BERGAMBAR: ANWAR BERTARAWIH DI PARIT BUNTAR

Pulang dari Permatang Pauh, DSAI terus ke parit Buntar.


Menunaikan solat sunat tarawih di Parit Buntar malam ini di Masjid Al Ridzuan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa turut bersama. Turut menyantuni warga Parit Buntar seusai tarawih. Alhamdulillah.

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang dudukImej mungkin mengandungi: 4 orang, orang ramai, gelanggang bola keranjang dan dalamanImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri

MUSUH DALAM SELIMUT PUN ORANG TAK SIMPAN, INIKAN PULA MUSUH YANG NYATA….







Sebagaimana didedahkan di media sosial baru-baru ini, apa yang berlaku dalam YAPEIM dan PTPTN sekarang ialah wujudnya musuh yang nyata dalam kedua-dua agensi tersebut.
Mereka bukan lagi musuh dalam selimut, tetapi musuh yang sudah dikenalpasti secara terang-terangan.
Dalam YAPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, individu terbabit yang didapati berkempen, mengutuk PH serta mengugut pengundi sebelum PRU14 lalu adalah Ketua Pengarahnya sendiri, Abibullah Shamsudin.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Oleh kerana beliau secara jelas berkempen bagi pihak BN, mengekalkannya lagi di jawatan yang sama di bawah pemerintahan PH adalah sesuatu yang janggal dan tidak sewajarnya.
Apakah jaminannya beliau tidak bertindak secara halus mensabotaj PH melalui kedudukannya menjelang PRU15 akan datang?
Begitu juga dalam PTPTN, Timbalan CEO, Mastura Mohd Khalid yang melontarkan kenyataan bahawa badan itu sedang mengkaji memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara, selain menyekat pembaharuan pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan adalah seorang AJK UMNO di sebuah bahagian di WP Kuala Lumpur.
Meskipun beliau ada kelayakan memegang jawatan tersebut, tetapi dengan jawatan penting yang dipegangnya dalam UMNO, bermakna beliau tidak sesuai lagi berada di kedudukan tersebut dalam era pemerintahan PH sekarang ini.
Orang yang memegang jawatan penting di agensi sensitif seperti PTPTN mestilah mereka yang dapat menghayati aspirasi perjuangan serta manifesto PH, bukan pemegang jawatan penting dalam parti musuh.
Kalau Mastura hanya seorang ahli UMNO biasa yang tidak aktif, barangkali tiada masalah beliau terus kekal di jawatannya, tetapi PH akan ternampak “bodoh” jika tidak berani menggantikannya.
UMNO sendiri pun ketika sedang berkuasa dahulu tidak mungkin membenarkan pemegang jawatan penting dalam PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memegang sebarang jawatan penting dalam mana-mana agensi kerajaan.
Agensi kerajaan mesti ditadbir oleh mereka yang selari dan faham dengan aspirasi parti pemerintah kerana sebarang tindakan yang dilakukan memberi kesan kepada PH yang menguasai kerajaan.
Dengan kata mudah, baik Abibulah atau Mastura, mereka adalah musuh yang nyata dan terang-terangan kepada PH.
Musuh dalam selimut pun tiada siapa mahu menyimpannya, inikan pula musuh yang sudah terang lagi nyata.
Sebelum disabotaj, dianiaya secara halus dan sebelum kalah dalam PRU15 akan datang, menteri yang bertanggungjawab terhadap YAPEIM dan PTPTN mesti bertindak dengan segera terhadap kedua-dua mereka. (Shahbudindotcom 18/05/2019)

BERGAMBAR :ANWAR DI PERMATANG PAUH

Hadir ke majlis berbuka puasa dan solat Maghrib bersama warga Pengkalan Tambang di Masjid Pengkalan Tambang. Alhamdulillah.

Pengakalan Tambang adalah kawasan dibawah DUN Permatang Pasir yang di wakili Faiz Fadzil. DUN Peramatang  Pasir pernah dimenangi oleh Pas beberapa penggal sejak dari Allahyarham Dato YB Hamdan Abdul Rahman dan juga Dato Ustaz Salleh Man.

Permatang Pasir adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh. Dua DUN yang lain ialah Seberang Jaya(Dr Afifuddin)  dan Penanti.(Dr Norlela)


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramaiImej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, jambang dan dalaman


ADAKAH ANWAR TIDAK SABAR DAN TERGESA-GESA?


Ada beberapa pihak berpendapat tindakan Anwar Ibrahim terlalu kerap bercakap mengenai peralihan kuasa dan hal-hal berkaitan dengannya lebih menunjukkan beliau seorang yang tidak sabar dan tergesa-gesa mahu menjadi Perdana Menteri.
Kata mereka, tindakan itu tidak sepatutnya ditunjukkan oleh Anwar kerana Tun Mahathir Mohamad sudah pun berjanji untuk tidak mungkir janji berhubung penyerahan kuasa itu.
Tambah mereka lagi, dalam tempoh masa sekitar dua tahun sebelum peralihan kuasa itu menjadi kenyataan, Anwar hanya perlu bersabar, bertenang dan tidak menunjukkan sikap yang sebaliknya.
Tetapi, benarkah Anwar seorang yang tidak sabar dan tergesa-gesa mahu menduduki kerusi Perdana Menteri?
Jika diteliti, soal peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar adalah janji yang telah dipersetujui dalam PH dan tidak sepatutnya dimungkiri.
Namun, sebagaimana yang kita sedia maklum dan selalu baca di dada-dada media, pendirian Tun Mahathir mengenai tempoh peralihan kuasa itu juga sering berubah-ubah.
Dalam beliau sehingga ini tetap mengatakan akan mengotakan janji menyerahkan jawatan kepada Anwar, tempoh yang selalu disebutnya tidak pernah sama.
Mula-mula Tun Mahathir mengatakan akan memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua tahun saja, kemudian bertukar sedikit dengan menyebut, “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang”.
Selepas itu, beliau menunjukkan perbezaan lagi dengan meluahkan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah sambil mengusik Presiden PKR itu dengan kata-kata, “kalau Anwar beri izin, dapatlah saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah”.
Baru-baru ini pula Tun Mahathir mengatakan beliau mungkin memerlukan tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri.
“Saya tidak tahu, mungkin dua tahun, mungkin tiga tahun, tapi saya adalah Perdana Menteri sementara,” katanya.
Pokoknya, kenapa Tun Mahathir sering berubah-ubah nada?
Jika diumpamakan tempoh dua tahun untuk peralihan kuasa itu seperti tempoh bertunang bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, selepas setahun berlalu sepatutnya sudah ada rundingan untuk menetapkan majlis persandingan.
Jika masih tiada tarikh yang ditetapkan dan pihak lelaki pula asyik berdalih-dalih berhubung majlis perkahwinan, bukanlah suatu kesalahan jika pihak pengantin perempuan mula ada kecurigaan terhadap pasangannya.
Kecurigaan hanya akan terhapus dan perkahwinan benar-benar akan menjadi kenyataan jika bakal pengantin lelaki tidak takut atau bertangguh-tangguh untuk menetapkan tarikh perkahwinan.
Begitu juga dalam kes peralihan kuasa ini, selain perkara itu juga kerap ditanya media, tidak menjadi kesalahan langsung sebenarnya untuk Anwar terus menyebut mengenainya selagi Tun Mahathir sendiri tidak menetapkan tarikhnya untuk berundur dan menyerahkan kuasa.
Kalau tidak mahu Anwar bercakap lagi, lebih baiklah Tun Mahathir, dalam usianya sudah mencecah 94 tahun sekarang, cepat-cepat memilih tarikh untuk peralihan jawatan itu.
Lagi pun, kalau dengan Tun Abdullah Badawi pada 2003 dulu, beliau tiada masalah memilih sendiri tarikh pengundurannya, kenapa sekarang susah sangat berbuat demikian? (Shahbudindotcom 18/05/2019)

Di sebalik perpaduwang UMNO-PAS


Belum terlewat untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan. Dakwaan bahawa sokongan rakyat kepada PH semakin merosot adalah tidak benar dan keputusan ini adalah buktinya.

Pengundi-pengundi di Sandakan masih menyokong parti pemerintah Sabah yang dianggotai DAP serta diketuai oleh Parti Warisan Sabah dengan mendapat undi 11,531 berbanding 10,098 pada pilihan raya lepas.

Saya merasa terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada PAS biarpun calon yang didokongnya kalah dalam PRK. Dalam minggu ini juga, kita dikejutkan dengan siri pendedahan oleh pemimpin PAS sendiri mengenai barisan kepimpinan PAS yang sebelum ini menerima wang daripada UMNO secara senyap-senyap.

Ini memberikan gambaran yang lebih besar dalam mempersoalkan kesucian parti PAS seperti yang dilaungkan oleh pimpinan-pimpinan mereka. Secara ikhlas saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana akhirnya mengaku ambil wang UMNO. Mungkin inilah titik permulaan PAS kembali ke pangkal jalan kebenaran setelah sekian lama terpesong.

Nama-nama pimpinan besar PAS yang dikaitkan dengan skandal ini sepatutnya memberikan penjelasan jujur dan amanah kepada penyokong-penyokong akar umbi PAS. Adakah benar mereka menerima wang? Sekiranya benar, berapakah jumlahnya? Ke mana pula wang tersebut dibelanjakan?

Pada bulan lepas juga bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak memberitahu ahli PAS bahawa penyatuan PAS dan UMNO adalah hasil daripada usaha senyap-senyap oleh beliau dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Adakah benar UMNO dan PAS berkahwin atas dasar perpaduan ummah seperti yang dicanangkan atau sekadar perpaduwang politik?

PAS juga telah sekian lama memfitnah Pakatan Harapan dengan tuduhan liar seperti satu parti menjadi boneka atau suruhan parti yang lain. Namun hari ini telah terserlah kebenarannya, PAS hanya menyerang parti-parti Pakatan Harapan bagi pihak UMNO atas dasar khidmat mereka dibayar UMNO. Rakyat sendiri boleh menilai pihak mana yang jadi boneka kepada siapa.

PAS kini nampaknya menggunakan kuasa parti untuk menyekat rahsia buruk mereka daripada terdedah kepada umum. Perintah tutup mulut ekoran daripada pendedahan skandal ini juga membuktikan kejaguhan pimpinan PAS sebelum ini tidak mampu berdepan dengan penyokong-penyokong setia mereka di bawah yang mendambakan kebenaran. Maka jelas adanya usaha untuk menutup perkara yang benar demi nikmat wang ringgit dari parti kleptokrat seperti UMNO.

Sebagai pemimpin, kita seharusnya telus dan terbuka dalam membicarakan isu seperti ini. Perpaduan ummah ini tidak seharusnya dimonopoli oleh PAS dan UMNO atas dasar wang ringgit semata-mata, seperti mereka mewakili suara keseluruhan rakyat, malah seluruh umat Islam.

Pakatan Harapan tidak takut dan tidak ambil kisah tentang pilihan pasangan UMNO mahupun PAS. Demi rakyat dan negara, kami hanya mahu memberi nasihat kepada mereka supaya jangan sekali kali memberi gambaran palsu bahawa perikatan mereka yang keramat dan suci dari nista dan dosa. Akhirnya terserlah kebenaran, dan rakyat akan terus menilai mereka atas penipuan-penipuan berterusan ini.

Genap setahun yang lalu, rakyat telah bersatu padu menolak politik kleptokrat yang merompak negara demi kelangsungan kuasa dan tembolok sendiri. PRK Sandakan baru-baru ini juga memberikan mesej jelas, bahawa rakyat Malaysia akan terus bersatu padu menolak politik wang dan perkauman yang sempit seterusnya memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang jelas memperjuangkan perpaduan rakyat secara keseluruhannya. 


Wakil rakyat DAP salur peruntukan RM50,950 untuk sekolah, NGO


Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Adun Bilut, Lee Chin Chen menyalurkan peruntukan kawasan masing-masing sebanyak RM40,950 dan RM10,000 kepada 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah.

“Agihan wang peruntukan ini adalah wang rakyat yang diamanahkan kepada saya untuk mengagihkannya dengan adil mengikut keperluan, walaupun jumlahnya tidaklah begitu banyak memandangkan fokus utama adalah untuk membantu golongan miskin yang memerlukan.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memajukan Bentong dan memelihara kesejahteraan penduduk kawasan ini, dan saya juga berharap peruntukan yang disumbangkan ini dapat digunakan untuk program yang murni dan bermakna,” kata Wong Tack.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan cek sumbangan baru-baru ini.

Hadir sama dalam program berkenaan Chin Chen yang turut menyampaikan sumbangan kepada penerima dari DUN Bilut.

PTPTN: SEKATAN KELUAR NEGARA HANYA CADANGAN AWAM