Anak muda harus tolak kitab perkauman Pas


 

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil
KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Negara mengajak anak muda menolak Pas atas penghinaan yang diberikan parti itu kepada golongan berkenaan.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, sentimen perkauman yang sedang dicanang Pas dan sekutu baharunya UMNO akan membangkitkan kebencian kaum yang lebih kronik dan boleh mengancam keharmonian kaum serta kemakmuran negara yang sedang dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PH).
Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa 30 peratus anak muda yang mengundi PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak mengaji kitab adalah kenyataan begitu naif dan satu penghinaan kepada tahap intelektual anak muda negara ini.
“Sikap Pas ini seolah tidak mengiktiraf kebijaksanaan dan kematangan amalan demokrasi anak muda yang melakukan revolusi menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN) tanpa pertumpahan darah, tidak seperti di Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran.
“Antara isu utama yang mendorong anak muda negara ini bangkit membuat perubahan dalam PRU itu kerana jijik dengan amalan korupsi dan salah tadbir urus kerajaan kleptokrasi BN menyebabkan krisis ekonomi menjerut kehidupan anak muda terutama kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir menyatakan, keberanian anak muda membuat perubahan itu menunjukkan tahap intelektual yang tinggi di kalangan pelapis negara yang mahu menyelamatkan negara daripada cengkaman kezaliman BN.
Kemajuan sesebuah negara, katanya perlu diasaskan oleh tadbir urus yang baik dan keadilan sosial dan ekonomi.
“Negara ini yang berlatar belakangkan masyarakat majmuk memerlukan apa sahaja dasar pentadbiran dan model ekonomi yang dirangka kerajaan hendaklah di atas premis keadilan kepada semua kaum.
“Setiap anak muda pula berhak diberikan peluang pendidikan, pekerjaan, perumahan dan kualiti hidup yang adil tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Justeru, kitab perkauman yang dibawa Pas hendaklah ditolak habis-habisan oleh anak muda negara ini,” katanya.
Faiz berkata, piagam kerjasama Pas-UMNO yang bakal dibentuk tidak lama lagi tidak berpremiskan kepada agenda ekonomi dan rakyat, sebaliknya agenda perkauman dan kebencian yang tidak memberikan manfaat kepada negara terutama masa depan generasi muda. – MG

Azmin jangan tambah tuduhan baharu – Saifuddin




  



MGF05062019_RUMAH-TERBUKA-PM_32
Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 
kononnya orang dalam partinya sendiri menjadi dalang 
penyebaran video tular hanya menambah bilangan tuduhan 
yang dihadapinya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 
berkata, adalah tidak wajar bagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu membuat tuduhan baharu.
“Saya masih menganggap itu sebagai satu tuduhan yang biasa… 
saya percaya beri ruang kepada Azmin dan harap dia diberi 
kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian sukar ini.
“Saya kenal beliau (Azmin) lama berpuluh tahun berjuang
 bersama-sama dan kita fokus isu ini tidak kemudiannya 
menyebut satu lagi tuduhan di atas tuduhan semasa yang 
sedang dihadapi beliau.
“Sekarang dia sedang hadapi simpati parti kepada beliau dan
 satu tuduhan tidak boleh dibaiki dengan satu lagi tuduhan.
 Ia seolah tiada kebijaksanaan,” katanya ketika ditanya 
pemberita di Majlis Rumah Rerbuka Aidilfitri anjuran 
Pembangunan Industri Kewangan Malaysia (MIDF) hari ini.
Dalam perkembangan sama, Saifudin Nasution yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim mendesak semua pihak termasuk Mohamed Azmin supaya memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.
“Beri ruang bermaksud beri kerjasama polis menjalankan 
siasatan tanpa gangguan, bukannya dalam bentuk buat atau
 melayan tuduhan baharu,”ujarnya lagi.
Justeru katanya perkembangan itu akan dibincangkan esok dalam Mesyuarat Biro Politik PKR dan parti itu dan akan terus memantau 
kes tersebut.
Mohamed Azmin dalam satu majlis di Shah Alam pagi tadi menyatakan keyakinan dalang dalam PKR sendiri menularkan video yang dikaitkan dengannya bersama Haziq Abdul Aziz.
Malah beliau yang mengakui perkara itu selepas ditanya jika beliau yakin ia perbuatan ‘orang dalam’ susulan ‘kehilangan’ seorang pemimpin PKR sebuah negeri, berkata ketika ini masyarakat
 umum juga sudah dapat menilai sendiri siapa dalang di sebalik perbuatan penyebaran video berkenaan, kira-kira seminggu 
selepas umat Islam menyambut Aidilfitri.
Saifuddin turut diminta mengulas mengenai kehilangan seorang pemimpin PKR yang dikaitkan dengan skandal politik itu sebelum menjawab :”Saya pun juga kehilangan beberapa pemimpin yang 
lama tak jumpa lagi.. sekarang dah berapa Syawal dah.. maka 
biar polis uruskan dan siasat kes video ini”.- MG

KALAU HAZIQ DIAMBIL TINDAKAN, LOGIKNYA AZMIN JUGA TIDAK BOLEH TERLEPAS


Seorang penasihat Azmin Ali di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Khalid Jaafar – dulunya Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim – mengkritik PKR kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Kata beliau, kegagalan bertindak itu mencemar nama PKR dalam kalangan orang Melayu dan Islam.
“Kealpaan ini akan dilihat sebagai kegagalan kepemimpinan dalam PKR, khususnya Anwar Ibrahim selaku Presidennya,” kata beliau.
Mengulas lanjut, kata Khalid lagi, Haziq harus diambil tindakan berdasarkan pengakuannya telah melakukan seks luar tabii.
“Bukan sahaja apa yang beliau lakukan itu dilihat amat jijik oleh masyarakat Melayu dan Islam, malah ia juga satu jenayah,” tegasnya lagi.
Dalam kes ini, apa yang Khalid patut faham ialah bukan PKR tidak mahu mengambil tindakan terhadap Haziq, tetapi parti mahu menunggu hasil siasatan pihak polis terlebih dahulu.
Jika Haziq saja diambil tindakan – digantung atau dipecat keahlian misalnya – sebagaimana kehendak Khalid, ia akan dilihat suatu tindakan yang tidak adil, walaupun beliau mengakui perbuatan seks luar tabiinya.
Ini kerana, sebagaimana yang kita fahami, hubungan seks, sama ada normal atau luar tabii, ia adalah hubungan yang melibatkan dua pihak.
Dalam kes pengakuan Haziq, sementara beliau mengakui dirinya melakukan seks sejenis itu, beliau juga tidak ragu-ragu menyebut pasangannya ialah Azmin.
Maka, jika tindakan mahu diambil, adilkah jika Haziq saja diambil tindakan oleh PKR?
Bagaimana dengan Azmin?
Untuk keadilan, jika mahu Haziq dikenakan tindakan, maka pasangannya juga harus diambil tindakan yang sama.
Kedua-duanya, berdasarkan pengakuan Haziq, adalah luar tabii dan melakukan jenayah.
Adilkah jika satu pihak saja dikenakan tindakan, manakala satu pihak lagi dilepaskan, walhal hubungan itu berlaku kerana ada saling bersetuju antara kedua-duanya?
Sebab itu, keputusan Anwar untuk menunggu hasil siasatan polis terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan adalah langkah yang wajar dan tepat.
Kalau berdasarkan hasil siasatan polis nanti mendapati video itu sah tulen dan pelaku seks luar tabii itu juga sah Haziq dan Azmin, sudah tentu kedua-duanya akan diambil tindakan yang sewajarnya.
Pokoknya, khusus untuk Khalid, sabar-sabar dululah. (Shahbudindotcom 18/06/2019)