UMNO masih bergayut pada ranting nostalgia, naratif perkauman sempit


Melangkaui tempoh setahun pentadbiran di Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melaksanakan begitu banyak reformasi institusi serta membawa pelbagai dasar yang baik demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah. 

Pencapaian kerajaan PH dalam tempoh tersebut adalah membanggakan. Ini kerana bukan mudah untuk melaksanakan dasar dan reformasi yang menyeluruh dalam keadaan terpaksa mewarisi hutang yang besar dan kebusukan rasuah serta penyelewengan yang ditinggalkan pentadbiran UMNO terdahulu. 

Namun, tekad kerajaan PH dalam membantu rakyat sering diperlekehkan pemimpin dan pengikut UMNO yang ketandusan idea dan visi. Mereka saban hari mengkritik kerajaan itu dan ini, tanpa melontarkan pandangan yang bernas demi pembangunan rakyat. 

Jerkahan penyokong UMNO terhadap kerajaan PH hanya kerana mereka kini kehilangan kuasa dan peluang untuk terus menjarah hasil kekayaan negara. Jika UMNO terus berkuasa tidak mustahil 1MDB dan institusi kerajaan yang lain akan terus digunakan Najib Razak untuk kepentingan peribadi dan juak-juaknya. 

Seperti didedahkan di mahkamah baru-baru ini, Najib telah membelanjakan RM606.51 juta untuk tempoh tiga tahunRM600 juta saudara dan saudari bukanlah jumlah kecil, kurang RM400 juta lagi untuk genap RM1 bilion. Kita, golongan terbanyak yang menaiki kenderaan yang terikat dengan hutang bank pun masih bergelut untuk mendapatkan gaji bulanan, apatah lagi untuk membalanjakan ratusan jutaan ringgit dalam tempoh tiga tahun, tak terjangkau dek akal. Ini adalah orang yang sama diangkat Barisan Nasional sebagai penasihat mereka. 

Najib Razak telah membelanjakan RM606.51 juta melibatkan tiga bank akaunnya untuk tempoh tiga tahun. – Foto oleh Hasful Zainuddin.
Kerana kentandusan idea dan visi untuk membangunkan rakyat terbanyak – ditambah pula kegagalan untuk menutup kebusukan rasuah pemimpin tertinggi mereka – UMNO yang meminggirkan “pemimpin-pemimpin progresif” seperti Khairy Jamaluddin, kembali menggunakan naratif perkauman dan mengulang-ulang nostalgia tentang UMNO sebelum merdeka.   

Tiada apa yang ditawarkan UMNO, tiada rancangan untuk rakyat, yang ada hanya slogan dan fitnah. Pemimpin UMNO saban hari memomokkan DAP kerana mereka sedar perjuangan DAP yang berdasarkan prinsip-prinsip kebebasan, peluang setara, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi, hak-hak asasi, dan berasaskan institusi demokrasi berparlimen selari dengan Perlembagaan Persekutuan akan menggugat naratif lapuk perkauman UMNO.

Rakyat semakin hari semakin sedar akan permainan perkauman UMNO. Apa yang rakyat mahukan bukanlah ratib “Ini semua salah DAP”, tetapi idea dan visi yang jelas, terangkum serta jitu berkenaan dasar yang menyentuh golongan terbanyak. 

Rakyat semakin hari semakin sedar bahawa kerajaan PH telah dan sedang berusaha demi kepentingan rakyat terbanyak dengan pelaksanaan pelbagai dasar dan reformasi pentadbiran bagi memastikan rasuah tidak berleluasa seperti yang berlaku ketika pentadbiran Najib Razak terdahulu. 

Kerajaan PH menggubal dan melaksanakan dasar afirmatif bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan isi rumah berpendapatan terendah (B40). Antaranya, inisiatif Skim mySalam yang diperkenalkan Kementerian Kewangan bagi membantu golongan tersebut mendapat bantuan kewangan berjumlah RM8,000 sekiranya didapati menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. 

Manakala di bandar pula, kerajaan PH menerusi Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50. Inisiatif ini memberikan penjimatan yang besar kepada pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang. 
Selain itu, banyak lagi dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan PH bagi membantu golongan miskin dan sederhana mengecapi taraf kehidupuan yang lebih baik. Semua ini membuktikan tekad kerajaan PH yang sentiasa memahami denyut nadi serta suara hati rakyat terbanyak. Sementara UMNO dan kini bersama pengikut barunya, PAS semakin gembira bersama, bergayut pada ranting nostalgia dan terbuai dengan naratif perkauman dan keagamaan ciptaan mereka. 

TUN M TIADA PILIHAN, SETUJU MENETAPKAN TARIKH BERUNDUR ADALAH JALAN KETENANGAN BUATNYA


Semakin hari tampaknya semakin ramai yang tampil menggesa agar Tun Mahathir Mohamad segera menetapkan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri daripadanya kepada Anwar Ibrahim.
Selain blog ini antara yang kerap berbuat demikian serta pelbagai pihak yang lain lagi, hari ini tiga NGO turut membuat desakan yang sama.
Bersih 2.0, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) adalah tiga NGO terbaru yang sepakat menuntut Tun Mahathir agar segera menetapkan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar bagi mengelakkkan berterusannya ketidaktentuan dan ketidakstabilan dalam PH dan juga negara.
Sesuai dengan janji Tun Mahathir yang mahu berkhidmat antara dua hingga tiga tahun sebagai Perdana Menteri, tiga NGO terbabit mahu peralihan kuasa mesti dilakukan sebelum Mei 2021.
Harus difahami bahawa ini bukanlah bermakna peralihan itu mesti dilakukan pada Mei 2021, sebaliknya tarikh tersebut adalah tarikh akhir peralihan kuasa yang dijanjikan itu selewat-lewatnya mesti dilakukan.
Tetapi, penetapan berhubung tarikh itu hendaklah dilakukan seberapa segera yang boleh oleh Tun Mahathir.
Menurut NGO terbabit, hanya dengan adanya ketetapan segera mengenai peralihan kuasa itu saja dapat mengelakkan ketidaktentuan dan khabar angin berterusan berhubung janji penyerahan kuasa kepada Anwar.
Berikutan permintaan, tuntutan dan desakan pelbagai pihak ini, Tun Mahathir, jika masih sayangkan PH dan mahu gabungan itu terus menjadi kerajaan yang stabil mentadbir negara ini, beliau tidak pilihan lain sebenarnya selain akur berhubung penetapan tarikh yang semakin banyak dituntut sekarang ini.
Perkara ini cuma perlu dibawa ke meja rundingan Majlis Presiden PH untuk dibincang dan diputuskan.
Jika Tun Mahathir mahu dua tahun, tetapkanlah segera tarikhnya.
Begitu juga jika beliau mahu dua setengah tahun atau tiga tahun bagi membolehkan pemimpin lantikannya dalam kerajaan terjamin mendapat pencen, biarlah perkara itu dibincang dan diputuskan dalam Majlis Presiden.
Namun, tarikh sebelum Mei 2021 adalah selewat-lewat tarikh peralihan kuasa itu mesti dilakukan.
Sebelum Mei 2021 boleh jadi Februari 2020, Mei 2020, Disember 2020 atau tarikh-tarikh lain yang asalkan sebelum Mei 2021.
Tarikh sebelum Mei 2021 bukan saja memadai untuk Tun Mahathir yang sudah berusia 94 tahun sekarang untuk berundur dan melakukan penyerahan jawatan, tetapi juga untuk memberi ruang kepada Anwar masa secukupnya mentadbir negara dan memperkenalkan dasar-dasar baru sebelum pilihanraya umum seterusnya.
Anwar tidak harus diberi masa terlalu singkat sebelum ketibaan PRU15 yang sepatutnya diadakan pada 2023 kerana ia akan mendatangkan kesulitan kepada PH meneruskan kesinambungan kuasanya.
Dengan menetapkan tarikh penyerahan jawatan dengan segera juga, ia sebenarnya adalah jalan ketenangan paling baik bagi Tun Mahathir di sebaliknya usia bonusnya yang bila-bila masa saja boleh dipanggil mengadap Ilahi.
Selepas menetapkan tarikh itu beliau boleh menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kerja-kerja untuk negara sebagaimana janjinya sebelum ini tanpa perlu menyerabutkan lagi dirinya dengan persoalan-persoalan lain seperti mengadakan pertemuan rahsia dengan pemimpin barua UMNO, Pas, GPS dan lain-lain demi untuk melanjutkan lagi tempohnya sebagai Perdana Menteri.
Apa nak difikir-fikir lagi soal mahu menjadi Perdana Menteri dengan lebih lama?
Apakah masih belum puas dan tidak kenyang-kenyang dapat jadi Perdana Menteri selama 22 tahun bersama BN dan dua atau tiga tahun bersama PH?
Bukankah di penghujung usia, siapa saja, selalunya lebih memikir dan memilih jalan ketenangan untuk diri mereka? (Shahbudindotcom 07/08/2019)

SEBENARNYA AZMIN BUAT PERANGAI DAH LAMA !




OLEH : BOB KELANANG DAN NIZAM AKA


Image result for azmin zuraida amiruddin




Ya sesuai dengan tajuk di atas admin nak cerita sedikit sejarah Azmin dalam parti. Ini cerita sejak awal penubuhan Parti Keadilan Nasional dan kemudiannya Parti Keadilan Rakyat.

Cerita lama ini admin nak bagitau si Zuraidah waktu itu tiada dalam radar. Apatahlagi MB Selangor sekarang dan barisan cicak mengkarong yang cuba menafikan Anwar menjadi PM ke 8.

2 september 1998 Anwar dipecat. 20 September 1998 selepas perhimpunan terbesar rakyat di Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka , Anwar ditahan.

Dalam tempoh 18 hari ini masyarakat pelbagai lapisan masyarakat dan NGO berkumpul di jalan Setiamurni 2 untuk bergabung menumbangkan kerajaan.

Allahyarham Fadhil Noor , Allahyarham Haron Din, Lim Kit Siang dll pimpinan masyarakat mengenepikan pandangan politik dan bertemu Anwar. Muhyidin Yasin antara individu awal ziarah Anwar selepas pemecatan.

Admin ingat lagi kata Muhyidin selepas Anwar dipecat... 'Saya sedih apa yang berlaku'. Waktu ini Zuraidah takde lagi dalam radar.

Kumpulan aktivis ini menubuhkan GERAK dan kemudiannya ADIL dalam usaha mengembeleng tenaga menentang kerajaan.

April 1999, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Ia merangkumi pelbagai kumpulan masyarakat bergabung mewujudkan parti. Keputusan PRU 1999 semua tahu.

Pemilihan PKN admin pertama adalah tahun 2001. Di sini, Azmin buat perangai apabila kumpulan darah UMNO dalam PKN ini bergabung menendang keluar pimpinan parti yang berasal dari NGO seperti ABIM dan JIM.

Nama-nama besar pimpinan awal PKN seperti Anuar Tahir (kini Amanah), Chandra Muzaffar dll terkeluar dalam cai Azmin.

Pada pemilihan parti yang pertama ini Azmin dilabel kumpulan UMNO manakala lawannya digelar Pakatan Utara.

PKN bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pimpinan Dr Syed Husin Ali. Anwar memberitahu ahli PKN perlu dilihat multiracial supaya lebih ramai kaum lain datang dan menyokong perjuangan reformasi Anwar.

Inilah tujuan asal penggabungan PKN dan PRM. PRM yang berjuang puluhan tahun sanggup membubar dan beralih arah menyokong PKN kerana kepercayaan yang Anwar berikan.

Nama besar seperti Syed Husin Ali, Rustam A Sani, Dr Sanusi, Faizal Sanusi, Latheefa Koya dll menyertai PKN pada tahun 2004.

Sepertimana biasa dalam pemilihan parti kali ke 2 ini, Azmin sekali lagi berdegil tidak mahu mendengar cakap Anwar. Azmin melanggar Dr Syed Husin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin besar kepala sudah lama. Dalam krisis parti yang berlaku Azmin yang banyak menjadi punca. Saifudin Nasution bekas SU pemuda UMNO yang bersama Anwar pada hari 2 September 1998 pun akhirnya angkat kaki pada awal tahun 2000, kerana malas melihat rakus Azmin.

Nasib baik Anwar jemput masuk Saifudin masa kongres PKR di Seremban .

DUA (2) cerita di atas orang lama sahaja yang tahu sejarahnya. Ramai pimpinan awal parti terpelanting keluar kerana perangai bos Zuraidah.

Langkah Kajang perangai no 3.

Kini perangai no 4. 

Nak lawan Anwar dan mahu jadi PM ke 8. Antara sebab besar orang melayu terutamanya undi PH bila Anwar sanggup mengenepikan semuanya dan bersalam dengan Tun M di mahkamah sebelum dibebaskan !!

Ini antara faktor besar orang melayu hatta penyokong UMNO pun undi PH. Jiwa besar ada pada Anwar, dan jiwa sailang ada pada Azmin.

2001 dia sailang.

2004 dia sailang.

2014 langkah Kajang dia sailang.

2019 pun kau berani sailang ya min??!!!

Hodoh perangai kamu !


BERI ILMUAN PH PELUANG BERSIARAN DI MEDIA KERAJAAN

ADU DOMBA BN GAGAL, PERTUBUHAN PENDIDIKAN CINA SOKONG KHAT

HENTI POLEMIK PERALIHAN KUASA – AMK JOHOR

KALAU KERAJAAN GAGAL TUTUP LYNAS, SATU PENGHINAAN KEPADA PEJUANG -PEJUANG ANTINYA

OLEH : WAN FAUDZIN NS


Semua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang, kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan untuk rakyat. Hakikat yang patut kita akui juga bahawa sewaktu kita melaksanakan kempen tersebut, Tun M dan beberapa Menteri yang sekarang ini cuba untuk mempertahankan Lynas, waktu itu mereka berada di dalam Umno dan masih bermazhab Umno.

Fakta yang tidak boleh menipu rakyat adalah kerajaan terdahulu bertanggungjawab meluluskan lesen operasi Lynas dengan beberapa perjanjian termasuk tanpa cukai selama 12 tahun. Kerajaan negeri Pahang di bawah Umno/Bn turut memberikan kerjasama dengan menyediakan tanah untuk didirikan kilang ini di Gebeng. Lesen dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn) dan tanah disediakan oleh kerajaan negeri Pahang (Umno/Bn).

Seperti juga isu di Pasir Gudang, kilang-kilang haram yang merata tumbuh di situ wujud sejak zaman Umno/Bn mentadbir Johor, namun kesannya dirasai sekarang apabila Johor ditadbir oleh PH. Mahu tidak mahu, atas tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan negeri sekarang wajib gempur kilang-kilang haram ini. Tugas ini turut dibantu oleh kerajaan Pusat kerana isu pencemaran di Pasir Gudang ini telah menjadi isu besar melibatkan campurtangan kerajaan Pusat.

Berbeza dengan Lynas. Kilang ini bukan kilang haram. Lynas beroperasi atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn). Apabila PH mengambil alih Putrajaya, tidak semudah itu untuk menghentikan operasi kilang berkenaan *kecuali* dengan kesedaran politik yang jitu. PH sebagai parti politik yang memerintah mesti ada kesedaran dan tanggungjawab ini kerana janji kita untuk menghalang Lynas dari beroperasi adalah di antara janji kita kepada rakyat khususnya di Kuantan, meskipun tidak tercatat di dalam manifesto PH pada PRU14 yang lalu.

Saya telah membaca kenyataan MP Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh dari Tanah Suci Mekah yang telah menerangkan tentang panjang lebar tentang isu ini agar Kabinet lebih waras dan bertimbangrasa di dalam mengkaji semula kewujudan Kilang Lynas ini. Saya 'salute' kenyataan berani MP Kuantan, walaupun berstatus Timbalan Menteri yang dilantik oleh Tun M, namun beliau konsisten dengan perjuangannya. Begitu juga, kesemua Adun PH di negeri Pahang konsisten menolak kewujudan Lynas di negeri ini. Begitu kuat dan teguh pendirian kami di Pahang ini.

Saya tidak pelik sekiranya Tun M atau beberapa menteri terutamanya dari Bersatu yang tidak peka dan prihatin dengan isu Lynas ini kerana mereka tidak berada bersama kita sewaktu kita berjuang menentang Lynas sehingga sampai ke tahap sukarelawan kita berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen hanya untuk menyatakan bahawa Kuantan khususnya dan negara ini amnya tidak perlu mengambil risiko hanya untuk memberi kesenangan kepada pihak lain. Risikonya mungkin bukan sekarang. Kejadian di Pasir Gudang pun mengambil masa puluhan tahun untuk kita terima bahananya.

Sehubungan itu, kami merayu kepada pimpinan PH terutamanya yang bersama kami dahulu bersusah payah menentang Lynas agar jangan sia-siakan peluh keringat, darah dan sakit yang ditanggung oleh para sukarelawan penentang Lynas terdahulu. Kesakitan yang mereka tanggung dahulu tidak pernah mereka tuntut dengan wang ringgit atau habuan jawatan setelah kita menjadi kerajaan. Mereka hanya mahu kerajaan sekarang kenang mereka dan hadiahkan kepada mereka kemenangan.

Jangan istihar kemenangan kerajaan dahulu yang berjaya wujudkan kilang Lynas tetapi kita persendakan perjuangan sukarelawan yang dulu kita sambut mereka sebagai wira di Parlimen.

Terbaru, mereka mahu YB Fuziah buktikan kebenaran apa yang beliau tegaskan selama ini. Bukti apa lagi? Kita tahu, YB Fuziah sekarang berada di Tanah Suci. Mungkin bukan masanya untuk beliau melayani permintaan yang sama seperti kerajaan Umno/Bn pernah minta dahulu. Beliau hanya mampu berdoa di hadapan Baitullah agar rakyat terutamanya rakyat Kuantan dijauhi malapetaka. Apa pula bukti di pihak kamu yang menyatakan Lynas itu satu projek yang tiada risiko jangkamasa panjang dan dapat beri keuntungan besar kepada rakyat? Boleh beritahu kami ?

Seandainya Tun M sebagai PM yang kita sama-sama angkat tidak mampu berbuat apa-apa, ianya amat malang bagi kita dan satu penghinaan buat usaha kita selana ini. Namun, ianya tidak akan terhenti begitu saja dan tetap akan diperjuangkan walaupun ketika itu Anwar menjadi PM.

HENTIKAN LYNAS, TOLAK PENCEMARAN

WFAUZDIN NS

ANWAR DAN KAK WAN AKAN BERANGKAT KE TANAH SUCI HARI INI


As-Salam & Salam Sejahtera,
Per: Mengiringi Keberangkatan DSAI & DSWA menunaikan ibadat Haji
Tarikh : 7 Ogos 2019(Rabu)
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Terminal KLIA
Bagi yang berkelapangan, boleh mengiringi dan menghantar kedua-dua tokoh yang kita sayangi ini dengan doa agar keduanya selamat di dalam perjalanan pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan Ibadah dengan sempurna dan diberkati Allah.


ULASAN MENARIK UNTUK DIBACA ; Gabungan boleh menang, terbina atas kekuatan lapangan pertengahan





Politik identiti, terutamanya melibatkan kaum dan agama, adalah suatu daya yang kuat, sepertimana yang dapat kita lihat dalam fenomena Trump di Amerika Syarikat; dan juga di Malaysia, sebagaimana yang diketahui umum. Adakah Pakatan Harapan mampu menang dalam pilihan raya akan datang, dengan berhadapan gabungan PAS-Umno yang menunggang rasa tidak percaya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan, selain terhakisnya kepercayaan dan sokongan warga bukan-Melayu?

Pada saat-saat yang baik, terutamanya ketika ekonomi rancak berkembang, Pakatan Harapan berada di kedudukan tengah yang paling baik untuk memenangi sokongan warga Melayu dan bukan-Melayu. Dalam keadaan itu, gabungan ‘centrist’ akan memenangi golongan pertengahan kerana parti-parti pembangkang yang berasaskan kaum akan terasing di tepian. Dalam keadaan ekonomi yang buruk, sebaliknya pula yang terjadi.

Satu cabaran besar yang harus ditempuhi Pakatan Harapan ialah media massa. Walaupun setiap saluran media mengakui ia merupakan media nasional, kebanyakannya adalah berasaskan etnik. Ada antaranya yang tidak kisah meniup api keresahan perkauman demi mendapatkan untung mudah, atau kerana agenda tersembunyi untuk melihat berakhirnya pentadbiran PH dalam masa satu penggal sahaja.

Di tengah dominasi media berasas etnik, kelihatan juga kurangnya wartawan yang dilatih secara profesional untuk membuat liputan wacana polisi awam secara lebih mendalam, melampaui sudut pandang etnik.

Kita memerlukan ‘media baharu’ yang membincangkan polisi awam bukan dari sudut pandang perkauman, tetapi dari sudut pandang warga Malaysia. Bahasa tidak menjadi masalah, akhbar tersebut boleh jadi dalam bahasa Tamil atau Iban tetapi ia mengambil sudut pandang nasional, ketimbang menggunakan kantan perkauman sempit.

Lapangan pertengahan

Pertambahan sehingga 7.9 juta pemilih baharu di Malaysia menjelang 2023 kepada senarai asal 14.9 juta pengundi berdaftar pada tahun 2018 membuka lebih banyak peluang kepada Pakatan Harapan untuk membina sebuah gabungan boleh menang di lapangan pertengahan.

Kita seharusnya memiliki wawasan yang jauh melampaui identiti Melayu atau bukan-Melayu. Kita memerlukan sebuah wawasan ala Wawasan 2020 untuk menyatupadukan semua pihak. Ia telah berjaya pada sekitar 90-an atas sebab sifatnya yang merangkum dan mendakapi semua, selain juga ekoran kerancakan ekonomi melampaui impian ramai dalam tempoh yang begitu singkat antara 1989 dan 1994 setelah melalui saat-saat sukar pada 1985-1988. Ekonomi kemudiannya terlebih aktif dan gelembungnya meletus ekoran Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997.

Bagi mana-mana perkumpulan politik yang mahu menang dari lapangan tengah, kita harus dengan tulus hati mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Majoriti rakyat Malaysia, meski datang daripada latar budaya yang berbeza, berkongsi aspirasi yang serupa.

Kita semua berharapkan pekerjaan yang baik dengan gaji yang berpadanan. Kita mahu perniagaan kita maju. Kita mahukan pendidikan yang baik untuk generasi akan datang. Manakala generasi akan datang pula mahukan kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.

Kita juga bercita-cita besar untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik di bandar dan desa; serta di rumah milik kita sendiri, dengan pengangkutan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Kita ingin merasa selamat dalam semua semua segi, termasuklah merasa bebas daripada segala jenayah dan peperangan, serta terhindar daripada sebarang kerosakan alam sekitar.

Pekerjaan dan gaji

Bagi Pakatan Harapan, kemenangan dalam pilihan raya akan datang bukan sekadar soal mengekalkan kuasa, tetapi soal melindungi demokrasi untuk rakyat Malaysia, daripada mereka yang beroleh keuntungan daripada sentimen kaum dan agama, serta para pelampau yang suka membesarkan hal-hal kecil.

Kerajaan mesti jauh terkedepan mengubah terma-terma perbahasan dasar secara besar-besaran secepat mungkin bagi penambahbaikan yang drastik.

Ini bererti kerajaan – menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha setiap kementerian dan penjawat awam senior – harus bekerjasama untuk menumpukan kepada usaha mencipta peluang pekerjaan yang membayar gaji setimpal untuk rakyat Malaysia. Gaji di Malaysia sudah membeku sepanjang dua dekad lampau, yang kini membawa kepada keresahan tentang tingginya kos sara hidup.

Gaji rakyat Malaysia tidak ditetapkan di Malaysia. Ia bahkan ditetapkan di Bangladesh dan Singapura. Apa maksud saya kata begini?

Kita mengimport beberapa juta buruh tidak terlatih dengan gaji rendah dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia, sementara setengah juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura dalam bidang-bidang yang membayar gaji kurang SGD2,000 sebulan. Tidak termasuk rakyat Malaysia yang terus menetap di Australia dan New Zealand bekerja mengutip buah serta menjadi buruh binaan; tidak termasuk mereka yang bekerja secara haram di Seoul, Korea Selatan.

Ekonomi Bangladesh sedang berkembang pesat. Pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus, dan dividen demografi yang besar, akan tiba masanya tiada warga Bangladesh yang mahu bekerja sebagai buruh murah di Malaysia, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi.

Malaysia sebagai sebuah masyarakat dan negara perlu berkira-kira untuk menyusun sektor kerja bawahan yang menuntut bekalan buruh yang ramai untuk melabur di Bangladesh, sepertimana China kini memindahkan kesemua sektor bawahannya ke luar negara.

Mereka yang menerima gaji SGD2,000 sebulan pula tidak berniat untuk menyamakan kedudukan gaji mereka. Jika mereka dibayar dua-pertiga gaji yang mereka terima di Singapura, saya pasti dua-pertiga daripada mereka akan pulang bekerja di tanah air dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Demi memajukan ekonomi negara, kita perlu mencipta pekerjaan mahir dan separa mahir yang membayar gaji RM4,000 ke atas. Pun begitu saya mesti menyebut bahawa saya tidak mencadangkan kenaikan gaji secara dibuat-buat.

Apa yang saya cadangkan ialah dengan menggurangkan bekalan buruh asing tidak mahir sambil membantu industri secara besar-besar untuk mengautomasi dan menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0, kita boleh menukarkan tiga pekerjaan yang membayar RM1,500 kepada seorang warga Bangladesh menjadi satu pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang membayar RM4,000 ke atas. Dengan cara demikian, kedua-dua industri dan negara dapat beroleh manfaat daripada kemajuan produktiviti yang tinggi di setiap peringkat.

Buruh asing

Untuk buruh asing tidak terlatih, kita memerlukan suatu rancangan 10 tahun dengan aturan yang jelas. Kebanyakan negara selalunya sangat cerewet dalam membenarkan buruh asing tidak terlatih dalam bidang perkhidmatan mereka.

Seboleh mungkin, peluang kerja-kerja perkhidmatan wajar diisi oleh warga Malaysia. 

Pembuatan boleh dijalankan secara automasi, sekiranya diberi insentif yang betul. Pembinaan juga boleh menjadi sektor yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia dengan bertukar kepada sistem pembinaan perindustrian. Juga, dengan insentif yang tepat. Pertanian dan perladangan hadir di akhir urutan, kerana hakikatnya sektor ini adalah yang paling sukar untuk diautomasi.

Persoalan aspirasi bersama yang lain, seperti mobiliti sosial, kualiti kehidupan dan keselamatan dalam tulisan akan datang.

Cukup sekadar saya katakan bahawa untuk melawan politik identiti, kita harus mempunyai identiti Malaysia yang lebih kuat, yang menyatupadukan kita semua untuk melihat seluruh rakyat Malaysia sebenarnya berkongsi aspirasi sejagat, yang boleh direalisasikan sebuah kerajaan aktivis dengan dasar-dasar yang masuk akal dari segi ekonomi dan politik sekaligus.

Kalau ini boleh dilakukan, kita mempunyai sebuah gabungan yang kuat dan kukuh di lapangan pertengahan, sesuatu yang mahu dicapai oleh ‘Kemakmuran Bersama 2030’. 

Artikel ini merupakan terjemahan kolum Bahasa Inggeris Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong. (https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/08/510070/winning-coalition-built-strength-middle-ground)