Ipohmali..
Mengejutkan bila membaca berita Malaysiakini, Haji Hadi tiba tiba sahaja menjadi Pakar Ekonomi.. Tak semena mena Haji Hadi mengulas pasal krisis EKonomi 1997..Yang mengejutkan bila baca di page Haji Hadi..Yang pastinya tidak terlepas dari perumpamaan Anjing.. Perumpamaan Anjing dan Haji Hadi berpisah tiada… kali ini dia bercerita tentang Anjing gemuk..
Sudah pasti, Membaca tulisan Haji Hadi, Nampak jelas sasarannya Ds Anwar.. Sekilas Buaya di air, Lebih kita kenal Buaya darat, Dah tentu Buaya Politik..Kita kenal kesumat Haji Hadi.. Begitu lah rendahnya Akhlak Haji Hadi bila seringkali menggunakan Perumpamaan Anjing kepada musuh Politiknya.. Suatu ketika MCA diibaratkan ” seketul Daging Babi”..
Apa Dosa Anwar kepada Haji Hadi ? Anwar belum pun berkempen di tanjung Piai, Anwar tidak pun menyentuh batang tubuh Haji Hadi mutaakhir ini.. Tapi entah kenapa Haji Hadi begitu kesumat dengan insan bernama Anwar Ibrahim, Seperti watak Janggut berselerak Ismail Mina di dalam Abim yg membenci Anwar..
ulasan terbaru ini adalah gambaran isi hati, kemarahan yang meluap luap bila sekali lagi Tun Mahathir menegaskan Ds Anwar adlah peganti Beliau.. Itulah yang paling ditakuti Haji Hadi dalam Hidupnya.. Bila Anwar jadi PM nanti, Itulah kiamat kecil dalam hidupnya..
Tiba tiba Haji Hadi bangkitkan hal IMF.. Tiba tiba selepas sepentas dengan MCA, Haji Hadi dah berjaya menjadi pakar Ekonomi.. Kononnya memuji Tun Mahathir dalam Krisis Ekonomi 1997.. dan mengkritik Ds Anwar kaitkan dengan IMF.. Walaupun masa krisis Ekonomi 1997 aku baru berumur hampir 16 Tahun.. dan 1998 bermulanya krisis politik dan gelombang Reformasi..
Walaupun ketika itu aku masih muda..Tapi tidak lah aku sejahil Haji Hadi.. Setahun lebih lagi aku dah mencapai umur hampir 40 Tahun.. Walapun ketika krisis Ekonomi 1997 aku masih bersekolah, Tapi selalu juga aku baca artikel dan tulisan Pakar Ekonomi pada masa itu seperti Dr Jomo Sundaram dan Dr Dr Barjoyai Bardai..
Cerita Anwar mahu mengambil Bantuan IMF ini hanyalah mainan regim UMNO.. Sudah lama isu ini dimainkan.. Berpuluh tahun tuduhan Ds Anwar mahu mengambil bantuan IMF seperti Indonesia.. tetapi sehingga hari ini, Tidak ada pun satu surat rasmi, Dokumen rasmi Anwar mengambil IMF, Propaganda Itu hanya mainan UMNO untuk kaitkan Anwar dengan agen barat.. walhal beberapa tahun selepas itu dibuktikan Nor Mohd yakob sendiri mengambil bantuan bank Dunia…
Cumanya ketika krisis kewangan, Semua Menteri kewangan Berunding dengan IMF, Termasuklah Ds Anwar.. Itu perkara Wajib mana mana Negara pun yang hadapi krisis Kewangan..Sama seperti hari ini Malaysia berunding dengan China dan Jepun bagi menyelesaikan Ekonomi.. Soal Malaysia mahu meminjam dari China atau Jepun ianya hanya Ijtihad dalam Politik dan Ekonomi.. Boleh Jadi betul ,boleh Jadi Salah..
Tidak semua Negara yang mengambil bantuan IMF gagal, Buktinya Korea berjaya bangkit menjadi Kuasa Ekonomi.. walaupun agak lewat, Indonesia hari juga bangkit dari krisis Ekonomi.. Begitu juga Thailand yang mana hari ini kedudukan matawangnya antara yang paling Kukuh di Asia… Yang menjadi punca gagal sesebuah Ekonomi itu atau tidak, bukan bergantung kepada Pakej Pinjaman yang diperoleh, tetapi bagaimana Pemimpin itu bijak Mengurus Ekonominya..
Kata Haji Hadi, Tun Mahathir kena bijak memilih peganti yang terbukti mempu mengurus Ekonomi..Nampak tak..Disitu lah kata kunci dan lubuk kebencian,Kesumat seorang Ulama kepada Ds Anwar.. arah tuju kebenciannya pasti Anwar.. Memang Betul, Ijtihad Tun Mahathir tidak salah.. Dan bagi aku, begitu juga Anwar..Kerana belum dibuktikan segala tuduhan itu keatas Anwar..
Untuk Pengetahuan Haji Hadi, Ds Anwar bukan lagi perlu diuji..tetapi sudahpun teruji.. Rekod Ds Anwar sebagai Menteri Kewangan dari 1992-1997, Adalah rekod terbaik Ekonomi Negara.. Ketika itu matawang kukuh, Hutang Negara berkurang setiap tahun,Pasaran Kewangan dan indeks bursa Saham sentiasa didagangkan tinggi , Perbankan Islam diperkenalkan.. Berlaku lebihan dalam belanjawan(Surplus) Malah ketika itu Malaysia dikenal sebagai Asia Tiger.. Semua ini berlaku ketika Ds Anwar menjadi Menteri Kewangan dan TPM..
Jadi Anwar sebenarnya sudahpn teruji.. Tak perlulah Haji Hadi menghasut Tun Mahathir.. yang pasti kamu sendiri belum teruji, Tidak ada jasa satupun kamu pada Negara melainakn Mentakfirkan sesama muslim..Sudah sudahlah kamu merosakkan Islam dan perbuatan takfir apalagi melacurkan Agama dan hukum Allah… Hudud hanya jadi permainan Kamu, Komoditi kamu dalam Politik.. Menjual Agama dengan harga yang sedikit, Selepas menjadi Khadam Najib , hari ini Menjadi Khadam MCA.. lebih malang Agama menjadi barang dagangan Politik Haji Hadi..
Apa yang Haji Hadi lakukan Hari ini.. Sebenarnya mendekati kepada perumpamaan Anjing dan Sifatnya di dalam Quran.. Bukan kah Allah menggambarkan Ulama Jahat yang Allah berikan mereka Ilmu lalu disesatkan kerana mengejar Dunia ?
sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-A’raf..
وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيْنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخْلَدَ إِلَى ٱلْأَرْضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ ۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا ۚ فَٱقْصُصِ ٱلْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ..
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”
(Surah al-A’raf: ayat 175-176)…
Jangan Pula ada dikalangan Ulama, Yang dipenuhi rasa dendam dan kesumat akhirnya Menjadi seperti kelompok Khawarij.. Ini juga satu gambaran yang menakutkan, Kerana Ia kelompok ini juga Allah gambarkan mereka seperti Anjing… Sebagaimana Hadis Nabi..
خَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ
Khawarij itu adalah anjing-anjingnya neraka.
Bagi mengambarkan Sikap Anjing itu, keterangan al-Munawi di dalam Kitab Faidhul Qadir Menjelaskan..,
أي أنهم يتعاوون فيها عواء الكلاب ، أو أنهم أخس أهلها ، وأحقرهم ، كما أن الكلاب أخس الحيوانات وأحقرها
mereka akan melolong seperti lolongan anjing, atau mereka menjadi penduduk neraka yang paling hina, sebagaimana anjing itu menjadi binatang yang paling rendah…
Jadi, Ambil lah Iktibar dan Pengajaran dari Quran dan Hadis Nabi.. Jangan lah kita tersesat jauh oleh Syaitan sepertimana disebut dlam surah Al A’raf dalam kita melunaskan rasa dendam kesumat kita di dalam Politik sebagaimana Kelompok Khawarij.. berlapang dada lah..
Maaf malam ini terlalu berterus terang, Berkasar sedikit.. Takda niat aku nak menulis sebegini jika tidak kerana Ulama yang mengajar kan kita bercerita soal Anjing…