AYUH TURUN KE IDCC SHAH ALAM.....ESOK 24 NOV 2019


Ahad 24 Nov 2019
10 pagi.

1. Ada orang mempersoalkan kewibawaan Anwar Ibrahim dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi dan kewangan.

2. Ada tidak tahu yang Anwar Ibrahim pernah menjadi kan Malaysia digelar ' Harimau Asia ' ketika menjadi Menteri Kewangan.

3. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah menteri kewangan pertama Malaysia yang mengurus ekonomi dan kewangan dengan mendapat untung atau Surplus budget selama 8 tahun berturut-turut.

4. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan yang telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan pinjaman kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari.

5. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang membayar hutang luar sebanyak RM10 Bilion setiap tahun.

6. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah Menteri kewangan Malaysia yang meletakkan hutang luar Malaysia ke paras yang paling rendah ia itu RM9.9 Bilion.

7. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang terbaik di dunia dan Asia pada tahun 1993 dan
 1996.

8. Adaa tak tahu ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang pada tahap 7-11% selama 8 tahun berturut-turut.

9. Ada tak tahu ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,Anwar pernah dianugerahkan gelaran ' The Asian Of the Year ' pada tahun 1998.

10. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama sebagai ' Pakar Perunding Kewangan ' yang diakui oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

11. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' yang diakui oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.

12. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang pernah diambil oleh kerajaan Turki sebagai penasihat Ekonomi dan Kewangan.

13. Ada tak tahu Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang terpelajar dan berpendidikan,yang dimaksudkan terpelajar dan berpendidikan disini adalah AHLI AKADEMIK yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran University sebagai ' Ahli Pertubuhan Intelek atau ahli pertubuhan Ilmiah ' atau Fellow.

14. Anwar Ibrahim adalah ahli Kehormat pertubuhan Intelek/Ilmiah atau Fellow di Georgetown University Washington DC Amerika Syarikat.

15. Anwar Ibrahim adalah Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah atau Fellow di John Hopkins University Amerika Syarikat.

16. Anwar Ibrahim adalah Ahli Pertubuhan Intelek/Ilmiah atau Fellow University Of Oxford London,England.

17. Anwar Ibrahim adalah Profesor Undangan ( Visiting Profesor ) di Harvard University Amerika Syarikat.

18. Anwar Ibrahim adalah seorang DEMOKRAT yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia berubah dari POLITIK KOTOR yang diamalkan kerajaan dahulu kepada POLITIK BERSIH atau politik baru.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi

#ANWARPM8

PEMBOHONGAN AZMIN MEMALUKAN PM, APA GUNA JUMPA AZMIN JIKA MP UMNO MAHU KELUAR PARTI.




Setelah semalam tujuh Ahli Parlimen BN tampil menafikan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa  mereka pernah menyuarakan rasa hilang keyakinan kepada UMNO dan berhasrat keluar parti, hari ini menyusul lagi lapan orang berbuat demikian.

Lapan Ahli Parlimen berkenaan, termasuk  Hishamuddin Hussein (Sembrong) yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah Shahidan Kassim (Arau), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Hasbullah Osman (Grik), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Ahmad Hamzah (Jasin), Ismail Abd Muttalib (Maran) dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Dalam kenyataan bersama itu, mereka menyatakan tidak pernah sama sekali berhasrat mahu meninggalkan UMNO diucapkan dalam pertemuan dengan Azmin Ali di rumahnya, baru-baru ini.

“Seperti dinyatakan tujuh Ahli Parlimen BN semalam, kami turut menafikan dakwaan kononnya kami sudah hilang parti dan tidak pasti apa perlu dilakukan, sama ada hendak lompat parti atau sebaliknya.

"Kami boleh sahkan, tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN semasa pertemuan tersebut.

"Malah, seperti dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami langsung tidak berniat untuk tinggalkan parti, apatah lagi menyertai parti lain," kata kenyataan itu lagi.

Dalam hal ini, harus diingat bahawa kenyataan Tun Mahathir yang menyebut Ahli-Ahli Parlimen itu merasakan UMNO sudah hilang arah dan mereka tidak tahu sama ada mahu menyertai parti lain atau tidak, ia adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh Azmin kepadanya.

Tun Mahathir bukan saja tiada dalam pertemuan itu, malah tiada maklumat lain selain daripada apa yang diberitahu kepadanya oleh Azmin.

Jika dengan tujuh Ahli Parlimen UMNO membuat penafian semalam pun sudah dilihat pembohongan Azmin mula terserlah, disertai lapan lagi yang berbuat demikian, malah sahlah Azmin telah berbohong kepada Tun Mahathir.

Nampaknya semakin betullah tanggapan ramai bahawa Azmin sedang cuba “menjual” 17 Ahli Parlimen UMNO yang berjumpanya itu kepada Tun Mahathir demi menyelamatkan dirinya.

Tetapi, apa yang berlaku sekarang, bukan saja usaha menyelamatkan dirinya tidak berjaya, malah Tun Mahathir yang menanggung malu akhirnya kerana seolah-olah beliau yang membuat kenyataan palsu dan tidak benar itu.

Walhalnya, apa yang disebut oleh Tun Mahathir semalam adalah sepenuhnya berdasarkan pengakuan Azmin kepadanya berhubung perjumpaan tersebut.

Kalau berita bohong yang diberitahu Azmin, maka berita bohong jugalah yang disebut oleh Tun Mahathir.

Walaupun Azmin nampaknya cuba temberang Tun Mahathir, beliau agaknya lupa bahawa tiada sebab sebenarnya untuk 17 Ahli Parlimen UMNO berjumpa dengannya jika benar mereka keluar parti.

Bukankah 17 Ahli-Ahli Parlimen tersebut, terutamanya melalui Hishammuddin, boleh berjumpa sendiri dengan Tun Mahathir?

Lagi pun, dengan berjumpa Azmin, ia tentulah sesuatu yang membuang masa kerana beliau bukanlah sesiapa, melainkan mewakili kelompok yang makin mengecil serta kian terpinggir dalam PKR dan PH.

Apakah Azmin masih bermimpi? (ShahbudinHusin 23/11/2019)


AZMIN MEMBOHONGI MAHATHIR, ATAU MAHATHIR KENAKAN AZMIN?



Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan, pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai parti lain.
“Saya tanya Azmin apa yang dia bincang, dia kata orang UMNO ini (kata) mereka sudah hilang parti, tidak tahu hendak buat apa.
“Jadi, mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak,” jelas Tun Mahathir.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas pendedahan Tun Mahathir itu, tujuh daripada 17 Ahli Parlimen UMNO yang hadir di rumah Azmin tampil membuat kenyataan penafian.
Tujuh Ahli Parlimen terbabit, Ismail Mohamad Said (Kuala Krau), Salim Sharif (Jempol), Jalaluddin Alias (Jelebu), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Azalina Othman Said (Pengerang), Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) sependirian menafikan kenyataan Tun Mahathir itu.
Kata mereka, tidak pernah sama sekali disebut atau dibangkitkan soal UMNO hilang arah, hilang parti atau mahu melompat menyertai parti lain dalam pertemuan tersebut.
“Tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO semasa pertemuan tersebut.
“Seperti yang dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami tidak akan sesekali keluar UMNO, apatah lagi melompat parti,” jelas mereka.
Sebaliknya, mereka mengakui ada mengajak Azmin agar menyertai UMNO berikutan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Nov lalu.
Dalam hal ini, siapakah yang berbohong?
Tun Mahathir, Azmin atau tujuh Ahli Parlimen UMNO itu?
Dari segi logik, tidak mungkin Tun Mahathir berbohong atau mereka-reka cerita kerana tiada kepentingan untuknya berbuat demikian.
Berbanding Azmin yang menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa 17 Ahli Parlimen itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah serta menimbang untuk menyertai parti dengan tujuh Ahli Parlimen terbabit yang setakat ini tampil membuat penafian, sudah tentulah kebarangkaliannya tujuh orang itu bercakap benar lebih diyakini.
Kecualilah, jika Azmin dapat menunjukkan bukti-bukti lain seperti rakaman suara atau video sebaliknya berkenaan pertemuan itu, barulah satu dianggap telah menang dengan tujuh.
Apakah dalam hal ini Azmin telah berbohong kepada Tun Mahathir dan mereka-reka cerita berkenaan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput datang ke rumahnya itu?
Tujuh Ahli Parlimen itu seterusnya mengakui, apa yang dibincangkan dengan Azmin adalah berkaitan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing?
Sebelum ini, Azmin menjelaskan pertemuannya dengan 17 Ahli Parlimen UMNO itu hanya pertemuan biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa daripadanya.
Jika begitu, tidakkah aduan mereka kepada Azmin tentang UMNO sudah hilang arah dan menimbang untuk menyertai parti lain, adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya?
Mengapa ketika bercakap dengan media, Azmin hanya memberitahu ia hanya perjumpaan biasa, tetapi kemudian memaklumkan kepada Tun Mahathir sesuau yang luar biasa iaitu 17 Ahli Parlimen terbabit sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan ingin melompat parti?
Lebih pelik lagi, Azmin juga ada menyebut sebelum ini beliau tidak ingat siapa yang mengatur pertemuan di rumahnya itu.
Kenyataan itu tampak berbeza dengan ciapan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa melalui laman Twitternya, yang mungkin setelah dimaklumkan oleh Ahli-Ahli Parlimen itu bahawa Azminlah sebenarnya yang menjadi pengaturnya
Kata Annuar, beliau yakin semua Ahli Parlimen itu masih setia dengan UMNO dan Azmin mengatur mereka itu berjumpa dengannya untuk membodek Tun Mahathir bagi menyelamatkan dirinya.
Oleh kerana hasil siasatan “video Haziq” belum selesai, malah dijangka akan diumumkan oleh pihak polis tidak lama lagi, dakwaan Annuar tentang Azmin yang cuba membodek Tun Mahathir bagi tujuan menyelamatkan dirinya, terlihat ada logik serta kebenarannya.
Orang lain yang tidak tersepit tidak perlu membodek atau berbohong kepada sesiapa untuk menyelamatkan diri?
Persoalan penting di sini, sedarkah 17 Ahli Parlimen UMNO itu bahawa kepala mereka cuba “dijual” oleh Azmin kepada Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 23/11/2019)

TUAN IBRAHIM DICABAR GUAN ENG



Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencabar Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man supaya meminta maaf kerana membuat dakwaan palsu dan fitnah jahat berhubung peruntukan Belanjawan 2020 sekiranya beliau seorang yang beretika dan bermoral.

Lim mengulas dakwaan cadangan pemimpin PAS itu supaya dirinya disingkirkan sebagai menteri kewangan kerana didakwa membuat pertimbangan yang tidak seimbang dalam memperuntukkan dana kepada negeri-negeri.

“Saya hendak menjawab fitnah jahat Tuan Ibrahim bahawa saya gagal sebagai menteri kewangan kerana, menurut beliau, daripada corak belanjawan negara, Pulau Pinang diperuntukkan RM10 bilion untuk pembangunan tetapi hab halal hanya diperuntukkan RM10 juta.

“Dakwaan ini sungguh tidak bertanggungjawab kerana tidak berasas dan tidak benar.

“Sekiranya disemak isi kandungan Belanjawan 2020 dengan betul, peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan bagi Pulau Pinang ialah RM979.5 juta, bukannya RM10,000 juta.

“Manakala program/inisiatif berkaitan industri halal berjumlah RM125.2 juta, bukannya RM10 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Tuan Ibrahim pada sidang medianya mendakwa peruntukan untuk hab halal adalah jauh lebih kecil daripada pembangunan Pulau Pinang.

Selain itu, katanya dana pembangunan untuk negeri-negeri Pantai Timur khususnya kepada Kelantan dan Terengganu yang di bawah pentadbiran PAS juga jauh lebih kecil berbanding negeri-negeri tertentu di bawah Pakatan Harapan.

“Ini (juga) adalah fitnah jahat yang membelakangkan fakta kerana negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS seperti Kelantan diperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion dan Terengganu sebanyak RM1.2 bilion.

“Ini merupakan peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih besar daripada Pulau Pinang,” katanya.

Tuan Ibrahim juga dilaporkan berkat, jika kajian dalam talian dibuat hari ini, “dalam masa sejam pun berapa ribu orang sokong menteri kewangan ditukar.”

Mengulas kenyataan pemimpin PAS itu, Lim berkata, parti berkenaan memainkan sentimen yang selaras dengan pendirian dasar PAS bahawa warganegara bukan Islam tidak layak jadi menteri kabinet yang menentukan dasar kerajaan.

Ini, khususnya bagi jawatan penting seperti menteri kewangan dan ketua menteri, katanya.

Lim berkata, PAS kini rasa berani melaksanakan dasar dan sentimen sempit ini, selepas parti itu dan BN meraih sokongan kuat daripada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai, minggu lalu.

“Sekiranya Tuan Ibrahim seorang yang beretika dan bermoral, beliau harus meminta maaf kerana membuat dakwaan palsu dan fitnah jahat sedemikian.

“Atau adakah pemimipin PAS berhak membuat fitnah jahat dan dakwaan palsu ke atas saya semata-mata kerana saya seorang bukan Islam yang tidak layak memegang jawatan menteri kewangan?” soalnya.

INGATAN BUAT MP umno YANG TAK TAHU MALU.

MAZA KECAM PIHAK SEKONGKOL PENGKHIANAT NEGARA

BMF : ANTARA BAJA KELUARAN NAFAS DAN MINYAK SAJI KELUARAN FELDA..



Masjid rusila...


Tadi AKU baca hampir semua portal PAS.. FB Pemimpin PAS meletakkan TAJUK Skandal 1.4 Billion NAFAS, Begitulah jahil DAN jahatnya PAS, Wajarlah mereka ini digambarkan sebagai BMF (BARUAN MCA FIRST)..

Kalau Wee Ka siong Bangkitkan tender NAFAS tu dia tak Bodoh, Sebab dia CUBA bangkitkan sentimen kelompok Kapitalis CINA..Sokong Kilang2 Cina yang boleh berikan Harga yg lebih murah, Tapi ADA Pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim, MP Pendang jadi Alat Wee Ka Siong.. Kononnya nak JADI hero Ummat Islam.. akhirnya Jadi Alat dan barua MCA..

Kalau MP PAS nak berpolitik, Study Lah DDULU.. Kalau IQ tu terlalu rendah, mari aku fahamkan dalam bahasa yang MUDAH, Baja keluaran NAFAS tu Ibarat Minyak MASAK Saji Keluaran FELDA.. Jika dalam FELDA itu ada kepentingan beratus ribu feneroka FELDA.. Begitu JUGA Nafas ADA Kepentingan 900 ribu Peladang, Boleh KATA 99%nya adalah MELAYU dan Bumiputera..

Kalau Diibaratkan BAJA itu seperti MINYAK Masak Saji, Salah ker KALAU Kerajaan BELI PADA harga minyak SAJI dengan Harga YANG LEBIH tinggi berbanding Minyak BURUH keluaran TAUKE Cina ? Tujuan Kerajaan ITU BAGI melindungan beratus ribu Peneroka..  Begitulah DALAM isu Baja.. MANA Pergi Hilangnya slogan BMF ( Buy Muslim First) PAS ?

MEMANG Betul, PADA Awalnya Menteri Pertanian nyatakan DALAM Parlimen.. Dia AKAN Buat Tender Terbuka.. Tapi BILA mendapat maklum BALAS dalam parlimen termasuk kenyataan AHLI Parlimen SUNGAI PETANI, Johari Abdul DARI PKR.. Kalau NAFAS tidak diberikan Tender SEPERTI Kebiasaan, Bukan HANYA NAFAS, Puluhan RIBU Pekerja, Industri hiliran, Logistik hatta Peladang YANG ada SAHAM di dalamnya Mengalami Kerugian.. Ramai orang MELAYU Kehilangan KERJA..

Bila DAPAT maklum BALAS dari semua AHLI Parlimen, NAFAS.. Adalah perlu NAFAS TERUS diberi Kontrak sebelum MEREKA mampu KELUAR DARI Kebergantungan KEPADA Kerajaan.. SEBAB Tender TERUS ini TELAH dilaksanakan berpuluh tahun.. Apakah TUAN Ibrahim Begitu Jahil ? PAS begitu JAHAT ?

Bagi AKU Pertimbangan Menteri Pertanian ITU Betul.. Ia bagi mengelakkan Mudharat YANG lebih BESAR kepada Agensi seperti Peladang, Pekerja Bumiputera.. hatta Hasil Zakat YANG mungkin HILANG dari keuntungan NAFAS.. Jadi antara Tender Terbuka YANG kita akui baik, DAN kepentingan umum menepati Kaedah Fiqh..

 ﺩﺭﺀ ﺍﻟﻤﻔﺎﺳﺪ ﻣﻘﺪﻡ ﻋﻠﻰ ﺟﻠﺐ ﺍﻟﻤﺼﺎﻟﺢ

(Menolak mafsadah (kerosakan) didahulukan daripada mengambil kemaslahatan) ...

Dalam Muamalah, Imam Syafi’ di dalam kitabnya al-Umm, diantaranya menyebut satu kaedah kesan BAGI kelompok besar seperti NAFAS..itu akan memberikan kesan YANG kecil..

ﺍﻷﻋﻈﻢ ﺍﺫﺍ ﺳﻘﻂ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺳﻘﻂ ﻣﺎ ﻫﻮ ﺃﺻﻐﺮ ﻣﻨﻪ

(apabila yang BESAR gugur, YANG kecilpun gugur)

Bagi PAS... Biar lah JADI Jahil(bodoh).. JANGAN leh terlalu JAHAT sampai USAHA menyelamatkan agensi dan GLC Bumiputera dipolitikkan.. Inilah WATAK Melayu dulu YANG jadi BARUA Komunis dan Jepun , DEMI Politik..DEMI kuasa sanggup Khianat ORANG ISLAM.. Inilah wajah sebenar Khawarij.. JADI alat MCA.. seperti ISIS dan Al Qaeda JADI alat US DAN Israel..

Keputusan kerajaan INI tak LAYAK dipanggil Skandal.. yang Skandal tu Duit Tabung Amanah Pencen(KWAP) RM 2 Billion yang Najib BAGI kepada CINA Gemuk Jho Low.. Ini YANG Tuan Ibrahim dan dan PAS puas HATI dulu..

Jauhilah Kelompok Asahbiyah Kahwarij seperti PAS dan MCA...

BERANI KERANA BENAR, BAPA KORUPTOR KAU INGKARI...



Ramai yang memuji tentang keberanian Nor Salwani Muhammad yang menyimpan satu dari 60 salinan laporan asal audit 1MDB yang diarahkan supaya dimusnahkan oleh bos dia sendiri and dia juga berani menyimpan salinan audio asal pengkhianatan audit asal 1MDB oleh Najib DAN kuncu2nya.

That is why there is an idioms not all heroes wear capes. Integriti ini biasanya bermula dari tabiat yang kecil macam menepati janji dan masa sampailah kepada satu tahap di mana keseluruhan moral hidup seseorang diuji bila berada di kedudukan yang tinggi.

Ada orang boleh menolak rasuah RM50 tapi mula cair bila ganjaran dinaikkan kepada 5,000; tapi ada juga yang sanggup mempertaruh nyawa DAN nama baik melawan korupsi dari menerima suapan 5 juta.

Ada juga yang sebelum rasa manisnya dunia berapi-rapi melawan kezaliman; bila Allah bagi rasa sedikit sahaja cebisan nikmat dunia terus lempar jubah DAN serban sanggup mendamba diri jadi khadam serupa olamak PAS...

Kita boleh tengok tebalnya sijil dan tingginya kedudukan bukannya bukti kejujuran; lihat Ali Hamsa; siap pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sebagai KSN lepas tu ada PHD dari Oklahoma State University pun melutut dengan korupsi. Siap boleh ikut arahan Najib untuk pecat peguam negara.

Itu belum masuk lagi mereka-mereka yang bersubahat bersetuju dengan pindaan audit 1MBD yang sudah merugikan rakyat berbilion ringgit. Mungkin mereka ingat yang Najib berkuasa selamanya kut, tapi mereka lupa yang No Kings Rules Forever.

Bila Najib dah jatuh habis maruah mereka DAN nama baik mereka tercemar kerana mereka tidak ada rasa malu pada Allah dan Rasul.

Nor Salwani ini berani kerana dia berpegang pada kebenaran walaupun kebenaran dimasa itu ibarat menggenggam bara api. Inilah ciri-ciri orang yang bertakwa pada Allah dan tidak takut pada mahkhluk.

Ini sangat berbeza dengan pewala'-pewala'. Sudahlah ulama mereka dicucuk hidung jadi tukang halal skandal 1MDB dengan perkataan infamous "kami berpuas hati dengan skandal 1MBD"; mereka hari ini rela menjadi pelindung-pelindung kepada MCA yang menghina hukum Allah DAN redha pada korupsi.

Tuduhan palsu terhadap Guan Eng: DAPSY gesa Tuan Ibrahim mohon maaf



Kenyataan Media oleh Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Teh Hoong Keat pada 20hb November 2019 di Kuala Lumpur
Setiausaha Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Teh Hoong Keat menggesa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf kepada Sdr Lim Guan Eng kerana membuat tuduhan palsu terhadap Menteri Kewangan.

Semasa Sdr Lim Guan Eng menerima lantikan sebagai Menteri Kewangan, beliau ada menegaskan bahawa beliau adalah menteri yang menjaga dan mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia. Beliau dilantik atas dasar kebolehan dan keupayaan beliau dalam hal ehwal pengurusan kewangan berdasarkan prestasi beliau sewaktu menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.

Teh berpendapat bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Sdr Lim Guan Eng adalah fitnah dan langsung tidak berasas. Jelasnya, sesetengah pihak sengaja memainkan sentimen perkauman dengan niat untuk melihat Sdr Lim Guan Eng disingkirkan daripada barisan Kabinet.

Tuan Ibrahim berbohong dan membuat tuduhan palsu apabila mendakwa Belanjawan 2020 memperuntukkan sejumlah RM10 bilion untuk Pulau Pinang bagi tujuan pembangunan dan hanya memperuntukkan RM10 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal. Sdr Lim Guan Eng telah menjelaskan bahawa dalam Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan geran pembangunan RM799.5 juta kepada Pulau Pinang, bukannya RM10 bilion seperti yang didakwa Tuan Ibrahim. Malah, kerajaan Pakatan Harapan juga telah memperuntukkan RM125.2 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal, dan bukannya RM10 juta seperti yang didakwa pemimpin PAS itu.

Kata Teh lagi, kerajaan perlu memainkan peranan yang serius dalam mengekang sebarang sentimen perkauman atau tuduhan palsu daripada terus berleluasa, lebih-lebih lagi jika ia digunakan pihak tertentu sebagai modal politik mereka. Jika tidak, mereka yang bersikap oportunis dan golongan yang memainkan sentimen perkauman seperti ini pasti akan mengambil kesempatan untuk terus-menerus menghasut rakyat! Kerajaan baharu perlu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan reformasi dan tidak berkompromi terhadap pihak yang memainkan sentimen perkauman dan tuduhan palsu.

Teh turut menggesa kerajaan supaya tidak sesekali mengambil pendekatan berlembut terhadap fenomena ekstremisme, kerana membiarkan perkara ini terus berleluasa hanya akan mengakibatkan sentimen perkauman semakin menjadi-jadi. Apa jua bentuk sentimen perkauman, politik perkauman dan dasar perkauman adalah ibarat batu yang menghalang kemajuan dan perpaduan negara ini.

Arah demokrasi jelas terlihat selepas Malaysia melangkah ke alaf baharu setelah melakar peristiwa bersejarah pada 9 Mei 2018. Selain kemajuan ekonomi, kerajaan juga perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia mempunyai kesungguhan dalam melakukan reformasi dengan mempromosikan dan melaksanakan nilai yang betul, supaya rakyat yang hidup dalam era Malaysia Baharu ini tidak bermusuhan disebabkan kaum, agama, bahasa atau latar belakang. Kerajaan harus bekerja keras mempertahankan kepentingan setiap kaum dan membentuk Malaysia yang memberikan layanan sama rata kepada setiap kaum serta menghapuskan diskriminasi kaum. 

KEMANA HALA TUJU 17 MP INI....NAK KEKAL ATAU LOMPAT PARTI



Tujuan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Hishammuddin Hussein dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali akhirnya didedahkan oleh Tun Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau diberitahu oleh Azmin bahawa 17 Ahli Parlimen UMNO berkenaan mengadu tentang UMNO yang ketika ini sudah hilang arah tuju.
“Saya tanya Azmin apa dia bincang, dia kata orang UMNO ini, mereka sudah ‘hilang parti’, tidak tahu hendak buat apa.
“Mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak.
“Ada yang membuat kenyataan mereka menyokong saya sebagai Perdana Menteri,” ujar Tun Mahathir lagi.
Dengan ini bermakna, kata-kata Azmin sebelum ini bahawa pertemuan itu hanya pertemuan biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa, ternyata tidak benar sama sekali.
Di mana biasanya pertemuan itu apabila 17 Parlimen UMNO, termasuk Hishammuddin yang sudah lama menjadi wakil rakyat dan pernah menjadi menteri kanan, tiba-tiba datang mengadu kepada Azmin yang baru 18 bulan menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi?
Sudah tentu, kedatangan bersama keluhan UMNO sudah hilang arah itu ada maksud besar yang tersembunyi di sebaliknya.
Juga, dengan penjelasan Tun Mahathir ini, turut tidak benar kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamaruddin Jaafar bahawa pertemuan itu hanya untuk mendengar taklimat berkenaan Dasar Kemakmuran Bersama.
Termasuk tidak benar adalah kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang menjelaskan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu bertemu Azmin berkaitan projek pembangunan di kawasan masing-masing.
Yang ternampak ada benarnya ialah keraguan Najib Razak berhubung pertemuan yang diadakan di rumah Azmin dan diadakan pula pada waktu malam.
“Ia boleh menimbulkan pelbagai tafsiran dan keraguan,” kata beliau.
Begitu pun, berikutan pendedahan Tun Mahathir berhubung pertemuan itu, Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa tetap yakin 17 Ahli Parlimen berkenaan masih setia kepada UMNO.
“Saya yakin Ahli-Ahli Parlimen BN yang diundang ke rumah Azmin baru-baru ini adalah anggota parti yang setia.
“Sebahagian dari mereka ada memaklumkan kepada saya sebelum mereka pergi.
“Azmin atur pertemuan itu, menggunakannya untuk membodek Perdana Menteri sebagai langkah menyelamatkan dirinya,” kata Annuar melalui laman Twitternya.
Apa pun persoalannya, 17 Ahli Parlimen berkenaan perlu segera tampil untuk menjernihkan kekeliruan.
Jika benar mereka melihat UMNO sudah hilang arah, segeralah buat pilihan.
Buat apa masih duduk dalam UMNO, jika percaya parti itu tiada arah tuju lagi?
Sebaliknya, kalau ingin kekal dalam UMNO, janganlah begitu mudah menjual dan menjaja “harga diri” seolah-olah tiada maruah lagi?
Kalau berterusan tiada ketentuan, malulah sikit kepada pengundi yang mengundi mereka dalam PRU14 dulu!!! (ShahbudinHusin 22/11/2019)m

MCA MAHU KETEPI KEBAJIKAN PETANI?

MENANG PRK TG PIAI TAK SEMESTINYA BN MENANG PRU 15