Gerakan cabar keputusan tulisan Jawi sebelum Krismas



PAS JANGAN BISU

MGF29092019_PERASMIAN-PERSIDANGAN-PERWAKILAN-WP_10


KUALA LUMPUR – Gerakan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini  menolak permohonan melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini minggu depan.
Presidennya Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, rayuan itu akan dikemukakan oleh barisan penasihat undang-undang parti itu di mahkamah tinggi negeri sama ada pada Isnin atau Selasa depan.
Katanya, pihaknya akan mengemukakan beberapa perkara penting untuk mengukuhkan permohonan rayuan mereka bagi mencabar keputusan awal yang dibuat mahkamah itu yang membenarkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran Jawi di sekolah vernakular tersebut.
“Dalam Perlembagaan sudah termaktub bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tulisan rumi merupakan bahasa Melayu dan kami mahu mencabar bahawa mahkamah tidak boleh bercampur tangan dalam dasar pendidikan kerajaan yang sudah diiktiraf dengan melibatkan pandangan dan kepentingan pelbagai lapisan rakyat keseluruhannya.
“Malah sebelum ini kerajaan kata hanya persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini sebagai entiti berhak dibenarkan mengikut budi bicara untuk menentukan sama ada melaksanakan pengajaran tulisan Jawi di sekolah masing-masing atau sebaliknya.
“Jadi, dalam hal ini kami hendak mencabar kerajaan bahawa bukan PIBG tetapi hanya Lembaga Pengarah pengurusan sekolah sahaja ada hak dan kuasa autoriti undang-undang untuk menentukan mahu atau tidak melaksanakan pengajaran Jawi,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Katanya, berdasarkan tempoh 30 hari yang ada untuk mengemukakan rayuan dalam kes ini, dua peguam mewakili Gerakan akan ke mahkamah Tinggi sebelum sambutan hari Krismas.
“Ya, maksudnya peguam kami akan pergi failkan rayuan sebelum Krismas iaitu sama ada Isnin atau Selasa minggu depan,” ujarnya.
Tambah beliau, memandangkan Lembaga Pengarah pengurusan sekolah adalah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), maka entiti itu yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah mereka.
Manakala katanya, input ketiga yang akan disertakan dalam rayuan untuk pertimbangan mahkamah dan semakan semula kehakiman ialah subjek tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar di bawah Subjek Agama Islam bukan mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurutnya, tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar dibawah subjek agama Islam dan bukan bahasa Melayu.
“Maka kami ingin menjelaskan bahawa sejak tulisan Jawi dibawah subjek agama di SK, maka ia tidak boleh dibenarkan dilaksanakan dalam BM di sekolah Cina dan Tamil selepas ini.
“Mudah kata, Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa, tidak seorang pun boleh dipaksa mempelajari atau menerima ajaran mana mana agama lain daripada agama sendiri seperti yang ditetapkan dalam dasar pendidikan serta Bab 7 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Pada 28 November lalu, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang telah mengenepikan permohonan Gerakan untuk melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan membenarkan kementerian pendidikan dan kerajaan mengajar tulisan Jawi di sekolah kedua dua bahasa ibunda itu.-


KISAH BENAR YANG BERLAKU PADA DALANG KES LIWAT 1998


Image result for augustine paulImage result for aziz samsudin bekas menteri

Image result for ummi hafildaImage result for rahim noor

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.Sehingga kini mereka Ummi Hafilda,Azwan Ali dan Azmin tidak berbaik sebagai saudara mara?

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Image result for dr ristina majidImage result for dr ristina majid


Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.

Jika Azilah juga angkat sumpah laknat…


Image result for kit siang

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sumpah laknat siapakah yang ‘menang’ jika Azilah Hadri turut berbuat demikian bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpahnya bahawa beliau diarah oleh Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.
Soalan veteran DAP itu rentetan daripada kenyataan Najib semalam bahawa beliau akan mengangkat sumpah laknat esok di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pengakuan Azilah.
Kit Siang turut merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mencadangkan supaya Najib mengambil tindakan mahkamah untuk menepis tuduhan Azilah kerana bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu boleh disoal oleh peguam Najib.
Hanipa berkata, sumpah laknat yang akan dibuat Najib esok mempunyai nilai perundangan yang sedikit.
Kit Siang berkata, begitu juga dengan kontroversi sama ada Azila dibawa keluar dari penjara untuk bertemu VVIP yang tidak boleh dibuktikan menerusi sumpah laknat sebaliknya memerlukan siasatan rapi dan telus.
Veteran DAP juga  menafikan laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, beliau hanya terfikir adakah Najib mahu membuat langkah sama setelah ingin melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang dikaitkan kepadanya berhubung kes pembunuhan Altantuy.
Menurut beliau, sebagai bukan Islam, dirinya tidak akan mengeluarkan cabaran sedemikian.
“Saya tidak mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat sumpah laknat menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) bahawa dia adalah penerima daripada sogokan dari bon yang dibangkitkan oleh bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner untuk 1MDB dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar.
“Dalam kenyataan saya pada pagi ini, saya tertanya-tanya sama ada ini yang akan dilakukan oleh Najib jika dia membuat keputusan untuk mengambil laluan sumpah laknat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang mengulas mengenai laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1MDB.
“Adakah Najib akan membuat sumpah laknat untuk menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).
“[..] bahawa dia adalah penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar?” katanya memetik laporan Malaysiakini, hari ini.
Najib berkata beliau sanggup bersumpah laknat untuk menafikan dakwaan mengarahkan Altantuya dibunuh pada 2006 ketika menjadi timbalan perdana menteri.
Akuan bersumpah (SD) Azilah yang sedang menanti hukuman gantung didedahkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya.
Dokumen yang disertakan dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati. 


KL SUMMIT 2019 GAGAL?



Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara-negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini.

Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu:-

Pertama, mengapakah sidang itu mengecualikan Arab Saudi yang dikenali sebagai tunjang belakang OIC atau Pertubuhan Negara-Negara Islam dengan keanggotaan 57 negara di seluruh dunia?

Apakah Tun Mahathir Mohamad mahu menonjolkan dirinya sebagai juara baru negara-negara Islam?

Lantaran itu, selain Arab Saudi yang tentu mengecamnya, OIC turut menolak penganjuran KL Summit 2019 ini, bahkan menyifatkannya sebagai langkah memecah-belahkan umat Islam.

Selain itu, dipercayai disebabkan tekanan Arab Saudi jugalah menyebabkan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Indonesia, Jokowi tidak hadir sidang ini.

Jokowi sepatutnya diwakili oleh Naib Presiden Ma’aruf Amin, tetapi beliau juga memutuskan tidak hadir bersandarkan nasihat doktor yang menyimpulkan beliau sebagai kelelahan kerana melalui rangkaian tugas dalam negara yang sangat padat.

Maka, apa maknanya KL Summit 2019 jika Indonesia sebagai negara umat Islam terbesar di dunia pun enggan turut serta?

Kedua, daripada 52 ketua negara yang dijemput, hanya tiga saja yang hadir iaitu Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Apa signifikannya KL Summit kepada umat Islam seluruh dunia dengan hanya tiga ketua negara saja yang menghadirinya?

Qatar dan Iran khususnya yang memang bermusuh dengan Arab Saudi, kehadiran mereka lebih untuk menunjuk-nunjuk taring mereka kepada Arab Saudi dan seolah-olah

mereka diberi keutamaan oleh Malaysia.

Tetapi, tidakkah kesan jangka panjang hubungan dengan Arab Saudi akan dipikul oleh Malaysia selepas ini?

Erdogan, walaupun hadir sidang ini, tetapi malam semalam beliau telah menganjurkan jamuan makan malam di Kedutaan Turki bersama Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan rakan karibnya sejak sekian lama.

Ada yang mengatakan datangnya Erdogan bukan sangat mahu menghadiri KL Summit, tetapi lebih mengambil kesempatan untuk bertemu dengan bakal PM8 itu.

Ketiga, pemilihan wakil Malaysia yang berucap dalam sidang meja bulat dan pleno KL Summit iaitu Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Mukhriz Mahathir juga menimbulkan tanda tanya ramai.

Apa yang Azmin, Zuraida dan Mukhriz faham tentang gerakan Islam dan apa sejarah penglibatan mereka dalam agenda Islam selama ini?

Apakah Tun Mahathir lebih bermotif untuk menonjolkan mereka di peringkat antarabangsa dengan manfaat yang mahu diraih ialah keuntungan politik di dalam negara?

Namun, dengan gagalnya KL Summit 2019 ini sejak awal lagi, bukan saja dari segi penerimaan negara dan umat Islam di seluruh dunia, bahkan juga pada tanggapan rakyat Malaysia sendiri, apa yang Tun Mahathir dapat sebenarnya daripada perbelanjaan besar menganjurkan sidang ini?

(ShahbudinHusin 19/12/2019).


What happened to Altantuya? | 60 Minutes Australia





Allegation On Altantuya Murder: Why Altantuya Was Killed?





SIRI PEMBUNUHAN PALING KEJAM TERHADAP SEORANG WANITA KERDIL DAN LEMAH.

Cebisan-cebisan dagingnya melekat didahan dan ranting-ranting pokok berhampiran tempat mendiang diletupkan..

Begitulah zalimnya pembunuhan yang dilakukan terhadap seorang wanita yang lemah..

Sedangkan wanita yang dibunuh itu.. boleh ditangkap dan diusir keluar dari negara ini.. atau mengarahkan dan mengiringi wanita itu menaiki penerbangan balik ke negara asalnya Monggolia..

Kenapa perlu beliau dibunuh hanya kerana beliau memeras ugut..?..tak logik langsung..

Kenapa beliau dibunuh kononnya dia spy..? Lagi la tak logik..

Kerana ada berapa ramai Spy Israel di Malaysia.. siap ada kuil.. CIA sendiri pun bersarang di office Najib sendiri.. dan mereka bebas berkeliaran di Kementerian Pertahanan dan kem-kem tentera..

Akan tetapi..

Sudah tentu ada satu kuasa yang maha hebat disebalik pembunuhan berkenaan..

Kerana kuasa dan arahan darinya mampu memaksa pihak Imegresen memadamkan senarai nama mendiang memasuki negara ini..

Siapakah manusia yang punya kuasa hebat itu..?

Tak mungkin hanya bertaraf Chief Inspector atau Sirul sebagai koperal boleh mengarahkan senarai nama itu dipadamkan dari sistem komputer kerajaan..?

Siapa yang bertanggungjawab membenarkan Sirul ke Australia secara SAH..?

Siapa yang beri semula passport dan kebenaran keluar tanpa sekatan pihak berkuasa negara..?

Sedangkan Sirul menaiki penerbangan biasa.. bukannya melalu jalan seludup..!!!

Diharap kes ini disiasat keseluruhannya.. termasuk Peguam Negara ketika itu.. IGP.. Hakim.. KP Imegresen.. KDN.. serta saksi-saksi penting yang tidak dipanggil langsung..

Dalam kes ini..

Azilah sudah tidak mempunyai kepentingan lagi.. kerana telah dijatuhkan huluman MATI.. tiada peluang untuk bebas..

Akan tetapi.. dakwaan beliau menerima arahan WAJIB disiasat dan dibicarakan semula..

Mendengar kata-kata Najib.. samalah mendengar kata-kata dari seorang perompak penyamun sambil berlari..

Eddie Adam Benjamin