APA SUDAH JADI TUN?




TUN M TAK BOLEH PAKAI….

Dalam mempertahankan Azmin Ali yang dikaitkan dengan perlakuan seks sejenis melalui penyebaran video yang belum diketahui puncanya, Tun Mahathir Mohamad melalui respon terbarunya antara lain berkata:-
⁃ Video ini dibuat dan diviral jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.
⁃ Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar.
⁃ Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.
⁃ Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk daripada mengintip.
⁃ Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna taktik kotor.
⁃ Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik.
Semua perkara di atas dijelaskan oleh Tun Mahathir dalam tulisan di blognya yang boleh difahami sebagai pendirian terbarunya berhubung isu video seks tersebut.
Jika kita masih ingat, di peringkat awal ketika video ini tersebar, Tun Mahathir dengan penuh yakin mengatakan ia adalah sebuah video palsu.
Kemudian beliau mengatakan ia adalah perancangan untuk menjatuhkan seseorang iaitu secara khusus yang dimaksudkannya ialah Azmin.
Kini, selain menyebut ia adalah bertujuan politik dan mahu menghalang kejayaan seseorang, Tun Mahathir juga menegaskan, ini bukan soal moral, tapi masalah politik.
Oleh itu, katanya ia akan ditangani sebagai isu politik.
Mungkin yang menyebarkan video ini bertujuan politik, tetapi perlakuan yang terpapar dalam video itu adalah 100 peratus berkaitan masalah moral.
Oleh kerana siapa yang menyebar atau dalang penyebaran video itu beliau dikenalpasti, apakah Tun Mahathir masih mahu berdiam diri tentang soal moral dalam kerajaan yang dipimpinnya?
Apakah semata-mata kerana tidak mahu diperalatkan untuk menyingkirkan seseorang, beliau sanggup melihat kemungkaran terus berada di sekelilingnya?
Adakah menjadi alat dengan menyingkir seseorang yang buruk moral lebih hina daripada membiarkan mereka yang terpalit dengan isu moral terus bertakhta dalam kerajaan?
Memang benar mengintip kesalahan atau aib orang lain bukan ajaran agama, tetapi pastikah Tun Mahathir video berkenaan hasil intipan seseorang?
Bukankah dalam pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki dalam video berkenaan yang mendakwa pasangannya adalah Azmin, rakaman dilakukan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sendiri untuk tujuan koleksi peribadinya?
Maka, sudahkah hal itu dipastikan sebelum Tun Mahathir mengatakan ia hasil intipan?
Lagi pun, jika ia merupakan intipan, siapakah yang ada kemampuan luar biasa memasang kamera di bilik seorang menteri kesayangan kepada Perdana Menteri?
Yang lebih buruk dan tak boleh pakai sekali apabila Tun Mahathir mengatakan video ini adalah isu politik dan bukan masalah moral, adakah beliau masih ingat ketika Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dahulu?
Ketika itu Anwar dikaitkan dengan perbuatan liwat terhadap pemandunya, Azizan Abu Bakar dan tanpa ada sebarang video atau gambar, sebaliknya hanya bersandarkan pengakuan semata-mata, beliau telah dipecat daripada UMNO dan kerajaan.
Pada waktu itu Tun Mahathir dengan bangga mengatakan, pemecatan Anwar bukan merupakan isu politik, tetapi disebabkan masalah moral bekas timbalannya itu.
Kenapa sekarang, setelah ada video yang jelas dan 99 peratus rakyat Malaysia tidak ragu-ragu tentang siapa pelakunya, Tun Mahathir boleh berubah nada dengan mengatakan ia adalah isu politik?
Mengapa apabila memecat Anwar yang merupakan tindakan politik pada 1998, beliau mengatakan ia adalah isu moral, tetapi pada 2019 apabila tidak mahu menyingkirkan Azmin, dikata pula sebagai isu politik, sedangkan masalah moralnya sangat jelas?
Mana satu yang boleh pakai Tun?
Kenapa PM4 dahulu tidak seperti PM7 sekarang?
Atau ini bermakna Tun Mahathir secara tidak langsung sedang membersihkan Anwar yang dipecatnya dahulu sehingga kemudian pada 2016 beliau sanggup berdamai semula serta menyetujuinya bekas musuh politiknya itu sebagai bakal penggantinya? (Shahbudindotcom 23/07/2019)

REFORMIS BERKUMPUL DI DEPAN BALAI POLIS DANG WANGI




Otai reformasi kini sedang berkumpul dihadapan balai polis Dang Wangi bagi menunggu pembebasan Farhash.


KENYATAAN TUN M YANG PERLU DIPERBETULKAN


Kenyataan Tun M dalam chedet.com menyatakan, beliau anggap isu video semburit Sandakan itu hanya isu politik dan beliau tidak mahu melayaninya.

Alangkah baiknya jika ini prinsip yang Tun M pegang 20 tahun yang lampau. Namun, Tun M silap rasanya. Kes video semburit ini telah menjadi kes polis dan telah ramai ditahan untuk siasatan. KPN pun sudah jelaskan video ini tulen. Apabila kes telah dibawa ke pihak polis, ini bukan lagi kes politik. Ia sudah jadi kes besar apatah lagi melibatkan beberapa tokoh besar dalam kerajaan serta beberapa Adun yang disiasat.

Apakah kerana ianya melibatkan orang politik, maka kes sebesar ini mahu disembunyikan dan dibiarkan berlalu hanya dianggap isu politik? Di mana janji kita untuk melakukan reformasi dalam kerajaan PH ? Jika hujah Tun M ini diambil kira, ianya amat merbahaya kerana orang-orang politik akan lebih selamat dan bebas untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Saya harap Majlis Presiden tolong peringatkan Tun M tentang janji kita untuk bertindak adil dan telus dalam mana-mana kes yang melibatkan pimpinan kerajaan. Sebagaimana saranan TPM, Kak Wan agar mana-mana pemimpin yang ada maklumat yang boleh membantu pihak Polis di dalam mengenalpasti dalang yang menyebarkan video ini serta pelaku-pelaku di dalam video tersebut, sila tampil dan bantu pihak Polis, bukan hanya bercakap di luar.

Saya harap kita tidak tersilap di dalam memilih Tun M sebagai PM yang kita yakin beliau akan berpegang dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Lupakan prinsip "undang-undang rimba" dahulukala.

WFAUZDIN NS

AZMIN ATAU ANWAR AKAN DISIASAT?

Image result for anwar ibrahim dan azmin ali

PETALING JAYA: Spekulasi tersebar luas dalam kalangan pimpinan PKR bahawa polis mungkin akan menyoal seorang orang besar politik sebelum selesaikan siasatan ke atas video seks sejenis yang didakwa mengaitkan seorang menteri.
Seorang pemimpin PKR yang tidak mahu dinamakan berkata, beberapa pemimpin mendapat tahu polis mungkin akan memanggil seorang pemimpin sebelum menyoal orang besar itu.
“Kami sedang bersedia,” kata sumber itu, selepas berita mengenai polis memanggil seorang Adun awal hari ini( SEMALAM).
“Selepas polis memanggil Adun itu hari ini, mereka mungkin memanggil seorang lagi pemimpin. Selepas itu, mereka mungkin menyoal orang besar itu sekiranya mereka rasa perlu menyoalnya bagi menyelesaikan siasatan,” katanya.
Sebuah portal online sedang mendapatkan pengesahan daripada Bukit Aman.
Sumber itu juga hairan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali mengumumkan dia tahu siapakah dalang yang terlibat dalam pengedaran video seks sejenis itu “walaupun polis tidak mendedahkan nama”.
“Adakah Azmin punyai maklumat dalaman?” katanya.
Beliau berkata pengumuman seperti itu sepatutnya daripada ketua polis negara atau menteri dalam negeri yang mungkin ada maklumat mengenai siasatan itu.
“Seorang menteri yang didakwa mempunyai kaitan dengan video itu membuat kenyatan sedemikian adalah luar biasa,” katanya.
Malam tadi, Azmin dilaporkan berkata dia tahu identiti dalang sebalik pengedaran video seks sejenis yang didakwa membabitkannya.
Dia enggan menamakan orang itu kerana perkara itu masih dalam siasatan polis. FMT.

MB SELANGOR LANGGAR DISIPLIN PARTI, CUBA HALANG ANWAR JADI PERDANA MENTERI?


Walaupun tidak menyebut nama, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari jelas menujukan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Azmin Ali.
Amiruddin berkata, dalang penyebaran video yang didakwa melibatkan Azmin itu semakin jelas sekarang ini.
“Akhirnya sekarang makin hari makin waktu, makin saat, kita dapat melihat semakin hampir dan semakin hampir ia (video seks) dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini, yang pernah berjuang melalui detik sejarah hitam ini dan melawan detik sejarah hitam ini.
“Malahan menjadi asas perjuangan ini,” kata beliau ketika berucap di majlis kesyukuran untuk Azmin di kediamannya, malam semalam.
Katanya lagi, PKR kini dihantui oleh “hantu” yang menghantui parti itu sejak dua dekad lalu.
Tidak sukar memahami siapakah yang dimaksudkan oleh Amiruddin sebagai dalang itu.
Tidak lain tidak bukan, Anwarlah yang dimaksudkannya itu. Siapa pun dengan mudah dapat memahami kata-katanya.
Soalnya, adakah beliau mempunyai bukti terhadap dakwaannya itu?
Kalau polis pun masih menjalankan siasatan dan Anwar sendiri bertegas agar dalang penyebaran video itu didedahkan, selain pelakunya, bagaimana Amiruddin boleh tahu lebih awal mengenainya?
Adakah beliau lebih hebat daripada polis?
Jika ada bukti, sudahkah beliau menyerahkan kepada pihak polis bukti itu atau semua ini hanya dakwaan kosong semata-mata?
Sebagai Menteri Besar Selangor dan salah seorang anggota pimpinan PKR, tindakan Amiruddin ini bagaimanapun jelas suatu kebiadapan dan telah melanggar disiplin parti.
Beliau telah memburuk-burukkan Anwar selaku Presiden PKR secara terbuka, semberono dan tanpa bukti.
Tindakan disiplin tentu saja boleh diambil terhadapnya sebagaimana ramai pemimpin PKR, termasuk Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dipecat baru-baru ini kerana membuat tuduhan terbuka tanpa bukti terhadap pemimpin parti.
Jika dipanggil polis, sediakah Amiruddin menunjukkan bukti terhadap apa yang didakwanya itu?
Tetapi, meski begitu, beranikah Amiruddin menolak tanggapan bahawa pelaku dalam video seks sejenis itu bukan Azmin sebagaimana tersangat ramai orang mempercayainya begitu?
Antara pelaku yang lebih mudah untuk dikesan berdasarkan paparan dalam video, mengapakah dalang penyebar yang belum dikenalpasti begitu mudah beliau kaitkan dengan Anwar?
Tidakkah ini, tambahan lagi kerana Amiruddin adalah sekutu rapat kepada Azmin, adalah suatu cubaan yang sangat jelas untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri ke-8?
Siapa akhirnya yang menjadikan video seks ini sebagai isu politik untuk kepentingan peribadi? (Shahbudindotcom 22/07/2019)

PUISI: TIDAK BERGIGI TIDAK SEMESTINYA TIADA SUARA


Anillnetto.com
A short poem by Dominic Damian about fishermen struggling against the massive land reclamation in Penang.
Toothless but never voiceless 
Tasting salt in the air
Braving tempestuous storms
Will humanity ever learn that 
Life is more than a road!
Tak bergigi tak semestinya tak bersuara 
Merasa garam dalam udara 
Meredah ombak ribut 
Bilakah manusia akan belajar 
Hidup ini lebih dari perjalanan!
(Translated by Noorhidayah Nadila Maulad Dau

Undi 18 dan pendidikan politik


Tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya membuat satu lagi sejarah bersama – menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Pindaan Perlembagaan adalah suatu yang sukar berlaku sejak 2008 kerana tiada kerajaan yang menguasai Dewan Rakyat melebihi majoriti dua pertiga. Begitu juga pada kali ini. 
Namun usul ini berjaya juga dilaksanakan kerana pembangkang turut bersama-sama menyokongnya. Pada mereka yang sangsikan #YouthPower, inilah antara buktinya – rupa-rupanya begitu dasyat kuasa anak muda ini, mampu menyatukan Dewan Rakyat!
Pindaan Perlembagaan ini yang juga disekalikan dengan pendaftaran pengundi secara automatik bakal menyaksikan pertambahan 7.8 juta pengundi baru atau peningkatan sekitar 50 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada, iaitu 14.9 juta orang. 
Jika PRU ke-15 dijalankan dalam tempoh empat tahun dari sekarang, kemungkinan mereka yang kini berusia 14 tahun bakal menjadi pengundi pada masa itu. Maka apakah langkah kita untuk mempersiapkan bakal pengundi kita ini agar mereka membuat keputusan yang terbaik untuk negara?
Barangkali inilah masanya untuk kita bercakap tentang pendidikan politik. Akan tetapi, sebagaimana dengan pendidikan seks, pendidikan politik juga antara subjek yang seakan tabu untuk dibincangkan. Kedua-dua subjek ini ada persepsi yang sangat negatif. Seolah-olah apabila anak-anak kita diajarkan dengan pendidikan seks, maka akan berleluasalah pembuangan bayi dan jika kita mendidik anak kita dengan pendidikan politik, mereka akan saling berpecah-belah dan caci-mencaci. 
Hal ini sangatlah aneh kerana matlamat kedua-dua pendidikan ini adalah untuk mengatasi masalah yang kita khuatirkan itu.
Asal persepsi
Reaksi songsang ini menunjukkan masyarakat kita tidak memiliki konsep yang betul mengenai dua bentuk pendidikan ini. Persepsi kita dibentuk hanya daripada tanggapan kasar terhadap berita-berita sensasi di media massa. Kita memilih untuk tidak memeriksa bagaimana mata pelajaran ini dilaksanakan di sekolah di negara-negara demokrasi maju yang lain.
Jangan-jangan apabila kita bersikap demikian itu menunjukkan cara sebenar kita dalam berpolitik. Kita merasakan politik adalah tentang jatuh-menjatuh serta saling membenci. Sedangkan ini bukanlah tujuan kita berpolitik. Kita berpolitik kerana mahu mendapatkan keputusan yang terbaik buat masyarakat terbanyak. Apakah sebenarnya pendidikan politik ini harus kita mulakan dengan diri kita terlebih dahulu?
Jadi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pendidikan politik?
Berdasarkan disiplin Sains Politik, pendidikan politik secara mudahnya ditakrifkan sebagai pembinaan keupayaan seorang warga untuk terlibat dalam proses membuat keputusan pada tingkat yang berbeza, baik dalam politik formal mahupun tidak formal. Ia termasuk pemahaman bagaimana kerajaan berfungsi dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat, serta kemahiran berfikir kritis untuk menilai pandangan yang berbeza.
Maka, pendidikan politik ini seringkali ditindan-tindih dengan pendidikan sivik, pendidikan kenegaraan, pendidikan moral serta pemikiran kritis. Ada juga yang menyatakan bahawa pendidikan sejarah serta kajian tempatan juga sebahagian daripada pendidikan politik. 
Malah banyak pengkaji meletakkan matlamat pendidikan itu sendiri, selain daripada menyediakan pelajar untuk menyertai dunia pekerjaan, juga memiliki fungsi politik iaitu membentuk warga yang bertanggungjawab – sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dengan jelas menyatakan:
“Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.”
Nah, ertinya telah dinyatakan dengan jelas mengenai tujuan politik dalam pendidikan negara kita. Namun persoalannya, jika pembelajarannya telah dibuat, apa perlunya pendidikan politik ini ditimbulkan lagi?
Kecelikan Politik
Pendidikan politik bukan menyuruh pelajar kita menghafal sejarah parti politik atau pemimpin-pemimpinnya (walaupun sedikit sebanyak ini yang dilakukan sebelum ini) tetapi lebih penting adalah bagaimana membina kemahiran berfikir serta mengartikulasikan idea mereka. Pendidikan politik juga bertujuan untuk mendidik pelajar dengan semangat demokrasi; merayakan kemajmukan pandangan, menghargai perbezaan serta menghormati keluhuran Perlembangaan.
Pendidikan politik tidak harus menjurus pelajar untuk menyanjung atau memuja mana-mana parti mahupun pemimpin tertentu tetapi pada masa sama masih berlaku adil terhadap sumbangan serta bakti mereka. Malah, matlamat pendidikan politik adalah untuk membebaskan rasa kebergantungan (dependency) ini yang merupakan saki baki nilai neo-feudalisme yang masih melekat dalam diri kita.
Pendidikan politik juga harus menekankan penggunaan rasional dalam menimbang hujah serta pandangan. Hanya dengan ini, anak-anak kita dapat membezakan antara retorik dan logik. Mereka juga mesti memahami aspirasi negara – bukan parti pemerintah – contohnya melalui pengertian Rukun Negara (yang kadang-kala pada kita hanyalah hafalan mentera semasa perhimpunan mingguan di sekolah). 
Secara mudahnya, pendidikan politik inilah yang bakal menghasilkan warga yang matang ataupun dalam disiplin Sains Politik sering dirujuk sebagai political literacy (kecelikan politik).
Maka saya sangat setuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini bahawa sekolah bukan tempatnya untuk berpolitik (kepartian) tetapi memperkenalkan mekanisme demokrasi bagi membolehkan warga hidup secara bersama dengan aman. Oleh itu, pendidikan politik di sekolah tidak semestinya dengan pengenalan mata pelajaran baru. 
Ia boleh sahaja dengan pemantapan mata pelajaran sedia ada. Apa yang penting adalah melahirkan bakal pengundi atau warga yang matang dalam berpolitik. Bukankah kematangan ini yang banyak dipersoalkan oleh kita terhadap anak-anak muda? – Roketkini.com
*Sheikh ‘Umar Bagharib Ali alah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh; Pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi’ dan Ketua DAPSY Johor