GAMBAR KETIKA DIALOG BERSAMA PENANAM GETAH

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks



Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk
Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memulakan siri jelajah ke semua negeri mulai esok untuk berjumpa dan berdialog bersama ahli parti dan rakyat serta menerangkan hala tuju reformasi yang diperjuangkan.

Kedah menjadi negeri pertama yang akan dilawati Presiden dengan beberapa program telah diatur Majlis Pimpinan Negeri (MPN).


Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, meja dan makananImej mungkin mengandungi: 6 orang, orang duduk, meja dan makanan

KREDIT FOTO NASIR ZAKARIA II


Di antara pengisian jelajah ini adalah sesi dialog bersama penoreh getah dan pesawah, perasmian pejabat MPN Kedah serta ceramah umum.

Jelajah ini juga sebagai usaha mengukuh dan mengingatkan ahli parti terhadap idealisme perjuangan reformasi yang menjadi tonggak perjuangan parti.


Alhamdulillah soalan dan permasalahan saya pasal getah di beri perhatian oleh DS Anwar. Dia kata sejak 1974 dia tau pasai getah. Dia kena penjara 2 tahun pon pasal demonstrasi harga getah. Dia setuju harga getah dinaikkan. Dia bagi jaminan dia akan bawa.


PRK Rantau: Anak muda boleh beri kemenangan kepada PH - Armada

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk dan jalur






Pengundi muda menjadi faktor yang boleh memberi kemenangan untuk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Lumut, Akmal Maradzi berkata, peratus besar anak muda masih menyokong PH sekali gus mengekalkan momentum kemenangan beberapa PRK sebelum ini.
Pengundi muda di PRK Rantau yang berumur 21 sehingga 40 tahun adalah kira-kira 4,016 orang dan ia mencatatkan 39.16 peratus daripada keseluruhan pengundi.
"Saya lihat majoriti PH memberi tumpuan kepada gerakan gerila berbanding fizikal. Kebanyakan pondok panas PH sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sangat kurang orang berbanding Barisan Nasional (BN).
"Akhirnya PH berjaya sebelum ini kecuali di PRK Cameron Highlands dan Semenyih. PH tetap menang di hati pengundi pada hari pembuangan undi, kita menangi hati pengundi senyap.
"Saya tetap berharap PH agar dapat memandang serius tentang pengundi muda seperti dulu, seperti yang telah kita buat percaturan," katanya semasa dihubungi di sini, pada Ahad.
PRK Rantau bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, BN dan dua calon bebas.
Mereka ialah Calon PH, Dr. S. Streram, Calon BN, Mohamad Hasan dan calon bebas masing-masing Malar Rajaram dan Mohd Nor Yassin.
Ketika ditanya kemampuan dan kekuatan BN sendiri selepas memenangi dua PRK terakhir sebelum Rantau, ini kata Akmal;
"Bagi saya untuk BN kembali memeritah mereka mestilah perlu membuat perubahan secara total bukan hanya dalam UMNO tetapi dalam BN sendiri, termasuk Pas.
"Mereka kena beri keutamaan kepada pembentukan ikon baru iaitu anak muda yang bersih dan berpendidikan.
"Bagi PH pula kita seharusnya berani dengan terus melahirkan ikon-ikon baru iaitu anak muda yang berkarisma, berpendidikan tinggi, berintegriti, mesra dan sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat."
PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas, yang mengisytiharkan kemenangannya bagi kerusi DUN itu dalam PRU14, terbatal dan tidak sah.
Dalam PRU14, Mohamad, calon BN, diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram, seorang pakar bius yang menjadi calon harapan PH, dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas yang dikeluarkan SPR.

[WAJIB BACA] Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017:




[WAJIB BACA]

Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun.Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam.

Kerugian yang dialami Tabung Haji (TH) seperti yang telah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara sejak 2014 telah disorok Azeez. Kerugian ini berlaku sejak dia menjadi pengerusi Tabung Haji (TH) pada tahun 2013. Dengan angkuh, semua peringatan diabaikan.

Apabila pengurusan baru masuk pada pertengahan tahun 2018, ternyata kerugian ini adalah nyata. Dalam masa yang singkat, tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin meruncing. Jika tidak, bagaimana TH hendak memberi hibah?

Takkan lubang akibat kerugian ini hendak diabaikan dan teruskan sahaja beri hibah seperti pengurusan lama. Ini boleh menyebabkan TH jadi seperti skim Pak Man Telo!

Tindakan TH memindahkan aset-aset rugi kepada Kerajaan sebab nak selamatkan TH. Nilai aset cuma RM10 bilion, tapi Kerajaan beli pada harga RM19.9 bilion untuk tutup kerugian TH. Dan bagi membantu proses ini, tentulah Kementerian Kewangan (MOF) yang membantu, takkan Kementerian Kerja Raya.

Cuma ia menjadi isu hangat dek kerana MOF diterajui pemimpin DAP.

Ramai lagi pendeposit yang tak faham mengapa TH menjual aset-aset, dan semua ini hanyalah kerana kerakusan orang-orang UMNO yang menarah selagi boleh sehingga TH terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.
TH perlu diselamatkan. Wang pendeposit perlu diselamatkan. Ia amanah yang besar.





Menjual aset kepada syarikat tujuan khas (SPV-BACA SPECIAL PURPOSE VIHICLE) yang dimiliki penuh Kerajaan, dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan liabiliti yang dialami oleh TH.

Hakikat TH telah mengalami kerugian menjangkau RM10 billion begitu pahit untuk ditelan. Dan TH tak boleh nak berdiam diri kerana ramai pendeposit akan menjadi mangsa.
Jadi, bagaimana untuk TH ‘overcome’ kerugian yang dialami?

Itu lah peranan SPV ni. Dalam bahasa mudah SPV adalah unit pemulihan bagi syarikat yang mengalami kerugian.

Dalam kes kerugian TH ni, aset-aset yang dijual kepada SPV adalah aset-aset yang memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih kerana kerugian ini telah disorok sekian lama oleh Azeez Rahim.

Dan mengapa MOF terlibat dalam SPV ni?

Ia adalah kerana, hanya MOF yang boleh buat SPV ni. Bukan kerana Guan Eng menterinya, dan jika pemimpin lain jadi Menteri Kewangan pun SPV ni akan tetap melibatkan MOF.

Apa pula peranan Prokhas Sdn Bhd yang kecoh dikatakan milik orang cina untuk menjaga aset-aset TH yang dijual pada SPV?

Untuk pengetahuan, wujudnya syarikat Prokhas ni bukan tiba-tiba lepas PH memerintah. Syarikat ni memang dah wujud lama, malah masa zaman Najib pun dah ada.
Prokhas ni berperanan sebagai entiti untuk menjaga aset kerajaan yang perlu dipulihkan. Prokhas pon hanyah menjaga aset berkenaan buat sementara waktu sahaja.
Kalau nak isu cina adalah ceo syarikat tu. Patutnya kita malu sebab, mereka lebih amanah dari melayu Islam yang dok sakau duit-duit TH sampai rugi.

TH rugi disebabkan Azeez Rahim seorang melayu dan Islam. Kalau dia jujur, dia perlu jelaskan kenapa kerugian selama ini disorok. Jangan salahkan usaha untuk memulihkan TH.
Dato Dr Ismail Salleh

KENAPA SUSAH SANGAT "TOK MAT" MAHU ISTIHAR HARTA ?

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks





Kita masih ingat, sebelum PRU14 yang lalu iaitu pada
19 November 2017 bertempat di ruang legar Kompleks Membeli Belah Summit USJ, Subang Jaya sekitar jam 07.30 malam hingga ke jam 10.30 malam, ramai di kalangan bakal-bakal calon dari PH yang akan bertanding di dalam PRU14 telah pun mengistiharkan harta mereka..
Salah seorang darinya adalah Dr Streram, calon PH yang akan bertanding di PRK N27 Rantau pada 13 April ini nanti. Pada PRU14 yang lalu, beliau telah dinafikan untuk menghantar borang pencalonan sehingga menyebabkan calon Bn, Tok Mat menang sebagai kemenangan 'bacul'. Dr Streram dengan usahanya sendiri melawan penganiayaan ke atas dirinya dan parti yang diwakilinya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Akhirnya mahkamah memutuskan Dr Streram sepatutnya dibenarkan bertanding dan mahkamah membatalkan kemenangan Tok Mat. Pilihanraya semua perlu diadakan dan SPR telah menetapkan 13 April ini sebagai tarikh membuang undi.
Bagi memilih Wakil Rakyat, calon bukan sahaja mesti bersih tetapi mesti menampakkan 'kebersihan' dan integritinya. Dari sudut ini, meskipun Dr Streram seorang India berugama Hindu, namun beliau telah menampakkan 'kebersihan' dan ketelusannya. Berbeza dengan Tok Mat, meskipun beliau seorang Melayu berugama Islam, sehingga kini beliau masih 'malu-malu' dan 'segan-segan' serta 'takut-takut' untuk mengistiharkan hartanya. Apa yang perlu beliau bimbang sebenarnya? Rakyat di Rantau khususnya mahu tahu sebanyak mana harta bekas MB Negeri Sembilan ini?
Sehubungan itu, kepada semua pengundi di Rantau, jangan kita alpa dengan kepura-puraan orang yang kononnya berjiwa rakyat dan 'mesra alam' ini. Najib pun boleh pamirkan lakonan mesra rakyat, tetapi kita semua tahu apa yang terdapat di dalam akaun bank beliau yang telah ditutup itu. Kita pun maklum, sebanyak mana jumlah wang tunai yang teah dirampas dari rumah serta pejabatnya. Itu belum dikira jumlah beg-beg tangan jenama mewah yang juga turut dirampas. Beliau memang pandai berlakun memegang watak "BossKu".
Jangan kita tersalah lagi kali ini. Jangan mudah terpedaya dengan Tok Mat hanya kerana dia Melayu Islam seperti Najib. Rantau harus diwakili oleh Wakil Rakyat yang berani dan berintegriti. Tiada pilihan lain, kecuali Dr Streram.
WFUZDIN NS


PERTELAGAHAN ANWAR – AZMIN PERKARA BIASA – PEMIMPIN PKR

TUN MAHATHIR AKHIRNYA SEDAR BELIAU HANYALAH PERDANA MENTERI SEMENTARA…

Image result for mahathir



Berikut adakah antara petikan temubual terbaru antara Tun Mahathir Mohamad dengan akhbar mingguan ekonomi, Fokus Malaysia:-
“Saya bertuah untuk hidup selama ini. Sebenarnya, saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan apa yang berlaku terhadap pengganti saya tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan sahaja tua tetapi masih berupaya berfungsi.
“Tapi saya sedar saya sangat tua dan tidak lama lagi saya akan kehilangan kudrat dan saya akan mati.
“Jadi, saya tergesa-gesa. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, tetapi saya hendak cepat kerana saya sedar saya sudah tidak banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat di negara ini.
Dr Mahathir juga maklum beliau cuma perdana menteri sementara dan bersedia melepaskan jawatan itu apabila tiba masanya.
“Mereka (PH) telah berkata saya hanya (perdana menteri) sementara dan akan ada orang lain yang akan mengambil alih.
“Saya fikir masanya mungkin lama sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Jika saya diminta berundur, saya akan pergi kerana tiada tarikh khusus yang diberikan.”
Ini adalah suatu perkembangan yang baik yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir di mana beliau akhirnya mengakui kedudukannya hanyalah sebagai Perdana Menteri sementara saja.
Sebelum ini, beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan sementara itu apabila ditanya berhubung kedudukannya.
Apa yang kerap disebutnya ialah ialah bellau mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin kurang daripada tempoh itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Di suatu ketika beliau mengusik Anwar agar memberinya tempoh untuk menjadi Perdana Menteri sehingga dua tahun setengah.
Kekaburan pendiriannya itulah yang antara lain menyebabkan berlakunya keretakan dalam PH, di samping tindakan Tun Mahathir sendiri yang dilihat cuba menonjol-nonjolkan pemimpin terentu secara berlebihan seolah-olah sedang dipersiapkan untuk menggantikan tempatnya.
Atas kedudukannya sebagai cuma Perdana Menteri sementara, selain kerana soal penggantinya sudah ditetapkan, sikap Tun Mahathir itu adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali.
Sejak awal sebelum PRU14 lagi telah dipersetujui bahawa Tun Mahathir hanya Perdana Menteri untuk suatu tempoh tertentu saja sebelum beliau wajib menyerahkan jawatannya kepada Anwar Ibrahim.
Untuk itu, sikap yang sewajarnya ditunjukkan oleh Tun Mahathir ialah menepati janji dan sentiasa berpegang kepada janji peralihan kuasa itu.
Blog ini telah acapkali mengingatkan PH, termasuk kepada Tun Mahathir sendiri bahawa beliau hanyalah Perdana Menteri sementara dan tidak ada pilihan lain selain mesti menepati janjinya berhubung penyerahan jawatan kepada Anwar itu.
Jika itu tidak dilakukan, ia bukan saja mencemarkan nama baiknya sebagai negarawan, dilihat masih berpolitik secara jahat, malah sudah tentu akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam PH yang sekaligus akan memberi kelebihan kepada UMNO/BN merampas semula kuasa di Putrajaya.
Antara tulisan itu ialah pada 4 Januari 2019 yang bertajuk “Tun Mahathir hanya Perdana Menteri sementara, tolonglah jangan mengada-ngada – http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/tun-mahathir-hanya-perdana-menteri.html?m=1
Alhamdulillah kini Tun Mahathir, dalam usianya menginjak 94 tahun, nampaknya semakin sedar mengenai kedudukan dirinya yang hanya bersifat sementara itu.
Diharapkan, pendirian beliau ini kekal sehingga peralihan kuasa yang dijanjikan benar-benar berlaku dan tidak berlaku lagi sebarang “U-Turn” atau masuk simpang di sana sini sebelum ke destinasi yang telah dipersetujui dan dimuktamadkan dalam PH sebelum ini. (Shahbudindotcom 30/03/2019)


ANWAR, DR WAN AZIZAH DAN RAFIZI MENCURI TUMPUAN

Imej mungkin mengandungi: 12 orang, orang senyum, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan luaranImej mungkin mengandungi: 9 orangImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, luaran

FOTO KREDIT: Zulimran Nasution
Warna-warni suasana meriah di hari penamaan calon diketuai Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan pimpinan utama mengiringi Dr S Streram ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pagi semalam.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Pakatan Harapan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail dan calon, Dr S Streram.
Kemunculan terbaharu Rafizi jelas dirindui pejuang reformasi dari Perlis hingga ke Sabah sebaik tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Rafizi terus dikerumuni para penyokongnya malah setiap kali beliau berjalan, semua berebut-rebut hendak bergambar dengannya dan beliau berjanji akan berkempen bagi memenangkan Dr Streram kali ini.


PEMIMPIN PAS TAHU RAMELI BANTU HADI?

APAKAH PERANAN SYARIKAT PROKHAS


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri


MENJAWAB HUJAH MACAI DAN WALAUN
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks


Penulis : Mohd. Fikri Abd. Rahman

MENGENALI PROKHAS SDN BHD

Prokhas Sdn Bhd adalah sebuah syarikat sendirian berhad dimiliki penuh Perbadanan Kementerian Kewangan yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk mengurus aset Danaharta pada tahun 2005.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum



Danaharta adalah bukti kejayaan dimana Prokhas berjaya pulihkan melalui strategi penyusunan dan penstrukturan semula mengatasi masalah NPL (Non Performing Loan) yang membelenggu syarikat tersebut.

Selain Danaharta, Prokhas juga ketika ini sedang menguruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan, Syarikat Jaminam Kredit Perumahan Berhad dan Dana Infra.




JOM BACA DAN FAHAMI KES TABUUNG HAJI






Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks



SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI SPV TABUNG HAJI
(bagi menjawab kekeliruan)
1. Apa nama Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle)(SPV) yang mengambilalih aset kurang bagus (non-performing assets) Tabung Haji?

Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.
2. Apa sebab aset kurang bagus tersebut dipindahkan ke Urusharta Jamaah?
Untuk membaikpulih kewangan Tabung Haji. Jika tidak, Tabung Haji tidak boleh memberi hibah, menurut Akta Tabung Haji. Pemberiah hibah dalam keadaan liabiliti lebih daripada aset adalah tidak sah.


3. Apakah nilai aset yang dipindahkan ke Urusharta Jamaah?
Aset-aset itu dipindahkan dengan nilai RM19.9B daripada pihak Kerajaan ke Tabung Haji. Namun demikian, nilai buku aset-aset tersebut hanyalah sekitar RM10B sahaja. Untuk pulihkan Tabung Haji, aset itu telah dipindahkan dengan pernilaian yang lebih tinggi daripada nilai bukunya. Aset yang dipindahkan ke SPV tidak termasuk duit orang telah mendeposit kepada Tabung Haji.
4. Siapa Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah?
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir (pengerusi), Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Rashidah Mohd Sies, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd Mohd Shukri Hussin, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi Mohd Hassan Ahmad dan Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi Imri Dolhadi Ab Wahab.
Ya, semua Melayu/Islam!
5. Siapa CEO Urusharta Jamaah?
Buat masa ini, CEO belum dilantik.
6. Siapa yang uruskan Urusharta Jamaah?
Buat masa ini ia diuruskan oleh satu entiti bernama Prokhas.
7. Apa itu Prokhas?
Sebuah syarikat milik kerajaan yang ditugaskan mengurus SPV-SPV lain selain daripada Urusharta Jamaah. Ditubuhkan sekitar tahun 2005.
8. Siapa pemilik Prokhas?
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.
9. Siapa pengarah syarikat Prokhas?
Dato’ Mohd Salleh Mahmud, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Dato’ Fauziah Yaacob, Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datin Rashidah Mohd Sies.
Ya, semua Melayu/Islam juga!
10. Siapa CEO Prokhas?
Chen Yin Heng.
11. Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV Tabung Haji???
Kalau ikut nama, macam Cina. Tetapi CEO perlu menjawab pada Lembaga Pengarah (yang semua Melayu/Islam). Chen Yin Heng adalah CEO Prokhas, bukan CEO Urusharta Jamaah.Semua keputusan besar mengenai aset yang diurus mesti melalui Lembaga Pengarah Prokhas.
Di samping itu, segala keputusan mengenai Urusharta Jamaah juga perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah (yang juga semuanya Melayu/Islam).
12. Tetapi Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV???
Rileks. Semua pihak sedang cuba untuk selamatkan Tabung Haji daripada permasalahan pentadbiran lepas.
lebih 100 tahun dulu..Tokoh Islam Sheikh Muhammad Abduh sekembalinya dari Eropah, dia pernah mengungkapkan kata kata yang amat popular..
ذهبت إلى بلاد الغرب رأيت الإسلام ولم أرى المسلمين..
وذهبت بلاد العرب رأيت المسلمين ولم أرى الإسلام..
“Aku pergi ke Barat ku melihat Islam , tapi tidak melihat Muslim.
Dan aku pergi ke negara arab (di Mesir/Negara Islam) ku lihat Muslim tetapi aku tidak melihat Islam”...
Ketika itu tidak ada sesiapa yang dapat memahami kata kata Sheikh Muhammad Abduh.. ketika itu institusi dan dikalangan agamawan Islam sendiri melihat Sheikh Muhammad Abduh sebagai seorang tokoh yang berfikiran liberal.. sedangkan ia seorang Mujaddid atau tokoh Reformis di dalam dunia Islam..

  1. dia dituduh menentang tradisi pengajian Islam hanya disebabkan dia menolak konsep Taqlid al-A'ma (تقليد الأعمى) , iaitu taklid buta dikalangan Ummat Islam tanpa membawa budaya berfikir dan Ilmu dikalangan sarjana Islam..

Hari ini apa yang dikatakan Sheikh Muhammad Abduh.. kita dapat lihat dengan apa yang berlaku di New Zealand.. bila melihat masyarakat disana berjaya dibangunkan atas asas ilmu dan menolak Ashabiyah.. ketaksuban kepada budaya perkauman samamada dalam urusan kaum dan Agama.. inilah gambaran Islam yang sebenar ..
itulah perbezaan yang kita dapat lihat, perbezaan yang jauh hatta akhlak Muslim disanapun, dengan sifat rahmah dan cara mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka..cara mereka berhadapan dengan Musibah..ia benar benar mengambarkan wajah sebenar Islam..
Disana dari kelompok agama, Ilmuan, tokoh politik, pelajar hatta gangster sekalipun menolak Ashabiyah, perkauman dan kebencian.... malangnya Kebencian, Ashabiyah di Malaysia ia digerakkan dikalangan agamawan hatta yang dipanggil Ulama.. ia amat memalukan kepada kita sebagai muslim..
Begitu juga suatu masa dulu.. Telah berkata Ibnu Tamiyyah..
” اللَّهُ يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الْعَادِلَةَ وَإِنْ كَانَتْ كَافِرَةً وَلَا يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الظَّالِمَةَ وَإِنْ كَانَتْ مُؤْمِنَة "
“ Allah akan menolong negara yang adil sekali pun kafir, dan akan membinasakan Negara yang zalim sekali pun beriman...”
bangkit dengan marahnya para Ulama ,Para Kiyai yang begitu dengan ungkapan2 ini, lalu mereka bertanya.. kenapa perlu memilih Kafir sedang kan masih ramai yang Muslim..
Inilah kedangkalan para Kiyai,Habaib dan Ulama..hatta Mufti di Malaysia.. merka gagal memahami agama dalam konteks pemerintahan.. sedangkan kata kata Ibnu Tamiyah itu bukan menyentuh soal Aqidah.. Kalau dilihat hatta agamawan di malaysia mahupun Indonesia mereka tidak dapat membezakan ia urusan Pemerinthan, mualamah dengan Aqidah..
sedangkan nilai baik itu dalam sesuatu masyarakat, pemerintahan mahupun muamalah tidak membezakan samaada ia muslim atau ghair muslim..sebagaimana yang diungkapkan Sheikh Muhammad Abduh..
Dalam Lafaz lain, Berkata Ibnu Tamiyyah..
فإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ "
“Manusia tidak berselisih bahawa balasan dari perbuatan zalim adalah kebinasaan sementara balasan dari sikap adil adalah kemuliaan....
Ia sesuai dengan Hadis Nabi yang mengkhabarkan kita Allah tidak membezakan perbuatan dan nilai baik, samamada dilakukan oleh Muslim atau selainnya menzahirnya Natijah yang baik..
manakala jika sesuatu Kezaliman itu biarpun dilakukan oleh Muslim, hasilnya adalah kejahatan.. sedangkan dalam urusan Aqidah,(I'tiqadi) m akhirat itu adalah urusan Allah..
إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة، يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر فيطعم بحسنات ما عمل بها لله في الدنيا، حتى إذا أفضى إلى الآخرة لم تكن له حسنة يجزى بها. رواه مسلم
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seorang mukmin yang berbuat baik. Di dunia dia akan mendapatkan balasan dan di akhirat ia akan mendapatkan pahala. Sementara itu,bagi orang kafir (yang berbuat baik) akan di beri kebaikan oleh Allah di dunia, sementara di akhirat ia tidak akan mendapatkan pahala”.
( Riwayat Muslim )
hari ini seperti apa dikata Sheikh Said ramadhan Al-Bhuti akan bahaya akan kelompok Ashabiyah ini, yang dinisbahkan sebagai Islamiyyin.. mereka menggunakan agama(Menunggang) hanya untuk tujuan tujuan Politik..
Berkata Sheikh said Ramadhan di dalam Khutbahnya..
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة.
Mereka ini(Kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah , sebagai Khadam(Alat) bagi mencapai pelbagai tujuan tujuan Politik.."
dan apa yang kita lihat hari ini di dalam Politik Malaysia, mahupun Indonesia..Itulah realitinya.. Dan itulah yang berlaku.. dan mereka itulah yang mengganggap mereka dari kelompok Islamayyin,, hanya merekalah kelompok yang benar.... lalu Mentakfirkan..mempertikaikan Keislaman dan keimanan muslim yang lain.. Dan mereka inilah yang benar benar menunggang agama, Hukum dan Syariat Allah.. benar benar menjadikan agama sebagai alat Politik Mereka...
Catatan Jumaat
29.mac.2019

SAIFUDDIN NASUTION LANCAR PROGRAM FOOD BANK SISWA

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan sut

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Saya kembali ke alma mater saya, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam untuk melancarkan program Food Bank Siswa. Perbincangan antara pihak kementerian, universiti, Food Aid Foundation dan sukarelawan mahasiswa bersetuju dengan konsep “Food Pantry” di mana tempat khas disediakan sebagai tempat simpanan makanan dan agihan kepada golongan sasar mahasiswa yang memerlukan.
Saya yakin program Food Bank Siswa di universiti ini akan bercambah dan maju dengan kreativiti masing-masing. Misalnya, para pensyarah yang ada kemampuan kewangan juga boleh menyumbang makanan bermasak kepada anak mahasiswa seminggu sekali atau dua minggu sekali di samping ditambah dengan sumber bekalan makanan daripada Food Bank Siswa itu sendiri.
Inshallah, usaha yang berdikit-dikit jikalau digabung bersama akan bawa impak positif untuk semua.
Terima kasih UPM kerana telah menggerakkan program ini. Sebagai alumni saya bersyukur dan berbangga atas usaha ini. Berilmu Berbakti.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang