RAKYAT SYRIA YANG PALING KENAL SIAPA SYIAH.



Rakyat Syria yang paling kenal dengan penjenayah Qassim Sulaymani. Jeneral Syiah Iran inilah yang telah membantu regim Syiah Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri terutamanya dikawasan Sunni.

Hari ini, mereka yang pernah merasakan kejahatan akibat tangan Jeneral ini telah mengagihkan manisan sebagai meraikan terbunuhnya seorang penjenayah besar.

Di Malaysia pula, kelihatan Syiah Melayu dan penyokong Iran sedang berdukacita... Pelik bukan? 

Tidak pelik sebenarnya... Syiah seluruh dunia bersatu membantu Syiah Alawiyyah di Syria membunuh Sunni disana. Tidak kira Syiah dari kelompok mana pun!




SAYA HANYA JADI PM DUA TAHUN SAJA, SAYA AKAN PATUH PADA PERJANJIAN - TUN M



Ini di antara beberapa petikan dari kenyataan yang keluar dari mulut Tun M sendiri.  Bercakap di dalam media resmi kerajaan iaitu RTM, secara jelas dan tepat, Tun M menyatakan bahawa beliau hanya menjadi PM untuk dua tahun dan beliau berikan sebab-sebabnya.  

Selepas itu, mungkin kerana merasakan seronok atau merasakan terlalu diberi kebebasan dan kuasa oleh Majlis Presiden PH, maka sedikit demi sedikit Tun M mula cuba untuk menjadi watak Tun M yang ke 4 dulu.  Beliau lebih berani kerana melihat semua yang berada di dalam kepimpinan Majlis Presiden PH yang dulunya sewaktu menjadi Pembangkang ibarat harimau malaya yang mengaum hebat sehingga tersungkur rejim zalim Umno/Bn di Putrajaya, tetapi kini dilihat seperti kucing parsi yang dibelai dan dimanja serta dijamu dengan makanan mahal.

Oleh itu, jangan marah kepada Tun M kalau dia lupa diri.  Dulu, kita yang peringatkan dia tentang reformasi dan agenda perjuangan kita selama ini.  Sekarang, siapa lagi mahu peringatkan Tun M?  Kamu yang berada di dalam Majlis Presiden itu pun dilihat semakin lupa agenda reformasi, bagaimana mahu peringatkan Tun M?  Kamu lihat dan dengar sendiri bagaimana ligatnya lidah Tun M, berbelit-belit bila berbicara tentang peralihan kuasa dan kamu biarkan dia bebas berbicara, tetapi kamu cegah kami di bawah ini untuk berbicara hal yang sama kononnya itu di bawah kuasa Majlis Presiden.  

Kami mahu kamu yang dulu memimpin kami di dalam Pembangkang, yang hebat berpidato sehingga membaling microphone,  hebat berjuang merempuh segala ujian, keluar masuk lokap, semuanya kamu lakukan untuk.rakyat dan reformasi, kini telah menuju dua tahun kamu berada di kerusi empuk Putrajaya.  Di Putrajaya, kami yakin kamu mesti mempunyai cermin yang besar di setiap pejabat mewah kamu. Luangkan sedikit masa, berdiri di hadapan cermin seketika, pejamkan mata dan jujurlah bertanyakan diri sendiri, " Adakah aku telah menunaikan amanah rakyat?". 

Kami mengkritik Tun M dan kerajaan adalah kerana kami mahu kerajaan PH terus berkuasa selepas PRU15 nanti.  Rakyat akan ditimpa musibah lebih besar jika kuasa yang kita rampas dari penyamun dulu kita serahkan semula kepada mereka.  Bayangkan, penyamun yang telah berlapar selama 5 tahun kemudian diberikan kuasa, apa akan jadi kepada negara ini?  Justeru itu, kita tiada pilihan lain selain dari balik ke landasan asal perjuangan.  Jelas, Tun M tidak mampu memikul hasrat kita untuk melakukan reform kepada negara.  Percaturan politiknya semakin cerca merba.  Musuh semakin mudah mencari modal untuk menyerang kita.  

Sudah tiba masanya Majlis Presiden bangun dari lena.  Apabila musuh semakin kuat mempertahankan PM tetapi tidak PH, ertinya apa?  Mei 2020, adalah penentu keberanian Majlis Presiden PH untuk membuktikan bahawa mereka bukan 'kucing parsi" tetapi tetap seekor harimau gagah dan garang meskipun dikalungkan dengan rantai berlian.  Itu harapan kita.

WFAUZDIN NS

*KENYATAAN MEDIA 4 JANUARI 2020*



*MAJLIS PRESIDEN PH PERLU SEGERA TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA TAHUN INI*

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan berkenaan komitmen kita untuk pelaksanaan manifesto dan juga muafakat Pakatan Harapan pada 6 Januari 2018 untuk mengangkat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, pada masa yang sama persetujuan agar peralihan berlaku dalam tempoh 2 tahun Pakatan Harapan menjadi kerajaan iaitu sejak Mei 2018 perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan agenda Pakatan Harapan.

Kita seharusnya berterima kasih dan menghormati keputusan peletakkan jawatan Menteri oleh YB Dr Maszlee Malik dan sebelum ini jawatan Menteri Besar Johor oleh YB Osman Sapian.

Pengalaman ini menunjukkan bahawa pertukaran boleh berlaku dengan baik dan harmoni dalam pentadbiran Pakatan Harapan.

Saya percaya penetapan tarikh peralihan kuasa akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam Pakatan Harapan dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.

Maka saya sarankan Sekretariat PH agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden akan datang membuat ketetapan tarikh peralihan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda Pakatan Harapan.


*AKMAL NASIR*
*Ketua, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia*
*Ahli Parlimen Johor Bahru*

https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/

BENCINYA PENYOKONG PPBM PADA ANWAR....KENAPA?


Oleh: Ibrahim Mat Isa



Aku membaca banyak tulisan kotor dari penyokong tegar parti bunga mengecam Anwar setiap hari sejak Anwar bebas dari penjara lagi. Aku diam bukan kerana setuju, tapi aku pilih tidak mahu berbalah dan harap hal itu kurang dan lenyap.

Eh semakin lama semakin melampau! Kebencian mereka kepada Anwar meluap-luap menggambarkan tak sukanya mereka sampai sanggup panggil bos liwat!

Aku nak cakap, bukan penyokong dan macai saja, waibi dari parti bunga pun ada yang bercakap dengan aku yang mereka benci Anwar!

Yang aku pelik, hangpa benci tapi sondol nak ke PH kenapa? Sedar diri sikit kemenangan hangpa dulu pun sebab logo PKR tu lah. Belajar hormat pemimpin okay!

Aku anggap ini teguran, bukan serangan walaupun mata aku berbulu kalau baca posting hangpa di media sosial.

MASZLEE MALIK: MALAYSIA BARU YG MASIH LAMA?

Di mana silapnya Maszlee? - Mohd Ridhuan Tee Abdullah




Bila Maszlee umum meletakkan jawatan, ada yang membuat petition atas talian, agar PM menolak perletakkan jawatannya. Semua itu sudah terlambat. Buatlah macam manapun, ia tidak akan mengubah keputusan. Selaku NYDP PERKIM, saya amat mengenali pendirian YDP PERKIM iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed, walaupun saya tidak mengenali Tun M sebagai Perdana Menteri.

Muhasabah saya kepada Maszlee, hidup macam ibarat roda, ada kalanya kita di atas, tengokla ke bawah jua.

Ketika berada di atas itulah cabaran paling besar, sebab ada kuasa.

Dengan kuasa, kita boleh macam-macam perkara, terutama berkaitan pembinaan negara bangsa, melibat agama, bangsa dan negara. Malangnya, peluang itu tidak digunakan.

Kesilapan masa lalu yang dilakukan BN, tidak banyak diperbetulkan, terutama berkaitan dengan Pendidikan asas atau dasar dalam pembinaan negara bangsa. Tetapi lebih kepada mahu menunjukkan bahawa apa yang mahu dilakukan lebih baik daripada BN. Akhirnya, senjata makan tuan.

Saya tidak pernah hairan jika sesiapapun menjadi Menteri, mereka melakukan pembaharuan kepada dasar-dasar sesebuah kementerian. Memang itu adalah tanggungjawabnya, untuk mengekal, memperbaharui, dan mengubah dasar-dasar mengikut kesesuaian zaman. Itu memang kerja dia, jika tidak, tak guna jadi Menteri.

Apa yang kita mahu lihat apabila seseorang Menteri memegang sesebuah kementerian, terutama kementerian Pendidikan, adalah ketegasan dalam asas berkaitan dasar Pendidikan Negara dalam pembangunan sesebuah negara bangsa yang melibatkan agenda nasional, identiti atau jati diri negara dan Pendidikan berteraskan perlembagaan. Ini tidak boleh dikompromikan.

Pendidikan adalah asas. Kementerian Pendidikan antara paling kanan dalam kerajaan. Nadi kepada pembinaan negara.

Misalnya, sekolah satu aliran, kawalan terhadap sekolah persendirian dan vernacular bukan dikawal Dong Zong, ketegasan dalam tindakan berhubung isu Pendidikan yang diputuskan kerajaan, terbaharu isu jawi, kedudukan bahasa kebangsaan dan sebagainya. Dasar-dasar asas tidak boleh diubah dan dikompromikan.

Soal hapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), beri makan susu di sekolah, banatuan B40, tukar kasut hitam, berenang di hotel, atau apa jua perkara yang bukan dasar utama, jika itu namanya pembaharuan, hanya perkara biasa jika dapat dilakukan.

Lebih malang lagi, perkara biasapun tidak dapat dilakukan menjadi luar biasa.

Pada hemat saya, berjasa besar Maszlee, kalau dia perkukuhkan Sekolah Wawasan ketika berkuasa iaitu, Sekolah yang menggabung SK/SJKC/T, idea Tun Mahathir ketika menjadi PM keempat. Malangnya, perkara ini langsung tidak disentuh.

Jika Maszlee menyebut sekolah ini pasti Tun M suka. Sekolah Wawasan sepatutnya dikembangkan kerana membawa banyak kebaikannya dalam membina negara bangsa.

Sekolah yang dapat menyatukan semua kaum yang selama ini terpisah. Namun, sekolah ini telah ‘mati’ setelah Tun M tidak lagi menjadi PM, sehinggalah PRU14, Tun M berkuasa semula.

Malangnya, sekolah ini langsung tidak disentuh MAszlee. Walaupun saya tidak nafikan lima buah Sekolah Wawasan yang didirikan itu gagal kerana, tidak mendapat sambutan dan ditentang hebat ultra kiasu. Tetapi idea Tun M sangat baik.

Ultra kiasu menentang Sekolah Wawasan akan mengganggu atau merosakkan proses pencinaan. Perkara ini sepatutnya Menteri tangani, baru nampak hebat. NGO tidak boleh mengubah keputusan kerajaan kerana NGO bukan kerajaan.

Apa yang jelas, Timbalan Menteri ultra kiasu terlalu cepat buat kerja untuk memperhebatkan lagi sekolah vernakular, berbanding dengan menteri itu sendiri. Macam-macam sekolah ini dapat. Diam-diam ultra kiasu buat kerja. Malangnya, ramai Menteri kita bercakap banyak, kerja yang boleh dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara, tidak kelihatan jelas.

Maszlee lebih teruja melakukan proses ‘pengikraman’ daripada melakukan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Pendidikan, iaitu dengan meletakkan kebanyakan orang-orang IKRAM dalam jawatan strategic Pendidikan. Tidak perlu saya sebut satu persatu kerana semua terlalu jelas dan semua orang tahu. Maszlee lupa dia adalah negarawan.

Zaman BN dahulupun tidak seteruk sebegini. Seburuk-buruk BN, masih ada orang-orang yang bukan BN dilantik menjawat jawatan tinggi dalam kementerian. Tetapi Maszlee terlalu terikat dengan IKRAM.

Kita adalah negarawan, bukan lagi ahli atau pemimpin IKRAM.

Mulanya saya tidak mahu komen mengenai perletakan jawatan Maszlee sebagai menteri. Atas permintaan rakan-rakan, saya beratkan tangan untuk menitip secebis tinta buat semua, juga kepada Maszlee.

Pada hemat saya juga, eloklah dia letak sekarang, daripada keadaan bertambah buruk dan kusut. Saya bimbang, lagi lama dia duduk, lagi banyak ‘kerosakan’ yang berlaku terutama berkaitan dengan perkara asas dalam Pendidikan.

Sekurang-kurangnya dia masih dihormati kerana pergi dalam keadaan ada beberapa perkara yang sedikit ‘memihak’ kepadanya. Pengurangan beban guru, prihatin kepada pelajar miskin kumpulan B40, mesra OKU dan lain-lain.

Kenapa saya katakan demikian, pada ketika puncak, tatkala isu jawi enam (kemudian tiga), kita tertunggu apakah pendirian Maszlee. Senyap.

Sama juga isu UEC, kita tertunggu, apa keputusan setelah Pasukan Petugas Dasar ditubuhkan, senyap. Saya pun dipanggil sebagai rakan temubual.

Kalaulah Maszlee, bertegas dalam dua perkara ini sudah cukup untuk melonjakkan namanya, tetapi dia lebih suka mengambil pendekatan senyap.

Maszlee hanya lantang di Parlimen dengan menggelar Najib sebagai perompak.

Tapi Maszlee jangan risau, kalau tidak jadi Menteri sekarang, saya yakin ada habuan jawatan lain yang diberikan kepada beliau. Percayalah. Tidak mustahil menjadi pengerusi dalam salah sebuah GLC.

Sama ada Maszlee menjadi Menteri atau tidak, sistem Pendidikan masih memihak kepada Pendidikan kebangsaan, tetapi lebih kepada Pendidikan vernakular. Yang untung bukan sekolah kebangsaan, tetapi jenis kebangsaan.

Dalam kata lain, ultra kiasu menang besar, ketika sdr Maszlee masih menjadi Menteri, dan sudah tentu paling besar kemenangan apabila meletak jawatan.

Jawi masih dalam dilema, NGO komunis tetap menang. Kita tidak pernah bertegas.

Kesilapan besar Maszlee, terlalu mahu menjaga ultra kiasu, dengan harapan ultra kiasu akan menyokongnya. Nampaknya, Maszlee silap. Maszlee tidak kenal siapa ultra kiasu seperti yang selalu saya nasihatkan. Akhirnya, ultra kiasu ini juga yang menjatuhkan kamu.

Apapun saya boleh beri kredit kepada penambahbaikan yang dibuat di sekolah yang membebankan gutru. Hatta, isteri saya sebagai guru terasa juga keringanan bebanan di sekolah. Terima kasih Cikgu Maszlee


MAJLIS PROFF PUN MASIH LAGI KANGKONG?



Oleh: Yong Intan Nor



Tak sangka Pengerusi Majlis Profesor Negara pun 'NGOK'. Sejak bila kerusi Menteri Pendidikan diperuntukkan kepada kuota BERSATU? 

Kalau itu prinsipnya, maka kerusi Menteri Kewangan akan sentiasa diperuntukkan kepada DAP kerana ia kuota parti itu, dan Menteri Pertahanan kepada AMANAH, serta Timbalan Perdana Menteri kepada KEADILAN.

Begitukah?

Wahai Profesor! Banyak sangat makan kangkung ke?

Apa yang penting ialah 'merit' bukan parti mana. 

Maaflah kalau pandangan Kak Yong ini menyingung rakan-rakan dari BERSATU.

Tapi alasan itu amat bodoh, sebagai seorang Profesor!

PESANAN BUAT PENGAMPU MAHATHIR: HENTILAH MEROYAN MAHU BELIAU KEKAL SAMPAI HABIS PENGGAL.



Setiap kali isu peralihan kuasa ditimbulkan, setiap kali itu jugalah pengampu dan pembodek Tun Mahathir Mohamad seakan-akan kepanasan dan terus meroyan jadinya.
Mereka bukan saja enggan menerima janji peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun itu sebagai sesuatu yang mesti dipatuhi, bahkan melencongkannya lebih jauh dengan mahu Tun Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal atau menjelang ketibaan PRU15 pada 2023 akan datang.
Lebih daripada itu, ada juga yang terlebih lajak daripada laju dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pengganti Tun Mahathir serta perlu diuji terlebih dahulu dengan memastikan kemenangan PH dalam PRU15 akan datang sebelum boleh menduduki kerusi Perdana Menteri.
Sebenarnya, sama seperti Tun Mahathir, mereka inilah manusia-manusia yang mudah lupa serta suka cakap berdolak-dalik setelah kesedapan mendakap kuasa.
Sebelum menang pilihanraya dan beroleh kuasa, semua nampak baik dan seolah-olah sudah insaf sesuai dengan usia yang makin menua.
Malangnya, belang dan tembelang sebenar semuanya timbul seiring dengan nikmat kuasa yang diperolehi.
Kepada pengampu dan pembodek Tun Mahathir, sempena ketibaan tahun 2020 ini, sekali lagi ingin diperingatkan agar berhentilah meroyan dan meminta Perdana Menteri yang sudah berusia lebih 94 tahun terus kekal menerajui negara sehingga habis penggal.
Sejak sebelum PRU14 lagi, isu Tun Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal atau sehingga tempoh tibanya PRU15 tidak pernah berbangkit sama sekali.
Yang selalu kedengaran dan difahami ialah Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan seterusnya boleh mengambil alih teraju pentadbiran negara.
Untuk itu, walaupun tiada tarikh khusus yang disebut, jangka masa dua tahun adalah tempoh yang munasabah yang difahami oleh semua pimpinan PH untuk Anwar memperolehi pengampunan, menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri.
Tun Mahathir sendiri sedar tentang tempoh tersebut, sebab itu, baik sebelum PRU14 atau di peringkat awal PH menjadi kerajaan, beliau selalu menyebut keberadaannya sebagai Perdana Menteri hanyalah untuk tempoh dua tahun saja.
Kata Tun Mahathir, tempoh dua tahun itu adalah janji yang akan dikota dan dipatuhinya serta selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar.
Maka itu, berbanding meminta Tun Mahathir berundur dan memberi laluan kepada Anwar menggantikannya dalam tempoh dua tahun adalah suatu kewajaran serta masih dalam lingkungan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui lama sebelum ini, sebaliknya meminta Tun Mahathir berkhidmat lebih lama jelas suatu pencabulan terhadap persefahaman yang ada.
Dalam bahasa lebih mudah, tiada salahnya sesiapa meroyan mahu Anwar jadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun berbanding tidak wajar, tidak patut dan perbuatan tak tahu malu jika pengampu Tun Mahathir lebih meroyan agar beliau dikekalkan sehingga habis penggal.
Hakikatnya, jika ingin PH terus kekal lebih lama sebagai kerajaan dan tidak berpecah, semua pihak termasuk Tun Mahathir serta pengampu dan pembodeknya mestilah kembali semula kepada konsensus dan janji peralihan kuasa itu.
Jangan berdolak-dalik dan berterusan meroyan seolah-olah Tun Mahathir saja yang mampu menerajui negara, sedangkan sejak 19 bulan lalu terlalu banyak kelemahan, ketidakmampuan dan penolakan rakyat terhadapnya yang dapat dirasakan hampir di seluruh ceruk negara.
Atas kesedaran itulah juga Lim Guan Eng baru-baru ini menekankan agar tahun 2020 dijadikan tahun peralihan kuasa, selain tahun untuk memenuhi janji manifesto dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk negara.
Bermakna, selain ekonomi tidak tumbuh dengan baik dan janji manifesto tidak dilaksanakan dengan lancar sejak 19 bulan negara diterajui oleh Tun Mahathir, keyakinan Guan Eng ialah kedua-dua aspek itu akan berjalan dengan lebih bagus setelah berlakunya peralihan kuasa kepada Anwar.
Apakah pengampu dan pembodek Tun Mahathir tidak sedar hakikat penting itu dan bila lagi mahu berhenti daripada terus meroyan? (ShahbudinHusin 04/01/2020)



SEKALI SEKALA KENCING WALAUNS..


Oleh: Ibrahim Mat Isa.

Sekali sekala ostazah kencing walaun, sampaikan bocor underware taw! Kak Loh ni reti ka apa makna sepelas tu?
Start lori kunci tak ada.....


KENYATAAN MEDIA



4 Januari 2020

Majlis Perbandaran Kuantan telah memberikan Hadiah Besar kepada warga-warga Kuantan selepas menyambut ketibaan tahun 2020, iaitu meningkatkan beberapa caj dan bayaran lesen yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dengan izin, saya menyenaraikan beberapa kenaikan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan:

1. Peningkatan lesen Papan Tanda berlampu sebanyak 300%
2. Peningkatan 15% untuk lesen perniagaan
3. Caj Letak Kereta harian, bulan dan tahunan meningkat di antara 30-40%
4. Caj Tempat Letak Kereta Teluk Cempedak yang meningkat 20%
5. Lesen Rumah Sarang Burung walit meningkat sebanyak 400%

Ini hanya sebahagian daripada kenaikan harga.

Tindakan untuk menaikkan harga lesen perniagaan secara mendadak terutamanya ketika keadaan ekonomi yang meleset adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, perlaksanaan peningkatan harga ini tidak pernah berdialog atau memaklumkan kepada warga Kuantan terlebih dahulu tetapi dilaksanakan secara rahsia dan peniaga hanya sedar selepas membuat bayaran. Ia telah menyebabkan ahli peniaga tidak dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan baik.

Selain daripada itu, cukai tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuantan juga meningkat sebanyak 300 %. Ekonomi yang meleset disebabkan perang perdagangan antara Amerika dan China, tambah pula dengan kenaikan cukai seperti ini amat membebankan rakyat.

Kami berasa bahawa tindakan Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat tanah telah merosakkan persekitaran perniagaan Bandar Kuantan dan negeri Pahang. Yang lebih serius ialah ia akan melemahkan daya saing negeri Pahang dalam jangka panjang, melambatkan atau bahkan menghalang pembangunan ekonomi Pahang. Adakah lebih perniagaan yang terpaksa menamatkan perniagaan dan kedai kosong yag semakin meningkat dapat memberi manfaat kepada Majlis Perbandaran Kuantan? Kenapa perusahaan sederharna dan kecil dibebani pada masa yang sukar ini? Adakah ahli Majlis pernah menyuarakan kesukaran dan kepahitan rakyat kepada Majlis?

Untuk itu, kami berhasrat untuk menghimpunkan semua ahli perniagaan Kuantan dan warga Kuantan melalui penganjuran Persidangan Perkongsian Persekitaran Perniagaan Bandar Kuantan pada 12 Januari (Ahad). Ia bertujuan mencetuskan idea untuk ekonomi dan persekitaran perniagaan di bandar Kuantan. Dengan kehadiran semua organisasi Perniagaan, Persatuan dan warga Kuantan yang diundang secara meluas pada masa itu, saya yakin bahawa Majlis Perbandaran Kuantan dapat mendengar suara rakyat dengan menghimpukan suara-suara daripada pelbagai lapisan masyarakat!

YB Lee Chean Chung, ADUN Semambu
YB Sim Chon Siang, ADUN Teruntum
Mohd Yazid, Penyelaras Parlimen PH Paya Besar

#Kuantan #MPK

ARTIKEL BAIK UNTUK DIFAHAMI : MAJLIS PRESIDEN vs TUN M*


Sahabat Anwar..


*MAJLIS PRESIDEN vs TUN M*

Kalau ada yang marah aku kutuk Majlis Presiden semenjak Dr. Maszlee letak jawatan, terpulanglah. Tapi aku nyatakan kebenaran. Majlis Presiden hilang fungsi. Bukan Majlis Presiden tapi dah jadi Majlis Khadam Firaun dah.

Pada awal penubuhan PH, kita diyakinkan bahawa Perdana Menteri tidak akan berkuasa penuh. Majlis Presiden akan menjadi badan yang memantau perjalanan PM. Malah, keputusan yang ktitikal akan dibuat secara bersama.

Kemudian mereka dalam Majlis Presiden disuap dengan jawatan sebagai Menteri kanan. Sekarang apa? Mereka bukan saja tidak memantau tingkah PM, bahkan mengulang-ulang ayat 'kuasa prerogatif' itu.

Kamu dah sama dungu macam BN!

Lihat sahaja isu peralihan kuasa. Mahathir boleh suka-suka tukar. Sekejap 2 tahun, sekejap 3 tahun. Kemudian lepas APEC. Majlis Presiden buat apa? Jadi patung bisu! Bebal! Kenapa tak tegur Mahathir? Kenapa tak tetapkan tarikh?

Semua takut hilang jawatan. Bongok! Masa Dato' Seri Anwar dalam penjara, kamu yang jaja namanya ke sana ke mari sebagai bakal PM jika PH berkuasa demi meraih sokongan rakyat. Kamu janji Mahathir cuma interim.

Tapi kemudian kamu jadi lalai. Kamu biarkan Mahathir jadi diktator semula. Sekarang tengoklah! Kamu dah sama taraf dengan Ahmad Maslan. Bodoh tak bertebing. Sanggup tunduk patuh pada Sang Mahafiraun.

Dr. Maszlee letak jawatan hanya amaran daripada Mahathir apa yang dia boleh buat kepada Majlis Presiden. Maka Majlis Presiden pun terketar. Takut hilang elaun berpuluh ribu. Takut jadi miskin semula. Lupa terus asal usul!

Alasan nak jaga perpaduan konon. Itu sebab aku kata kamu bodoh! Kalau kamu nak jaga perpaduan, maka tetapkan pendirian. Tegur Mahathir. Ingatkan dia yang Majlis Presiden masih ada. Tindakan bisu kamu hanya pecah-belahkan PH yang sememangnya retak!

Tak sangka. Yang konon tidur baring atas jalan pun jadi lupa perjuangan lepas tidur atas tilam empuk. Penakut nak bersuara. Sudahlah. Kamu semu sama taraf dengan lebai dan penyamun UMNO. Tiada beza.

Majlis Presiden ooi! Ingatlah! Kamu nikmati hidup kamu hari ini kerana kami rakyat yang beri. Dan kami boleh ambil kembali. Bersedialah. Teruskanlah bodek Mahafiraun. Semoga kamu juga dibinasakan bersama dia nanti...


Usah ugut, guna kekerasan terhadap wartawan – Gobind Pada 4 Januari 2020 oleh Pentadbir




Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan kekerasan dan membuat ugutan terhadap wartawan jika tidak bersetuju dengan sesuatu laporan yang dikeluarkan. 

“Tugas wartawan adalah untuk melaporkan fakta supaya maklumat disampaikan kepada masyarakat. Kalau tak setuju dengan laporan itu, ada cara untuk memperbetulkan ataupun mengemukakan pandangan berbeza. 

“Tidak perlu ugutan, gunakan kekerasan ataupun bertindak diluar batasan undang-undang. Saya harap pihak polis akan siasat dan ambil tindakan tegas sekiranya didapati telahpun berlaku sebarang kesalahan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini. 

Mohd Ishak Abdillah Ngah, wartawan penyiaran TV3 Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu selepas menerima ugutan bunuh berikutan penyiaran satu laporan berkenaan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam yang beroperasi tanpa kemudahan asas elektrik dan bekalan air.


KEHILANGAN PERMATA KEMENTERIAN PENDIDIKAN



"YB, saya ingin bertanya, kenapa dalam pendidikan sekarang terlalu banyak perubahan drastik? Kadang apa yang diumum itu, akar umbi pun tidak tahu dan tidak bersedia menerima perubahan mendadak."

Insan ini tersenyum. Memandang tepat ke dalam mata aku lantas berkata,

"Cikgu Fadli. Saya tidak tahu berapa lama saya akan pegang kuasa ini. Jika asyik kaji, kaji, dan kaji seperti kerajaan lama, apa pun tak akan berubah.

Sebab itu saya terus mengeluarkan arahan atas kapisiti saya sebagai menteri untuk terus menjadi dasar kerajaan. Pemansuhan serta merta LINUS contohnya. LINUS menjadi rungutan majoriti guru sejak sekian lama. Cara pelaksanaan yang tidak kena, banyak borang dan proses LINUS mengganggu PdPc guru.

Saya baca apa yang Cikgu Fadli tulis. Saya ambil maklum dan saya terus bertindak semasa ada kuasa.

Begitu juga dasar Zero Reject Policy. Saya tahu ramai guru-guru belum bersedia menerima anak-anak kurang upaya di aliran perdana. Mereka masih tiada ilmu yang cukup untuk handle murid sebegitu. Namun jika bukan sekarang, jika bukan masa saya ada kuasa, agaknya sampai bila-bila ia takkan dilaksana.

Pemansuhan peperiksaan di tahap 1 sudah sekian lama dikaji. Sudah dilaksanakan hampir semua negara maju. Dan kita masih takut-takut untuk berubah. Jika tanpa arahan menteri, kita masih ditakuk lama.

Banyak perkara kita perlu ubah dahulu baru kita perlahan-lahan belajar untuk menerima dan handle setiap perkara dengan baik. Semestinya akan ada kekurangan, namun masa dan kepakaran kita pasti dapat atasi semua kelemahan."

Panjang lagi kami berborak, bercerita tentang hala tuju pendidikan negara. 

Dr Maszlee Malik. Satu susuk tubuh kecil yang diangkat menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Orangnya sangat merendah diri, sangat santun dan mudah didekati.

Belum ada lagi mana-mana menteri pendidikan sepertinya. Turun ke sekolah tanpa protokol menyantuni murid-murid dan guru. Yang menbuka pintu rumah untuk guru biasa.

Belum ada yang sepertinya.

Serangan politik itu biasa. Beliau orang politik. Dihina bermacam-macam, dikutuk dan dimaki sentiasa. Namun beliau tetap tersenyum dan terus melangkah dengan tabah.

Dan petang tadi sebenarnya aku sangat terkejut dan sedih dengan pengumuman dari YBM tentang perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Beliau sangat perform membuat perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan. Banyak bebanan tugas guru beliau ringankan, dan yang terbaharu semalam beliau sempat membuat satu akta pertukaran baru. Pertukaran suka sama suka yang sangat menggembirakan hati lebih 400k guru diluar sana.

Saat terakhir sebelum melangkah keluar dari pejabat menteri pun beliau masih cuba berbakti.

Aku beberapa kali pernah berhadapan dengan beliau secara peribadi, bertanya face to face tentang apa hala tuju pendidikan negara, apa kehendak beliau, apa pula kehendak kerajaan semasa, apa pula kehendak ibubapa, apa pula kehendak guru-guru apa pula kehendak target (murid/pelajar/mahasiswa)

Ternyata, beliau sangat jujur dan ikhlas dalam bidang pendidikan. Beliau mahu sebanyak mungkin perubahan ke arah kebaikan sebanyak mana yang ibubapa dan guru mahukan.

Biar apa kata-kata buruk yang orang hendak kata padanya, aku anggap Dr Maszlee Malik merupakan Menteri Pendidikan yang terbaik pernah Malaysia ada.

Dalam tempoh 20 bulan sahaja beliau membuat perubahan demi perubahan, mendekati ibubapa, guru dan murid dengan cara luat biasa, cara yang belum pernah mana-mana menteri buat.

Beliau sememangnya dekat dihati ramai orang sebenarnya.

Yang memaki dan memusuhi beliau bukan berpaksi kepada sikap beliau, tapi kerana perbezaan fahaman politik sahaja.

Mana mungkin orang ingin membenci seorang menteri (bekas) yang sanggup turun mengharung banjir besar sambil mendukung anak kurang upaya sepertinya.

Buat Dr. Maszlee Malik, terualah berjaya dan cemerlang walau dimana YB berada.

Perkenalan singkat bersama tuan memberi seribu erti buat guru biasa macam saya. Budi, kesopanan dan kerendahan hati tuan sentiasa dalam ingatan.

Salam sayang penuh keikhlasan,
Mohd Fadli Salleh,
Guru Sk 1 Gombak.

#MFS
- Kehilangan permata ditengah kekalutan adalah satu kesedihan yang tidak terungkap kata-kata -


REPORT CARD ANWAR: 61 PROJEK DI PORT DICKSON

PETISYEN SOKONG MASZLEE MELEBIHI 200,000 TANDATANGAN

PENGUNDURAN MASZLEE BELUM SELESAIKAN MASALAH BESAR PH

5 SEBAB KPM TIDAK TERIMA TAWARAN YTL SAMBUNG KONTRAK KHIDMAT INTERNET DI SEKOLAH (Inikah punca?)



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, berkata sebab pertama ialah kos tersembunyi, iaitu bermula kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 hingga kini, YTLC tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang syarikat itu di sekolah dan premis kerajaan.

Katanya, anggaran caj elektrik membabitkan 2,715 tapak bagi struktur berkenaan adalah RM41.881 juta dan ia terpaksa ditanggung kerajaan.

“Laporan Ketua Audit Negara menegur berkaitan caj elektrik supaya kos ditanggung YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang juga untuk tujuan komersial, selain kegunaan sekolah.

“Kedua, kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi di mana bagi enam bulan tawaran interim oleh YTLC, kerajaan berpotensi kehilangan penyewaan sebanyak RM32.5 juta.

“Ketiga, kelemahan dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang; (sebab keempat) tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian; dan (sebab kelima) dapatan hasil Kajian Impak dan Hala Tuju Pendidikan Digital Negara mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media di sini.

Semalam, YTLC menerusi kenyataan berkata, syarikat itu terkejut apabila tawaran mereka untuk memberi internet secara percuma kepada 10,000 sekolah ditolak KPM.

Dalam kenyataan itu, YTLC turut mendakwa KPM memungkiri janji untuk melaksanakan tender terbuka, sebaliknya bersetuju untuk membayar kepada tiga penyedia perkhidmatan internet walaupun ditawarkan perkhidmatan secara percuma.

Mereka juga menegaskan tindakan yang diambil berkaitan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah.

Dr Mohd Gazali berkata, keputusan KPM berkaitan 1BestariNet dibuat bagi membolehkan kerajaan menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan terbaik, serta mengoptimumkan sumber kewangan negara.

Beliau berkata, KPM tidak pernah meminggirkan mana-mana syarikat telekomunikasi yang layak, termasuk YTL dalam proses tender.

Malah, katanya, YTLC masih boleh mengambil bahagian dalam proses tender untuk perkhidmatan talian internet ke sekolah bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 dan seterusnya apabila proses tender secara terbuka dikeluarkan kelak.

“Dakwaan YTLC bahawa KPM melanggar obligasi kontrak dan tidak bertindak dengan niat baik adalah tidak berasas sama sekali dan ia tuduhan tidak adil ke atas kementerian dan kerajaan.

“Perlu ditegaskan KPM tidak melanggar kontrak dengan YTLC. Kontrak 1BestariNet sudah tamat pada 30 Jun 2019 dan bukan ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2019, KPM memanggil syarikat telekomunikasi utama, termasuk YTLC untuk diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan, iaitu tempoh sementara sebelum tender baharu dibuka.

“Ada syarikat memberi maklum balas dan ada yang tidak. Susulan itu, KPM melantik tiga syarikat iaitu TM One, Maxis dan Celcom Axiata yang sudah mengemukakan tawaran berdasarkan liputan terbaik oleh syarikat mereka,” katanya.

Dr Mohd Gazali juga menyifatkan dakwaan YTLC tidak berasas apabila menyatakan pihaknya ada menawarkan penyelesaian lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender baharu dibuat, namun ditolak.

“Pihak kementerian juga sudah memberi maklum balas kepada permintaan YTLC yang dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan syarat yang diputuskan kementerian,” katanya