SAMPAI MASA JANGAN GUNA NAMA ISLAM UNTUK PARTI POLITIK



Sejak ia wujud, selain ada perkataan Islam pada namanya, Pas sentiasa mendendangkan perjuangannya ialah untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.
Dalam hal ini, sering ditanamkan kepada ahli-ahlinya bahawa kalah atau menang dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan bagi Pas.
Kalau tidak menang di dunia, dikatakan ganjaran syurga kerana istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Islam, meskipun sering kalah dalam pilihanraya, adalah sesuatu yang sedang menunggu selepas kematian nanti.
Untuk itu, tidak hairan sikap wala’ dan taksub berjaya dipupuk dengan jayanya dalam Pas sejak dulu lagi.
Sebagai pecahan daripada UMNO, walaupun kemudian pernah menyertai Perikatan dari tahun 1972 hingga 1978, Pas telah menjadikan parti Melayu itu sebagai musuh utama dalam perjuangannya.
Dalam memusuhi UMNO, perbagai label diberikan kepada parti itu seperti parti assabiyah, mempertahankan perlembagaan penjajah dan sehingga di suatu peringkat UMNO dilabel sebagai parti yang dianggap kafir, terutama dalam tafsiran yang pelbagai berkenaan “Amanat Hadi Awang”.
Amanat itu juga turut membawa berlakunya sembahyang dua imam, memulaukan kenduri dan solat jenazah orang UMNO, tidak makan sembelihan orang UMNO, pernikahan yang dinikahkan tok kadi kerajaan dianggap tidak sah dan perlu dinikahkan sekali lagi serta bermacam-macam hal lain yang dengan sendirinya menampakkan jurang Islam – kafir antara UMNO dan Pas.
Dalam perkembangan untuk memantapkan lagi keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dibawanya, Pas telah menjadikan hukum hudud sebagai teras keutamaannya.
Tetapi, sebagai parti politik yang tidak terkecuali untuk mendapatkan kuasa, dalam perjalanan masa yang dilalui Pas, hukum hudud tidak lebih sebagai mainan dan alat semata-mata untuk berlawan dengan UMNO.
Ketika bersendirian dan asyik melawan UMNO, memang hududlah inti perjuangan Pas. Namun ketika berpeluk cium dengan DAP dalam Pakatan Harapan (PR), Pas tidak berasa berdosa mengenepikan hudud agar tidak terketepi daripada mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.
Kemudian, apabila berpecah dengan DAP dan PR serta kembali bersendirian, hudud muncul semula bermain di bibir setiap pemimpin Pas sebagai isu di pentas-pentas ceramah mereka.
Segala macam ayat Al-Quran dan Hadis yang memihak kepada hudud turut menjadi dendangan siang dan malam untuk menunjukkan Pas tidak pernah lari daripada perjuangan Islam.
Apabila Pas mula-mula berbaik dengan UMNO secara sembunyi-sembunyi sebelum PRU14 untuk menjadi kuasa ketiga dengan tujuan memberi kelebihan kepada Najib Razak mengekalkan kuasa, hudud kemudiannya diketepikan sekali lagi dan telah digantikan kepada RUU355 iaitu memperkasa Mahkamah Syariah.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, RUU355 ini juga hanyalah isu mainan yang sering ditangguh-tangguh untuk dibentang ke Parlimen, sebaliknya hanya dijadikan modal perhimpunan di Padang Merbok semata-mata.
Selepas PRU14 di mana peranan menjadi kuasa ketiga tidak menjadi dan UMNO hilang kuasa, Pas tidak ada pilihan selain mengadakan kerjasama secara rasmi dengan parti yang pernah dikafirkan serta dimusuhi berpuluh-puluh tahun lamanya.
Alasannya kerana dikata PH membawa mudarat lebih besar kepada Melayu dan Islam, meskipun di waktu yang sama Hadi Awang menyokong Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.
Setelah “berkahwin” secara rasmi dengan UMNO, hari ini hudud bukan saja tiada dalam piagam perjuangan yang mahu ditegakkan oleh Pas, malah hudud juga dikatakan bukan lagi suatu keutamaan.
Kalau hudud pun bukan lagi keutamaan, RUU355 sudah pasti ke dalam tong sampah tempatnya.
Itulah Pas, sebuah parti yang sebenarnya sentiasa mengejar kuasa dengan bertukar-tukar pasangan dan menjadikan Islam sebagai alat dalam perjuangannya.
Jika Pas benar-benar berjuang demi Islam, bagaimanakah ia boleh bermusuh dan kemudian berkawan dengan UMNO yang pernah dikafirkannya; bermusuh, berkawan dan bermusuh kembali dengan DAP yang sering disebutnya sebagai parti yang menentang Islam?
Bagaimanakah juga, kalau benar memperjuangkan Islam, sekejap mahu hudud, sekejap lain mahu RUU355 dan sekarang langsung tidak lagi mengutamakan kedua-duanya?
Perjuangan Pas sekarang menjelang PRU15 tidak lain ialah untuk menolong UMNO – parti musuh dan parti yang dikafirkannya selama berpuluh-puluh tahun – agar dapat kembali semula ke persada kuasa.
Tetapi, apa pun perubahan dalam perjuangan Pas, baik ketika bermusuh dengan UMNO, berkawan dengan DAP dan kembali bersahabat drngan UMNO, lebih-lebih lagi kerana adanya perkataan Islam pada namanya, mereka tetap mengatakan ia adalah perjuangan Islam, sambil memetik ayat-ayat Al-Quran dan Hadis terpilih yang boleh dilihat memihak kepada apa yang diperjuangkan.
Selepas PRU15 akan datang, terutama jika berlaku perkelahian dengan UMNO atau kerjasama merebut kuasa tidak menjadi – sama-sama kita saksikan nanti – tidak mustahil isu hudud akan kembali menjadi sandaran perjuangan Pas.
Atau jika jika selepas itu Pas mungkin berbaik semula dengan DAP, pastilah isu hudud akan dikesampingkan sekali lagi.
Melihat semua ini, tidakkah Pas ini sebenarnya lebih mengelirukan orang Islam dengan menggunakan perkataan Islam yang ada pada namanya?
Hakikatnya, di sebalik menjaja nama Islam, Pas sama seperti parti-parti lain yang keutamaannya ialah mengejar kuasa dan bukan sangat memperjuangkan Islam.
Bagaimanapun, selagi nama Islam ada padanya, Pas akan terus mengelirukan serta menjerumuskan rakyat kepada perpecahan dengan menggunakan nama agama yang suci itu.
Islam sepatutnya milik semua mereka yang beragama Islam dan bukan milik Pas saja.
Maka, untuk mengelakkan kekeliruan berterusan dan daripada Pas sewenang-wenangnya boleh menyalahgunakan agama untuk kepentingan kelompoknya, sudah sewajarnya kerajaan segera melarang Pas menggunakan perkataan Islam pada namanya.
Dalam ini, bukan saja nama Islam tidak harus dibenarkan untuk digunakan pada nama parti, nama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain juga semestinya dikuatkuasakan larangan yang sama, walaupun sehingga ini belum ada parti menggunakan nama Kristian, Hindu atau Buddha.
Pas boleh terus memperjuangkan Islam sebagai asas perjuangannya, tetapi tidak harus lagi dibenarkan meletakkan perkataan Islam pada namanya bagi mengelakkan nama agama itu disalahguna dan dijadikan alat yang boleh mengelirukan umat.
Tambahan lagi, oleh kerana jalan dan rakan perjuangan Pas selama ini terbukti tidak menentu, jika tiada lagi perkataan Islam pada namanya, ia tidak mendatangkan keburukan kepada Islam itu sendiri.
PH sebagai sebuah kerajaan, terutamanya Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika ini, pasti akan dikenang serta disanjung oleh majoriti umat Islam negara ini jika tidak bertangguh lagi menguatkuasakan larangan ini kepada Pas. (Shahbudindotcom 23/09/2019

SERONOK NYA JADI LEBAI BELUKANG, NAJIB PUNYA TAHI YG JADI SASARAN IALAH DAP. SENANG KAN CARA LEBAI BELUKANG BERPOLITIK.




Dari FB Wall Ipohmali...

Sejak minggu lepas, Pembangkang dok sebar surat kelulusan tanpa tender yang diluluskan Kementerian Kewangan atas nasihat persetujuan Perdana Menteri..

Maka Pemimpin dan walaun PAS pakat perli lah Lim Guan Eng.. Kononnya beri projek seara rundingan terus tanpa tender.. yang peliknya Najib pun share sama... Masa Najib Share tu aku baca surat tu dah rasa ada yang tak kena.. Hari ini di dedahkan Projek Persekutuan tu dah dimulakan tahun 2016..

Jelas Surat itu menyatakan kelulusan Projek bulan April 2018.. Masa tu Najib adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.. memang Najib ni muka tembok, Semua Masalah Negara yang dia buat dari kes 1MDB, ECRL,SSER, MRT yang dia buat taik.. Buat Jahat, Tapi tanpa rasa bersalah dia salahkan Kerajaan PH..

Itulah kelebihan Najib.. Orang jahat yang tak pernah rasa bersalah..Sebelum ni  dengan yakin dia kata  dia ada bukti duit RM 2.6 Billion itu Derma dari Arab Saudi, lepas kantoi keterangan Saksi di Mahkamah.. Dia kata, Pendakwa kena bukti kan yang Najib terlibat dan tahu dia ditipu.. Pulak dah..

Yang pelik lagi, najib beberapa kali kantoi Menipu.. hat taraf Ulama, Orang Agama boleh Percaya kepada Najib dari Tun Mahathir..Punya lah teruk dendam kesumat depa.. Sampai Kebenaran pun tak boleh nampak.. Najib mulia bagi depa.. seperti bayi baru lahir..

Jangan kata kes melibatkan PDM Builders kat Kelantan tu, Dari Projek ECRL, Projek MRT, Projek yang diteruskan Kerajaan PH, semuanya diteruskan Syarikat yang sama setelah Kerajaan buat penilaian semula, dan sebahagian projek sudahpun Kerajaan buat Pembayaran awal dan mengikat Perjanjian.. semua tu rundingan terus.. Tugas Menteri Kewangan dan Kerajaan hanya merundingkan Harga terbaik untuk Rakyat.. Bukan harga Rasuah zaman Najib..

Tapi itulah PAS dan UMNO.. Depa kalau dalam hidup ni..tak zikir, Selawat nama DAP tak Sah.. Semua benda nak salahkan DAP.. Sampaikan Tok Guru depa pergi Sarawak.. meracau salahkan DAP.. Depa Kata Sarawak Miskin sebab DAP.. Nasiblah dia tak kata Kelantan dan Terengganu Miskin pun sebab DAP.. Tak ker giler puak ni.. :)

Ipohmali