BERGAMBAR: ANWAR DI MAJLIS KAUKUS REFORMASI DAN GALERI BUKU U DIGITAL

Mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus. Mesyuarat hari ini turut mendengar taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang duduk, pejabat, skrin, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, dalaman

Inisiatif u-Pustaka dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital percuma. Saya sempat singgah ke booth mereka tadi di lobi Parlimen.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum

Malaysia Baharu terjejas kerana skandal 1MDB, rasuah zaman BN



Skandal 1MDB yang dicetuskan pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah membawa malapetaka besar kepada rakyat, khususnya generasi akan datang. 
Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pentadbiran kini memerlukan tempoh beberapa tahun, malah beberapa dekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
“Keputusan bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 telah menyelamatkan generasi akan datang daripada terpaksa menanggung kesan buruk yang besar akibat daripada skandal global mega 1MDB dan salah laku rasuah pentadbiran terdahulu. 
“Namun, generasi Malaysia kini terpaksa menanggung akibat daripada skandal global 1MDB dan salah laku rasuah sebelum ini. 
“Pun begitu, kita sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan generasi akan datang daripada mengalami nasib seperti rakyat Venezuela ketika ini. 
“Venezuela, yang dahulunya merupakan 20 negara terkaya di dunia dan mampu menyediakan pendidikan serta perkhidamatan kesihatan percuma kepada rakyatnya, kini melarat, miskin, terkebelakang, dan bankrap,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. 
Justeru itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, rakyat Malaysia tidak harus melupakan kesan yang ditinggalkan oleh skandal 1MDB serta kegiatan rasuah melibatkan pentadbiran terdahulu. 
“Namun kita harus sentiasa ingat tentang bala bencana yang telah berjaya dielakkan dengan keputusan bersejarah PRU14. 
“Pilihan raya adalah peringatan berterusan bahawa kita tidak ada masa untuk dibazirkan bagi membetulkan semula dasar pembinaan negara mengikut Perlembagaan Malaysia dan prinsip Rukun Negara,” ujarnya. 

Orang Melayu boleh masuk Hizbul-A’mal Ad-Dimuqratiy


Hujung minggu sudah, Exco Johor Sheikh Omar Ali berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Johor. Tajuk-tajuk utama portal berita, memaparkan beliau sebagai “Melayu pertama” jadi ketua pemuda DAP di Johor. Beliau menewaskan Marina Ibrahim, juga seorang Melayu.
Sheikh Omar mantan penuntut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri, sebelum menjadi graduan usuluddin.
Terlihat bergambar dengan murabbi tarbiah PAS, Sheikh Omar ini bukan calang-calang orang dalam Persatuan Mahasiswa Islam Uni Malaya. Almarhum Ustaz Yahya Othman itu naqib usrahnya.
Antara lain, gambar bersama Ustaz Yahya itu menjadi andalan hujah kawan-kawan ketika Sheikh Omar dilantik masuk menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) beberapa purnama lalu.
Serangan hadir bertali-arus, hanya kerana beliau seorang ahli politik dari parti DAP. Hanya kerana Sheikh Omar meninggalkan PAS dan memilih DAP, habis dituduhnya kafir harbi. Tunjuk gambar usrah, tertutuplah mulut jahat mereka.
Sebelum Sheikh Omar, DAP sudah pernah menyaksikan ketokohan allahyarham Fadzlan Yahya sebagai ketua DAPSY negeri Perak.
Fadzlan Yahya menang kerusi DUN Pasir Bedamar pada 1982 dan terus menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal sebelum menang pula di DUN Lahat, pada 1990. Terkenal dengan pidatonya, beliau meninggal dunia pada September 2016.
Pada PRU14, DAP menghantar 10 calon Melayu. “Uih, ramainya,” kata sebahagian yang tidak kurang terkejut memikirkan bagaimana DAP boleh ada 10 calon Melayu.
Itu belum diberitahu bagaimana pada 1974, DAP mempunyai 38 calon Melayu.
“Wow! Biar betul,” kata anda, tidak percaya. Sabar dulu. Pada 1978, DAP menghantar 57 calon Melayu.
Nama-nama seperti Ibrahim Singgeh, Salleh Nakhoda Hitam, Daeng Ibrahim Othman, Ahmad Nor antara ramai yang menghiasi senarai kepimpinan DAP ketika itu.
Kembali ke era ini, kesemua 10 calon DAP yang dipertaruhkan pada PRU lalu menang belaka, kecuali seorang. Tengku Zulpuri menang di Raub dan jadi timbalan menteri. Dr Abdul Aziz Bari, Norhizam Hassan Baktee, Zairil Khir Johari dan Sheik Omar Ali masing-masing turut menang dan jadi EXCO kerajaan negeri. Yang lain-lainnya juga menang dan jadi Adun di kawasan masing-masing.
Justeru apabila muncul tajuk berita berbunyi “Melayu tiada pilihan selain Bersatu, PKR dan Amanah”, saya sedikit terganggu. Apa orang Melayu tidak boleh memilih untuk masuk DAP?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika memberi respons kepada pemberita tentang pelawaan Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu menyertai parti Bersatu barangkali lupa kepada DAP. Tapi tak apa, ia membuka ruang untuk memberi pencerahan.
Pada zaman Malaysia Baharu ini, sepatutnya perlu wujud lebih banyak wadah pilihan untuk menyatakan pendirian politik. Bukan setakat UMNO atau PAS, atau PKR, Amanah mahupun Bersatu. Politik Malaysia pasca tersungkurnya UMNO tidak wajar terus tersekat dalam memilih satu antara dua. Yang demikian itu pemikiran politik Malaysia Tua.
Sebenarnya DAP boleh saja menjadi pilihan orang Melayu. Sepertimana ia dipilih oleh Syeikh Omar Ali, Syahredzan Johan, Young Syefura Othman dan ramai lagi. 
Itu pun ramai yang kata “tapi DAP ramai Cina”. Dah kenapa Melayu macam kamu tak masuk?
Ya, sebenarnya orang Melayu punya pilihan untuk menyertai DAP. Kalau namanya terlalu Inggeris, atau pemimpinnya terlalu Cina, nah, saya perkenalkan Hizbul-A’mal Ad-Dimuqratiy. 
Mungkin kalau namanya Arab, maka lerailah keresahan Melayu untuk mengetahui apa itu DAP di sebalik tirai momok politik yang ditebarkan UMNO selama ini. – Roketkini.com
*Izmil Amri adalah bekas pengarang Roketkini. Tulisan ini kali pertama disiarkan di portal The Malaysian Insight.


‘Hanya yang rasuah atau melindungi perasuah takut dengan pengisytiharan harta’


Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melakukan pengisytiharan harta sejak lapan tahun lalu tanpa mengalami sebarang masalah atau risiko terhadap diri dan keluarga mereka, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 
Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata demikian mengulas kebimbangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pengisytiharan harta kononnya akan mengundang bahaya kepada wakil rakyat dan keluarga mereka. 
“Ini adalah tidak benar dan sama sekali salah kerana pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan aset mereka sejak lapan tahun lalu tanpa sebarang masalah atau risiko terhadap diri mereka dan keluarga mereka,” kata Guan Eng dalam kenyataan. 
Beliau turut menempelak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menuduh kononnya amalan pengisytiharan harta adalah ‘impian DAP’ dan merupakan idea komunis serta sosialis. 
“Pengisytiharan harta bukan konsep komunis atau sosialis, malah ia tidak diamalkan pun oleh kebanyakan negara komunis atau sosialis. 
“Ia (pengisytiharan harta) adalah berdasarkan undang-undang, etika dan nilai bagi mewujudkan institusi-institusi yang berintegriti dan membanteras rasuah dalam kerajaan dan masyarakat.
“Hanya yang rasuah atau melindungi perasuah takut dengan pengisytiharan harta,” ujarnya. 
Malah, Guan Eng mendakwa, tindakan PAS menolak amalan isytihar harta adalah untuk melindungi pemimpin pembangkang yang terlibat dalam skandal 1MDB. 
“Dengan melakukan demikian, PAS telah hilang teras moral dan etikanya dan tidak ada sebab lagi untuk menyokong sebuah parti yang telah menunjukkan ketidakcekapan mereka dalam menguruskan ekonomi dan mentadbir sebuah negeri. 
“Ini dibuktikan dengan tindakan PAS yang telah menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri gagal yang bankrap, sehingga gagal membayar gaji penjawat awamnya sendiri,” tambahnya.

PERKAMPUNGAN PAKISTAN DI HULU SELANGOR ?




Jika perkara ini berlaku, kenapa pihak kerajaan tidak melakukan siasatan sebagaimana yang dihebohkan?. Adakah mereka ini pendatang yang sah atau PATI yang harus di siasat. Kenapa ianya menjadi sebuah perkampungan? dan baaimana mudah mereka tinggal dinegara kiat?


Perkampungan Pakistan di Hulu Selangor.
Dalam masa yang amat singkat,lebih kurang 500 keluarga Pakistan telah menakluki Bukit Beruntung.
Dari sebuah sekolah,sekarang warga tidak terkawal ini mempunyai 3 buah sekolah dan satu Dewan Komuniti.
VUA ,antara sebab utama warga Pakistan dapat melepasi pintu masuk ke Malaysia dengan mudah.
Kerajaan sepatutnya membatalkan VUA(Visa Upon Arrival) ini.
Show money ,return ticket,berbahasa Malaysia ,kritria² ini dengan mudah dapat dibolosi dengan bantuan warga mereka ,yang amat arif dengan kritria yang diperlukan.
Bagaimanakah warga asing ini dari negara yang dikatakan mundur ini dapat bertapak dan maju dalam masa yang singkat?
Kebanyakan dari mereka ethink Pashtun, berasal dari Khyber,Pakhtunkwa yang terkenal dengan segi tiga emas dadah dunia.Sempadan dengan Afghanistan ini merupakan kawasan yang dikenali sebagai 'Lawless',undang² tidak terpakai disini ,atau dengan bahasa kita,'Cowboy Town'.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luaranImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiriImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri