WOIIII......SAMA SAMA CARI MAKAN KAH.....

HAMSINA HAMZAH




Balik kpd asal,lari dari mulut buaya masuk mulut 

harimau. Akhirnya rakyat juga tertipu. Mana mungkin 

acuan yg sama dapat bentuk kuih berbeza. Kalau 

gelasnya bulat tak kan air di dlmnya berbentuk 4 segi.

 Fed up!



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks mungkin yang mengatakan 'APA PERSAMAAN MEREKA? TOMMY BLUR DOMG APANDI 1MDB MENJADI BARUA KEPADA AHLI POLITIK'

KAH..KAH..KAH...SEMBANG



ibrahim mat isa




Pakar Forensik Amerika Syarikat lagikan tak dapat nak cam muka penjenayah atas katil, ini gomen Selangor pulak nak berlagak kononnya pasang cctv boleh cam muka penjenayah. Sembang kote boleh la..


Imej mungkin mengandungi: orang duduk, skrin dan teks

PROGRAM DSAI PADA 7,8 DAN 9 JANUARI 2020


9 JANUARI 2020

Menziarahi sahabat saya Zainal Bin Mustafa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semoga beliau lekas bebas dari musibah kesihatan yang menimpanya. Kita harus sentiasa berperanan sebagai sahabat yang mendoakan teman-temannya.




Mendengar kupasan dan syarahan terkait ummah dan tantangan terkini di dunia Islam, juga sikap umat dalam mendepani gejala Islamophobia dalam era digital.Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalamanImej mungkin mengandungi: 3 orang
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman



7 JANURI 2020

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman



Hari ini saya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri di Putrajaya.
Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan perkembangan isu-isu semasa mutakhir ini sama ada dalam atau luar negara.
Antara yang turut disentuh termasuk hal ehwal berkaitan Majlis Presiden Pakatan 
Harapan (PH).


Selain itu kami berdua juga berkesempatan membincangkan tentang penganjuran KL Summit 2019 yang baharu berlangsung penghujung tahun lalu.
ANWAR IBRAHIM

TULISAN JAWI - UMNO BARU SEDAR PENTINGNYA TULISAN INI?


Tulisan jawi adalah tulisan yang sebati buat orang-orang Melayu sejak zaman datok nenek moyang kita lagi. Ini tulisan yang digunakan di dalam Al-Quran, tetapi Al-Quran ditulis di dalam Bahasa Arab maka dikenali sebagai tulisan Arab.'

Tidak perlu akademik sangat untuk membicarakan tulisan jawi atau Arab ini. Bila tulisan ini dieja dengan bahasa Melayu, jadilah dia tulisan jawi. Jika dieja dengan bahasa Arab, jadilah dia bahasa Arab. Di negara-negara Arab, mereka menggunakan tulisan ini tetapi dieja dengan bahasa mereka.

Tulisan seperti ini juga turut digunakan oleh orang-orang Yahudi atau orang-orang bukan Islam di banyak negara di Asia Barat. Tidak sedikit pun mereka bimbang tentang akidah atau kepercayaan mereka.

Di negara kita, sejarah buruk tulisan ini muncul pada sekitar tahun 1966, apabila Khir Johari dari Umno yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran telah menghapuskan tulisan tersebut sebagai bahasa penghantar kepada tulisan Rumi. Semenjak itu, generasi yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah semakin kurang berkemahiran di dalam menulis dan membaca tulisan jawi. Akhbar popular orang-orang Melayu, Utusan Melayu yang sejak sekian lama menggunakan tulisan jawi akhirnya turut mendapat tempias di mana akhbar ini terkubur dan tiada lagi akhbar tulisan jawi di negara kita. Itu jasa besar pemimpin Umno.

Apabila kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, kita cuba untuk mengangkat semula tulisan ini bukan sebagai bahasa penghantar, tetapi hanya sebagai salah satu subjek yang patut dipelajari semula dengan lebih serius di kalangan pelajar. Di sinilah pendekatan perlu bijak dan berhemah kerana masyarakat di dalam negara kita tidak sama seperti di era tahun 50-60-an. Posisi kaum turut berubah begitu ketara. Niat yang baik tidak berguna jika pendekatannya tidak baik.

Di era kerajaan yang baru memerintah menuju dua tahun, pendekatan baru berkenaan tulisan jawi ini perlulah lebih cermat dan berhati-hati kerana di luar sana parti musuh yang dulunya bertanggungjawab menghapuskan tulisan jawi bahkan terkenal dengan kerajaan kleptokrasi, kini menunggu masa untuk menyalakan api perkauman dan agama. Apatah lagi mereka dibantu oleh sebuah parti yang menunggang agama. Isu tulisan jawi dikaitkan dengan isu agama. Dap dipersalahkan, tetapi MCA yang begitu lantang menentang tulisan ini mereka tidak nampak. MCA bukan sahaja menentang tulisan jawi, bahkan hukum hudud sejak dahulu lagi mereka tentang. Bagi parti lebai, tiada masalah asalkan bukan Dap.

Hanya pemimpin yang bijak dan mempunyai kekuatan politik serta keikhlasan saja akan dapat menyelesaikan kemelut ini. Kemelut ini tidak boleh selesai hanya kerana memecat seorang Menteri. Pemimpin yang rakyat tunggu adalah Anwar Ibrahim. Itulah sosok tubuh yang akan menggembirakan semua kaum di negara ini. Itulah juga musuh utama Pembangkang kerana sosok tubuh ini adalah pengancam kepada cita-cita Pembangkang untuk mengambil alih semula kerajaan yang mereka pernah rompak hartanya dulu.

Kita doakan bersama agar Mei 2020 ini adalah saat terbaik untuk menyaksikan erti reformasi yang sebenar apabila Anwar akan ditabalkan menjadi PM ke 8. Sementara itu, biarkan dulu Tun M berbuat apa saja yang beliau suka termasuk melantik dirinya memangku jawatan Menteri Pendidikan setelah mencampak tokoh muda yang mula mahu melakukan reformasi di dalam pendidikan.

WFAUZDIN NS

MAHATHIR LANGGAR MANIFESTO SEKALI LAGI?


Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya dilantik untuk memangku jawatan Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr. Mazlee Malik.

Disebut dalam kenyataan media hari ini bahawa keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat kabinet pada Rabu, 8 Januari lalu.


Tugas Tun Mahathir memangku jawatan tersebut adalah berkuatkuasa 3 Januari lalu iaitu hari bermulanya perletakan jawatan Dr. Mazlee dan sehingga Menteri Pendidikan baru dilantik.

Selepas PRU14 lalu, Tun Mahathir yang dilantik sebagai Perdana Menteri PH telah menamakan dirinya sebagai Menteri Pendidikan, sebelum beliau kemudian dikritik ramai kerana dianggap telah melanggar manifesto pilihanraya.

Salah satu manifesto PH dalam PRU14 ialah tidak membenarkan Perdana Menteri memegang sebarang porfolio kementerian seperti mana era BN bagi memastikan seorang ketua kerajaan tidak mempunyai kuasa terlalu berlebihan dan fokus terhadap tugas mengurus negara.

Berikutan itu, Tun Mahathir menarik balik perlantikan terhadap dirinya itu dan kekal hanya menjadi Perdana Menteri saja serta melantik Dr. Mazlee sebagai Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, setelah 20 bulan memegang jawatan itu, Dr. Mazlee telah diarah berhenti oleh Tun Mahathir berkuatkuasa 3 Januari lalu.

Sekarang, Tun Mahathir kembali memegang jawatan Menteri Pendidikan yang gagal diberikan kepada dirinya sebelum ini.
Tidakkah ini bererti beliau melanggar manifesto sekali lagi?

Walaupun beliau dikatakan memegang jawatan tersebut hanya untuk sementara sehingga Menteri Pendidikan baru dilantik, soalnya bilakah perlantikan Menteri Pendidikan baru itu akan dibuat?

Minggu depan? Bulan depan? Dua bulan lagi?
Atau bila?

Tidak mustahilkah nanti sehingga bersara pun beliau masih kekal memangku jawatan Menteri Pendidikan?

Tidak kira berapa lama Tun Mahathir akan memegang jawatan itu, sementara atau hanya memangku saja, asal ada kementerian lain diterajuinya, beliau dengan jelas dianggap telah melanggar manifesto pilihanraya.

Kenapa tidak terus dilantik saja Menteri Pendidikan yang baru sekarang?

Apa yang mahu dilakukannya, membereskan isu jawi, menangani Dong Zong atau menyelesaikan isu internet sekolah-sekolah? (ShahbudinHusin 10/01/2020)


MAJLIS PRSIDEN SUDAH MATI PUCUK?

IBRAHIMMAT ISA


Masa awal PH perintah Malaysia, Atuk cuba letak diri beliau di tempat itu, tapi ramai pemimpin PH yang semangat membara memegang janji pakatan bahawa PM tak boleh pegang jawatan lain, mendesak dan akhirnya Atuk akur.
Kini, tiada lagi suara pemimpin dari komponen PH yang bising dah, dan Atuk berbuat sesuka hatinya..
Dr Maszlee dari kaum bunga lagkan kena buang, nampak game plan si tua itu? Mana janji keramat Pakatan Harapan? Anda pemimpin semua sudah mati pucukkah, atau sudah dimandulkan?

AZMIN BELUM BOLEH BERSYUKUR LAGI. NAMANYA BELUM DIBERSIHKAN OLEH PEGUAM NEGARA



Sebaik diumumkan tiada pendakwaan terhadapnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali lantas memanjatkan rasa syukur kerana pihak berkuasa telah membersihkan namanya.
Katanya, sejak dari awal beliau konsisten mengatakan video tersebut adalah komplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan tidak pernah ragu bahawa keadilan akan ditegakkan.
“Saya sudah membaca kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan video fitnah terhadap saya. Segala puji bagi Allah kerana membolehkan kebenaran mengatasi kejahatan dan walaupun saya dibersihkan sepenuhnya, saya berdoa tiada lagi yang akan menghadapi politik keji seperti ini,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam kenyataannya.
Peguam Negara Tommy Thomas hari ini berkata, tiada pertuduhan akan dibuat dalam kes video intim kontroversi, yang dipercayai merujuk kepada video yang mengaitkan Azmin dengan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Thomas dalam kenyataan berkata, ini kerana pakar forensik AS “gagal” mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusinya yang rendah atau gambarnya kabur.
“Laporan bebas oleh pakar forensik Amerika Syarikat mengesahkan dapatan CyberSecurity, antara lainnya, ‘kegagalan untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video tular tersebut adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video-video dan rangka (frames) video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas,” katanya.
Berdasarkan kenyataan Peguam Negara itu, sebenarnya adalah tanggapan syok sendiri Azmin saja yang mengatakan dirinya telah dibersihkan daripada skandal hubungan sejenis dengan Haziq.
Peguam Negara sama sekali tidak membersihkan namanya, kecuali hanya mengatakan pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana gambar Azmin dalam video itu dikatakan kabur lantaran resolusinya yang rendah.
Peguam Negara tidak menyebut langsung bahawa pelaku dalam video tersebut bukan Azmin sebagaimana yang dipercayai oleh majoriti rakyat Malaysia yang sudah menontonnya.
Juga tidak disebut bahawa video itu bukan asli atau semuanya adalah fitnah terhadap Azmin. Yang disebut cuma gambarnya saja yang kabur.
Bagi mereka yang telah menonton klip video tersebut, kenyataan Peguam Negara adalah lawak jenaka era Malaysia Baru yang berperdana-menterikan PM7, tetapi jiwa dan hatinya saling tak tumpah seperti PM4 dahulu.
Rata-rata berpendapat, video tersebut adalah jelas dan sukar untuk menidakkan ianya bukan Azmin, malah budak belum bersunat pun jika menontonnya akan dapat melihat persamaan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang gambarnya selalu mereka tonton dalam televisyen.
Sehubungan itu, ramai yang percaya kenyataan Peguam Negara tentang tiadanya pendakwaan terhadap Azmin adalah skrip yang sudah disediakan oleh pihak yang memang sejak awal mahu melindungi Timbalan Presiden PKR itu.
Kata mereka, jika suara Najib Razak dapat dikenalpasti dengan mudah dalam rakaman audio yang diperdengarkan kepada media oleh SPRM baru-baru ini, maka agak mustahil muka dan wajah Azmin tidak dapat dikenali dalam video hubungan seks sejenisnya dengan Haziq, termasuk dalam versi HD yang turut disebarkan.
Selain itu, kenyataan Tommy Thomas berhubung tiada pendakwaan itu juga tidak menyentuh langsung tentang pengakuan Haziq sebelum ini bahawa beliaulah lelaki dalam video tersebut dan pasangan seks sejenisnya tidak lain tidak bukan adalah Azmin.
Kenapa pengakuan Haziq tidak diambil kira dan tiada pendakwaan diputuskan hanya berdasarkan dapatan dalam video saja?
Bukankah dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim, walaupun beliau dibebaskan akhirnya di peringkat Mahkamah Persekutuan, pertuduhan kepada bekas TPM itu hanya bersandarkan pengakuan Azizan Abu Bakar?
Secara kebetulan, kedua-dua kes – liwat 1 dan kes seks sejenis Azmin – berlaku di era PM4 dan PM7 iatu orang yang sama menjadi Perdana Menteri, cuma kepentingannya saja yang berbeza dalam kedua-duanya.
Untuk itu, Azmin sebenarnya belum dibebaskan sepenuhnya lagi, sebaliknya beliau cuma dibebaskan buat sementara saja atau sekurang-kurangnya selagi Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri atau sehingga kesetiaannya tidak berkurangan kepada Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun itu.
Apalagi, dalam kenyataan Peguam Negara itu juga menyebut – penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi yang memberi erti kes tidak ditutup sepenuhnya.
Ini sekaligus menyebabkan kesangsian rakyat terus berkembang mengenai keputusan Peguam Negara dan menjadi perbualan yang tidak bertitik.
Makna kata, Azmin belum boleh bersyukur sepenuhnya lagi buat masa ini, apa lagi jika mahu memotong pulut kuning berikutan keputusan Peguam Negara itu.
Beliau bukan saja tidak dibersihkan dalam erti kata sebenar, malah nyawa politiknya lebih terpenjara dalam poket Tun Mahathir. (ShahbudinHusin 10/01/2020)

KONFLIK AS – IRAN: PBB PERLU NYATA PENDIRIAN – ANWAR

PERALIHAN KUASA MAHATHIR – ANWAR BOLEH DIPAKSAKAN?