Terkini kes Liwat III sedang dirancana.


Oleh: Abdul Rauf


Pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kes Liwat I & II, Siapakah DALANG nya?

Kes Liwat I & II adalah fitnah dan tuduhan yang direka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dalam konteks pembunuhan karakter atau Character Assassination menurut dan mengikut Sains Politik.
Pembunuhan Karakter/Character Assassination bermaksud ' FITNAH ' atau MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK BENAR menurut dan mengikut Sains Politik.
Character Assassination adalah sebahagian dari Sains Politik.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik dan ingin tahu bagai mana pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut.
1. Pembunuhan Karakter atau Character Assassination bermaksud ' Fitnah atau Mengatakan hal yang TIDAK BENAR terhadap seseorang ' atau tokoh politik agar rakyat dan masyarakat tidak suka dan percaya kepada seseorang atau tokoh politik tersebut.
2. Seseorang atau tokoh politik yang menjadi sasaran pembunuhan karakter adalah seperti berikut:
I. Seseorang atau tokoh politik yang terlibat dalam persaingan.
II. Seseorang atau tokoh politik yang mewujudkan represantasi kekuatan Ideologi,Teori,Politik,Parti atau pergerakan.
III. Seseorang atau tokoh politik yang mempunyai status sosial yang tinggi dan berpengaruh.
IV. Seseorang atau tokoh politik yang sukses dibidang tertentu seperti politik,pemerintahan dan lain-lain.
3. Pembunuhan karakter biasanya dilakukan oleh seorang PERDANA MENTERI atau PRESIDEN yang ' BERSIKAP DIKTATOR ' dan ' BERKUASA MUTLAK ' menurut dan mengikut Sains Politik.
Pemimpin yang berfahaman DIKTATOR terbahagi kepada dua:
1. Pertama DIKTATOR yang terhasil dari rampasan kuasa atau kudeta,biasanya seorang tentera,Contoh:
1. Idi Amin - Uganda.
2. Manuel Noriega - Penama.
3. Juan Carlos Ongania - Argentina.
Diktator jenis ini menggunakan sepenuhnya kekuatan TENTERA untuk menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.
2. Kedua DIKTATOR yang lahir dari pemilihan atau Pilihan Raya umum.
Diktator ini dipanggil DIKTATOR BERPERLAMBAGAAN,Contoh:
1. Adolf Hitler - German.
3. Mustafa Kemal Ataturk - Turki.
4. Ferdinand Marcos - Philippines.
Diktator berperlembagaan akan menggunakan sepenuhnya kekuatan Ketua Polis Negara/Cawangan Khas untuk memfitnah,menekan,menghalang dan membunuh musuh-musuh politiknya.
Ciri-Ciri seorang DIKTATOR.
1. Tampan,Menawan dan Menarik.
2. Berkarisma.
3. Pintar dan Cerdik.
4. Memiliki selera untuk berkuasa yang tiada had dan batasan ( Gila Kuasa ).
5. Berkuasa Mutlak.
6. Hipokrit/ Munafik.
7. Mahir menipu.
8. Menggunakan FITNAH dan PEMBOHONGAN sebagai senjata utama dan banyak lagi.
Diktator berperlambagaan yang BERKUASA MUTLAK akan ' MEMPERALATKAN dan MENGGUNAKAN sepenuhnya kekuatan:
1. Ketua Polis Negara/Polis Cawangan Khas.
2. Peguam Negara.
3. Ketua Hakim.
4. Mahkamah.
Untuk MEMFITNAH,menghalang,menekan dan membunuh musuh-musuh politiknya.
4. Fitnah dan tuduhan yang direka ke atas seseorang dalam konteks ' Pembunuhan Karakter ' KELIHATAN BETUL dan BENAR kerana ia melalui proses siasatan Ketua Polis Negara/Bahagian Siasatan Jenayah kemudian diambil tindakan oleh Peguam Negara menerusi proses undang-undang serta Mahkamah dan akhirnya para Hakim membuat keputusan mensabitkan yang difitnah bersalah padahal semua mereka mengikut telunjuk dan arahan seorang DIKTATOR ( Perdana Menteri/Presiden ) yang BERKUASA MUTLAK yang telah memberi arahan untuk menyadiahkan ' Bahan bukti yang dirancang ' menurut Sains Politik.
Akhirnya rakyat percaya kepada seorang yang di FITNAH benar-benar meliwat kerana proses mensabitkan kesalahan dibuat dan dilakukan melalui proses undang-undang dan Mahkamah.
Tetapi rakyat dan masyarakat tidak tahu dibelakang proses fitnah ( Kes Liwat ) adalah seorang Perdana Menteri atau Presiden yang memperalatkan dan menggunakan Ketua Polis Negara/ Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Polis Cawangan Khas,Peguam Negara,Ketua Hakim dan Mahkamah.
Perdana Menteri atau Presiden yang berfahaman DIKTATOR dan BERKUASA MUTLAK boleh melakukan apa sahaja kaedah untuk membunuh musuh-musuh nya menurut dan mengikut Sains Politik.
5. Pembunuhan karakter amat bahaya kerana sukar untuk mempertahankan diri kecuali mereka yang ' Benar ' dan mempunyai semangat yang kuat dan tidak takut kepada manusia kecuali Allah SWT.Mereka ini adalah orang-orang yang beriman.
6. Jentera yang disusun demi menjatuhkan ' Imej ' seseorang atau tokoh politik.
7. Jentera itu adalah kerajaan dan seluruh agensi dijadikan alat demi menghalalkan cara.
8. Berikut adalah alat atau komponen pembunuhan karakter.
I. Mewujudkan persepsi.
II. Menyadiahkan bahan bukti yang dirancang.
III. Menyebarkan melalui seluruh agensi untuk menghukum.
IV. Peralatkan seluruh sistem pentadbiran seperti:
1. Ketua Polis Negara/Polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.
2. Peguam Negara.
3. Ketua Hakim.
4. Mahkamah.
5. Media arus perdana bagi mempotret atau menggambarkan seseorang yang difitnah seperti syaitan dan manusia hina.
V. Menghukum untuk memusnahkan.
9. Tidak ramai yang survive hanya yang benar-benar berwibawa berjaya mempertahankan maruah sehingga diakhir hayat.
10. Kesimpulan,kerana pembunuhan karakter dilakukan dengan cara ' Memfitnah dengan tuduhan yang direka ' dan memanipulasi data maka faktor pembohongan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini.
Semakin besar pembohongan itu ia semakin meyakinkan,maksudnya pembohongan harus diulang dan diulang yang akhirnya orang ramai atau masyarakat percaya.
11. Dalam pembunuhan karakter dua tokoh politik memainkan peranan penting ia itu;
1. Joseph Goebbel seorang menteri dan ahli propaganda Rejim Nazi berkata;
' Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dipercayai oleh masyarakat.'
2. Niccolo Machiavelli seorang ahli strategi Italy yang terkenal dengan falsafah ' Matlamat menghalalkan cara.'
Matlamat menghalalkan cara bermaksud seseorang pemimpin sanggup melakukan tektik kotor untuk mempertahankan kuasa dan sanggup menelan kahaknya, menjilat ludahnya dan melutut kembali kepada musuhnya asalkan matlamatnya tercapai.
Pembunuhan karakter adalah sebahagian dari Sains Politik yang telah wujud sejak tahun 1787 di era atau zaman Napoleon Bonaparte.
Note.
1. Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Polis Negara?
2. Siapa dibelakang dan yang melantik Peguam Negara?
3. Siapa dibelakang dan yang melantik Ketua Hakim Negara?
4. Siapa dibelakang dan yang mengawal Mahkamah?
5. Siapa dibelakang dan yang mengawal Media Arus Perdana.
Kes Liwat I & II adalah konspirasi yang bertahaf tinggi hanya mereka yang mempunyai pengatahuan asas dan pendidikan mengenai Sains Politik boleh memahaminya.
Siapakah DALANG nya kes Liwat I & II?
Kes Liwat I terbongkar campurtangan Kehakiman apa bila Ketua Hakim Datuk Eussouf Chin disiasat.
Kes Liwat II terbongkar campurtangan kehakiman apabila Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Becker mendedahkanya.
Fitnah itu lebih DAHSYAT daripada MEMBUNUH dan masa akan menjawabnya kerana kebenaran tidak boleh dipermainkan.
Abdul Rauf Hj.Jainullah.
ANWARPM8 MEI10 2020

TERKINI : Ambil Alih Kerajaan Bukan Boleh Pecat… Pecat… Pecat… – Khalid Samad


 



SHAH ALAM – Apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh menyingkirkan mana-mana penjawat awam yang tidak mahu memberi kerjasama dengan kepimpinan baharu.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menegaskan, penjawat awam masih diberi peluang untuk menyesuaikan diri namun ditukar ke jabatan lain jika cuba menggagalkan usaha kerajaan baru.
“Kita tak boleh ambil alih…pecat…pecat…pecat, tak boleh, kita kena ikut sistem yang ada dan beri peluang kepada mereka

DAKWAAN RAJA PETRA SERIUS TENTANG RANCANGAN MAHATHIR






Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim perlu buat deal untuk mengalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika tidak, kedua-dua mereka, Anwar dan juga Najib, akan dibunuh oleh Mahathir. Maka, Anwar tidak akan jadi perdana menteri dan Najib akan disumbat kedalam penjara.


Mahathir tidak tahu sebenarnya. Tapi budak budak Mahathir mula desak dan mengambil tindakan. Mereka juga bertanya beliau tentang apa yang sebenarnya berlaku,Banyak lagi cerita akan timbul dengan budak ini.

Ada lagi 2 kes yang mereka atur sekiranya polis tidak ambil tindakan sehingga IGP tidak dapat elak untuk mengambil tindakan .Ini rancangan mereka(orang Mahathir nak hapuskan Anwar sekaligus). Mereka tidak mahu Anwar menjadi ancaman kepada Mahathir.Dengar seterusnya.....



“Ekonomi Malaysia akan pulih luar biasa dengan mengganyang Anwar” – Saifuddin



 


MGF09122019_PERHIMPUNAN-BULANAN-DISEMBER-KPDNHEP12
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember KPDNHEP 2019 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019.
PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata beliau
 tidak tahu sama ada topik yang dikupas dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) anjuran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan
 dengan agenda membangunkan rakyat.
Katanya, beliau juga tidak tahu sama ada ketua setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau pengarah bahagian berkenaan ada memberi kupasan topik tersebut
 dalam majlis itu.
“Saya pun baru tahu semalam tentang perjumpaan Wawasan Kemakmuran Bersama
 jadi kita bersangka baik barangkali itu merupakan penerangan merapatkan jurang ekonomi penduduk bandar dengan luar bandar.
“Saya pun tidak tahu sama tajuk itu dikupas boleh jadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pengarah bahagian berkenaan saya pun tidak tahu.
“Tapi apa yang saya baca ucapan pemimpin parti dan penjelasan kemakmuran
 bersama itu adalah ekonomi Malaysia lebih maju kalau Anwar terus diserang.
 Itu yang saya faham.
“Ekonomi Malaysia akan pulih luar biasa lonjakan saujana hanya dengan
mengganyang Anwar Ibrahim. Itu mesej saya tolong tulis jadikan itu tajuk utama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ramkarpal cari jalan serah surat tuntutan kepada Yusoff Rawther



 


MGF09122019_Bukit-Aman_03
Peguam, Ramkarpal Singh bercakap kepada media mengenai Ahli Parimen Sungai Pelek, Ronnie Liu menghadiri perhimpunan Hari Memperingati Perjanjian Hatyai PKM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 DISEMBER 2019.
KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh berkata,
beliau sedang memikirkan jalan untuk menyerahkan notis surat tuntutan kepada
bekas Penyelidik anak guamnya, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa telah dicabul oleh Presiden PKR itu pada Oktober lalu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, surat tuntutan yang dihantar sebelum ini
kepada Muhamed Yusoff telah dikembalikan semula ke pejabatnya disebabkan
 penerima tidak tinggal di alamat tersebut.
“Kes Yusoff Rawther, kami diarahkan mengeluarkan notis surat tuntutan
terhadapnya
dan saya melakukannya tapi kami tak dapat serahkan ke alamat dia iaitu di Pulau
pinang seperti mana disertakan dalam akuan bersumpah.
“Jadi kami cuba menyerahkan tetapi surat itu kembali semula ke pejabat kami
 bahawa dia (Yusoff) tidak tinggal di alamat Pulau Pinang itu.
“Jadi kami sudah sediakan notis surat tuntutan baharu untuk diberikan kepadanya
 kelak,” katanya keitka ditanya pemberita semasa mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Ronnie Liu untuk dirakam keterangan berhubung kehadirannya
ke Perhimpunan memperingati Perjanjian Damai Hatyai ke-30 pada bulan lalu.
Ditanya kemajuan yang dicapai setakat ini, Ramkarpal berkata, beliau sedang mengusahakan pelbagai kaedah termasuk mendapatkan maklumat daripada myKad Muhammed Yusoff yang dirasakan boleh membantu mendapatkan alamat terkininya.
Ramkarpal ditanya sama ada beliau akan bertemu peguam Muhammed Yusoff, Muhammad Haniff Kathri Abdulla yang mengiringi untuk memberi keterangan berkata, beliau akan mendekatinya untuk menyerahkan surat tuntutan itu.
“Boleh juga, ya saya tahu dan difahamkan Haniff jadi peguam dia dan ada di sini, kalau betul dia ada sini, mungkin kami boleh berikan notis itu kepadanya mewakili Yusoff.
“Kami mungkin boleh buat begitu.. akan fikirkan opsyen itu,” katanya 

Zahid Hamidi dipenjarakan Lebih Lama dari Azmin kerana Ds Anwar..

Oleh arina Riana

Zahid Hamidi dipenjarakan Lebih Lama dari Azmin kerana Ds Anwar..

Aku baca tajuk akhbar hari ini agak menggelikan hati bila Azmin dakwa dia terlebih dulu dipenjarakan berbanding Ds Anwar.. Apakah begitu Jahil Azmin untuk membezakan istilah Penjara dan Ditahan(Lokap) alam Membantu Siasatan.. Mahkamah mana yang menghukum Azmin ? Boleh bagi tahu..

Untuk Pengetahuan pentaksub Azmin.. Masa Anwar dipecat tahun 1998, Aku baru berusia 16 Tahun..Tapi takda lah aku mudah lupa dan mudah diperbodohkan..Masa Anwar dipecat, Bukan hanya ada Azmin.. hatta Zahid Hamidi, Zambry Kadir, Zahid Mat Arip,Lokman Nor Adam, Ezam pun berada di belakang Ds Anwar.. Menyokong Ds Anwar..

Malah Zahid Hamidi ditahan ISA dengan beberapa pimpinan ABIM kerana mempertahankan Anwar pada ketika itu lebih lama dari tahanan yang kena keatas Azmin.. Boleh jadi masa tu Azmin merayu kepada bapa angkatnya Tun Mahathir.. Sudah pasti orang seperti Zahid hamidi dan Zambry tak dapat pertahan lama.. sebab masa dalam UMNO depa pelahap Projek dan Komisen..

Apa nak heran dengan 3 hari tahanan untuk siasatan kepada Azmin, Berbanding dengan Ezam, Lokman Nor Adam, Zahid Mat Arip yang ditahan ISA lebih 2 Tahun kerana mempertahankan Ds Anwar ? 

bezanya depa terlebih dulu Khianat dan U-Turn berbanding Azmin... kalau nak ikut tempoh depa ditahan.. bekorban untuk Ds Anwar..Depa lebih reformis dari Azmin.. Azmin hanya kelompok Opprtunis..

Sudah sudah lah berbohong Azmin.. Tengok keaku Azmin dah mcm Azwan Ali.. Dulu aku selalu kata entah kenapa adik beradik dia semua sakit jiwa, Dari Umi Hafilda.. Sampaikan Azwan Ali.. Ingatkan Azwan Ali jer tagihkan perhatian.. rupanya Azmin pun sama.. Hari ini baru kita nampak, Satu keluarga rupanya sakit jiwa.. Tagihkan Perhatian dan Kasih Sayang.. :)

Ipohmali

*#AnwarPM8*
*#GemilangBersamaAnwar*
*#TolakKARTEL*
*#TolakFitnah*
*#SikitolPenipu

CATATAN HAMDAN TAHA



Saya share catatan Hamdan Taha diawal sejarah penubuhan PKR. (Yang menarik catatan tentang Kamarudin Jaafar dan Saifudin Abdullah)

C&P

Semasa menubuhkan parti keadilan saya bersama saudara Ezam bertungkus lumus memujuk pimpinan umno untuk  bersama sama memimpin keadilan.

Hari hari kami akan berjumpa orang untuk memujuk mereka dan memegang jawatan dalam parti,itu sebab saya pegang tiga jawatan kerana memudahkan saya menyerahkan jawatan itu kepada yang berminat. Saya masa itu menjadi pengerusi keadilan perak,timbalan ketua pemuda malaysia dan memangku setiausaha pemuda dan ahli MPT

Antara yang kami pergi jumpa dan berkali kali berbincang ialah Kamaruddin Jaafar yang sekarang ini Timbalan Menteri Pengankutan,dia sahabat baik Anwar dan di kayakan oleh Anwar masa dalam umno. Dalam perbincangan kami itu sangat jelas dan saya tak bole lupa ayat dia kepada kami. I tak boleh join keadilan,kerana keadilan parti baru dan perlukan kewangan yang banyak,I akan join Pas kerana aktif di dalam Pas kita tak perlu keluar duit yang banyak,jika I bersama Keadilan sudah tentu I kena keluar duit yang banyak

Saifuddin Abdulah terus tolak kerana dia yakin pada umno dan dr mahathir,dan masa itu beliau sedang bahagia dengan kehidupan yang ada kemewahan.

Zaiyadi awang noh adalah orang yang kami harap dapat menjadi Timbalan ketua pemuda keadilan dan kami beberapa kali berjumpa dengan beliau,jawapan beliau mudah sahaja tidak bersedia kerana mak dia adalah pimpinan umno yang sangat kuat,tidak bersedia melukakan hati ibu.

Dr zamry Abdul Kadir selepas di tahan ISA berubah cara fikir dan tidak  bersedia jumpa.sesiapa dan akan kekal dalam umno.

Kami jumpa pula mustapa kamil bekas setiausaha politik muhyuddin,dia minta masa untuk bersama,dan kami tawarkan jawatan timbalan ketua pemuda keadilan malaysia kepada beliau,setelah beberapa bulan baru lah dia bersedia bersama keadilan.

Saya juga memujuk sahabat saya dato shakar shamsudin dari pahang,kerana beliau semasa anwar TPM sering di lihat orang yang sangat rapat dengan Anwar malahan beliau adalah pelajar yayasan anda,ikut kisahnya semasa beliau nak ke US pun ada bantuan dari Anwar...tapi setelah jumpa saya faham,beliau sudah rapat dengan tun daim melauli setpol daim ketika itu,nama anwar bukan lagi pulihan,dan sharkar tepat pilihannya kerana tahun 99 beliau dapat menjadi YB.....sehingga sekarang

Zahid hamidi  berakad dengan saya atas nama Allah swt meminta saya bersama keadilan bersalam beria ia sambil kami berpeluk,dan dia berjanji akan  bersama selepas semua masalah dia dapat di selesaikan. Selepas beberapa bulan dia jumpa saya pun takut,semenjak itu sampai lah sekarang sikit pun saya tak pernah percaya kepada beliau. Jika akad dan bersumpah dengan lafaz nama Allah swt pun boleh tidak bercakap benar apa saya nak harapkan pada orang macam ini....saksi kenyataan saya adalah Allah swt dan para malaikat yang mencatitkan peristiwa itu....

Lokman Adam semasa menjadi exco pemuda keadilan beliau mendapat pendapatan yang   besar dari zahid hamidi. Tidak seperti saya yang betul betul berjuang dan berabis harta benda. Itu sebab saya tak hairan watak sahabat saya Lokman menjadi penyokong kuat zahid dan najib...

Menubuhkan keadilan perak bukan mudah,saya sewa satu hotel masa itu dan saya jemput sesiapa berminat untuk bersama saya menubuhkan keadilan sila datang,ramai yang datang dari seluruh perak dan semua mereka saya tak kenal lansung,dan semasa menubuhkan keadilan perak satu sen pun saya tidak pernah mendapat peruntukan dari Azizah atau anwar atau parti. Kita keluar duit sendiri dan cari duit sendiri. Akhirnya kami jumpa cikgu khalid shah dari tapah pujuk untuk bersama. Dia setuju beliau ialah abg kepada nizar jamaludin,bekas timbalan pengarah pendidikan perak....

Ini sedikit kenangan penubuhan kkeadilan

Hamdan Taha

ANTA AHLI PKR KE?




Oleh : Md Zulaimi Kazin

Ramai yg tanya bila banyak status saya banyak berkenaan PKR dan DS Anwar.

Pada 2 September 1998 jam 12.30 tghari saya ke rumah Almarhum Ustaz Fadhil Nor di Lorong Borhan, Alor Setar dgn seirang sahabat.

Sabaik bagi salam dan UFN sendiri sambut kami dimukan pintu dan dipersilakan masuk saya lihat dengan ketara kegelisahan UFN. Kami diam hanya melihat gelagat UFN sekejap duduk, sekejap berdiri dan sekejap telepon sesorang.

"Ana baru dapat panggilan dari Anwar sblm anta semua sampai tadi..." kami masih diam nak dengar penjelasan lanjut UFN.

"Anwar habaq Mahathir nak pecat dia. Bagi 2 pilihan samada letak jawatan dan diberi kedudukan lain luar kabinet atau dipecat dan dituduh isu moral"... UFN tunduk dan kami mmg terkejut, kalau bukan UFN yg beritahu.mmg kami tak percaya.

"Anwar kata dia sedia dipecat dan akan lawan. Sahabat2 kami sibuk dok telepon... Syeikh Azmi pun tgh bersiap nak ke KL..." kami rasa ustaz dalam masalah besar yg perlu selesai jd kami tak lama terus minta diri balik.

Petangnya Ustaz Fadhil terus berada di rumah Anwar dan satu2nya pemimpin Pas yg datang memberi sokongan pd Anwar. Pada masa itu ramai kalangan pemimpin2 Pas lain mempertikaikan tindakan UFN seolah2 membelakangi parti.

Selepas itu UFN panggil mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas dan memberi penjelasan panjang lebar kehadiran beliau memberi sokongan kpd Anwar dan membawa perbincangan akhirnya memutuskan Pas memberi sokongan pd Anwar.

Pas menjadi penggerak utam Road Show Anwar disamping kumpulan reformasi. Tok Guru Nik Aziz membenarkan stadium digunakan utk jd pentas Anwar di Kelantan dan mencatat sejarah stadium dan bandar Kota Bharu sesak... begitu ditempat2 lain sehingga Anwar ditangkap secara kejam dirumahnya di jln Serimurni, Damansara.

UFN mengepalai GERAK utk memperjuangkan Anwar dan jelajah seluruh negara bersama kepimpinan Pas yg lain terutama Pemuda di bawah Bang Mat dan Mahfuz. 

Tok Guru Nik Aziz juga kasih pd Anwar sebagai sahabat culup tinggi dan penghormatan Anwar pada Tok Guru juga amat hebat.

Jadi bila tanya ana sdh masuk PKR atau masih dgn Amanah... ana jawab ana ikut UFN dan Tok Guru tak tukar parti tp pertahankan Anwar. Ana masih dgn Amanah tp bersama perjuangan Anwar. Dari tahun 1998 sehingga hari ini tidak permah berubah. Saya lihat sendiri kasih sayang seorang sahabat (UFN) kpd sahabatnya yg dizalimi (DSAI). 

Secara organisasinya Azmin sekarang cuba menzalimi Anwar dgn berusaha bersungguh2 menghalang Anwar dr jadi PM spt yg termaktub dlm konsensus yg PH buat. Kita akan lawan sungguh2 puak Azmin ini sbb Azmin patut dinyahkan dalam politik negara.

JAUH "KEKAL TENANG" GENG JEBON DARI GENG KARTEL....



Si Kitul, Barua dan Broker..

Aku sampai sekarang, tak faham kenapa Azmin ngan geng dia keluar dewan hanya kerana cerita sejarah "Si Kitul " dari ucapan dasar Anwar Ibrahim.. sapa ikuti Ucapan Ds Anwar ni memang dari zaman reformasi dulu, Ds Anwar sering mengungkap kan sejarah runtuhnya Kota Melaka ini.. dah Kongress pun kat Melaka..

Maknanya jiwa Azmin lebih kecil dan sensitif dari Azwan Ali.. Kalau ikutkan status dan Twitter Azmin Ali selama ini sindir dan perli Ds Anwar dan Wan Azizah lagi kurang ajar dari itu.. Peliknya hat ikut keluar orang bergelar Exco,Menteri.. apa punya standard orang IQ sebegini.... 

aku bukan orang PKR.. aku taknak sibuk hal dalaman PKR..Cuma aku nak cerita Sejarah PAS.. Sebab aku tak pernah hadir sekalipun Kongress Keadilan, Cuma selalu hadir muktamar PAS dulu...Kalau nak diikutkan Sejarah Mat Sabu dan rakan rakan dia dalam Amanah hari ini lagi teruk diperlakukan..

Bayangkan dalam Muktamar, Haji Hadi sampai sumpah seranah atas Pentas, Keluar istilah Binatang itu biasa, Malah dituduh Barua dan Broker kepada pemimpin Amanah hari ini diatas pentas Muktamar hanya kerana depa itu sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.. 

Depa digelar Anwarinas atas pentas Muktamar, Digelar Jebon, Liberal..hatta Dikafir dan dimunafikan dewan Ulama'... Malah Di Nerakakan Presiden..Tidak cukup itu mereka baca pulak Doa Laknat, Bila Hujah mereka cuba dijawab, Mikrofon dirampas Unit Amal macam Samseng..

Ketika Mat sabu merasmikan Dewan Pemuda, Ramai ramai budak budak PAS ,Pemuda yg dikata Ustaz, belajar Agama ini keluar Dewan.. protest kononnya dikata Mat Sabu lebih walak kepada Anwar dan lebih memuji Jokowi dari Presiden Sendiri.. Itu jer sebab depa keluar Dewan.. alasan tidak munasabah..

Walaupun kurang ajarnya Pemuda PAS pada Ketika itu tidak menghormati Timbalan Presiden, tapi bila wartawan tanya Mat sabu, Mat Sabu masih tenang jawab, Mungkin ramai yang keluar untuk Solat..  Sebab masa tu Mat sabu masih menjaga Ukhwah.. nama baik dan kepimpinan parti walaupun dia dihina... Mat sabu tak Keluar buat sidang media merajuk depan wartawan....

Hanipa Maidin dulu bila berucap.. Geng geng Anak si nasir YDP Gombak, samseng Unit Amal siap Buat Kecoh..tengah Pemimpin Berucap.. Depa Booo satu dewan dari ruang pemerhati.. Tapi pemimpin Amanah pada Ketika itu Gentle, Depa jawab masa sesi Penggulungan.. Depa kilas dengan Ucapan..

Kalau ikut Sejarah Pemimpin Amanah yang dituduh Jebon, Anwarinas, Kapir, Munafik ini lagi teruk dari Azmin.. Depa takda salah apapun, Cuma salah depa tak puja Haji Hadi, dan depa Pro dan pertahan pakatan Rakyat seperti mana Almarhum Tg Nik Aziz.. itupun dituduh Pengkhianat..

Walaupun Depa ni diburukkan dalam seluruh Cawangan dan kawasan, Disebarkan Buku burukkan depa yang ditaja UMNO.. Depa kekal Tenang.. Ini baru namanya Kekal tenang.. depa turun ke Markaz Kawasan, Jawab semua Tuduhan..

Masa Mesyuarat AJK PAS pusat, Geng geng Ulama, Bani Geng Ustaz, Si Dusuki, Nazmi Karim, Mokhtar Senik,Azli Taliban dan Geng Tok usin masa tu depa buat demo depan Pejabat PAS Jln Raja Laut.. Siap Pijak gambar Pemimpin PAS yg dituduh Anwarinas  dan jebon masa tu.. 

Tapi Pemimpin Amanah masa tenang hadapi puak Khawarij ini.. Depa tetap datang juga Mesyuarat, Depa tak Ponteng macam geng Azmin.. Perangai Ponteng Mesyuarat Azmin ni sama jer ngan Haji Hadi masa ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat....

Ini baru gambaran Pejuang.. Ini baru boleh dikatakan menempuh Mehnah dan Tribulasi... Pelik geng Azmin Ali ni, hati tisu.. Sembang mengaku Pejuang, padehal Penjara pun tak pernah kena walaupun sehari.. Anwar tu dikutuk, Dihina,Diaibkan, di ISA kan dan Dipenjarakan pun relax jer..

Aku setuju kali ini Anwar dah mulakan langkah dia untuk bertegas dengan geng Azmin, Itupun Anwar masih menjaga adab dan Akhlak tak menyerang Peribadi Azmin sebagaimana Azmin menyerang Peribadi Anwar, Di Media Sosial.. Bagi Aku Kesabaran Anwar itu cukup kuat melayan perangai dan Kejahatan Azmin.. kalau Haji hadi, Siap lah pelbagai gelaran Binatang yg keluar..

Tak sesuai slogan kekal tenang tu bagi Azmin..Sebab kuat gelabah.. tapi orang yang buat Salah, Buat Jahat memang jiwa tak tenang.. kalau nak tengok contoh mudah, tengok Haji Hadi, Sampai hari ni jiwa dia tak tenang.. Tengok Haji Hadi, Sampai hari ini dia tak senang Duduk.. hari hari serang DAP, serang peribadi Ds Anwar , Walaupun Anwar dah tak sentuh tentang dia.. 

Sebab orang yg ada Dendam ,Kesumat, dan Sifat Dengki.. Apalagi orang yang tidak punya sifat Ikhlas dalam jiwa dia.. Orang itu takkan boleh tenang, walaupun orang itu Ulama'..Walaupun dia guna slogan Kekal tenang.. :)

Ipohmali

APA KATA HAMDAN TAHA

Orang lama di awal penubuhan Keadilan mengesahkan Azmin penipu....takkan dpt makan sepinggan sorang berbaloi untuk kena tipu oleh si kitol? Murahnya harga diri korang....

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: 5 orang, teks

Ambil alih FGV masih peringkat perbincangan – Mat Sabu





 




Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berjalan menunju ke sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto
SHAH ALAM – Cadangan pengambilalihan Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) daripada pihak ketiga masih di peringkat perbincangan, baik dalam Pakatan Harapan (PH) mahupun 
Kabinet.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu 
berkata, sekiranya perkara itu mahu dilaksanakan, pihaknya 
akan memastikan kegagalan Barisan Nasional (BN) mentadbir
 urus anak syarikat Felda itu tidak berulang.
“Itu di peringkat perbincangan dan sekarang disuarakan dan 
kita akan bincang di peringkat PH dan Kabinet dalam hal ini 
supaya 
ia tak berulang apa yang berlaku kepada FGV.
“Bentuk-bentuk yang disebut tadi (Datuk Mazlan Aliman) belum konkrit lagi, hanyalah di peringkat cadangan sahaja, tiada lagi 
bukti dan fakta konkrit katanya orang tertentu nak ambil alih 
FGV, hanya di peringkat khabar angin saja,” katanya pada 
sidang media selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di sini, 
hari ini,
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, 
Datuk Mazlan Aliman mendedahkan wujudnya gerakan dalaman 
dan usaha pihak ketiga iaitu Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kepentingan dalam FGV.
Menurut Mazlan, sekiranya pengambilalihan itu berlaku, 
Kerajaan PH akan dianggap sebagai pengkhianat rakyat yang 
telah memilih dan memenangkan merekan pada PRU14 lalu.
Ditanya tentang pendedahan Mazlan bahawa satu perjumpaan 
antara pihak ketiga terbabit dengan lembaga pengarah Felda dijadualkan esok, beliau bagaimanapun tiada maklumat mengenainya.
“Setakat ini saya belum ada maklumat tentang hal itu (mesyuarat lembaga pengarah Felda)
“Lihat dulu perjanjian, rujukan dan sebagainya. Sebab kita tak
 tahu apa yang nak diambil alih dan bagaimana, saya tak boleh komen hal ini sekarang,” katanya lagi. –MG

SAMPAI MASANYA DSAI MENGENEPIKAN SABAR TAHAP DEWA


Setelah Azmin Ali dan penyokongnya memboikot sekitar 80 peratus perjalanan Kongres Nasional Keadilan di Melaka dan kemudian menganjurkan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur petang semalam, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kini nampaknya tidak banyak pilihan lagi di tangannya.
Sudah sampai masanya untuk beliau bertindak tegas dan mengenepikan “sabar tahap dewa” yang selama ini ada dalam dirinya.
Juga sudah sampainya untuk beliau membuktikan kata-kata amarannya di Konvensyen Keadilan Perak baru-baru ini iaitu “jangan uji kesabaran saya?”
Malah, sebagaimana janjinya dalam ucapan penggulungan untuk bertindak tegas selepas ini, masa untuk beliau membuktikan kata-kata itu sudah tiba sebenarnya.
Apa lagi ucapan Azmin petang semalam bersama penyokongnya bukan saja menyerang dan mengkritik Anwar, malah memperlekeh dan merendah-rendahkan beliau dan keluarganya sebagai pencetus kebangkitan reformasi di negara ini.
Ternampak jelas dengan tindakannya menganjurkan perhimpunan petang semalam adalah untuk melemah dan menjadikan PKR berpecah.
Dengan kedudukan PKR sebagai parti kerajaan dan Azmin sendiri berjawatan menteri, tindakannya menyerang Presiden partinya sendiri secara terbuka dan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri tidak lama lagi, mahu tidak mahu harus diterima bahawa Timbalan Presiden PKR tidak pernah putus ada untuk menggagalkan konsensus peralihan kuasa PH.
Begitu pun, Anwar tidak harus gopoh dan tergesa-gesa dalam tindakannya kerana beliau perlu mengkaji serta meneliti pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum bertindak.
Masa bertindak dan bentuk tindakan harus difikir sedalam-dalamnya agar kesan buruk tidak menikam belakangnya pula.
Walaupun rata-rata mood perwakilan ketika berucap dalam kongres di Melaka mahu ke arah pemecatan Azmin kerana beliau sudah dianggap perosak serta pengkhianat parti, tidak lagi hormat kepada Anwar sebagai Presiden dan dengan jelas menolak kedudukan Anwar sebagai bakal PM8, sikap berhati-hati masih perlu diambil sebelum memutuskan bentuk tindakan.
Ini kerana yang dimahukan melalui apa juga tindakan yang bakal diambil terhadap Azmin dan para penyokongnya nanti, ia tidak harus menyebabkan PKR jadi lebih berpecah dan laluannya menggantikan Tun Mahathir Mohamad turut terbantut, tergendala atau terbatal sama sekali.
Bermakna Anwar kini ada dua pertarungan yang mesti dihadapinya – pertama, menyelesaikan onar yang ditimbulkan oleh Azmin secara bijaksana sama ada melalui pemecatan, penggantungan,!perundingan atau apa saja bentuk yang lain dan kedua, memastikan konsensus PH berhubung kedudukannya sebagai PM8 tidak tergugat.
Tewas dalam pertarungan pertama mungkin boleh menyebabkan Anwar tewas juga dalam pertarungan kedua dan tewas dalam pertarungan kedua, pasti akan menyebabkan kecundang sama dalam pertarungan pertama.
Tetapi, menang dalam pertarungan pertama akan menjadikan lebih mudah memenangi pertarungan kedua dan begitu juga jika menang pertarungan di kedua, lagi mudah memenangi pertarungan pertama.
Begitu pun tidak bertindak apa-apa atau membiarkan saja keadaan seperti sekarang berpanjangan tidak akan menghasilkan apa-apa kemajuan dalam dalam kedua-dua pertarungan itu. (ShahbudinHusin 09/12/2019)

DAP cabar Omar buat laporan polis, kemuka bukti



DAP membuat satu laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berhubung dakwaan membawa masuk warga China ke negara ini. 

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, dakwaan pemimpin UMNO itu tidak berasas dan fitnah jahat bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap DAP. 

“Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab apabila menuduh DAP membawa masuk warga China selain memberi kad pengenalan Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Kenyataan ini tidak benar kerana DAP tidak pernah pada bila-bila masa melakukan perkara yang dituduh itu. Oleh itu, laporan dibuat bagi membolehkan polis mengambil tindakan tegas ke atas Omar,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, semalam.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di George Town, Pulau Pinang.  

Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang turut mencabar Omar untuk membuat laporan polis dan mengemukakan bukti jika yakin dakwaannya itu bukan palsu. 

“Sekiranya dia ada bukti, sepatutnya dia buat laporan polis untuk siasatan terhadap tuduhan ini. Jika tidak benar dakwaan tersebut, maka kita berharap dia diambil tindakan tegas kerana tuduhannya itu serius.

“Jika dia tak ada bukti, berhenti mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau ada (bukti), kami cabar (dia) buat laporan polis,” katanya.

Omar dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO mendakwa DAP kononnya membawa pelancong India dan China untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. 

DAP junjung Perlembagaan

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP adalah sebuah parti yang berpegang prinsip kepada demokrasi dan menentang sekerasnya perkara yang bertentangan dengan perlembagaan.

“(Tuduhan) Itu jahat sekali hasut rakyat untuk rakyat saling benci membenci, ini palsu saya minta seluruh negara buat laporan polis ke atas orang jahat (Omar).
“DAP tak akan buat jahat, tindakan akan diambil jika ada ahli bertindak demikian. Ini permainan perkauman yang jahat sebagai menghalang DAP berkhidmat mewakili suara rakyat berbilang kaum,” katanya seperti dipetik portal berita berkenaan. –


Speaker Parlimen mesti bertindak tegas terhadap ahli-ahli Parlimen yang bermasaalah


0
23


Photograph: Wikimedia Commons
Aliran teramat bimbang terhadap kurangnya rasa hormat dan kesopanan yang dipaparkan oleh beberapa ahli Parlimen dalam dewan yang mulia.

Menyifatkan ahli-ahli Parlimen ini sebagai penggubal undang-undang adalah satu kesilapan: mereka lebih baik digambarkan sebagai si pembuat masalah.
Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman telah mencetuskan kekecohan baru-baru ini di Parlimen dengan bertanyakan ahli Parlimen Pakatan Harapan Jelutong RSN Rayer jika abu suci pada dahinya adalah abu mayat pemimpin komunis Chin Peng.
Tujuan Tajuddin jelas untuk mengusik dan mengejek Rayer. Setelah Rayer dan beberapa ahli parlimen yang lain membuat bantahan, barulah Tajuddin menarik balik kenyataannya.
Perbalahan tersebut tidak berakhir di situ. Ahli Parlimen PH yang lain seperti Ramkarpal Singh dari Bukit Gelugor dan Sivakumar Naidu dari Batu Gajah menggesa speaker untuk mengambil tindakan terhadap Tajuddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Barisan termasuk Shaidan Kassim dari Arau membela Tajuddin.
Selepas hampir 10 minit keadaan huru-hara dan kekeliruan timbul di dalam dewan, Tajuddin digantung tugas selama dua hari oleh speaker Parlimen. Tajuddin mengambil sikap endah tak endah hukuman yang diberi dan secara menyindir mengucapkan terima kasih kepada speaker, lalu berkata bahawa dia boleh meluangkan masa yang disediakan untuk menghadiri perhimpunan Umno.
Ahli Parlimen PH dari Kota Melaka juga digantung tugas oleh speaker selama dua hari kerana enggan mematuhi permintaan untuk tidak membangkitkan isu tersebut lagi.
Ini bukan kali pertama Parlimen mengalami kejadian seperti itu dengan ahli Parlimen dari kedua-dua pihak menjerit antara satu sama lain. Dalam situasi ini, tiada siapa yang boleh mendengar pihak lain yang sedang berbahas. Sebaliknya, kita hanya dapat mendengar bunyi bising dan kata-kata kesat dan ejekan seperti “bodoh”, “podah” (pergi berambus) dan “samseng”. Kelakuan tidak sopan ini mempersendakan Parlimen. Perbahasan menjadi satu pertandingan jeritan kuat yang tidak ada bahannya.
Ini bukan cara kelakuan ahli-ahli Parlimen. Bayangkan jikalau kanak-kanak sekolah dan warga asing yang sedang melawat dewan telahpun menyaksikan pertempuran tersebut. Apakah jenis gambaran yang akan ada pada mereka?
Wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat. Tetapi dengan timbulnya masalah sebegini dalam Parlimen, kenyataan tersebut adalah tidak benar.
Satu sebab mungkin kenapa tingkah laku kurang ajar dan tidak sopan yang ditonjolkan oleh ahli Parlimen tertentu adalah kerana hukuman yang diberi tidak setimpal dengan salah laku mereka.
Kekurangan kawalan yang dipamerkan oleh speaker parlimen dan timbalannya boleh menjadi faktor penyumbang.
Aliran menggesa speaker parlimen dan timbalan beliau untuk bersikap tegas dan memastikan dewan dalam keadaan yang teratur. Jangan bertolak ansur dengan perangai karut dan tidak sopan. Speaker dan timbalannya perlu memahami kuasa yang ada pada mereka dan gunakan kuasa tersebut untuk memupuk sikap disiplin dan peraturan dalam dewan.
Sebagai contoh, jika ahli Parlimen berkelakuan buruk, bolehkah gaji mereka digantung? Apakah hukuman yang sedia ada yang boleh dijatuhkan kepada ahli Parlimen yang berkelakuan buruk? Speaker dan timbalannya tidak perlu ada perasaan takut untuk menama dan memalukan pihak yang mengacau.
Ahli Parlimen yang berjumlah 222 orang telah dipilih untuk mewakili 32 juta orang rakyat yang ada di negara ini. Tugas mereka adalah untuk berbahas dan mencadangkan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat. Jika kami mahu badut untuk menghiburkan kami, elok saja kami melawat sarkas.