HAMPIR SEMUA MANIFESTO PH P. PINANG DILAKSANAKAN

KAJIAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TOLAK AMBIL ALIH KONSESI TOL?

PERBICARAAN SRC, 1MDB TENTUKAN KEMASUKAN PELABURAN ASING

Selepas Ramai Netizen berbangsa Cina Komen berkenaan Kes Rotan Dan ini pandangan Cikgu korea terhadap kejadian yg tular itu.Lihat keputusan murid ini.


Tiada penerangan foto disediakan.





Tular merata video seorang ibu memarahi guru kerana merotan anaknya hingga berbekas di lengan, betis dan paha.
Isu ini menjadi sangat panas sehingga KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan media supaya siasatan adil dilaksanakan.

Banyak pihak minta aku ulas isu ini. Maka aku menulis dari sudut pandangan aku.
1. Dalam kes ini, kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan. Murid melanggar peraturan sekolah (menghina guru), dan guru pula bertindak balas dengan merotan dengan berlebihan. Jelas, dua-dua salah.
2. Namun dalam isu ini, perlu dipersoal siapa yang merakam video. Itu kesalahan yang patut didakwa dan diharap pihak KPM mahu pun sekolah tidak mengambil ringan hal itu.
3. Perakam merakam video dengan tujuan untuk mengaibkan guru dan pihak sekolah. Adalah menjadi kesalahan merakam penjawat awam di premis mereka kemudian menyebarkan dengan niat memburukkan mereka.
4. Adakah pelawat (ibu pelajar) memakai pass pelawat dan melapor diri pada pengawal keselamatan sebelum masuk ke sekolah? Jika tiada, satu lagi tindakan perlu diambil. Sekolah adalah tempat selamat untuk murid-murid, jika sesiapa boleh menceroboh tanpa pas pelawat dan tanpa lapor diri, tindakan perlu diambil kerana ini isu keselamatan.
5. Pentadbir. Tindakan pentadbir dalam kes ini dilihat sangat cuai dan tidak memberi peranan. Di seluruh negara, kes seumpama ini kerap berlaku. Ibubapa datang mengadu sepatutnya melalui pentadbir, bukan berhadapan dengan guru itu sendiri.
Satu keputusan yang salah membiarkan ibubapa yang kemarahan berhadapan dengan guru yang bengang. Dalam kes ini, aku puji guru tersebut masih kekal tenang dan masih bersopan dengan penyerang dengan memanggilnya ‘puan’.
6. Itu antara kesalahan yang aku perasan sepanjang tempoh rakaman yang berdurasi 2 minit 18 saat itu. Berbalik pada guru tersebut, tindakannya merotan sebegitu rupa pada aku adalah melampau. Adalah salah untuk bertindak sampai tahap itu.
NAMUN, pada aku pelajar itu yang mencetuskan provokasi melampau dan sangat biadab!
Berkata pada kawan-kawan lain di depan guru tersebut dengan menggelarnya ‘pondan’ adalah satu perbuatan biadab yang memang akan mencetuskan perasaan marah sesiapa sahaja.
Maka tidak hairanlah seorang guru yang berdedikasi dan disayangi pelajar-pelajar lain bertindak diluar jangkaan sebegitu.
7. Aku banyak membaca komen-komen dari pelajar dan bekas pelajar beliau, guru itu memang guru yang bagus!
Beliau disayangi oleh pelajar Cina, India dan Melayu. Ramai pelajar beliau datang ‘back up’ beliau selepas video itu ditularkan.
8. Aku sejujurnya terkejut dengan tindakan netizen. Aku menjangkakan banyak kemarahan netizen pada guru tersebut terutamanya dari kaum Cina. Ini kerana pelakunya orang Melayu dan yang dirotan itu orang Cina.
Namun ini tidak berlaku!
Sebaliknya netizen rata-rata menganggap pelajar itu melampau batas dan memang patut dikenakan hukuman.
Banyak komen-komen dari netizen berbangsa Cina ‘back up’ cikgu tersebut. Aku sangat terharu dengan hal ini.
Menandakan orang ramai masih menghormati profesion seorang guru tanpa mengira kaum dan agama. Perpaduan di negara kita masih erat sebenarnya.
Tiada isu perkauman yang ditimbulkan. Isu yang semua orang timbulkan ialah;
“Kenapa you biadab pada cikgu you?”
Itu isunya. Perakam yang menyebarkan video pasti menyesal kerana harapan perakam pastinya mahu melihat netizen mengecam guru, namun sebaliknya yang berlaku.
Bahkan ada yang ingin mengutip dana sekiranya cikgu tersebut didakwa di mahkamah. Dan netizen itu ialah orang Cina. Wahhh, terharu tengok perpaduan seperti ini.
Penularan video ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita sebenarnya masih harmoni dan damai hidup berbilang bangsa.
Mungkin kita tidak sependapat dalam beberapa perkara, namun dalam soal menghormati guru kita semua sepakat dan bersatu hati.
Adalah menjadi harapan aku agar isu ini diselesaikan dengan cara aman dan harmoni tanpa perlu melibatkan mahkamah dan dakwaan.
Namun sekiranya itu berlaku, aku akan memberi sokongan penuh pada guru tersebut.
Sekian, terima kasih.
************
– Ini adalah pandangan peribadi penulis. Tidak mewakili mana-mana pihak dan jabatan. Harap maklum.
#MFS
– Guru masih dihormat. Terima kasih Malaysian! –
Sumber: Mohd Fadli Salleh via coretan Hati

WAWANCARA HAZIQ MEMANG MEMALUKAN, TAPI TIADA TINDAKAN DARIPADA AZMIN LEBIH LAGI MEMALUKAN


Barangkali kita boleh bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menganggap wawancara media dalam bentuk pengakuan Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz adalah sesuatu yang memalukan jika dibaca kanak-kanak.
Ini kerana dalam wawancara itu beliau bukan saja menceritakan tentang bagaimana hubungannya dengan Azmin Ali bermula, malah mendetailkan tentang hubungan intim antara mereka.
Ia termasuk siapa yang menjadi “lelaki” dan “perempuan” di antara mereka berdua.
Lebih-lebih lagi, akhbar tersebut juga didakwa dilanggan oleh sekolah-sekolah, selain saluran televisyen turut mengutip wawancara itu sebagai bahan berita.
Untuk sesiapa yang belum membacanya, di bawah ini disertakan pautan untuk kita sama-sama menilainya –
Meski begitu, di sebalik mungkin ada yang mengecam Haziq kerana setuju memberikan kisah hidupnya untuk dikongsi secara terbuka, sisi lain yang lebih memalukan ialah kerana Azmin sehingga ini tidak berbuat apa-apa menangkisnya.
Jika wawancara dan kisah yang diceritakan Haziq itu tidak benar, silalah nafikannya, buat laporan polis atau samanlah beliau dengan tuntutan berjuta-juta.
Soalnya, kenapa Azmin hanya berdiam diri saja?
Sukarkah menafikan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq jika semua yang diceritakannya dalam wawancara itu adalah tidak benar dan fitnah?
Dalam hal ini, jika berterusan tiada sebarang penafian, apalagi laporan polis dan atau tindakan menyaman Haziq diambil, malah mungkin beliau akan terus memberikan wawancara dengan pelbagai media lain lagi selepas ini, yang terkepung dengan persepsi buruk ialah Azmin sendiri.
Kepercayaan orangramai terhadapnya akan perlahan-lahan luntur dengan sendirinya.
Maka, demi untuk tidak menyusahkan PH dan Perdana Menteri secara berterusan dalam isu ini, adalah lebih baik Azmin meletakkan jawatannya dengan segera.
Beliau sudah semakin tiada harga dalam kerajaan dengan kedudukannya sekarang, jauh sekali untuk berharap menakuk jawatan yang lebih tinggi di masa depan.
Segala-galanya sudah berakhir baginya. Tun Mahathir pun, jika setelah diberi laporan penuh oleh polis berkenaan ketulenan video dan pelaku-pelakunya, tentu juga tidak dapat berbuat apa-apa akhirnya.
Sekurang-kurangnya dengan meletak jawatan dan mengundur diri, Azmin tidak lagi menyusahkan sesiapa dan keburukan lain mengenai dirinya akan tersimpan dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 25/06/2019)

Zuraida dinasihat hormati keputusan Biro Politik PKR




Image result for saifuddin





Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas sidang media sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2019.


PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dinasihatkan agar menghormati keputusan yang dibuat oleh biro politik parti berhubung keputusan kolektif yang dicapai terhadap keahlian Ketua Pemuda Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim membabitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Zuraida harus akur dengan perkara tersebut kerana keputusan itu telah dicapai secara bersama.
Katanya, sekiranya perkara itu berbangkit ia perlu dibincangkan dan beliau tidak wajar membuat kenyataan mengikut keputusan sendiri.
Malah, ketika keputusan tersebut dibuat Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang hadir pada mesyuarat berkenaan.
“Seperti mana mesyuarat biro politik yang lepas, beliau (Zuraida) ikut hadir dan keputusan lembaga disiplin mengenai empat perkara itu dibincangkan dan beliau ambil bahagian sama sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Saifuddin ditanya wartawan mengenai kenyataan Zuraida semalam, apabila mengatakan beliau akan memecat Haziq susulan pengakuannya mengenai video seks membabitkan Mohamed Azmin yang tular selepas seminggu umat Islam menyambut hari raya Aidilftri.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam tindakan undang-undang.
Haziq berdepan surat tunjuk sebab dari PKR berhubung perkara tersebut.
Pada 19 Jun lalu, Zuraida mendesak kepimpinan PKR segera memecat Haziq kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuan terbukanya itu.
Bagaimanapun, Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada hari yang sama memutuskan hanya memberikan surat tunjuk sebab kepada Haziq dan diberi masa 14 hari untuk menjawab surat itu.
Mengulas lanjut Saifuddin berkata, berdasarkan mesyuarat yang dibentangkan banyak perkara dibahas dan terdapat perkara-perkara baik dan buruk namun, akhirnya keputusan itu dipersetuju bersama.
“Adalah lebih baik keputusan itu dihormati sebab kita adalah pihak yang ikut sama membuat keputusan, lain saya tak mahu komen,” ujarnya.
Sementara ketika ditanya mengenai langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berhasrat melepaskan jawatan selepas tiga tahun sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, penyerahan jawatan tersebut merupakan satu resolusi yang perlu diterima dan bukan sahaja berdasarkan persetujuan.
Malah, sehingga sekarang perjanjian itu kekal dan tiada perubahan mengenai ketetapan terhadap perkara tersebut.