Wakil rakyat DAP sumbang hampir RM1 juta untuk pembangunan Islam


DAP tetap berpegang teguh kepada perlembagaan persekutuan meskipun sering dilemparkan dengan fitnah dan tohmahan jahat oleh pihak lawan.

Islam sebagai agama rasmi Persekutuan adalah antara perkara dalam perlembagaan yang diangkat dan dijunjung tinggi oleh pemimpin DAP.

Menurut Naib Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, ini dapat dilihat menerusi sumbangan yang telah diberikan wakil rakyat DAP bagi pembangunan Islam.

Setakat ini beliau menganggarkan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun ini melalui peruntukan 42 Ahli Parlimennya.

“Contoh yang terbaik ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh yang meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau untuk kegiatan kerohanian.

“Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberikan sebanyak RM125,000 manakala Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula berikan peruntukan RM87,000 sementara Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching RM55,000 dan Nga Kor Ming juga bagi RM40,000,” katanya yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.


CABUL ANAK: BEKAS CEO ANCAM SAMAN THE STAR

TIADA PENDENGARAN AWAM: LAPORAN MENGELIRUKAN – KHALID

Penganalisis tak yakin ada pilihan raya awal untuk sekat Anwar jadi PM




Propaganda Umno saja. Awat ingat PH bodo sangat kot  . Ianya akan hanya berlaku sekiranya janji pilihanraya bahawa Anwar akan dilantik selepas 2 tahun pentadbirannya tidak ditunaikan tanpa persetujuannnya .PKR sebagai parti yang terbesar sudah pastilah akan bertindak sewajarnya.Ini adalah kerana PKR bukan parti elit yang ditubuhkan di istana atau di hotel indah permaidani dan ketahanan melawan sejak 21 tahun lalu.Sekutu dalam PH DAP juga , sudah pastinya akan mengikuti langkah tersebut.



UMNO BN KUAT?

MCA tinggal nyawa ikan
MIC SU agung letak jawatan
Gerakan hilang
PBS kalah teruk di Sandakan
UPKO , PPP,  IPF , USNO dah nazak nak mampoih.
BN Sarawak bubar
Umno Sabah lumpuh
Umno 2 presiden kena buang dalam masa 6 bulan
Pas bergaduh menantu pasal dedak. Gabungan duaparti Melayu ni akan timbulkan krisis tanpa restu penyokong ðŸ˜¬


Ada hati nak lawan PH
Insaf la macai-macai semua. Peopaganda ini lelucon.














Ahli politik pembangkang mendakwa Mahathir Mohamad akan mengadakan pilihan raya awal bagi menghalang Anwar Ibrahim mengambil alih jawatannya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa penganalisis politik tidak yakin Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pilihan raya awal sebelum penggalnya sebagai perdana menteri berakhir, sebaliknya percaya langkah sedemikian akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH).
Ahli politik Barisan Nasional meramalkan Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan, tetapi akan membubarkan Parlimen bagi pilihan raya baru sebelum penggalnya berakhir.
Bagaimanapun, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata walaupun ada isyarat bahawa Mahathir “sangat keberatan” untuk menyerahkan jawatan itu, ia “agak tidak mungkin” untuk mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya awal hanya untuk mengelak peralihan kuasa.
“Dengan senario politik semasa, tiada siapa dalam PH akan bersetuju dengan pilihan raya awal, memandangkan pembangkang semakin mendapat sokongan dari hari ke hari,” kata Azmi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong baru-baru ini membangkitkan kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal berikutan masalah dalaman dihadapi PH, termasuk isu ketidakjelasan proses peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Anwar.



Kamarul Zaman Yusoff.

Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengatakan beliau “sangat mengenali Mahathir”, juga berkali-kali mendakwa Mahathir tidak akan memenuhi janjinya. Mohamad percaya pilihan raya akan diadakan seawal tahun depan.
Seorang lagi penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia, berkata tidak penting sama ada Anwar akan dijadikan timbalan PM atau pemimpin PH gagal mendapatkan kesepakatan kerana faktor ini tidak akan menjejaskan mandat pilihan raya mereka.
Bagaimanapun, ia akan menjadi “politik bunuh diri” bagi sesiapa sahaja yang cuba menggulingkan Mahathir, kerana beliau tetap mempunyai pengaruh besar dalam memimpin gabungan itu untuk berkuasa pada pilihan raya tahun lepas.
Beliau juga berkata jika Anwar mengambil alih jawatan daripada Mahathir, ia tidak mungkin bahawa beliau akan mengadakan pilihan raya awal sama ada kerana tidak ada kewajipan undang-undang atau moral untuk mendapatkan mandat baru.
Katanya, Anwar memerlukan masa untuk menyatukan kedudukannya dalam kerajaan dan parti sebelum berdepan risiko kekalahan dalam pilihan raya umum jika beliau membubarkan Parlimen terlalu cepat.



Wong Chin Huat.

Pakar sains politik Wong Chin Huat dari Penang Institute tidak fikir mana-mana pemimpin PH mahu mengambil risiko kehilangan majoriti mudah di Parlimen.
Beliau berkata PH mempunyai “pencapaian yang terhad” untuk ditunjukkan pada tahun pertama berkuasa dan akan berdepan kritikan berterusan kerana membazirkan dana awam jika pilihan raya baru dilakukan secara tiba-tiba.
Kerjasama antara 4 parti komponen PH juga akan diuji, dengan beberapa parti mungkin terlibat dalam pertikaian mengenai kerusi dan calon.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre tidak fikir PH mempunyai masalah yang memerlukan pilihan raya awal, manakala James Chin dari Universiti Tasmania, berkata PH tidak akan mengadakan pilihan raya awal selagi mereka tidak yakin tentang sentimen pengundi Melayu.

PH JANGAN MUDAH LUPA SUMBANGAN PENEROKA FELDA


Apabila baru-baru ini Azmin Ali mengumumkan tiada duit raya akan diberikan kepada peneroka Felda bagi tahun ini, sebahagian kita mungkin memahami betapa kecewa dan remuknya hati mereka.
Ini kerana saban tahun sebelum ini, duit raya tidak pernah lupa diberikan oleh kerajaan kepada peneroka Felda.
Sama seperti penjawat awam yang sentiasa diberikan duit raya, peneroka Felda juga tidak terkecuali menikmatinya.
Harus diakui, walaupun diberikan tanah oleh kerajaan untuk mengusahakan tanaman seperti kelapa sawit dan getah, peneroka Felda sebenarnya tidak terkecuali memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara sehingga Malaysia dikenali sebagai pengeluar utama hasil komoditi tersebut.
Lebih-lebih, sebaik berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU14 lalu, peneroka Felda sekali lagi ada peranan yang harus dihargai oleh kerajaan dari segi memberi sumbangan kepada perubahan.
Daripada 54 kawasan Parlimen yang ada kawasan Felda di mana sebelum ini ia merupakan kawasan totok UMNO dan BN, tetapi dalam PRU14 lalu 19 daripadanya berjaya ditawan oleh PH.
Sebagaimana kelompok pengundi lain yang tertarik dengan agenda perubahan, kesediaan pengundi di kawasan Felda turut sama mengundi PH ialah kerana janji manifesto untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar mereka yang diikrarkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari menjadi kerajaan.
Malangnya, jangankan 100 hari, bahkan selepas setahun berkuasa pun, belum terdengar lagi sebarang khabar berita mengenai perlaksanaan janji manifesto tersebut.
Kini, sudahlah janji manifesto tergantung begitu saja, duit raya yang biasa diterima pula tidak lagi diperolehi mereka.
Apa sudah jadi?
Siapa yang tidak kecewa dibuatnya?
Apakah PH sudah lupa kepada jasa dan sumbangan peneroka Felda yang turut memainkan peranan menjadikan agenda perubahan suatu kenyataan?
Apakah PH tidak mengharapkan lagi undi peneroka Felda dalam PRU15 akan datang?
Cuba bayangkan, apa jadi kepada PH dalam PRU15 nanti jika 19 kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya lalu berjaya ditawan kembali oleh BN?
Dalam hal ini, tindakan ANAK atau Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mahu menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri berkaitan pemberian duit raya itu adalah wajar dan tepat sekali.
Penasihat ANAK, Mazlan Aliman berkata, pemberian duit raya adalah penting buat peneroka Felda di mana ketika ini perolehan hasil ladang mereka adalah rendah sekali.
Mahu tidak mahu, kerajaan, khususnya Perdana Menteri, harus meneliti rayuan ANAK ini dengan seadil-adilnya serta dengan sedikit perasaan simpati.
Jika tidak boleh beri banyak, berilah mengikut kemampuan kewangan kerajaan yang ada.
Tetapi, janganlah ditiadakan sama sekali.
Simpati dan kenanglah jasa serta sumbangan mereka kepada PH sebelum ini. (Shahbudindotcom 26/05/2019)