Hadir ke majlis ‘The Economist Corporate Network: In Conversation With DSAI’ dengan tajuk ‘Malaysia’s Leadership Beyond 2020’ yang berlangsung di Majestic Hotel, KL. Forum tersebut membicarakan perihal kepimpinan dan ekonomi negara pada tahun 2020 dan tahun-tahun yang mendatang.
MEMATUHI JANJI ADALAH KUNCI KEPADA KEKUATAN PH
Sejurus selepas PH menang dlm PRU14, Kak Wan selaku Presiden Keadilan mengadap YDP Agong untuk menyatakan kemenangan Parti Keadilan (Dap, Amanah, PPBM dan Keadilan) di mana waktu itu semua parti gunakan logo Keadilan.
Seperti lazimnya, YDP Agong tentunya menawarkan jawatan PM kepada Presiden parti yang menang majoriti di dalam PRU. Maka, Kak Wan ditawarkan jawatan PM oleh YDP Agong kerana beliau adalah Presiden Keadilan, parti yang menang majoriti. Namun, akhlak Kak Wan terpuji, dia sedar bahawa PH telah ada perjanjian dan dia sedar kesemua parti di dalam PH menggunakan logo Keadilan hanyalah satu strategi. Dengan penuh adab dan rendah diri, Kak Wan menolak perlantikan tersebut dan menyatakan bahawa PH telah bersetuju untuk melantik Tun M sebagai PM. Sikap Kak Wan ini dipuji oleh YDP Agong kerana tidak mudah untuk mencari orang yang menolak tawaran menjadi PM.
Maka, kerajaan dapat dibentuk dengan aman kerana kita patuh kepada janji kita. Tiada sikap tamak haloba atau khianat, itu kuncinya. Muhyiddin Yassin dalam kenyataan terbarunya turut berikrar bahawa janji akan ditunaikan iatu PM ke 8 adalah Anwar Ibrahim. Sebab itu, layaklah beliau disebut oleh Husam Musa sebagai TPM kepada Anwar Ibrahim nanti.
Jika sekarang kerajaan diterajui oleh Mahathir - Azizah (MA), InsyAllah, di dalam tempuh setahun lagi kerajaan akan diterajui pula oleh Anwar - Muhyiddin (AM).
WFAUZDIN NS
VIDEO SEKS : KADIR JASIN GARISN 6 PENDIRIAN
KUALA LUMPUR 22 Julai - Selepas menyenaraikan beberapa contoh menteri dari luar negara yang meletak jawatan selepas terpalit dengan salah laku seksual, kali ini Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin tampil dengan enam pandangan berhubung isu video seks membabitkan menteri Kabinet di Sandakan pada Jun lalu.
Beliau menggariskan enam pendiriannya berhubung isu dengan menganggap kejadian tersebut merupakan ujian buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) .
Antara ujian tersebut adalah seperti berikut:
1. Ini adalah ujian kepada janji kerajaan PH untuk menjadi terbuka, telus dan bertanggungjawab;
2. Ini adalah ujian kepada profesionalisme, kemerdekaan dan kesaksamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador;
3. Ini adalah ujian kepada janji PH untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan menegakkan Perlembagaan;
4. Ini adalah ujian keupayaan kepimpinan PH untuk kekal di atas tekanan dan untuk meletakkan kepentingan negara di atas kecenderungan dan tidak suka peribadi;
5. Ini adalah ujian kepada kemanusiaan, kerendahan hati, moral dan martabat pemimpin PH secara kolektif dan secara individu dan;
6. Persoalan yang perlu ditanyakan setiap pemimpin PH adalah, saya menggunakan parti dan kedudukan kerajaan saya untuk melindungi saya dari kesalahan saya atau melindungi parti saya dan kerajaan saya daripada memalukan dengan melakukan perkara yang betul? -
UTUSAN ONLINE
SAYA TIDAK PERTAHAN AZMIN, CUMA…..
Menjelasnya lebih lanjut tulisan di blognya yang seolah-olah mempertahankan Azmin Ali, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menafikan beliau bermaksud demikian.
“Saya bukan mempertahankan Azmin. Saya hanya berkata bahawa politik jenis kotor yang seumpama itu tidak akan dapat memerangkap saya menjadi sebahagian daripadanya.
“Jelas sekali, seseorang cuba untuk menggunakan saya bagi mencapai matlamat mereka.
“Ini bukan satu video yang biasa anda lihat sebelum ini, ini sengaja diwujudkan bagi mencapai matlamat jahat yang tertentu bagi menghalang seseorang daripada maju dalam politik.
“Ini telah dirancang dan saya tidak akan menjadi ejen untuk menjayakan rancangan itu,” kata Tun Mahathir menjelaskan pendiriannya.
Benarkah begitu?
Boleh diterima hujah-hujah beliau?
Meskipun Tun Mahathir mengatakan beliau tidak mempertahankan Azmin, yang menjadi kehairanan ramai ialah mengapa sekian ramai yang disiasat atas dakwaan menyebarkan video itu telah ditangkap serta direman?
Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak serta beberapa yang ramai, termasuk Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku pelaku dalam video tersebut, adalah antara yang ditahan dan baru saja dibebaskan daripada tahanan reman oleh polis.
Namun, Azmin yang dipercayai ramai adalah pelaku dalam video yang disahkan tulen oleh pihak polis itu nampaknya langsung tidak diusik apa-apa setakat ini.
Mengapa beliau tidak ditahan seperti yang lain-lain?
Dalam hal ini, ramai yang keliru dan bertanya, sejak bila perlakuan seks sejenis bukan suatu kesalahan di negara ini?
Di mana kedaulatan undang-undang atau rule of law?
Dengan itu, kata mereka, mungkin benar Tun Mahathir tidak mempertahankan Azmin, tetapi beliau ternampak cuba melindunginya.
Lebih-lebih dengan pengakuan Azmin sendiri dalam ucapannya di majlis kesyukuran di kediaman Menteri Besar Selangor Ahad lalu apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut menyebut bagaimana beliau dipanggil oleh Tun Mahathir pada Jumaat baru-baru ini dengan kata-kata agar terus menjalankan tugas seperti biasa demi agama dan negara.
Adakah itu bukan melindunginya?
Sebab itu, tidak menghairankan apabila Umi Hafilda Ali, adik Azmin sendiri yang diketahui sejak sekian lama merupakan pendokong Tun Mahathir kelihatan mula keliru serta serta tawar hati dengan sikap Perdana Menteri sekarang ini.
Ternyata sikap dan pendirian Tun Mahathir antara 1998 dengan sekarang dalam berhadapan isu yang sama sudah jauh berbeza.
Yang pasti, di usia 94 tahun dan bila-bila masa akan pergi mengadap Ilahi, dengan kuasa Perdana Menteri ada tangannya, Tun Mahathir tetaplah Tun Mahathir juga.
Meskipun beliau kerapkali menyebut pesanan ibunya agar berhenti makan sebelum kenyang, dalam bab kuasa ia jelas terkecuali dan laparnya adalah senantiasa. (Shahbudindotcom 24/07/2019)
Terima Kasih Pemuda PAS Merbok, *Simpati buat Ketua Pemuda PAS Kedah*
Malam ini riuh di IPD Sungai Petani, wakil daripada pemuda pas merbok membuat laporan polis berkaitan posting seorang pemilik FB bernama 'Wendy Loong' yang menghina Allah yang maha pengasih.
Terima kasih kita ucapkan atas tindakan wakil pemuda terbabit yang membawa hasrat dan sensitiviti ummat Islam. Kebetulan mereka melayari FB dan terjumpa posting berkenaan.
Namun yang demikan, kita berasa simpati dengan tahap pemikiran Ketua Pemuda PAS Kedah Sdr Nurul Amin yang secara 'pra Matang' mengaitkan gejala hina Agama ini seolah hanya berlaku dipenggal pentadbiran PH, Ucapan video pendek Sdr Nurul amin menyebut " Dizaman pemerintahan Pakatan Harapan hari ini banyak sangat penghinaan terhadap Islam" adalah kenyataan yang tidak sempurna dan berniat jahat.izinkan saya menjadi guru kepada beliau bagi subjek Sejarah,
1. Uqbah Bin Abi Muit pernah menghina Baginda Ar Rasul dengan meletakkan Najis diatas kepara Baginda sendiri. Ketika itu bukan PH memerintah
2. muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu Haidar bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi SAW, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan menghinanya. Dan ini juga bukan dizaman PH
3. Sekitar tahun 2012, dunia Islam digemparkan dengan terbitan sebuah Movie bertajuk Fitna oleh Van Doorn. Dan ia juga bukan berlaku di era PH ( *alhamdulillah Van Doorn telah memeluk Islam selepas itu*)
4. Baiklah, itu cerita luar negara.. Cerita dalam negara pula, pada tahun 2005, selepas setahun kejatuhan kerajaan PAS Terengganu, negara dikejutkan dengan penemuan sebuah ajaran sesat yang jelas dan nyata hina Allah iaitu Ayah Pin di Besut. Ia juga bukan angkara kerajaan PH
5. Pada Tahun 2008, di Selangor yang mana diperintah oleh PR dan berExcokan, exco agama daripada PAS, muncul Kahar atau Rasul Melayu yang jelas nyata menghina Islam. Adakah ia juga salah kerajaan PH?
6. 1992, Najib mendakwa Negara akan lebih tenteram tanpa hudud. Eh?
7. Terbaharu, di Kelantan (Diperintah Pas) sekumpulan gadis ditangkap menghina Al Quran, adakah ia juga kesan pemerintah PH di Faderal?
Ini adalah sebahagian daripada kejadian 'kebodohan' manusia yang sentiasa wujud silih berganti dalam kalangan masyarakat. Dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk sentiasa membendung, nasihat dan memberi penerangan kepada rakyat. *Eh takkan ni pon KP Pas Kedah tak tahu?*
Kejahilan dan kesesatan ini bukan diarah atau sengaja diminta oleh pemerintah negara ini. Kita semua sayangkan Islam, bukan Sdr Nurul Amin seorang sahaja. Tetapi untuk *menuduh bahawa gejala ini banyak wujud dizaman PH. Ia adalah ketidak matangan yang jelas dan nyata.*
Ya! *Kita menyokong segala usaha dakwah, laporan polis serta tindakan yang bakal menyusul demi kepentingan Islam dalam mana mana isu atau tindakan yang menghina Allah dan Rasul.*
Sekali lagi..
Tahniah Pemuda Pas Merbok atas kepantasan membuat laporan dan ucapan simpati buat KP Pas Kedah.
_Abdullah Ibnu Muhammad_
_Pemerhati Politik Negeri Kedah_
PETALING JAYA – Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu diperalat di sebalik kontroversi video seks di luar tabii mirip seorang Menteri Kabinet dilihat hanya untuk meredakan keadaan politik negara.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, luahan Dr Mahathir itu lebih kepada mahu pimpinan negara untuk kembali fokus dan tanggungjawab utama kepada rakyat.
“Saya percaya bahawa kenyataan itu diberi dalam konteks untuk menenangkan suhu politik yang saban hari dihidangkan dengan tajuk itu. Kita ada tugas dan tanggungjawab lain, kehidupan mesti diteruskan seperti biasa.
“Saya percaya hasratnya untuk mengembalikan semula fokus, tumpuan dan kerja kuat kita kepada tugasan hakiki kenapa kita dipilih oleh rakyat daripada berterusan.
“Ini aspek yang saya anggap sebagai tidak produktif untuk kita bercakap tajuk itu setiap hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2019 di Pusat Konvensyen Sunway, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dalam entri terbaru di blognya hari ini bahawa beliau tidak sanggup diperalatkan oleh pihak tertentu menggunakan video seks sejenis untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.
Menurut Dr Mahathir, video berkenaan jelas untuk tujuan politik dan didalangi oleh pihak tertentu yang berniat jahat dan menggunakan politik kotor.
Saifuddin yang juga mengulangi pendirian PKR bahawa pihaknya menyerahkan skandal video terbabit kepada pihak polis yang sehingga kini masih menjalankan siasatan.
“Pendirian saya sebagai Setiausaha Agung Parti dan pendirian parti adalah pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan kita pulangkan kepada siasatan pihak polis sehingga ke akhirnya,” katanya lagi.