JAWAPAN UNTUK WALAUN PENULIS.



BENARKAH RAMASAMY DAN RONNIE LIU SAHAJA YANG MAHU ANWAR JADI PM SECEPAT MUNGKIN? JAWAPAN UNTUK ROSLAN SMS 

Roslan SMS menulis, dia kata TKM P.Pinang, Ramasamy dan Ronnie Liu tidak sabar untuk menanti Anwar jadi PM menggantikan Tun M.  

Rupanya si Roslan ni terlalu jauh ketinggalan keretapi.  Semua tahu, majoriti rakyat Malaysia sedang menanti giliran Anwar jadi PM ke 8.  Majoriti rakyat Malaysia menolak Umno/Bn dan Pas di dalam PRU14 yang lalu, salah satunya adalah kerana di dalam Manifesto PH disebut tentang pembebasan Anwar dari penjara dan menentukan kedudukan politik Anwar di dalam haraki kepimpinan negara sekiranya PH membentuk kerajaan.  Ertinya, bukan Ramasamy dan Ronnie Liu sahaja yang mahu melihat Anwar jadi PM.

Kita mahu tanya Roslan pula, siapa mahu Najib, Zahid atau Hadi Awang jadi PM?  Hanya golongan penyokong Kleptokrasi dan walaun tegar saja yang mahu.  Hadi sendiri tidak mahu jadi PM sebab dia tahu dia tidak layak jadi PM kerana jadi MB Terengganu pun dapat sepenggal saja.  Tidak pelik jika dulu Hadi sokong Ku Li jadi PM dan sekarang dia sokong Tun M jadi PM hingga PRU15.  Dia hanya mahu jadi "King Maker" saja, itu pun dia gagal.  Bila bersama Umno, Hadi tidak mampu jadi King, dia cuma jadi balaci saja.  

Rakyat menanti Anwar mengambil alih PM dari Tun M pada pertengahan tahun hadapan.  Umno, Pas sudah tentu tidak gembira dengan berita ini kerana mereka tahu kehebatan dan ketokohan Anwar Ibrahim.  Hebatnya Anwar lah maka beliau diangkat dan dipilih oleh Presiden Pas dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor sebagai calon PM sekiranya Barisan Alternatif (BA) berjaya menjadi kerajaan ketika itu.  Sewaktu Anwar jadi Presiden ABIM, Almarhum adalah timbalannya dan Hadi terus berada di bawah ketiak Anwar dari dulu lagi.  Najib dan Zahid Hamidi pun tahu Anwar tidak boleh dibiarkan jadi PM sekiranya Umno mahu hidup lebih lama.  Najib dan Zahid sedar, sewaktu mereka berada di dalam Umno, banyak kali Anwar waktu itu membantu kerjaya politik mereka berdua.  Pengaruh Anwar di dalam.Umno banyak membantu kedua-dua tokoh kleptokrasi ini.  Kerana itu, tidak pelik Umno amat bimbang jika Anwar pimpin negara ini.

Akhir sekali, yang tidak mahu menyaksikan Anwar naik sebagai PM adalah geng-geng semburit.  Mereka tahu untung nasib mereka sekiranya Anwar menjadi PM.  Waktu ini, mereka masih berharap lindungan di bawah ketiak Tun M.  

WFAUZDIN NS

PAS MINTA DAP DIHARAMKAN , TIDAK BERETIKA

MUNGKIN KAH MUHYIDDIN AKAN MENDESAK PERALIHAN LEBIH AWAL?



Muhyiddin Yassin merupakan satu-satunya pemimpin Bersatu yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berubah pendirian berhubung isu peralihan kuasa.
Presiden Bersatu dan Menteri Dalam Negeri itu sentiasa berpegang kepada janji dan persetujuan Anwar Ibrahim adalah pengganti tunggal yang dinamakan sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini menginjak usia 95 pada tahun depan.
“Perkara ini sesuatu yang semua pemimpin PH telah duduk berunding dan cari kata sepakat…tak usah bergaduh.
“Saya rasa kita tidak boleh mengelak peralihan kuasa…jadi saya kata, biar perkara itu diteliti oleh pemimpin PH…elok berbincang…Tun Mahathir pemimpin utama…Kita tunggu,” katanya lagi.
Berhubung tempoh peralihan kuasa yang masih menjadi pertikaian, Muhyiddin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara muafakat oleh PH.
Tetapi, tambah beliau, berdasarkan konsensus dan persetujuan bersama oleh para pemimpin PH, Anwar adalah calon Perdana Menteri ke-8.
Di sebalik ramai pemimpin Bersatu yang lain berbeza pendirian, malah sesetengahnya tanpa rasa malu mahu Tun Mahathir diberikan ruang berkhidmat hingga tamat penggal, tetapi Muhyiddin tetap dengan pendiriannya.
Malah ada di kalangan pemimpin dan ahli Bersatu yang menolak terus kedudukan Anwar sebagai pengganti kepada Tun Mahathir.
Tak tahu apa sebabnya ramai mereka itu tiba-tiba berubah nada, sedangkan kekuatan pembangkang sehingga berjaya menjadi kerajaan adalah diasaskan oleh Anwar sejak 1998 lagi, bahkan semua calon PH bersetuju menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14 lalu.
Persetujuan menggunakan logo PKR itu secara tidak langsung adalah pengiktirafan kepada jasa dan sumbangan Anwar.
Dalam hal ini, sementara ramai pemimpin dan ahli Bersatu berubah nada, manakala Tun Mahathir seperti tidak jelas bila mahu menyerahkan kuasanya, keteguhan pendirian Muhyiddin adalah sesuatu yang harus dipuji.
Yang nyata, pendirian Muhyiddin itu tidak lain ialah kerana mahu PH ini terus kekal utuh dan bersatu sebagai pemegang kuasa di negara ini.
Jika janji dimungkiri, sebagaimana dalam banyak urusan lain di dunia ini, maka retaklah kesetiaan dan hancurlah persahabatan.
Kalau PH pecah dan berantakan, siapakah yang untung?
Mengimbas tentang Muhyiddin, beliau sebelum ini beliau pernah bertindak menggesa agar dipercepatkan peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Badawi kepada Najib Razak.
Tarikh peralihan kuasa ketika itu pada awalnya dijadualkan pada Jun 2010, tetapi Muhyiddin melihat tarikh itu terlalu lewat dan bimbang jika Najib tidak cukup masa untuk berdepan PRU13.
Atas tindakan Muhyiddin bersuara itu, penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Najib akhirnya dipercepat dan dimuktamadkan pada April 2009.
Apakah, berikutan kekalutan yang nampaknya masih berterusan berhubung tempoh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar sekarang ini, menjadi sesuatu yang mustahil untuk Muhyiddin sekali lagi melakukan kejutan sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Pak Lah sebelum ini? (ShahbudinHusin 26/10/2019)


HARAM DAP: PAS TERANCAM JIKA KERAJAAN LAKSANAKAN

HARAP HARAP MEREKA MUDAH FAHAM


Ini jawapan Anwar Ibrahim terhadap mereka yang berhajat memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 yang terus menjadi bualan di mana-mana:-
“Bukan kesalahan kalau sesiapa berhajat nak jadi Perdana Menteri, tapi dia kenalah dapat sokongan majoriti.
“Saya rasa buat masa sekarang, setakat mesyuarat minggu lalu di kalangan pemimpin parti, tak timbul nama lain (sebagai pengganti PM).
“Orang boleh bermimpi, boleh berhajat, tapi itu tak bermakna kamu mampu menggoyahkan atau mengaramkan proses itu (peralihan kuasa).
“Lebih-lebih lagi, ia telah dipersetujui dan ditandatangani, jadi kamu kenalah putar balik proses ini”.
Nampak ringkas jawapan Anwar tapi maksudnya begitu mendalam serta menusuk jantung hati sesiapa yang berkenaan.
Secara mudahnya maksud yang difahami ialah pertama, adakah pihak yang berhajat itu memiliki cukup sokongan untuk memintas Anwar?
Yang kedua, nama Anwar sudah dipersetujui bersama sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan untuk mengubahnya, ia tentulah bukan mudah dan perlu putar semula proses persetujuan itu.
Jika ada yang mahu memutar semula proses itu, mampukah ia dilakukan dan siapa yang sudi menyokongnya?
Harap-harap tidak sukar untuk mereka yang berhajat itu faham realiti yang ada di depan mata.
Atau jika masih tak mahu faham, biarkan saja mereka terus bermimpi!! (ShahbudinHusin 25/10/2019)

BICARA 1MDB: NAMA JHO LOW DIRAHSIAKAN DEMI LINDUNGI NAJIB