SIAPA LEBIH PANTAS BERTINDAK ISU PENGHINAAN AGAMA?

ISU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA - SIAPA LEBIH PANTAS DAN SERIUS BERTINDAK, KERAJAAN UMNO/BN ATAU KERAJAAN PH SEKARANG?


(GAMBAR SEKADAR HIASAN)


Saya ingin mengimbau kisah lalu, kes penghinaan ke atas agama Islam pada tahun 2012 iaitu di era rejim kleptokrasi Umno/Bn memerintah. Seorang India, Gopinath Jayaratnam, 28, dari Taman Klang Jaya, telah menulis kata-kata penghinaan ke atas agama Islam di laman sosial pada 25 September 2012.

Hasil dari laporan Polis yang telah dibuat, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. Beliau telah dikenakan jaminan sementara menunggu sebutan kes berjumlah hanya RM 3 ,000 sahaja. Bila kes tersebut akan mula dibicarakan? Kes tersebut hanya dibawa ke mahkamah pada 21 Julai 2014. Ertinya, lebih kurang dua tahun baru dibicarakan.


Pada tahun ini, di era kerajaan PH juga telah berlaku kes yang sama. Seorang warga emas, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi, Isteri Nabi dan agama Islam, pada 18 Februari 2019. Beberapa laporan Polis telah dibuat termasuk laporan dari Menteri Di JPM, Mujahid Yusof dan berikutan dari itu warga emas ini telah didakwa pada 27 Februari 2019 mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan dan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes tersebut akan disebut semula pada 05 April 2019 dan beliau telah dikenakan jaminan sebanyak RM 20, 000. Beliau dimasukkan ke penjara kerana gagal membayar jaminan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Ertinya, tidak sampai 10 hari beliau melakukan kesalahan, beliau telah diseret ke mahkamah dan tidak sampai dua bulan akan terus dibicarakan. Jaminannya bukan RM 3,000 tetapi RM 20, 000.

Bukan habis setakat itu sahaja, kerajaan PH melalui Menteri Agama di JPM, YB Mujahid telah menyatakan untuk meminda undang-undang di Parlimen bagi meningkatkan hukuman kepada mana-mana pihak yang sengaja melakukan penghinaan ke atas mana-mana agama di negara ini.


Begitulah seriusnya kerajaan PH di dalam menangani isu ini. Belum sempat PEMBANGKANG Umno/Pas  berdemontrasi, kerajaan telah pun bertindak. Namun, untuk menunjukkan hero dan pejuang Islam kononnya, mereka tetap berdemo juga termasuk penyokong rejim dahulu yang mereka sendiri lembab tangani isu sensitif ini. Itu pun puak-puak berfahaman agama masih kata kerajaan di era Najib dan Umno itu lebih Islamik dari kerajaan PH. Begitulah, apabila mulut dan mata sampai ke otak telah dipenuhi dedak.

WFAUZDIN NS


Meski diasak musuh, DAP tetap junjung Perlembagaan




DAP dan pemimpinnya saban hari diserang oleh UMNO dan PAS dengan pelbagai fitnah. Walaupun telah berkali-kali dinafikan, malah menang banyak saman fitnah di mahkamah, modal fitnah berkenaan diulang-ulang pihak berkenaan semata-mata untuk meraih laba politik.
Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 November 2018 mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung artikel fitnah yang diterbitkan akhbar itu pada 10 April 2015.
Artikel bertajuk “Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?” itu antara lain menuduh Guan Eng, yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang, masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang berhubung isu tanah wakaf.
Itu bukan kali pertama lidah rasmi UMNO itu kalah saman. Jika dibuat carian di laman maya, akan terburai segala kedangkalan dan fitnah mereka yang dibuktikan tidak benar oleh mahkamah. Ini sudah cukup menjelaskan fitnah yang disebarkan UMNO terhadap DAP menerusi lidah rasminya itu kebanyakannya adalah bersifat pembohongan semata-mata.  
Bukan itu sahaja, DAP juga dituduh kononnya ingin menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu dan memusuhi kaum Melayu. Namun demikian, segala hujah-hujah laskar siber upahan serta pemimpin UMNO dan terbaharu PAS telah dipatahkan dan dijelaskan oleh pihak DAP berulang kali.
Namun, fitnah yang sama disebarkan berulang kali sehingga ia dijadikan kebenaran kepada pihak yang menyebarnya. Adakah fitnah dan pembohongan seumpama ini sebenarnya sudah menjadi makanan ruji pihak yang membenci DAP?
Peruntukan institusi Islam di Pulau Pinang meningkat
Pihak UMNO dan PAS menuduh DAP memusuhi orang Melayu dan Islam. Jika benar dakwaan ini, mengapakah kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Ketua Menteri yang merupakan seorang pemimpin DAP terus-menerus menyalurkan pelbagai peruntukan untuk dimanfaatkan oleh institusi Islam?
Di Pulau Pinang, peruntukan untuk institusi Islam meningkat saban tahun. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam Belanjawan 2019 mengumumkan peruntukan RM56.8 juta bagi mengukuhkan serta memartabatkan institusi Islam. Peruntukan itu meningkat dari RM50 juta pada tahun 2017 dan RM53 juta pada tahun 2018. 
Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi elaun para imam di Pulau Pinang dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran.
Justeru, di manakah kebenaran tuduhan pihak yang berkenaan terhadap DAP? Kerana berdasarkan fakta di atas adalah sangat jelas bahawa DAP menghormati kesucian agama Islam dengan menyalurkan pelbagai peruntukan untuk institusi agama berkenaan.
DAP junjung Perlembagaan
Deklarasi Shah Alam yang dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP pada Januari 2012 menjadi bukti paling ampuh bahawa DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia.
Antara intipati deklarasi tersebut adalah seperti berikut:
  1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
  2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
  3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Ketiga-tiga pendirian itu sudah cukup untuk menangkis dakyah yang disebarkan berulang kali oleh pemimpin UMNO dan PAS. Justeru, mengapa kedua-dua parti tersebut masih memainkan isu yang sama, sedangkan DAP telah berkali-kali menegaskan pendiriannya yang menyokong serta mendukung Perlembagaan, institusi Raja-Raja Melayu serta institusi Islam.
Adakah pemimpin UMNO dan PAS ketandusan modal sehingga terpaksa mengitar semula fitnah lama dan mempersembahkannya dengan cara lain semata-mata untuk terus kekal relevan dalam arena politik negara? Sampai bila agakanya UMNO dan PAS akan menyebarkan agenda sempit mereka ini?
Ternyata, pengulangan fitnah yang tidak berasaskan bukti dan fakta membuat rakyat muak dengan taktik jahat mereka. Keputusan Pilihan Raya Umum 9 Mei adalah manifestasi rasa muak rakyat terhadap sentimen perkauman dan keagamaan yang dimainkan UMNO serta PAS.

TUN MAHATHIR KATA UMNO SUDAH HANCUR

KONVENSYEN PASTIKAN TANAH RIZAB MELAYU TERJAMIN

RAFIZI DEDAH IDENTITI PEMIMPIN PAS TERIMA DANA 1MDB