakat Islam. Tak kurang juga terdapat ahli agama yang mengkritik kaum lain dalam memberi ceramah. Bahkah kes kematian ahli bomba Muhammad Adib turut dimainkan sebagai isu perkauman, isu penggunaan bahasa Jawi, pemasangan bendera Malaysia melanggar etika.
Paling merisaukan adalah pucuk pimpinan dan ahli politik negara sendiri yang turut memainkan sentimen-sentimen berbaur perkauman dalam meraih undi, berserta kes-kes diskriminasi dalam sektor pekerjaan negara dan sebagainya.
Jelas isu-isu di atas menunjukkan mentaliti dan nilai insaniah yang parah meresapi jiwa masyarakat kita di pelbagai peringkat pada hari. Keadaan ini telah mengugat keharmonian negara dan telah menyemarakkan api perpecahan antara kaum sehingga kesannya akan membawa kepada kegagalan membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan harmoni dalam kepelbagaian.
Justeru itu, ungkapan slogan “perpaduan dalam kepelbagaian” dilihat sebagai retorik yang memuji kemajmukan kehidupan masyarakat Malaysia yang hidup dalam perpaduan dan keamanan menerusi rasa kesatuan yang disemai melalui pendidikan.
Namun demikian, kepincangan dan kritikan terhadap kegagalan dasar pendidikan yang membentuk perpaduan masih dilihat seolah-olah menyalahkan kolonial British dan dasar “pecah dan perintah” mereka yang telah membentuk segregasi dalam masyarakat.
Walhal Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir 62 tahun dan telah melaksanakan pendidikan negara untuk perpaduan dalam acuan sendiri. Tetapi permasalahan dan sentimen perkauman masih menjadi asam garam dalam kehidupan dan politik Malaysia.
Persoalan yang timbul adalah, di manakah kepincangan dan kesilapan dasar pendidikan yang menyebabkan kegagalan mewujudkan integrasi dalam masyarakat sehinggakan hal menjadi parah sedemikian rupa?
Generasi muda harus dididik dan disemai rasa perpaduan dan kekitaan antara masyarakat pelbagai kaum demi memastikan keamanan dan keharmonian yang wujud seperti yang digambarkan, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian yang terlaksana dan berjaya. Dan seharusnya kepelbagaian ini menjadi suatu kekuatan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari pelbagai aspek ekonomi, politik dan sosial.
Falsafah pendidikan kebangsaan telah jelas mengariskan bahawa pendidikan negara bermatlamatkan ke arah perpaduan sekian lama telah diungkap melalui pengubalan Rukun Negara.
Namun demikian, permasalahan yang timbul pada hari ini tidak dilihat wujud pada peringkat formulasi dasar pendidikan tetapi di peringkat perlaksanaan dasar yang melibatkan kurikulum pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar.
Di sini guru harus memainkan peranan dalam menerapkan matlamat dan nilai pendidikan kebangsaan. Berikutnya, bagaimana dan sejauh mana peranan guru untuk menyemai nilai-nilai kesepaduan dalam kepelbagaian dalam konteks pendidikan ini?
Bukan sahaja peranan guru penting dalam menyemai nilai-nilai perpaduan dan kefahaman terhadap pelbagaian dalam masyarakat – bahkan bagaimana sistem persekolahan ditadbir dapat memberi kefahaman kepada para pelajar untuk mereka melihat dan menggambarkan kepelbagaian yang wujud hari ini sebagai satu kekuatan kepada negara untuk kemajuan dan keharmonian bersama.
Dasar pendidikan kerajaan seharusnya mencari nilai-nilai yang mampu mengikat rasa kesepunyaan dan kepentingan bersama untuk disemaikan melalui ruang kurikulum pendidikan.

Nilai-nilai ini dapat ditanamkan dalam diri masyarakat dengan tujuan membentuk bangsa yang bersatu padu dalam kepelbagaian.
Aspek ini boleh digambarkan dalam istilah “tak kenal maka tak cinta” yang cuba menerangkan perpaduan negara akan dapat dicapai melalui saluran pendidikan yang mendidik rasa cinta melalui nilai pengenalan terhadap kepelbagaian agama, budaya, ras, etnik adat dan sebagainya dalam masyarakat.
Usaha ini boleh dibuat melalui perlaksanaan kaedah pembelajaran, pedagogi, dan kemahiran guru dalam menyemai nilai-nilai di atas.
Sebagai kesimpulan, untuk mewujudkan aspirasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian, peranan guru adalah sangat penting dalam menyemai rasa kesepunyaan, membentuk nilai insaniah dan kewarganegaraan yang baik agar tiada sempadan yang menghalang perpaduan ini wujud.
Pemerkasaan kompetensi guru dalam proses penerapan nilai-nilai kewarganegaraan dan multikultural melalui kurikulum pendidikan subjek sivik dan kewarganegaraan dan sejarah harus diberi penekanan. Subjek-subjek ini memiliki nilai yang tinggi dalam membentuk pemahaman dan rasa kesepunyaan antara kaum.
Peranan dari Kementerian Pendidikan juga harus lebih serius memperkasa kompetensi kemahiran pedagogi guru-guru dengan memberi latihan kepada guru-guru yang terlibat dengan pengajaran khususnya mata pelajar sivik dan kewarganegaraan dan sejarah. Kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam mengajar menjejaskan keberkesanan nilai-nilai yang ingin diterapkan terhadap pelajar.
Kepentingan guru-guru menjadi ‘role model’ dalam memaparkan idea, pemahaman, empati, keterbukaan minda, dan toleransi dalam proses pengajaran pembelajar dalam kalangan murid mampu mendidik dan memberi rasa kekitaan serta gambaran terhadap masyarakat idaman yang dinginkan.
Selain itu, Kementerian Pendidikan harus lebih memperkasakan aktiviti dan mewajibkan guru-guru mengadakan program pengajaran dan pembelajar di luar bilik darjah dalam meningkatkan kefahaman dan integrasi antara pelbagai kaum khususnya di dalam ekstra-kurikulum di sekolah.
Justeru, dalam proses membentuk perpaduan dan keharmonian sejajar menuju ke arah pembentukan Malaysia, seharusnya dasar pendidikan membentuk dan mengikat satu gambaran atau imaginasi kepada masyarakat untuk menuju bangsa idaman. Seperti yang diperkatakan di dalam karya Benedict Anderson, Imagined Communities, yang menggambarkan kepelbagaian yang wujud dalam konteks budaya, bahasa, ras, dan etnik yang mampu bersatu sebagai sebuah “masyarakat bayangan” (imagined community) kerana berpaksikan kepada satu set nilai-nilai kebangsaan walaupun tidak mengenali secara peribadi antara satu sama lain. Inilah hala tuju yang perlu diambil oleh sistem pendidikan negara kita.
Nurfarhana Che Awang merupakan seorang pelajar PhD di Universiti Sains Malaysia dalam bidang sains politik. Topik kajian penyelidikan adalah “National Educational Philosophy and the Concept of Inclusive Citizenship”Beliau mengambil bahagian dalam bengkel penulis Aliran bertema “Menulis until Membawa Perubahan dalam Malaysia Baru”, di mana rencana ini ditulis.

Saat ini 80% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu


Saat ini 80% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu


SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!*

Di Antaranya...

1. Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .


10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air tebuk' / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan.

12. Tambatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum dilaksanakan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali.

15. AFTA City di Rantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003.

25. Masjid Baru di Kampung Sireh.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta


Kenyataan KPN seolah-olah serangan seksual benar-benar berlaku

 
MGF15012020_SAIFUDDIN-HARGA-BARANG02
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada sidang media khas Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di KPDNHEP, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 15 JANUARI 2020.
PUTRAJAYA – Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador seolah-olah memberi konotasi serangan seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu benar-benar berlaku.
Itu kekecewaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Saya juga nak beri reaksi terhadap kenyataan IGP bersabit dengan keputusan AG untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas Anwar sepertimana alasan diberi semalam.
“Tapi komen hari ini ada satu ayat yang sangat kecewa dan kesal dengan kenyataan tersebut kerana kerajaan itu memberi konotasi seolah-olah perbuatan itu berlaku,” katanya pada sidang media sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu merujuk kepada satu kenyataan Abdul Hamid yang pihaknya menghadapi kesukaran kerana kejadian itu sudah berlaku satu hingga dua tahun dahulu.
Abdul Hamid sebelum itu berkata, kes serangan seksual membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memerlukan bukti fizikal kerana ia sudah lama berlaku hari ini.
“Saya kesal sebab sepatutnya KPN dapat mengawal diri daripada mengeluar kenyataan yang boleh memberikan konotasi boleh dibaca sebagai satu memberi konotasi yang tidak elok kepada individu yang terlibat.
“Saya kesal dan kecewa kenyataan itu sepatutnya tidak datang dengan KPN yang sepatutnya lebih cermat dalam membuat satu kenyataan terhadap satu perkara yang telah diputuskan untuk tidak diteruskan proses pendakwaan oleh Peguam Negara. Itu adalah lebih baik, lebih molek, lebih cantik untuk jawatan nombor satu dalam perkhimatan kepolisan,” kata Saifuddin lagi.- MG


SAH MB KELANTAN GUNA KERETA IMPORT



Mohd Zfrahri

RASMI :
MB Kelantan kini menggunakan kereta import bernilai hampir RM700,000 sebagai kenderaan Rasmi. Harga dah dekat-dekat boleh beli 2 buah Toyota Vellfire 2019 baru..

Rakyat Kelantan ade yang tinggal dalam reban ayam, ade yang terpaksa makan minum mandi dengan air sungai, budak pondok makan nasi berkuahkan air kosong, pelajar xde baju sekolah, lebai PAS gi beli kereta mewah.. punya lebau!!

GAMBAR GAMBAR DSAI DI PRK KIMANIS



Seharian berkempen di Kimanis, Sabah semalam bagi membantu calon Parti Warisan Sabah, saudara Karim Bujang.
Bermula dengan program bersama pekebun-pekebun kecil getah, perjumpaan bersama jentera parti, dan diakhiri dengan ceramah perdana di mana saya menggesa supaya jangan bawa naratif perkauman di Sabah dan beri mandat kepada Warisan untuk kukuhkan negeri dan Persekutuan.
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang duduk, orang makan, makanan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Mencari empati dalam perpecahan masyarakat di Malaysia



17



File photo - People of all faiths joined in solidarity with those breaking their fast at the Acheen Street Mosque in Penang ahead of Raya
Jika kita ada cukup orang yang berfikiran sama daripada pelbagai latar belakang yang sanggup mempraktiskan empati, kita mungkin ada peluang untuk membina Malaysia yang lebih inklusif, tulis Azmil Tayeb.

Baru-baru ini saya di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, untuk menjalankan suatu penyelidikan tentang parti politik Islam, demokrasi dan pemerintahan.
Kelantan merupakan kubu kuat Pas yang memerintah negeri itu dari 1959 ke 1978 dan dari 1990 sehingga sekarang. Ramai daripada kita mengaitkan Pas dengan wajah Islam yang keras, terutama sekali dalam isu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Walaupun dilihat sebagai satu parti yang konservatif, Pas secara keseluruhannya bukanlah sebuah parti yang seragam dan senada. Ada juga segelintir pihak yang bersikap terbuka dan rasional di dalam Pas, bertentangan dengan pandangan umum terhadap parti yang dianggap eksklusif, kekampungan dan tidak toleran. Saya akan kembali kepada kenyataan ini di akhir artikel memandangkan ianya ini bukanlah fokus utama nukilan saya.
Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara pada 2018, kita dapat lihat peningkatan yang membimbangkan berkenaan ketegangan isu perkauman dan agama di seluruh Malaysia. Terkini, adalah mengenai kontroversi tulisan Jawi dan protes tentang hiasan sempena Tahun Baru Cina di sekolah awam.
Secara dasarnya, isu ini timbul hasil daripada salah faham yang serius dan sikap yang jahil dari kedua-dua pihak. Kejahilan membawa para ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan aktor-aktor politik ini kepada peluang untuk mengelirukan dan memanipulasikan rakyat dengan membangkitkan ketakutan yang tidak rasional dan memancing emosi sesetengah rakyat.
Terdapat kekurangan empati dalam pelbagai segmen masyarakat kita kini dan ianya dibuktikan oleh rentetan kontroversi agama dan perkauman dalam tempoh 20 bulan yang lalu.
Empati membolehkan kita untuk memahami seseorang dengan ikhlas dan bermakna, terutama sekali seseorang yang lain daripada kita. Ia memaksa kita untuk berada di tempat seseorang itu, merasai perasaan takut, seronok dan harapan seseorang yang berbeza daripada kita.
Berbeza dengan toleransi, empati merupakan istilah yang sering digunakan untuk menerangkan tentang kepelbagaian budaya. Empati memaksa kita keluar dari zon selesa dan hadapi ketakutan dan kejahilan kita terhadap orang yang berbeza.
Toleransi lebih kepada menggalakkan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk hidup majmuk dan menghormati satu sama-lain demi keharmonian bersama. Sesetengah orang boleh bertolenrasi walaupun jahil tentang agama dan budaya orang lain.
Empati mempunyai nilai yang lebih tinggi dari toleransi perbezaan kerana empati membuatkan kita memahami seseorang dan mencari nilai yang sama walaupun secara lahiriahnya berbeza.
Bagaimana kita boleh berganjak dari toleransi kepada empati? Bagaimana kita boleh menanam benih empati dalam masyarakat kita supaya keamanan dan solidariti dalam pelbagai kaum dapat berakar-umbi dan berbunga?
Prema Devaraj mengajak rakyat Malaysia untuk mengandakan usaha dalam membina Malaysia baru dengan “bersama-sama mendorong roda perubahan dan pada masa yang sama memastikan visi tersebut jelas”. Beliau berkata, Malaysia baru adalah di mana “kepelbagaian agama, pemikiran dan praktis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman”- yang merupakan matlamat utama untuk memupuk empati dalam masyarakat.
Salah satu cara untuk memupuk empati, terutama di kalangan pemikiran muda yang masih senang dibentuk, adalah melalui sistem pendidikan. K Haridas berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat dalam sistem pendidikan Malaysia untuk merangkumi nilai dan harapan semua kumpulan dalam masyarakat. Ia memerlukan seorang menteri yang tahu betapa pentingnya untuk menghasilkan sistem pendidikan yang lebih inklusif dengan memasukkan wakil dari pelbagai kumpulan dalam masyarakat dalam proses pembentukan dasar. Ini adalah langkah pertama untuk memastikan sistem pendidikan yang seimbang dan menyeluruh.
Manakala saya perincikan lagi kenyataan di atas dan mengusulkan kepada Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan sekolah-sekolah di bawah bidang kuasanya untuk melaksanakan aktiviti antara kaum dan antara agama. Sebagai permulaan, sekolah-sekolah boleh mengadakan lawatan berkala ke kawasan kejiranan perlbagai kaum dan tempat-tempat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil. Sekolah-sekolah juga boleh menjemput wakil-wakil dari pelbagai kumpulan kaum dan agama untuk memberi ceramah dan menganjurkan program yang menggalakkan nilai-nilai inklusif dan persefahaman.
Penyelidikan saya yang terdahulu menunjukkan bahawa sesetengah sekolah telah pun menjalankan usaha ini dengan sendirinya. Sudah tiba masanya kementerian membuat aktiviti antara kaum dan antara agama sebahagian daripada dasar rasminya dan melaksanakannya di seluruh negara.
Menurut kajian mengenai survei-survei nasional yang dijalankan oleh ahli ekonomi Lee Hwok-Aun di tahun 2017, majoriti Melayu dan Cina hanya bersosial dalam kumpulan kaum mereka sendiri, biasanya disebabkan oleh keadaan dan bukannya pilihan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia rata-ratanya cenderung untuk memandang rendah agama lain, kemungkinan besar dari kejahilan.
Melalui kajian yang sama, ia juga menunjukkan kesediaan di kalangan orang Melayu dan Cina untuk mengenali satu sama lain – inilah peluang yang perlu kita manafaatkan untuk menggalakkan sifat empati dalam masyarakat kita. Ia menunjukkan, walaupun masyarakat Malaysia kini berpecah-belah, hubungan antara pelbagai kumpulan kaum dan agama masih dapat diperbaiki.
Kita boleh menggunakan empati sebagai jambatan untuk mengukuhkan jurang antara kaum dan agama.
Beberapa tahun ini, Aliran dan sayap wanita Ikram, sebuah organisasi Islam, telah menganjurkan satu siri bengkel “Hand-in-Hand” untuk wanita dari pelbagai latar belakang. Bekas presiden Aliran, Prema, mengatur aktiviti dengan menggalakkan para peserta melangkah keluar dari zon selesa mereka, menentang prasangka dan prejudisme mereka, memahami peserta yang berbeza daripada mereka dan pada akhirnya mencari nilai-nilai bersama di kalangan mereka. Tujuan bengkel ini adalah untuk menggalakkan empati di kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti berkumpulan dan permainan peranan.
Oleh itu, di tahun baru ini, marilah kita membuat azam peribadi untuk bersikap empati terhadap orang lain. Kita boleh mula dengan mengenali mereka yang berbeza daripada kita. Sebagai contoh, orang Melayu-Muslim boleh melawat tempat-tempat ibadat agama lain dan berbual dengan para jemaah dan paderi atau sami mereka. Begitu juga yang bukan Islam boleh mengunjungi masjid dan berbual dengan orang Islam di sana untuk lebih memahami pemikiran mereka.
Merujuk kepada Juz 49, ayat 13 dalam Al-Qur’an, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” Kepelbagaian sepatutnya merapatkan ukhwah dan bukannya sebagai kuasa pemisah.
Kita juga boleh membuat usaha dalam kehidupan seharian kita terutamanya di sekolah, universiti dan tempat kerja untuk berkawan dan bersosial dengan orang lain yang datang dari pelbagai latar belakang. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin politik untuk mengamalkan empati apabila kita sendiri tidak melakukannya terlebih dahulu. Seperti yang pernah dikatakan oleh Gandhi, “Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia ini.” Hanya dengan mengubah diri kita kepada yang lebih baik, kita boleh berharap untuk mengubah masyarakat menjadi lebih baik.
Kembali ke kenyataan yang saya sebutkan di awal penulisan saya mengenai segelintir di dalam Pas yang berfikiran rasional dan inklusif: Saya menemu-ramah dengan ahli Pas di Kota Bharu. Beliau berpendapat bahawa ketegangan kaum dan agama di Malaysia sekarang adalah kerana orang memilih untuk memberi tumpuan kepada perbezaan daripada mencari nilai-nilai yang sama di kalangan mereka. Untuk mencari nilai-nilai yang sama ini, beliau merasakan kita mesti berusaha untuk mengetahui dan memahami keperluan dan aspirasi kumpulan lain di negara ini. Dengan kata lain, empati boleh dijadikan ubat paling mujarab untuk merawat ketegangan kaum dan agama yang kita lalui sekarang.
Pandangan beliau masih menjadi pandangan minoriti di dalam parti itu, tetapi jika ramai daripada latar belakang yang berbeza yang berfikiran sama, maka kita berpeluang untuk membentuk Malaysia menjadi negara yang inklusif dan harmoni.
Azmil Tayeb
Pengarang bersama, Surat berita Aliran
11 Januari 2020

Diterjemahkan oleh Noorhidayah Nadila Maulad Daud dan Azmil Tayeb

Kenapa UAE fobia nak melabur kat Malaysia?



1. Tersebarlah berita UAE melabur RM93.5 billion kat Indonesia dan berkokoklah penyokong-penyokong Najib kenapa kerajaan PH tak boleh dapatkan pelaburan UAE. 

2. Kalau nak tau, sebelah Jokowi tu Putera Mahkota Emiriyah Abu Dhabi - Mohamed bin Zayed al-Nahyan atau ringkasnya "MbZ".

[Abu Dhabi adalah salah satu dari 7 emiriyah atau kerajaan yang membentuk United Arab Emirates (UAE) dan Emir Abu Dhabi selalunya dilantik sebagai Presiden UAE. Presiden UAE hari ini adalah Emir Abu Dhabi Sheikh Khalifa al Nahyan, dan sejak dia kena stroke 2014, adiknya MbZ menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Emir Abu Dhabi dan Presiden UAE]

3. MbZ ni lah salah seorang dalam rakaman perbualan yg si Latipah Koya dedahkan tu.

Pada Julai 2016, Najib call MbZ minta tolong selamatkan anak tiri dia Riza Aziz yg kena kejar kerajaan US sebab guna duit curi dari 1MDB. 

4. Najib bagi cadangan supaya Sheikh Mansour al-Nahyan (adik tiri MbZ, ketua dana 
-dana pelaburan UAE, owner Manchester City FC) untuk reka satu "fake loan" untuk Riza Aziz, seolah-olah duit yang Reza Aziz pakai kat US tu duit loan dari UAE bukannya duit 1MDB. 

5. Najib terdesak habis sampai sanggup nak terbang on the spot ke UAE jumpa MbZ. Tapi MbZ ni bagi 1001 alasan. 

Abang dia Sheikh Khalifa sakit lah, dia busy lah, suruh Najib jumpa orang bawahan dia lah. Sampai Rosmah call Najib bagi "advice" merangkap "arahan" suruh selamatkan anak dia 😂😂😂

6..Lastnya tak jadi apa. Tok Arab ni buat bodoh, orang-orang bawahan dia pun bagi alasan macam-macam tak nak jumpa Najib takut jadi kambing hitam. Maka Riza Aziz akhirnya lari balik ke Malaysia berlindung bawah Mummy and Daddy. 

7. Jelasnya MbZ nak jaga reputasi dia dan tak nak terlibat dengan skim penipuan Najib. Apa pasal dia pulak kena selamatkan anak tiri penyamun?

8. Sebelum tu lagi kerajaan Abu Dhabi dah kena kencing dengan Najib melalui isu IPIC/Aabar-1MDB dan tak memasal terlibat sama dalam skandal 1MDB. Kalau dibandingkan dengan kita, UAE awal-awal dah bertindak selepas skandal 1MDB meletup tahun 2016. Pegawai-pegawai dana UAE yang terlibat dengan skandal 1MDB semua kena tangkap dan penjara (Isu IPIC/Aabar-1MDB ni kau boleh bacalah kat tempat lain.).

9. So jangan hairan kenapa UAE takut nak melabur kat Malaysia. Pada diorang, lepas jadinya skandal 1MDB, kerajaan Malaysia ni kaki kencing, menyusahkan dan tak professional.

10. Lepas Malaysia tukar kerajaan baru, hubungan UAE-Malaysia baru nak mula balik.  

Tahun lepas Menteri-menteri UAE-Malaysia dah mulakan balik Jawatankuasa Pelaburan UAE-Malaysia yang mati sejak 2017. Hatta MbZ datang sendiri ke Kuala Lumpur untuk pertabalan YDP Agong masa bulan Julai 2019. Agong balas balik melawat MbZ kat UAE bulan Disember 2019.

Itulah ceritanya. Buktikan negara kita bersih dari rasuah barulah pelaburan luar menderu-deru datang. Bekerjalah untuk negara dan bukannya mengkelepet duit rakyat.

mosabit on track..
 Sekian...

‘Persoalannya bukan siapa tapi bila’ – Saifuddin


 
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019.
KUALA LUMPUR – “Isu peralihan kuasa ini terlalu kerap diperkata, masih terus diperkatakan dan akan terus diperkatakan.
“Persoalan bukan siapa yang menjadi pertanyaan bila?” soal Setiausah Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan setiap bulan merupakan platform terbaik membincangkan perkara itu sekiranya ada keperluan.
Ini kerana dalam dalam mesyuarat itu setiap parti diwakili enam orang dan ditambah ketua sekretariat menjadikan kesemuanya sebanyak 25 orang wakil.
“Saya cuma boleh sebut bahawa sudah pun menjdi perkara yang disepakati dalam PH bahawa oenentuan tarikh itu akan dibincangkan, dimuktamadkan bila sampai masanya di dalam majlis Presiden PH.
“Kalau tanya saya bila saya pun tak ada maklumat bila akan dibincangkan tetapi itulah fokus yang paling tepat dan wajar untuk kita sebut,” ujarnya dalam satu sidang media hari ini.
Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Perdaganagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna ditanya mengenai proses peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-