Apakah maksud Hilman Idham berkata demikian?
Tidakkah beliau sedar bahawa Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz sudah pun diambil tindakan pecat keahlian oleh PKR?
Lebih daripada itu, apakah Hilman lupa bahawa Haziq juga telah ditamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin?
Jadi, apa lagi yang Hilman mahu?
Apakah sebagai Setiausaha Politik kepada Azmin Ali, Hilman sebenarnya bermaksud agar Lembaga Disiplin turut segera mengambil tindakan yang sama kepada bossnya juga?
Sabarlah Hilman….walaupun tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR terhadap Haziq bukan berkaitan hubungan seks sejenis yang diakui telah dilakukannya bersama Azmin, tetapi parti tidak boleh mendahului pihak polis dalam bertindak.
Hanya setelah pihak polis mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Haziq dan Azmin serta kemudian dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan, maka barulah parti boleh mengambil tindakan susulannya.
Sementara siasatan polis belum selesai dan Peguam Negara juga belum mendakwa mereka di mahkamah, tentulah tidak adil bagi PKR yang bertunjangkan keadilan untuk mendahului dari segi tindakan.
Lagi pula, jika mengikut seperti apa yang diminta oleh Hilman agar Lembaga Disiplin bertindak, tindakan bukan saja mesti diambil kepada Haziq, bahkan juga kepada Azmin.
Bukankah hubungan seks melibatkan dua pihak?
Di mana keadilan jika hanya Haziq yang dirasakan wajar diambil tindakan berdasarkan pengakuannya, tetapi pasangannya yang juga diakui oleh Haziq dilepaskan begitu saja? (ShahbudinHusin 02/09/2019)


JAWI TULISAN RASMI DI JOHOR: PH KEMBALIKAN MARUAH MELAYU

KERAJAAN PH LEBIH BAIK BERBANDING BN – DR AZIZ BARI

HILMAN MAHU ISU SEMBURIT DIBONGKAR SEMULA?




Wahai Hilman  !!  Mengapa nak salahkan Biro politik dlm isu video semburit?  Kisahnya Haziq mengaku beliau orangnya dalam video semburit tersebut dan Haziq sebut pasangannya adalah Azmin.  Azmin tidak mengaku.  Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq atas pengakuan melakukan aksi semburit itu bersama Azmin?  Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq sahaja tanpa melibatkan Azmin?  Azmin juga patut dihukum kalau kamu percaya pengakuan Haziq.

Isu video semburit ini, parti telah serahkan kpd pihak polis untuk siasat yang sehingga kini kita tidak tahu apa kesudahan kes ini.  Mana mungkin boleh hukum Haziq melakukan liwat bersendirian?  Sebab itulah parti hanya memecat Haziq atas kesalahan beliau menuduh Azmin secara terbuka dengan perbuatan rasuah tanpa bawa bukti, bukannya atas kes semburit.

Kalau kamu tidak sabar untuk mengetahui siapa pasangan Haziq, apa kata kalau kamu minta Azmin saman Haziq atau pihak yang melaporkan ujuan kesahihan video yang menyatakan Azmin terlibat?  

WFAUZDIN NS.


Jika mahu pengampu dalam PH, cakap sahajalah, Ramasamy beritahu Zuraida .






Kenyataan Dr Mahathir berhubung ‘ketiadaan tempat’ untuk Anwar Ibrahim dalam Kabinet mencetuskan perang mulut antara P Ramasamy dengan Zuraida Kamaruddin.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini membidas Zuraida Kamaruddin kerana menggesa beliau dan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain supaya melupuskan “mentaliti pembangkang” mereka selepas 2 pemimpin itu dikatakan mempersoal kepimpinan perdana menteri.
Terdahulu minggu ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, “tidak ada tempat” bagi Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam Kabinet beliau pada masa ini kerana tidak ada menteri yang membayangkan mereka mahu berundur.
Ini menyebabkan Ramasamy meminta pimpinan PH menghormati perjanjian peralihan kuasa yang dibuat sebelum pilihan raya umum Mei tahun lepas.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin DAP, iaitu ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Anwar sepatutnya diberikan peluang.


Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Zuraida menegur 2 pemimpin itu.
“Saya cadangkan semua pemimpin PH melupuskan “mentaliti pembangkang” yang diamalkan sejak sekian lama,” kata naib presiden PKR itu seperti dilaporkan portal berita tersebut.
Ramasamy bagaimanapun menafikan mempersoal kepimpinan Mahathir dengan berkata, beliau juga menyifatkan kepimpinan perdana menteri itu berperanan penting dalam kemenangan bersejarah PH mengalahkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.
“Sama ada Zuraida membaca pantas artikel kami atau salah memahami kandungannya atau kedua-duanya sekali.
“Saya tidak fikir saya mempersoalkan Mahathir, begitu juga Santiago,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru kata beliau, Zuraida tidak perlu bertindak mempertahankan Mahathir.
“Bagaimanapun jika Zuraida mahu pemimpin PH menjadi pengampu, elok cakap sahaja.
“Beliau tidak perlu berdolak-dalik.”


APA NASIB HISHAMUDDIN BERSAMA UMNO?



Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin dilaporkan sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO atas dakwaan salah laku.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali yang mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun memberitahu, belum ada cadangan atau syor dibuat oleh badan itu kepada UMNO.
“Setakat hari ini belum dibuat apa-apa syor. Selepas selesai siasatan baru kita akan buat syor, jika difikirkan perlu,” jelas Apandi.
Meskipun tidak disebut apa salah laku yang telah dilakukan oleh Hishammuddin, ia dipercayai ada kaitan dengan pertemuannya dengan Tun Mahathir, baru-baru ini.
Selain itu, bekas Menteri Pertahanan itu juga selalu diperkatakan ramai dengan dakwaan sedang dalam perancangan mengatur beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk melompat menyertai Bersatu bagi mengukuhkan kedudukan Tun Mahathir.
Beliau didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Azmin Ali, malah pernah didapati bercuti bersama di Marakesh, Maghribi.
Pertemuan dengan Tun Mahathir baru-baru ini, selain dihadiri oleh Hishammuddin, turut disertai beberapa pemimpin Pas dan GPS iaitu parti pemerintah di Sarawak.
Pertemuan itu menimbulkan spekulasi Tun Mahathir sedang berusaha mengukuhkan kedudukannya, walaupun ia sebenarnya tidak perlu sama sekali kerana beliau terikat dengan konsensus untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas kira-kira dua tahun memegang jawatan tersebut.
Jika sudah mahu berundur, untuk apa lagi mengukuhkan kedudukan?
Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa bagaimanapun seperti cuba mempertahankan Hishammuddin dengan mengatakan tiada aduan dibuat kepada UMNO berhubung salah laku bekas Naib Presiden UMNO itu.
Katanya lagi, pertemuan Hishammuddin dengan Tun Mahathir baru-baru ini juga adalah atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili parti.
Tetapi, apa pun persoalannya, dengan pengesahan Apandi sendiri bahawa siasatan sedang dilakukan terhadap Hishammuddin, ia menunjukkan gerak-gerak bekas Naib Presiden itu sentiasa dalam pemerhatian kepimpinan UMNO.
Apa lagi, UMNO dan BN yang kini kembali dikuasai oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah, kedua-dua jelas tidak mahu wujudnya sebarang hubungan belakang tabir antara mana-mana pemimpin UMNO dengan Tun Mahathir.
Sejak pertemuan Hishammuddin dengan Tun Mahathir juga membuatkan UMNO menetapkan bahawa sebarang rundingan dengan pihak luar hanya boleh dilakukan oleh Presiden UMNO sahaja.
Yang nyata, dengan siasatan terhadap Hishammuddin, gerak-gerak beliau kini jadi terbatas dengan sendirinya.
Apa pilihan Hishammuddin selepas ini?
Mahu terus kekal dalam UMNO?
Jika mahu terus kekal bersama UMNO, Hishammuddin nampaknya tidak ada pilihan lain selain mesti setia sepenuh hati dan tidak lagi cuba melakukan apa-apa yang mencurigakan dengan pihak luar, khususnya Bersatu dan Tun Mahathir di belakang tabir atau secara sembunyi-sembunyi.
Jika itu didapati dilakukannya, pemecatan barangkali hukuman yang bakal menantinya.
Namun, jika benar Hishammuddin memang ada perancangan, sama ada untuk dirinya atau bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang lain untuk melompat menyertai Bersatu, dengan siasatan Lembaga Disiplin ini tidak mustahil akan membuatkan beliau lebih cepat meninggalkan UMNO.
Apa lagi jika beliau dijanjikan jawatan dan masa depan oleh Tun Mahathir yang sukar ditolaknya.
Bagaimanapun, jika beliau keluar UMNO, maka lengkaplah tiga generasi – Datuk Onn, Hussein Onn dan Hishammuddin yang akhirnya lari meninggalkan medan perjuangan dan mati di luar UMNO. (ShahbudinHusin 01/09/2019)