AKIBAT LEBIH SUDU DARI KUAH..



Khairuddin Abu Hassan, selain orangramai mengenalinya sebagai suami pelakon Umie Aida, beliau juga dikenali sebagai penyokong dan pengampu kuat Tun Mahathir Mohamad.
Setelah dipecat daripada UMNO, beliau kemudian menyertai Bersatu bersama-sama Tun Mahathir.
Bagaimanapun, disebabkan tidak sebulu dengan Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, beliau meninggalkan parti itu tidak lama kemudiannya.
Sejak itu tidak terdengar beliau ada mengisi borang mana-mana parti untuk menjadi ahli.
Pada PRU14 lalu, beliau diberi peluang bertanding di Parlimen Jasin mewakili PH atas kouta Amanah.
Tetapi, tidak pula diketahui sama ada Khairuddin merupakan ahli Amanah atau tidak atau beliau mungkin hanya bertanding atas kouta parti Amanah dan tidak menjadi ahlinya.
Beliau tewas kepada Ahmad Hamzah dengan kekurangan sebanyak 219 undi. Walaupun keputusan itu dipertikai di mahkamah, keputusan akhirnya mengekalkan kemenangan buat Ahmad Hamzah.
Selepas berakhir PRU14, Khairuddin kerap mengeluarkan kenyataan melalui media sosial dengan menggunakan jawatannya sebagai Penyelaras Parlimen Jasin.
Siapakah yang melantiknya memegang jawatan itu?
Adakah Ketua Menteri Melaka, Mohamad Sabu atau Tun Mahathir yang melantik beliau memegang jawatan itu?
Jika ada lantikan rasmi, mengapa pula hanya Khairuddin saja dalam PH yang ada jawatan sedemikian?
Tidak pernah pula terdengar calon-calon Parlimen lain yang kalah kelihatan masih gah menjaja jawatan Penyelaras Parlimen sepertinya?
Sehingga ini, kedudukan Khairuddin dengan jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Jasin sering menimbulkan kekeliruan kepada PH kerana kekerapannya mengeluarkan kenyataan berhubung masalah dalaman PH itu sendiri.
Sebagai penyokong dan pengampu Tun Mahathir, walaupun Khairuddin dikatakan pernah mendakwa beliaulah yang memujuk Tun Mahathir agar bertemu dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim sebelum PRU14 lalu, tetapi kini beliaulah antara yang ke depan dan paling kuat menghentam Anwar.
Bellau juga didakwa terlibat mengadakan pertemuan rahsia dengan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tujuan “merampas” agenda penyatuan ummah UMNO dan Pas, sebaliknya mahu ia dilencongkan kepada agenda melanjutkan tempoh khidmat Tun Mahathir sebagai Perdana Mentero sehingga habis penggal.
Tidak pasti siapa yang memberi mandat kepadanya untuk melakukan semua kerja itu.
Adakah beliau diarah oleh Tun Mahathir atau adakah ini merupakan sebahagian daripada skop tugasnya sebagai Penyelaras Parlimen Jasin yang merupakan kouta Amanah itu?
Selain itu, dalam semua kenyataan media yang dikeluarkannya, baik mengkritik Anwar atau sesiapa saja, Khairuddin tetap menggunakan jawatannya sebagai Penyelaras Parlimen Jasin sehingga kini.
Oleh kerana kerusi Parlimen Jasin adalah kouta Amanah, tanggapan umum ialah beliau tentulah merupakan ahli Amanah atau setidak-tidaknya apa yang dilakukannya dalam pengetahuan parti itu.
Tetapi, bolehkah beliau mengeluarkan kenyataan media sesuka hati mengkritik PH, mengkritik Anwar dan mengkritik sesiapa saja yang dikehendakinya?
Adakah Presiden Amanah, Mohamad Sabu sedar mengenai perkara ini atau mahu berdiam diri saja, sedangkan kelakuan Khairuddin selaku Penyelaras Parlimen Jasin sedikit-sebanyak telah mencalarkan nama baik Amanah?
Kalaulah pula Khairuddin bukan ahli Amanah dan tidak juga ahli mana-mana parti dalam gabungan PH, bagaimana beliau boleh dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Jasin?
Atas kapasiti apa beliau yang bukan ahli mana-mana parti untuk campurtangan dalam banyak urusan PH dan mengkritik pemimpin PH sesuka hatinya?
Untuk keharmonian bersama, adalah penting Khairuddin menjelaskan kedudukan sebenar mengenai dirinya dalam PH.
Jika tidak, tumpu saja jaga Umie Aida!! (Shahbudindotcom 22/08/2019)

KABINET AKAN PUTUSKAN CARA LAKSANA DISKAUN TOL

ANWAR TIDAK DIJEMPUT, BUKAN ENGGAN HADIR BERTEMU PM

NARATIF ISLAM TERANCAM SATU PERMAINAN POLITIK?



Artikel l 22 Ogos 2019

Isu Islam terancam dan dihina sentiasa terapung-apung dalam negara kita. Kadangkala tenggelam sebentar kemudian timbul semula. Ada kalanya sejuk dan tiba-tiba pula boleh panas.

Ikutkan hati, malas saya hendak layan. Hanya kerana beberapa insiden kecil tetapi riuh sekampung Islam terancam.

Apakah lesu sangat orang Islam dan pegangan akidah sehingga terancam dan tidak boleh membela Islam? Apakah lemah sangat institusi Islam sehingga Islam dihina dan diserang di mana-mana? Apakah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang menolak Islam sebagai agama persekutuan, menolak perpaduan ummah dan menjatuhkan martabat dan institusi Islam?

Jawapannya tidak. Persoalannya, benarkah Islam terancam, dihina dan diserang? Atau adakah ia senjata politik untuk menarik sokongan dan memburukkan lawan?

Hakikatnya, ia hanya persepsi yang sengaja diwujudkan untuk memainkan sentimen agar imej kerajaan persekutuan buruk. Begitu kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan media pada 20 Mei lalu.

Isu berkenaan juga, katanya, sengaja dibesar-besarkan untuk menarik sokongan rakyat kepada pihak pengkritik dan menampakkan mereka sebagai parti yang kuat. Seolah-olah hanya merekalah pejuang Islam dan perpaduan ummah.

Ia lebih kepada soal survival politik pembangkang yang memerlukan isu “bogey” atau isu hantu polong.

Tidak salah untuk bersuara dan memberi pandangan. Tidak salah untuk menegur dengan membina. Tidak salah untuk menyampaikan ajaran Islam malah dituntut. Tidak salah untuk berwaspada.  

Yang salah ialah mengadakan benda yang tiada dan lebih buruk lagi apabila merumuskan pendirian atas benda yang tiada itu serta menggelapkan atau mengelirukan masyarakat akan maklumat sebenar. Tambah malang apabila emosi dan perasaan dimainkan semata-mata untuk menagih sokongan. Soal benar atau tidak, betul atau salah tidak penting lagi.

Saya sedar situasi ini juga kadang-kadang berkait dengan aduan yang dibuat oleh kumpulan bukan melayu seperti isu tulisan jawi. Mereka juga terkait dengan emosi dan perasaan walhal isunya boleh dibawa ke meja rundingan.

Cuba teliti beberapa fakta berikut yang saya petik daripada Facebook dan pembacaan saya. Saya juga ulas untuk memudahkan penilaian dilakukan dan menangkis hantu polong.

Pertama, Islam ialah agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, Islam sebagai agama Persekutuan dalam konteks pentadbiran dan struktur kenegaraan. Islam mempunyai kelebihan berbanding dengan agama lain yang mana kerajaan boleh membiayai perbelanjaan untuk institusi-institusi berkaitan dengan agama Islam. Kerajaan sekarang yang dianggotai parti-parti komponen KEADILAN, DAP, BERSATU dan AMANAH berpegang kepada ini.

Kedua, Islam diberikan tempat yang agak tinggi di setiap negeri di Malaysia kerana pentadbiran agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri. Setiap negeri ada ketua agama berautoriti yang diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan, iaitu raja-raja Melayu atau Yang DiPertuan Agong bagi negeri yang tiada beraja.

Ketiga, setiap negeri ada mufti kerajaan yang dilantik dengan peruntukan gaji yang lumayan. Seramai 14 orang mufti untuk 14 buah negeri. Dalam keadaan di seluruh negara umat Islam lain hanya ada seorang mufti sahaja. Ada mufti yang tidak dibayar gaji oleh kerajaan seperti Mufti Kemboja, Mufti Singapura, Mufti Uganda dan banyak lagi. Mereka hidup dengan ehsan sumbangan umat Islam.

Ke-empat, di Persekutuan ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan di setiap negeri ada Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam yang menguruskan hal ehwal pentadbiran umat Islam dengan bajet kerajaan yang memakan berbilion RM setahun. Sejak kerajaan baharu, bajet dinaikkan kepada RM1.2 bilion untuk tahun 2019 dan bajet tambahan diberi kepada Institusi Tahfiz sebanyak RM50 juta serta Institusi Pondok sebanyak RM25 juta.

Ke-lima, di Malaysia terdapat ribuan buah masjid besar yang dibina oleh kerajaan. Di negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam dan Singapura, adakah umat Islam di sana mendapat bantuan kerajaan untuk bina masjid?

Di sepanjang jalan dan lebuh raya di Malaysia didirikan surau atau tempat khas untuk orang Islam menunaikan solat. Di kebanyakan taman perumahan terdapat lot untuk surau.

Justeru, di mana masalah sebenarnya sehingga timbul fenomena Islam terancam ini?

Saya pernah menulis berkaitan naratif melayu Islam lebih tiga tahun lalu. Dengan rendah diri, saya menyatakan bahawa terdapat beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk menangkis tanggapan Islam terancam atau apa juga serangan yang sewaktu dengannya.

Pertama, sebagai kerajaan. Kedua, sebagai pertubuhan atau kumpulan dan ketiga, sebagai individu.

Sebagai kerajaan, memastikan pengajaran dan penyebaran Islam yang sebenar di samping memastikan Islam terbela dan dimartabatkan.

Ini antaranya membawa naratif Rahmatan lil ‘Alamin, mereformasi institusi dan agensi agama, mengadakan muzakarah ulama dan cendekiawan, memanfaatkan media massa, memakmurkan masjid dan surau, termasuklah melaksanakan aspek amalan tadbir urus terbaik serta memulih institusi umat Islam seperti Tabung Haji. Perkara ini ada dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof pada Mei lalu.

Sebagai pertubuhan atau kumpulan terutamanya yang berlatarbelakang Islam, amat penting untuk pertubuhan juga meneguhkan pegangan Islam di kalangan umat Islam melalui program-program yang sesuai sama ada program agama, kebajikan, kesukarelawanan atau kemanusiaan. Ini juga wajar membina kefahaman dan keperibadian muslim yang seimbang.

Teras maruah, martabat dan kekuatan orang melayu ialah pegangan kepada Islam itu sendiri. Selagi berpaksi kepada Islam sebagai Rahmatan lil ‘Alamin dan kehidupan maka selagi itulah orang Melayu dihormati dan dipercayai malah disegani bukan sahaja oleh orang melayu tetapi oleh semua kaum.

Sebagai individu, masing-masing umat Islam wajib melengkapkan diri dengan ilmu Islam yang sebenar. Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkannya. Sentiasa berfikiran terbuka dan bijaksana dalam penilaian dan tindakan. Tidak mudah terpedaya dengan sentimen dan emosi semata-mata. Jadikan diri sebagai sebahagian daripada penyelesai masalah bukan pembawa masalah sahaja.

Pada akhirnya, pada pendapat saya, Islam tidak terancam di negara kita tetapi digunakan sebagai isu hantu polong untuk kepentingan politik. Jika pun ada isu, ianya bukan sama ada Islam terancam atau tidak tetapi sejauh manakah negara dan rakyat khususnya orang Melayu boleh meletakkan asas yang betul sebagai asas perpaduan, kemajuan dan kebaikan masa hadapannya.

Asas yang betul bukan kerana asas politik, perkauman atau bangsa. Asas yang betul ialah kerana keadilan, kebenaran dan kesejahteraan.

Saya berlapang dada menerima pandangan. Pendapat saya tidak semestinya betul tetapi saya percaya negara Malaysia yang kita cintai yang akan sambut kemerdekaan kali ke-62, boleh dibina semula dan maju ke hadapan dengan potensi yang besar tanpa dihambat perasaan terancam atau terkepung.

Syed Ibrahim Syed Noh
Ahli Parlimen Ledang
Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

KISAH PANJANG : MACAMANA NAK JAWAB BILA UMCAI PERTIKAIKAN ISU ISU


sallam..nalama..chau san..melayu..india..cina..tolong baca ni
Assalamualaikum just sharing jgn kecam pulak

-Isytihar Perang-

Setelah beberapa hari berfikir dan istikharah, saya buat keputusan untuk publish tulisan ni.

Hari tu saya ada up status ringkas kenapa saya tak up atau share apa² provokasi kaum. Juga ada saya up status ada tulisan saya nak up tapi takut sensitif. Ada yang suruh tulis jawi lah apa lah. Tapi saya nak tulis rumi. So tentang kenapa saya tak mahu up pasal provokasi kaum, pasal cina biadap, pasal terbalikkan bendera (macam isytihar perang sebab dulu DAP bawak penyapu merata isytihar "sapu melayu" sebelum tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei),

Hari ni saya jawab.

Jawapannya mudah.

Saya tak bodoh untuk promosikan sebuah "keganasan".

Memainkan sentimen perkauman bermakna meniupkan api peperangan.

Korang yang tak pernah perang ni tahu ke tak perang tu apa?

Punya sembang lah 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei, masalahnya korang tau tak apa tu 13 Mei? Apa berlaku?

Saya berguru dengan beberapa guru yang pernah berperang. Mereka ajarkan saya, perang bukan pilihan, ianya terjadi. Bukan dicari. Jangan sekali-kali mencari perang. Kamu bakal ustaz, bakal pemimpin masyarakat, kamu kena ajarkan umat supaya elak perang kerana perang adalah fitnah iblis. Memang iblis sudah sumpah untuk sesatkan kita.

 Perang adalah antara dosa yang paling besar. Apabila perang berlaku, segala rule of law akan terhapus. Kita SEMUA akan berada dalam situasi "self survival". Manusia akan keluar segala sifat binatangnya.

Tiada lagi undang-undang, semuanya bebas dilakukan.

Boleh pecah rumah, pecah supermarket, boleh culik orang, boleh rogol orang, boleh sembelih sesiapa sahaja, boleh curi apa sahaja. Bekalan air, elektrik, makanan, internet, akan terputus. Lembu, kambing, ayam akan dicuri. Hidup akan jadi berkelompok dan masing-masing jadi brutal. Kelompok mana yang kuat, dia kuasai kawasan. Tiada siapa boleh tidur malam kerana bila² masa rumah akan dipecah masuk oleh orang asing untuk merompak, mencuri, menyembelih, merogol.

Inilah PERANG. Inilah DARURAT.

Orang yang pernah merasa perang, tidak akan mahu ianya berulang.

Kita rasa kita hebat, kita rasa kita kuat, kita rasa kita majoriti, kita rasa boleh menang.

Tapi setiap perang pasti akan ada "Collateral damage". Macam mana dengan nasib wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang lemah lainnya?

Hospital, sekolah, pejabat, bank, semuanya akan ditutup.

Macam mana dengan harta dalam bank? Bank dah kena rompak.

Kemungkinan duit pun dah tak laku, hanya sistem barter yang laku sebab orang bandar mana ada tanah nak tanam padi, bela lembu ayam. Jadi terpaksa bergantung makanan dari supermarket semata-mata.

Saya mengembara melihat dunia, saya melawat ramai mangsa perang, saya melawat negara kaya dan miskin.

Orang mangsa perang selalu berpesan supaya jangan sekali-kali mulakan perang. Sebab bila ia mula, akan makan bertahun-tahun.

Orang luar akan bebas keluar masuk seperti di Syria. Boleh culik ramai anak dan wanita kita untuk dijual sebagai hamba dan pelacur atau dijual organ seperti yang berlaku pada rakyat Syria.

Memang senang nak provok. Share video racist, share bangsat² Zionist funded dari parti Komunis punya provokasi. Biar semua mengamuk.

Memang. Memang mereka harap kita mengamuk. Supaya perang berlaku, darurat berlaku, kekecohan berlaku, jadi sempadan boleh dibuka untuk "tuan²" mereka keluar masuk tanah Melayu untuk assassinate "individu tertentu" tanpa dikesan atau dikenakan tindakan undang-undang memandangkan negara sedang "darurat" dan "perang". Siapa sahaja boleh mati di tepi jalan sebagai mangsa perang. Tiada siapa akan fikir ia pembunuhan terancang atau konspirasi pihak tertentu.

Makanya, saya tidak lakukan apa-apa provokasi terutamanya keganasan, perang kaum, sembang gajah terbang 13 Mei. Kerana saya TIDAK BODOH.

Korang pun tahu dengan izin Allah tulisan saya boleh mempengaruhi orang. Anytime saya boleh tulis sesuatu untuk membentuk batalion² perang. Kalau zaman Jepun dulu mereka guna suratkhabar, guna poster dan propaganda pada orang ramai. Asia For Asia katanya. Boleh menghasut orang ramai dengan flyers Dan lain². Zaman sekarang pulak orang guna media sosial.

Jadi saya tidak sewenang-wenang boleh tulis sesuatu yang kesannya buruk. Sebab saya orang agama. Saya ada guru tareqat, ada guru tasawuf, ada kesan yang saya kena fikir. Bukan boleh main ikut nafsu nak tulis dan provok. Saya hanya boleh guna pengaruh yang ada untuk ajak manusia pada Allah, tauhid yang benar, sunnah nabi, cinta dan sayang nabi. Dan kalau berlaku juga perang, ya sudah, kami sudah sedia bersama hizib² perang dan rabitah² bersanad kami.

Umat Islam itu penyayang dan lemah lembut, tapi bukan pengecut. Umat Islam tidak mengganggu dan provokasi tetapi kalau berlaku keganasan, mereka sudah siap sedia pertahankan diri, harta dan maruah.

Saya tinggal dengan orang Arab di negara Arab, kiri kanan atas bawah saya semuanya jiran Arab mangsa perang dari Iraq dan Syria.

Saya lihat dan rasai sendiri pedihnya hidup mereka merempat di negara orang.

Yang paling sedih, peperangan telah mengakibatkan ramai umat Islam jadi murtad, atheist, tiada agama dan tak kenal siapa Allah Rasul.

Sangat sedih bila tunjukkan pada anak² Syria kalimah Allah dan tanya apa ini, mereka jawab tak tahu.

Kalau perang berlanjutan selama 7 tahun, bayi yang lahir pada awal perang akan membesar 7 tahun tu dalam keadaan jahil, barbaric, brutal, tiada belas kasihan dan jadi penjenayah, kerjanya hanya mencuri dan mencarut. Ramai juga yang terlibat dadah untuk cari ketenangan.

So, ini ke yang korang nak?

Korang boleh jaga ke anak perempuan, isteri, saudara perempuan, ibu, nenek korang dari kejahatan manusia?

Kalau anak perempuan korang kena culik dan dijadikan hamba seks tentera kafir macam di Syria dan Iraq, apa korang boleh buat?

Korang pernah tengok manusia dilapah hidup-hidup?

Pernah tengok ke sekumpulan manusia tangkap lelaki dari satu kampung dan bunuhnya perlahan-lahan dengan korek² dadanya dengan pisau untuk kuatkan jantungnya?

AKU PERNAH.

Walaupun bukan live depan mata.

Saya ada ramai kawan mangsa perang yang kongsikan video yang mereka dan rakan mereka rakam sendiri keganasan² yang berlaku akibat perang. Dan mereka juga adalah saksi mata kepala segala kekejaman tu.

Ada yang tengah jalan-jalan dengan isteri dan anak perempuan, tiba² si bapa kena sniper, pecah kepala. Anak dan isteri diculik untuk dijadikan pelacur.

Ada yang dah geram lama kat sorang perempuan ni, tapi perempuan tu dah kahwin. Bla perang berlaku, dia carik perempuan tu, culik dan jadikan hamba seks dia.

Ada yang dah lama geram dengan jiran dia. Bila perang berlaku, dia sembelih jiran dia.

Sebab mereka tahu, mereka sudah outlaw. Ketika perang, tiada lagi law, tiada polis, tiada mahkamah, tiada undang-undang. Silap² dengan polis dan tentera pun jadi jahat, nak selamat kena rasuah, serah body dan lain-lain. Ni semua berlaku di luar negara.

Undang-undang mana nak lindungi korang waktu perang?

Polis, tentera semua akan sibuk berperang jugak.

"Habis tu, tak kan nak biar kaduk naik junjung, kita ada maruah, kita bukan pengecut."

Hello brother.

Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Kita ada Sultan Melayu. Hanya Sultan kita sahaja boleh keluarkan arahan jihad. Selain mereka, jihad korang tak sah. Mati katak je.

Tu satu.

Keduanya. Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Ada sebab kenapa keturunan kita sentiasa bertolak ansur dan bersabar dan biarkan je apa orang asing nak buat apa mereka suka. Mereka bakar masjid, baling kepala khinzir dalam masjid, hina nabi, hina Allah, bunuh bomba, bunuh ahli bait, marah azan, hina Jawi sebagai taik lembu, mereka boleh provok apa mereka suka. Mereka memang dibayar untuk semua tu dan terima arahan dari "supreme leader" diorang. Keturunan kita, Sultan kita, nenek moyang kita, terus layaaaannn aje. Hingga dalam sejarah dunia, kitalah satu²nya bangsa yang paling tolak ansur.

British kita maafkan, Jepun kita maafkan, Cina Komunis pun kita maafkan siap bagi kerakyatan, daftarkan parti politik untuk mereka , siap bagi undi jadi menteri lagi untuk anak keturunan mereka yang satu masa dulu menyembelih nenek moyang kita.

Kita bertolak ansur, move on dan biarkan je. Semua tu ada sebab. Bahkan walaupun bangsa kita ditindas dan ditindas, kita tak pernah terhapus, melayu dulu dan sekarang sama je. Walaupun melayu suka kutuk Melayu, bangsatkan sesama melayu, tapi time kahwin, pakai busana Melayu siap keris jugak. Waktu raya, pakai baju melayu siap sampin jugak. Pergi surau tetap dengan baju melayu dan kain pelikat, sama je sejak dulu sampai sekarang.

Tak kan melayu hilang di dunia tu bukan saja² disebut.

"Habis tu? Sampai bila nak sabar? Sampai habis semua hilang? Tiada lagi hak atas tanah sendiri?"

Tak... Buatlah apa pun. Demi Allah hal itu tidak akan berlaku.

Sekali lagi saya tegaskan, tanah ini tanah Berdaulat. Tanah ini bertuan. Tanah ini ada tuannya yang menjaga. Tiada orang asing yang berjaya memiliki tanah ini kecuali sementara. Bertukarlah berapa ratus bangsa pun menjajah. Tetap akhirnya tanah ini kembali jua kepada tuannya.

"Jadi tak kan nak biar mereka hina kita? Sampai bila? Kita kena ajar mereka!"

Bodoh. Ini pemikiran bodoh dan iblis.

Sekumpulan anak² dajjal yang Zionist funded ni buat hal, pastu nak bunuh berjuta orang lain yang tak terlibat hanya kerana mata mereka sama sepet? Atau kulit mereka sama hitam?

Tahu apa tu marah nyamuk bakar kelambu?

Korang tak ada kawan bangsa lain ke atas muka bumi ni? Makan gelak bersama, tiba-tiba kau nak bunuh dia? Hanya kerana mata dia sepet atau kulit dia gelap? Hancur sebuah keharmonian dan persahabatan sekian lama?

Saya ramai kawan Cina, India, Bengali, ada yang muslim ada yang belum muslim. Saya sayang mereka. Kami saling menghormati. Korang ada tak? Ke korang tak bercampur?

Lagi² Cina dan India di Kelantan yang mempunyai kadar racism yang rendah berbanding negeri lain. Cina India kat sana jangankan bahasa Melayu, loghat Kelantan pun pekat. Kalau negeri lain, bahasa Melayu standard pun tergagap, yang jadi menteri pun pelat teruk.

Saya tengok di sesetengah tempat di utara pun ramai Cina India yang cakap loghat utara sama pekat dengan orang tempatan. Kadang nampak mereka lebih "Melayu" dari Melayu. Mereka lebih pandai Jawi dari kebanyakan Melayu lain.

Saya jumpa Cina di Melaka dulu tengok anak beranak cakap Melayu. Bila dengan mak bapak, cakap Melayu. Tapi sesama anak cakap Cina. Pelik pulak. Bila kenal² dan tanya, rupanya mak ayah keluarga tu tak reti cakap Cina walaupun mereka pure Cina. Tapi anak² pandai cakap Cina sebab masuk sekolah Cina.

Macam mana pula dengan muallaf? Oh muallaf takpa, dia saudara Islam kita. Tapi muallaf tu ada saudara yang belum Islam jugak, so macam mana? Diorang pun tungkus lumus tunjuk akhlak, dakwah dan menyentuh hati saudara² belum Islam lain kepada Islam. Tiba-tiba dah jadi rusuhan kaum, semua kena?

So yang jenis tak racist macam ni kau nak lancar perang jugak?

Sebab kalau dah lancar perang atas nama kaum. Tentulah yang tak bersalah pun tiba² kena sembelih. Bila huru-hara berlaku, tiada lagi "damage control".

So kena paham permainan Iblis Dajjal ni betul-betul.

Biasanya mereka create war menggunakan "a group of people" yang claim diri "mewakili" sesebuah kelompok besar. Kadangkala "suara" tu diterima oleh beberapa kelompok yang lain tapi sekadar sokongan dari jauh.

Illuminati telah create group² ni untuk manusia berbunuhan dengan skala besar.

Contoh. Mereka cipta group Zionist yang kononnya mewakili bangsa Yahudi. Padahal mereka cuma satu pertubuhan ekstrimis yang guna nama agama Yahudi. Jadi ramai sekali Yahudi sebenar menentang fahaman Zionisme dan negara haram Isra*l tu. Di Amerika para Yahudi sebenar selalu berkumpul buat bantahan pada Zionist. Maka kesan dari kumpulan kecil ekstrimis ni yang claim mewakili bangsa besar, maka seluruh Yahudi dibenci dan bila² masa akan cetus perang.

Begitu juga mereka cipta teroris ISIS. Kononnya mewakili Islam. Padahal ianya sekelompok ekstrimis yang membawa fahaman Wahhabi Jihadi dan fokus mereka lebih kepada membunuh muslim tak sefahaman. Mereka menyerang negara² Islam sahaja. Kalau ada negara kafir yang mereka sedang, itu cuma serangan kecil dan umpama "wayang" sahaja yang mereka adalah sekumpulan pengganas yang membunuh sesiapa sahaja. Disebabkan mereka, habis semua muslim sedunia difitnah, berlaku Islamophobia sampai ramai yang takut dan paranoid dengan muslim. Sampai jadi kes bunuh dalam masjid di NZ dan lain-lain negara.

Begitu juga di Malaysia, ada kumpulan tertentu yang ekstrim dan sangat racist bekerja keras untuk kuasai negara dan anggap mereka mewakili satu bangsa lalu melakukan provokasi-provokasi kepada bangsa lain untuk menumpahkan darah. Jadi disebabkan mereka, seluruh bangsa dianggap jahat, racist seperti mereka dan mesti dibunuh/dihalau. Padahal kumpulan tu je yang ekstrim dan racist dan berperangai Komunis, majoriti bangsanya pulak hanya jadi "mangsa penipuan" sebab kumpulan tu tabur janji manis. Jadi nampak macam "betul" kumpulan itu mewakili seluruh bangsa. Padahal dah mula di kalangan bangsa tu dah sedar yang mereka pun kena game, disebabkan permainan racist kumpulan tu, maka bangsa mereka semakin dibenci, produk mereka diboikot, banyak perniagaan mereka yang dulu gah kini terpaksa ditutup. Bila kumpulan tu dimarah, dengan mudah mereka spin dan salahkan orang lain.

So, konsep deception a group of people represent the whole nation ni adalah fitnah besar untuk manusia yang sengaja dibuat untuk menumpahkan darah.

So kalau nak benci, benci hanya pada kumpulan teroris, racist dan Komunis tu je. Bukan pada seluruh bangsa. Itu tak cerdik namanya.

"Mereka kafir, bunuh je."

Kata guru kami, mana² muslim yang berfikir seperti ini, adalah anak² iblis.

Sebab orang kafir kalau kita bunuh, mereka akan terus ke neraka tanpa bicara dan kalau kita dahagakan sangat nak hantar umat nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke neraka, fahamilah hanya 1 makhluk sahaja yang telah bersumpah akan bawak seramai mungkin anak Adam ke neraka.

Iaitulah Iblis.

Jadi kalau kau begitu gembira menghantar anak Adam ke neraka, apa beza kau dengan Iblis?

"Habis tu nabi dan sahabat dulu pun pergi perang."

Kau pun sama termakan hujah orientalis yang kononnya agama Islam tersebar dengan pedang dan pertumpahan darah.

Padahal Rasul kita mengelak seboleh mungkin daripada perang sebab perang itu fitnah.. Selagi boleh bincang, mereka bincang. Tapi kalau dah kena serang, nak cangak apa lagi? Pertahan diri lah cerdik. Bahkan tidak sedikit yang masuk Islam ketika berperang.

Waktu perang pun masih berdakwah!

Jadi dalam fikiran mereka, mereka nak orang kafir ini masuk Islam, bukannya fokus mereka nak hantar kafir² ini ke neraka. Orang kafir serang mereka jadi mereka terpaksa pertahan diri.

Kita pulak?

Kita pulak yang buat provokasi dan nak perang berlaku.

"Ala sembang pumpang pumpang semua orang boleh, aku jumpa ramai orang macam kau, asyik bahas masalah, tapi tak bagi penyelesaian."

Ok, penyelesaian dia simple . 2 step je.

1. Sabar dengan segala provokasi dari ejen Zionist ni, mereka tak akan berhenti provok, habis isu ni, isu baru pulak next week, next month, next year. Kerana mereka memang nak perang berlaku kemudian akan ada campur tangan kuasa luar, PBB dan lain-lain yang akhirnya akan gugat kuasa raja-raja Melayu dan mungkin perlembagaan baru diperkenalkan dengan dibuang hak² istimewa bumiputera oleh PBB kononnya demi kedamaian. Pastu diberi pula autonomi seperti yang berlaku di banyak negara seperti Sudan, Palestin dll yang akhirnya akan membentuk negara sendiri, diiktiraf pulak oleh Amerika dengan buka kedutaan. Lalu bumiputera akan dihalau, tanah dirampas, rumah dirobohkan, seperti yang berlaku di Palestin. Saya dok bagi hint lama dah tak paham². Ni saya cakap direct, kalau tak paham jugak, saya tak tau nak cakap apa dah. Keselamatan saya sekeluarga pun mungkin terancam sebab ni tapi untuk elak yang lebih buruk berlaku, kita ambik mudarat yang lebih kecil.

2. Kuasa mereka terletak pada penguasaan ekonomi. Naik kepala sebab rasa diri kaya. Semua kononnya perlukan mereka. So, senang je. Kempenlah buy muslim first. Eh Tak, saya tak hasut atau suruh boikot. Tak... Saya suruh sokong produk muslim je. Paham² sendiri lah. Saya tak kata sokong produk "Melayu" sahaja, tapi produk Muslim. So kita tak racist kan? Saudara² Islam kita tetap saudara walaupun lain bangsa.

Ni penyelesaiannya.

So macam mana?

Nak kembali bangkit secara aman sebagai bangsa yang hebat macam dulukala atau lancar perang yang akan musnahkan negara, harta dan keluarga kita? Korang nak ke anak perempuan korang dilacurkan kepada tentera Komunis?

Zakuan Faiz Selempang Merah a.k.a "Macai Sultan Dulu Kini Selamanya"
Tanah Syam