HADI AWANG PERLU BERI PENJELASAN SEGERA ATAU BELIAU MAHU TUN MAHATHIR DEDAHKAN SURAT YANG DITANDATANGANINYA?
Dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa Hadi Awang membuat perakuan kepadanya Pas tidak akan memberi sokongan kepada UMNO dalam PRK Semenyih adalah suatu tuduhan yang serius.
Kata Tun Mahathir, perakuan itu dibuat oleh Hadi kepadanya dalam pertemuan yang berlaku semalam di Kuala Lumpur.
Malah, dakwa Tun Mahathir lagi, perakuan itu juga dibuat dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh Presiden Pas tersebut.
Tidak cukup sekadar berjanji mulut saja, rupa-rupanya ada surat bertulis sekali.
Wahhh...ini sudah benar-benar serius!!!
Benarkah semua ini Tuan Guru?
Bagaimanapun, persoalan umum yang berlegar-legar di fikiran ramai ialah, jika benar apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengapakah Pas begitu cepat mahu berpaling tadah daripada meneruskan kerjasama dengan UMNO?
Tidakkah Pas sendiri menyaksikan kerjasamanya dengan UMNO itu telah membuahkan hasil kemenangan di Cameron Highlands sebelum ini dan tidak mustahil berulang lagi di Semenyih ini?
Adakah dengan tidak berkempen itu bermakna Pas mahu Bersatu menang di Semenyih kerana menganggap parti itu bukan musuh sepertimana DAP yang dihadapi bersama UMNO di Cameron Highlands lalu?
Adakah semua perkiraan ini ada kaitan dengan siasatan yang sudah dimulakan oleh SPRM terhadap beberapa pemimpin Pas berhubung dakwaan menerima wang berjumlah RM90 juta daripada Najib Razak?
Tetapi, jika dakwaan Tun Mahathir itu benar juga, mengapakah masih ada pimpinan Pas hadir memberi sokongan kepada UMNO ketika penamaan calon di Semenyih pagi tadi?
Ataukah ketika itu pimpinan Pas belum mengetahuinya lagi dan perkara itu hanya diketahui setelah didedahkan oleh Tun Mahathir?
Apakah jika dakwaan Tun Mahathir itu ternyata benar, maka selepas ini Pas akan segera menarik diri secara rasmi daripada bekerjasama dengan UMNO?
Apa pun, Hadi Awang dalam hal ini tidak boleh terlalu lewat memberi penjelasan berhubung perkara yang sedang menjadi bualan ramai ini.
Kenyataan pemimpin lain yang menafikan dakwaan Tun Mahathir itu tidak sah sama sekali kerana yang bertemu dengan Perdana Menteri ialah Hadi Awang sendiri.
Jika betul apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu, mengaku saja serta berilah sebab-sebabnya. Sekurang-kurangnya itu suatu tindakan yang jujur.
Kiranya tak betul pula, nafikanlah dengan segera. Mudah saja.
Mengapa sehingga ini setelah lebih lima jam berlalu, belum lagi ada sebarang kenyataan daripada Hadi Awang mengenainya?
Tunggu apa lagi?
Apakah Hadi Awang mahu menunggu Tun Mahathir sendiri mendedahkan surat pengakuan bertulis yang siap bertandatangan itu? (ShahbudinHusin 16/02/2019)
BUKAN MUDAH MENDAKWA NAJIB YANG ‘TIADA KES’
Bukan mudah mendakwa Najib yang ‘tiada kes’
PENDAPAT: Kerajaan Malaysia telah menerima sebahagian daripada dokumen dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). Rekod urus niaga adalah “tulen” yang tidak boleh diubah / diduplikasi atau dipalsukan oleh pangkalan data transaksi bank.
Dari rekod ini disahkan bahawa RM2.6 bilion dikreditkan ke akaun peribadi Najib oleh Tanore Finance Corporation, yang dimiliki oleh Jho Low.
Persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat adalah: Jika ada bukti kukuh, kenapa Najib masih belum dibawa ke mahkamah dalam kes 1MDB?
Untuk maklumat semua orang, proses untuk menuduh Najib tidak mudah seperti menangkap pencuri motosikal.
Terdapat cukup bukti undang-undang yang jelas, tetapi kerana bekas Peguam Negara, Appandi Ali sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa yang salah (mengenai IMDB) prosedur ini mesti terlebih dahulu dibuat Null & Void secara sah sebelum Najib boleh dikenakan pendakwaan.
Untuk membatalkan keputusan / ketetapan bekas AG tidak mudah kerana ia berhadapan dengan perlembagaan – Perkara 145 (3) iaitu semua kenyataan / keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara tidak boleh dibuka semula atau dibincangkan dalam mana-mana forum atau sebarang bentuk.
Ini bermakna, Najib tidak boleh didakwa mengikut Perkara 145 (3).
Ini bermakna, Najib tidak boleh didakwa mengikut Perkara 145 (3).
Tommy Thomas (TT) dipilih sebagai AG, bukan kerana kita bersifat perkauman atau kerana kita memandang rendah kaum lain tetapi kerana TT adalah seorang pegawai undang-undang yang sangat berkebolehan, cekap dan mahir.
Beliau sangat mahir dan akan dapat melaksanakan prosedur pembatalan bekas Peguam Negara, keputusan Appandi terhadap Najib. Juga, TT adalah yang terbaik daripada 500 peguam terbaik di dunia.
Walaupun kes ini adalah sangat teknikal dan rumit dan peguam biasa tidak dapat melihat / memikirkan cara untuk melakukannya, TT kini berada di peringkat akhir menyelesaikan prosedur (untuk Kerajaan berjaya dalam pembukaan semula kes 1MDB) dan membatalkan / mencabar keputusan Appandi.
Penduduk Malaysia sangat sibuk dan tidak sabar melihat Najib didakwa. Sila bersabar. Ia bukan kerana kerajaan PH sengaja melambatkan kes itu tetapi kita perlu menjalankan prosedur untuk menurunkan keputusan Appandi terlebih dahulu.
Soalan: Bila? Bagaimana?
Jawapan: Ia harus mengikut Peraturan Undang-undang. Sekiranya TT tidak berjaya dan gagal menurunkan / membatalkan keputusan Appandi (pada 1MDB), kes ini tidak boleh lagi dibawa ke mahkamah semula. Kerana perkara ini bertentangan dengan prinsip perlembagaan keadilan di mana integritas AG ditentang.
Hasilnya: Jika disabitkan, Najib tidak boleh dibebaskan dan masa yang dipenjarakan sehingga 10 – 20 tahun atau lebih.
TURUN KOS SARA HIDUP: LEBIH BANYAK BARANG AKAN DIKAWAL HARGA
Turun kos sara hidup: Lebih banyak barang akan dikawal harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyedari beban kos sara hidup yang dialami rakyat di negara ini dan mengambil langkah perlu bagi menanganinya.
Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata antara tindakan yang akan diambil ialah mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan lebih banyak barangan keperluan dalam senarai barang kawalan.
Tidak ketinggalan, katanya, ialah mencadangkan agar tambang bagi perkhidmatan komuter diberi potongan harga sehingga 20 peratus.
Bagaimanapun kata Saifuddin cadangan tersebut tertakluk kepada kelulusan kabinet.
Bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majis Bertindak Kos Sara Hidup Negara di Putrajaya, Saifuddin berkata KPDNHEP diminta melihat kepada beberapa barangan pengguna yang dianggap popular tetapi berdepan isu kenaikan harga.
“Mesyuarat tadi tidak menyatakan secara khusus (mengenai langkah yang perlu diambil) tetapi KPDNHEP diminta supaya membuat penelitian serta memberi cadangan,” katanya.
Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mengenai tambang komuter, Saifuddin berkata cadangan itu dikemukakan Kementerian Pengangkutan.
“Kementerian terbabit akan menyediakan satu memorandum dan menyerahkan cadangan tersebut kepada kabinet,” katanya.
Saifuddin yang juga yang juga anggota parlimen Kulim – Bandar Baru menambah isu kenaikan kos sara hidup sekarang perlu ditangani segera dan majlis terbabit sedang cuba melakukannya.
BADAN KEHAKIMAN MINTA POLIS SIASAT DAKWAAN HAKIM
Badan kehakiman minta polis siasat dakwaan hakim
Badan Kehakiman membuat laporan polis terhadap dakwaan yang terkandung afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer, yang membuat pelbagai tuduhan serius terhadap hakim dan institusi kehakiman.
Badan itu dalam satu kenyataan bagaimanapun enggan mengulas dakwaan dalam afidavit tersebut, yang disifatkannya dibuat secara umum dan boleh menjejaskan imej Badan Kehakiman secara menyeluruh.
“Ini boleh mengakibatkan keyakinan umum pada institusi akan terjejas, yang seterusnya, memberikan kesan kepada urusan pentadbiran keadilan yang sewajarnya.
“Oleh itu, Badan Kehakiman membuat satu laporan polis terhadap dakwaan tersebut,” kata badan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan atas nama Istana Kehakiman.
Kenyataan itu juga menyebut Badan Kehakiman komited mempertahankan integritinya serta peranan menguruskan keadilan.
Ia juga memaklumkan sedang melaksanakan beberapa pembaharuan pentadbiran keadilan, termasuk yang dicadangkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang dibentuk selepas Pakatan Harapan jadi kerajaan Mei lalu.
Mengenai gesaan Hamid yang mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja membetulkan institusi kehakiman, badan itu berkata ia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kerajaan.
“Keputusan sama perlu atau tidak sebuah suruhanjaya siasatan perlu ditentukan oleh kerajaan,” kata Badan Kehakiman dalam kenyataannya hari ini.
Hamid memfailkan afidavit 63 halaman mendedahkan salah laku kehakiman oleh beberapa hakim atasan, yang didakwanya khianat pada ikrar jawatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
“Dakwaan itu serius dan ada elemen rasuah,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada The Malaysian Insight.
Awal hari ini, peguam RSN Nayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan dalam afidavit yang sama.
Agensi anti rasuah itu dalam reaksi segera berkata akan segera berjumpa Hamid untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaannya dalam afidavit yang difailkan semalam.
Afidavit Hamid, yang dilantik hakim sejak 2007 dan menjadi hakim Mahkamah Rayuan sejak 2013, adalah bagi menyokong saman pemula anak Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mendakwa Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua badan kehakiman.
Sangeet mendakwa Malunjum gagal mengarahkan siasatan terhadap tuduhan adanya campur tangan kehakiman dalam dua kes iaitu rayuan ayahnya berhubung kes di bawah Akta Hasutan dan kes pertukaran agama anak Indira Gandhi.
Dalam afidavitnya, Hamid mendakwa ada hakim yang bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menipu kerajaan.
Beliau juga mendakwa ada campur tangan hakim atasan dalam beberapa keputusan kes termasuk rayuan tuduhan liwat kedua Anwar Ibrahim dan kes keberperlembagaan Seksyen 27 Akta Polis pada 2013.
Beliau juga mendakwa beberapa hakim kanan gementar kerajaan baru yang dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan menghadapkan mereka ke tribunal dan dikenakan tindakan.
Namun perkara itu tidak berlaku, katanya, malah beliau jawatan tertinggi badan kehakiman diisi oleh hakim “dari rejim yang lama” yang dipertikaikan integriti mereka.
TUN MAHATHIR SUDAH TEPU, UNDUR AWAL BAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA NEGARA
Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu, Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, kata Presiden PKR itu, sehingga tempoh peralihan kuasa tersebut berlaku, Tun Mahathir Mohamad harus diberikan sokongan agar dapat memimpin kerajaan dengan efektif.
"Sudah tentu (peralihan kuasa) bukan dalam tempoh lima tahun kerana Tun Mahathir telah menjelaskan tempohnya memegang jawatan tidak akan melebihi dua tahun," jelas Anwar lagi.
Mesej yang jelas daripada kata-kata Anwar ini ialah Tun Mahathir tidak harus lupa mengenai janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya itu.
Malah, ia juga suatu isyarat kepada pendokong Tun Mahathir agar jangan cuba-cuba mengheret Perdana Menteri ke arah perlanjutan tempoh khidmatnya melebihi daripada dua tahun.
Realitinya, selagi semua janji dipatuhi dan tidak cuba diengkari, kedudukan PH akan terus stabil serta kekal menjadi pilihan rakyat.
Lagi pula, melihat kepada kedudukan kerajaan sejak sembilan bulan lalu yang dipimpin Tun Mahathir yang semakin hari semakin jauh daripada hati rakyat - jujur cakap - sebenarnya adalah lebih baik jika beliau sedia memberi laluan lebih awal lagi kepada Anwar.
Tun Mahathir dilihat sudah jadi pemimpin yang tepu dan tidak mampu pergi lebih jauh lagi. Tun Mahathir sekarang bukan lagi Tun Mahathir yang dulu.
Auranya sebagai pembangkang dan alat ketika mahu menumbangkan Najib Razak mungkin diperlukan, tetapi apabila sudah mengetuai kerajaan, situasinya sudah jadi berbeza.
Kegagalan beliau mengurus kerajaan dengan baik sehingga pelbagai kekecamukan berlaku dengan sendirinya menjadikan auranya telah meluntur.
Di sebalik pemotongan segala macam kemudahan kepada rakyat dengan alasan kerajaan tiada wang, ideanya untuk mewujudkan kereta nasional ketiga dan mengembalikan perlumbaan F1 misalnya, tidak lebih menunjukkan Tun Mahathir masih dengan gaya pemikiran lama atau seperti era 80-an lagi.
Dunia kini sudah banyak berubah dan lebih memerlukan industri baru yang sesuai dengan perkembangan teknologi maya, mesra alam serta mampu menjana lebih peluang pekerjaan dan pendapatan. Dua syarikat kereta yang sedia ada pun tercungap-cungap, menambah lagi kepada tiga bukanlah keputusan yang bijak dalam suasana ekonomi semasa yang muram ketika ini.
Ketepuan itu jugalah yang dalam waktu yang singkat saja telah menjadikan Najib lebih dikerumuni rakyat sejak akhir-akhir ini. Dulu, ke mana saja Tun Mahathir pergi, pasti berkerumun orang ramai mahu bersalam, bergambar dan berselfie dengannya.
Namun, kebelakangan ini nampaknya beliau tidak lagi dipedulikan sebagaimana dahulu. Ketika singgah ke Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan minum pagi di Kelana Jaya baru-baru ini misalnya, ternampak tiada lagi yang ghairah mahu mendekatinya.
Sebaliknya aura itu sudah berpindah kepada Najib. Ke mana saja Najib pergi, sambutan hangat yang Tun Mahathir biasa terima sebelum ini sudah berpindah kepada anak Tun Razak itu.
Rakyat, terutama anak-anak muda mengerumuni Najib hanyalah untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan dan kepimpinan Tun Mahathir yang jelas telah gagal memberi khidmat lebih baik berbanding BN dahulu.
Untuk itu, dalam keadaannya yang sudah tepu itu, selagi Tun Mahathir ada, keadaan negara tidak mungkin jadi bertambah baik. Beliau semakin tersisih daripada hati rakyat.
Tun Mahathir juga tidak perlu lagi terus atau terlalu ghairah mahu mencatur kuasa dalam usianya sekarang ini. Dapat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sudah merupakan sebesar-besar rahmat buatnya.
Jangan lagi sibuk-sibuk mahu menentukan pemimpin lain selain Anwar sebagai penggantinya. Tumpu saja bekerja untuk negara. Tun Mahathir harus ingat kepada pengakuannya sendiri yang beliau selama ini tidak pernah betul dalam memilih penggantinya.
Tun Abdullah Badawi dan Najib adalah dua pengganti yang dipilih dan diusahakannya sehingga berjaya, tetapi akhirnya begitu mengecewakannya sehingga bertukar menjadi musuhnya.
Maka itu, Tun Mahathir perlu menitikkan noktah dalam soal ini. Penggantinya sudah ada. Anwar sebagai pengganti yang dipilih dan dipersetujui Majlis Presiden PH harus diterima dengan sepenuh hati tanpa keraguan oleh Tun Mahathir.
Hanya itu yang dapat menjamin PH akan kekal stabil dan negara tidak terjerumus ke dalam kancah ketidaktentuan yang berpanjangan. (ShahbudinHusin 16/02/2019)
RANTAIAN 'CASH IS KING' MELIPUTI HAKIM2 ??
KOMPLOT KERAJAAN, HAKIM, SWASTA TIPU DUIT RAKYAT
Dalam satu tuduhan mengemparkan, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa bahawa terdapat hakim-hakim tertentu yang membantu pihak swasta untuk menipu duit rakyat.
Beliau menyebut tentang perkara itu dalam satu afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo hari ini untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campurtangan dalam badan berkenaan.
Hamid mendakwa cara penipuan itu dilakukan melalui penama politik yang memeterai kontrak dengan kerajaan.
Sebaik kerajaan membatalkan kontrak, beliau mendakwa, pihak swasta akan mengheret kerajaan ke mahkamah untuk menuntut pampasan.
"Saya akan memberikan contoh. Kerajaan akan membuat kontrak dengan seorang penama politik tanpa hasrat untuk menghormatinya.
"Selanjutnya kerajaan akan menamatkan kontrak dan penama akan menyaman kerajaan untuk melanggar kontrak.
"Kerajaan boleh merekodkan penghakiman persetujuan yang menerima liabiliti dan bersetuju untuk menilai ganti rugi.
"Modus operandi ini terus berlaku untuk menafikan tuntutan palsu oleh tuntutan palsu," katanya.
Hamid yang masih berkhidmat sebagai seorang hakim, berulang kali menegaskan perlunya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat perkara ini.
Dalam usaha untuk menggagalkan kes-kes seperti itu, hakim tersebut berkata bahawa beliau membuat jurisprudens supaya perjanjian yang tidak adil dengan kerajaan, yang akan menyebabkan kontrak tidak dapat dilaksanakan berdasarkan kepentingan dasar awam.
"Modus operandi ini bukan sahaja haram tetapi juga tidak berperlembagaan.
"Untuk menangkap tindakan-tindakan ini, saya membangunkan perundangan yang berkaitan dengan penipuan ke atas memasuki perjanjian terma tidak adil dengan kerajaan.
"Ini akan membuat kontrak tidak dapat dikuatkuasakan berdasarkan dasar awam. Doktrin ini dikembangkan dan disebut dalam beberapa kes," katanya.
Hamid mendakwa bahawa hakim kanan tertentu yang dirujuknya sebagai "ARLC" pernah cuba memalukannya selepas jurisprudens beliau menghalang hakim itu membantu penama ahli politik tertentu.
“Banyak penghakiman saya mengenai perkara-perkara komersial yang menyokong kerajaan telah diabaikan oleh hakim-hakim tertinggi.
“Sebabnya ialah parti-parti swasta yang secara langsung menjadi alat ahli politik mencipta kontrak dengan kerajaan untuk menipu dana awam. Mahkamah tertinggi dianggap bersimpati kepada mereka,” katanya.