BICARA SAMAN FITNAH TERESA KOK TERHADAP LEBAI



https://www.sinarharian.com.my/…/Bicara-saman-fitnah-Teresa… Tahniah dan terima kasih puak2 lebai pas kononnya pejuang parti islam..Dlm kamu teramat bencikan Dap,kamu telah menjadi sumber memperkayakan pimpinan Dap dengan aktiviti fitnah yang kamu lakukan..Nampaknya seorang lagi lebai pas bakal menjadi sumber perkayakan pemimpin Dap..Mngkin dalam agama puak pas,fitnah orang bukan islam tidak dikira berdosa kot?




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan tiga hari bermula 23 September hadapan untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim terhadap Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berhubung penerbitan artikel di dalam akaun Facebook miliknya, pada Januari lepas.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud, yang mewakili Syarhan Humaizi memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas hadir pada pengurusan kes berkenaan di dalam kamar Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril yang turut dihadiri peguam Elyse Ng Zi Qian bertindak bagi pihak Teresa.

Dalam saman difailkan pada 4 Februari lepas, Teresa mendakwa Syarhan Humaizi selaku defendan telah menulis, memuat naik atau menerbitkan artikel bertajuk 'Ucapan YB Ustaz Khalil Benar: DAP Jangan Kurang Ajar' dalam akaun Facebooknya pada 19 Januari 2018 yang mana artikel itu turut diterbitkan dalam media cetak dan sosial di dalam dan luar negara.

Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Seputeh itu mendakwa, defendan telah menerbitkan satu lagi artikel bertajuk: 'Teresa Kok Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan' di dalam sebuah portal berita, Malaysia Today pada 12 Januari lepas.

Plaintif mendakwa perkataan-perkataan fitnah di dalam kedua-dua arktikel itu antara lain membawa maksud beliau adalah anti Islam, bersifat perkauman, menyalahguna kuasa sebagai Menteri Kabinet serta seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Dakwanya, penerbitan kata-kata fitnah itu adalah tidak benar dan dilakukan dengan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, teruk dan teladan serta injunksi bagi menghalang defendan atau pekerjanya daripada menerbitkan semula artikel sama selain menuntut faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syarhan Humaizi dalam penyataan pembelaannya yang difailkan pada 29 Mac lepas mendakwa, artikel pertama yang diterbitkannya adalah berasaskan fakta-fakta yang benar dan bersifat tindak balas politik yang munasabah terhadap DAP selain mendakwa ia tidak bersifat memfitnah plaintif (Teresa).

Syarhan Humaizi juga mendakwa beliau tidak pernah menerbitkan artikel kedua itu selain mendakwa artikel berkenaan tiada kaitan dengan Teresa.



Sekeping MyKad Palsu Dijual RM8,000 Di Sabah – Pengarah JPN

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan bahawa penjualan sekeping kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalang dan lokasi operasinya, boleh mencecah sehingga RM8,000.
Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh JPN.
“Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Beliau berkata walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, namun cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.
Sambil menegaskan pengeluaran MyKad palsu itu tiada kaitan dengan JPN Sabah, Ismail berkata suspek berkenaan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 25 Akta Pendaftaran Negara 2007 (Pindaan) yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“MyKad palsu ini tiada hubung kait dengan JPN Sabah…MyKad ini sama (dengan MyKad sebenar) tetapi tidak serupa dan sistem JPN boleh mengesannya,” katanya.
Beliau berkata ia juga tiada kaitan dengan sindiket yang membabitkan 22 pegawai JPN sebelum ini, seperti yang terkandung dalam Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI).
Semua 22 pegawai JPN itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kad pengenalan palsu yang dihasilkan mereka telah pun dibatalkan, jelasnya.
Mengenai laporan media yang mendakwa Keningau sebagai daerah mempunyai pemegang kad pengenalan palsu paling ramai di Sabah, Ismail berkata JPN telah menjelaskan perkara itu kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Keningau Tan Josepp Pairin Kitingan.
Pada pertemuannya dengan Pairin dua hari lepas, beliau telah menjelaskan bahawa daerah-daerah lain di negeri ini turut merekodkan banyak kes kad pengenalan palsu.
Sementara itu, Ismail meminta majikan sektor perladangan, perbankan, kawalan keselamatan dan pembantu rumah supaya mengesahkan kesahihan MyKad pekerja dengan JPN bagi memastikan mereka benar-benar rakyat Malaysia. – BERNAMA


WANG YANG DISONGLAP KENAPA SALAHKAN PH ?




Related image
Adun Pasir Pinji, Howard Lee, mendakwa bekas perdana menteri, Najib Razak memberi respons mengelirukan, tidak jujur dan bohong mengenai isu wang bayaran balik GST – yang didakwa beberapa pihak telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. 

Menurut beliau, Najib dan pengikutnya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan kerajaan yang ditadbirnya – sebelum kalah PRU14 – telah gagal untuk membuat pembayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion. 

“Angka tidak menipu. Laporan (PAC) menunjukkan pada 30 April 2018, hanya RM450 juta yang tinggal dalam Akaun Hasil Disatukan semasa PH mengambil alih kuasa, dan ini berlaku meskipun semua kutipan GST telah dimasukkan terus ke Akaun Hasil Disatukan.

“Laporan itu juga menunjukkan pada 30 Mei 2018, hanya RM150 juta berada dalam Tabung Bayaran Balik GST, sedangkan jumlah tuntutan bayaran balik GST adalah bernilai RM19.4 bilion,” katanya lagi. 

Jelas Howard, tindakan pentadbiran terdahulu itu menyalahi Seksyen 54(2) Akta GST 2014 yang menetapkan semua kutipan GST perlu diakaunkan terlebih dahulu dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST.

“Apa yang dilakukan pentadbiran Najib adalah terang-terangan melanggar peruntukkan dalam Akta GST – yang mana telah digubal, dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh pentadbirannya sendiri.

“Tiba-tiba, dia nak salahkan kerajaan PH yang telah selesaikan masalah yang ditinggalkan pentadbirannya pula, dengan melakukan pembayaran semula tuntutan bayaran balik GST kepada pembayar cukai?” ujarnya yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan. 

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam surat kepada PAC pada Oktober lalu berkata tindakan menyalurkan terus kutipan GST ke Akaun Hasil Disatukan kerajaan persekutuan adalah suatu tindakan yang menyalahi undang-undang. 

Menurut beliau, tindakan itu melanggar Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka dalam kenyataan sama berkata PAC telah mengesahkan bahawa kutipan GST mesti diletakkan dalam Akaun Pembayaran Balik GST mengikut Seksyen 52(2) Akta GST 2014.

“Najib dan kerajaan yang lalu tidak mematuhi peruntukan ini kerana wang yang dikutip daripada GST telah diakaunkan secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

“Najib telah cuba mempertahankan tindakan ini dengan menggunakan Seksyen 54(5) Akta GST 2014, yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan pemindahan wang daripada Akaun Pembayaran Balik GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

“Justifikasi ini sememangnya tidak sah kerana wang yang dikutip daripada GST mesti dibayar ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST terdahulu sebelum dipindahkan ke Kumpulan Wang Hasil Disatukan, bukannya secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan,” tegasnya.


*KEMESRAAN YDP AGONG BERSAMA ANWAR DAN KAK WAN MENYAKITKAN JIWA MUSUH ANWAR*





Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri






Siapa musuh Anwar?  Mereka adalah yang tidak mahu melihat Anwar menjadi PM.  Mereka ini ada di dalam parti dan di luar parti. 

Musuh beliau di dalam parti yang dahulunya pandai "berlakun" kononnya sebagai pejuang reformasi, kini telah terserlah di mata ahli-ahli parti siapa orangnya.  Musuh di luar parti sudah tentunya mereka yang takut tentang kepimpinan Anwar di dalam menerajui negara nanti bakal menenggelamkan parti mereka. 

Musuh di dalam parti itu kini cuba berganding bahu dengan musuh di luar parti.  Tidak pelik kalau dia menyatakan secara terbuka menyokong pembangkang agar PH melanggar janji manifesto untuk mengangkat Anwar sebagai PM.  Orang ini menang di dalam pilihanraya dan dapat merasai kerusi empuk sebagai menteri kanan hasil dari manifesto yang disokong oleh rakyat, tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Pembangkang.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, cermin mata dan teks





Bangsat apakah ini?  Tidak cukupkah dengan nikmat yang kamu perolehi dari pengorbanan tumpahan air mata dan darah dari sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim?  Selayaknya kamu dihina bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan dari sedarah sedagingmu sendiri.  Bertaubatlah, sila kekal tenang. 

*WFAUZDIN NS*


SELAYAKNYA DR IDRIS AHMAD MENJADI MB SELANGOR.

Image result for DR IDRIS AHMAD

Dr Idris Ahmad

SPECIALTY

Obstetrics And Gynaecology (O&G)








   


















Semua parti komponen PH dah setuju agar Dr Idris Ahmad menjadi MB, Tapi Azmin yang berkuasa waktu itu mengambil jalan belakang dengan meletakkan nama Amirudin dan di endos kepada Sultan. Jadinya beliau naik melalui pintu belakang juga...

Sama juga macam mentornya apabila naik menjadi MB selangor apabila Parti meletakkan nama Wan Azizah, Azmin dan Hadi komen bukan bukan...akhirnya dia naik menjadi MB Selangor....pandai main pintu belakang dan sailang rupanya..




Tiada penerangan foto disediakan.Imej mungkin mengandungi: teksTiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.


KALAU PUN SIBUK TAK KAN 10 BULAN SEKALI PUN TAK BOLEH HADIR MESYUARAT



Sibuk dengan tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi adalah alasan yang diberikan oleh Azmin Ali tentang ketidakhadirannya dalam mesyuarat PKR selama ini.

Beliau bukan saja tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik parti, malah juga tidak muncul dalam pemukiman PKR di Port Dickson, baru-baru ini.

Tidak hadirnya Azmin dalam semua mesyuarat itu bukanlah bermula sejak dua tiga bulan lalu, tetapi sebenarnya sejak November 2018 lagi.

Kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kehadiran Azmin dalam mesyuarat MPP sejak pemilihan parti pada November 2018 adalah kosong dan kehadiran dalam mesyuarat Biro Politik juga kosong.

“Tidak pernah ada alasan diberikan tentang ketidakhadirannya itu,” tambah Saifuddin lagi.

Dengan tidak hadir sejak November 2018, bermakna sudah hampir 10 bulan Azmin tidak peduli tentang urusan PKR, walaupun jawatannya dalam Timbalan Presiden iaitu kedudukan nombor dua dalam parti.

Sesungguhnya ini adalah perangai paling buruk lagi teruk bagi seorang pemimpin, lebih-lebih lagi yang ada angan-angan mahu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta bercita-cita dalam hati ingin menduduki kerusi Perdana Menteri.

Bagaimana agaknya urusan parti ditangan pemimpin seperti ini kiranya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri?

Ini kerana, walau sesibuk mana pun seorang seseorang itu dengan jawatannya dalam kerajaan, adalah tidak munasabah jika tidak dapat hadir dalam mesyuarat parti selama hampir 10 bulan lamanya.

Takkan walau sekali tak boleh hadir juga?

Jika Azmin sibuk kononnya dengan tugas sebagai menteri, pemimpin lain dalam PKR pun ramai juga yang berjawatan menteri.

Tetapi, mengapa mereka dapat hadir dan membahagikan masa untuk mesyuarat parti?

Apakah Azmin seorang saja menteri paling sibuk dalam negara ini?

Kalau Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu pun dapat meluangkan masa mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu dan Majlis Presiden PH setiap bulan, apakah Menteri Hal Ehwal Ekonomi lebih sibuk berbanding Perdana Menteri?

Lagi pun, jika Azmin benar-benar sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, apakah pencapaian dan kejayaan cemerlangnya selama ini yang boleh dirasai oleh rakyat jelata?

Apakah ekonomi dan hal ehwal perekonomian negara begitu melonjak dengan  tinggi?

Apakah semua GLC yang dijaga kementeriannya berjalan dengan lebih baik berbanding sebelumnya?

Apakah janji-janji kepada peneroka Felda sebagaimana terkandung dalam manifesto PRU14 telah berjaya ditunaikan?

Kalau semuanya tidak banyak yang berbeza, apa yang sibuk sangat sampai 10 bulan Azmin tak boleh hadir mesyuarat PKR?

Jangan-jangan beliau ada sibuk lain tak? (Shahbudindotcom 31/07/2019)

Najib..lupakah kamu kpd apa yg berlaku semasa majlis istiadat melafaz sembah mantan YDPA pada 13 Dis 2016?



OLEH : NIZAM AKA


Najib..lupakah kamu kpd apa yg berlaku semasa majlis istiadat melafaz sembah mantan YDPA pada 13 Dis 2016?

Bgaimana Tun M diaibkan dan dimalukan bila surat jemputan untuk hadiri istiadat yang telah pun dihantar tapi DIBATALKAN saat-saat akhir?

Siap bagi nasihat supaya Tun jangan hadir kerana kerusi untuk Tun TIDAK DISEDIAKAN..Atas nasihat siapa semua itu?

-Jadi,kalau setakat tempat kamu diubah,apalah sangat jika nak dibandingkan dengan apa dilakukan kepada Tun M..


-Kena maslahah diri,adakah itu pembalasan tunai daripada Allah Taala?



Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Mahathir keluarkan fatwa Negara Islam lemah kerana ikut ulama yang jahil




JAWATAN PM BUKAN SEMUDAH PAKAI KASUT- KATA HADI.

APA KATA NETIZEN PULA ?

Nak jadi PM  tak boleh ponteng Parlimen

Fatwa lama kapirkan orang umno bagaimana pula?Adakah terbatal

Nak jadi ulamak juga bukan semudah pakai kasut

Sokong penyamun apa hukumnya?

lain lain sambung , sebab banyak sangat lagi......wallahuklam.














ANKARA 31  Julai – Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini.Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah.
https://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.944097.1564058905!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg
DR. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Ankara Yildirim Beyazit sempena Lawatan Rasmi beliau ke Turki hari ini. – BERNAMA
Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council) di sini pada Khamis.
Beliau berkata banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik.
“Hari ini kita lihat ada banyak orang jahil…tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.
“Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam, dan kita mendakwa ianya untuk kepentingan Islam…tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran,” kata beliau.
Beliau berkata umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.
“Sebaliknya orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu orang Islam, yang asalnya ditemui para saintis Islam dan mereka mendapat manfaat daripada ilmu-ilmu berkenaan sedangkan orang Islam mengabaikannya kerana menganggapnya tidak penting,” kata beliau. – BERNAMA

KENALI PEMUKA PEMUKA YANG TIDAK MENYOKONG ANWAR





Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, duduk dan sut

Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu love penyokong setia Anwar dan kini beralih arah:

1. Azmin Ali

Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak.

2. Zuraida Kamaruddin

Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula.

3. Amirudin Shari

Dia MB Selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagi tahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat.

4. Khalid Jaafar

Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat.

5. Kamaruddin Jaafar

Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walau pun jadi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walau pun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul.

6. Saifuddin Abdullah

Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi Menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.

7. Sivarasa Rasiah

Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.

8. Tian Chua

Sanggup kena tahan ISA dan kena macam-macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM.

9. Haniza Talha dan Daroyah Alwi

Berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.

10. Mansor Othman

Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi Timbalan Ketua Menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba-tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak.

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walau pun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat.

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat.

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka.

28 Julai 2019

APA KATA DEEPAK JAIKISHAN








Nama Deepak muncul sekitar tahun 2012-2013 kerana membuat beberapa pendedahan. Ini adalah kerana beliau yang membuka kedai karpet menjadi sahabat baik Rosmah Mansor , isteri PM Najib Razak yang telah mempromosikannegara dengan kecurian berbillion dollar. Selain itu ianya juga berkaitan dengan kes Altantunya dan juga PI Bala.



APA MOTIF PARTI AGAMA SEBAR MAKLUMAT PALSU ?





Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum
oleh: Mohamad Radzi ismail


Apa motif sebarkan maklumat Palsu dan fitnah dari ahli parti suci??? 

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail menegaskan penceramah itu ada tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan dan ia terpakai sehingga 31 Disember 2020.

"Maklumkan kepada semua pihak bahawa tiada halangan buat Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah di Wilayah Persekutuan mengikut tauliah yang diberikan oleh Pejabat Mufti.

"Saya menafikan Jawi membuat larangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/40660/BERITA/Nasional/Jawi-nafi-larang-Ustaz-Azhar-Idrus-berceramah




BILA NAK CARI SALAH , TAPI SILAP ALAMAT



Nampak sangat agenda politik mencari salah tapi tak jumpa-jumpa  salah.

Kedai nombor ekor ni dimiliki oleh syarikat Stimulus Dollars Sdn Bhd yang ditubuhkan pada zaman BN (2011). 


Penyokong sebuah parti agama ada masa dari 2011 hingga 2018 untuk buat bantahan, kenapa tak bantah zaman BN berkuasa?

Disebabkan orang-orang  macam ini lah Islam dipandang selekeh dan meluat.




Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang