8HB DISEMBER ADALAH HURU-HARA DAN PERGADUHAN, 8HB JUGA ADALAH RUSUHAN DAN KEMATIAN....
Perhimpunan membantah ICERD yang dirancang oleh UMNO dan Pas pada 8 Disember sebenanya bukanlah suatu perhimpunan biasa yang sekadar untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu isu semata-mata, tetapi matlamatnya lebih jauh daripada itu.
Matlamatnya tidak lain ialah untuk menggugat kedudukan kerajaan, malah untuk menjatuhkannya melalui mainan sentimen kaum dan agama yang sengaja dibakar secara keterlaluan.
Melalui sentimen agama dan kaum itu, diharapkan akan berlakulah pergaduhan, huru-hara, rusuhan serta kematian.
Sebab itu, sebelum himpunan diadakan di ibukota pada 8 Disember nanti, ia lebih dulu diadakan di Pasir Salak di tempat di mana Residen British, JWW Birch pernah dibunuh suatu ketika dahulu.
Selain itu, yang lebih penting dan harus diingat bahawa di belakang himpunan membantah ICERD itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan 45 pertuduhan berkaitan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram yang jika sabit kesalahan, menantinya adalah hukuman penjara selama puluhan tahun lamanya.
Di belakang himpunan bantah ICERD juga ada Najib Razak yang kini sudah dikenakan 38 pertuduhan di mahkamah dan lebih banyak lagi bakal menanti. Juga jika sabit kesalahan, hukumannya sama puluhan tahun penjara.
Di belakang himpunan ICERD terdapat sama pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah atau bakal dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah yang pernah mereka lakukan.
Di belakang himpunan bantah ICERD turut terdapat ratusan pemimpin UMNO lain yang dulu bebas menyamun dan mengumpul kekayaan, tetapi kini peluang berbuat demikian sudah pun terhenti dengan tiba-tiba.
Lantaran, dari hari ke hari, bantahan terhadap ICERD sudah bertukar menjadi serangan kepada DAP yang kononnya menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan kedudukan serta hak orang-orang Melayu di negara ini.
Dari hari ke hari juga, jelas dapat dilihat tindakan meniup serta membakar semangat perkauman dan agama begitu berleluasa di media-media sosial dan kumpulan whatsapp tertentu.
Bantahan terhadap ICERD yang sentiasa dibakar oleh UMNO dengan bantuan Pas, ditambah dengan mainan tidak henti-henti isu perkauman dan agama di media sosial, secara tidak langsung telah merangsang orang awam berbuat sesuatu yang tidak normal kepada kaum yang berbeza di tempat-tempat awam sebagaimana yang ditunjukkan oleh seorang lelaki memprotes suatu promosi arak di sebuah pasaraya.
Kenapa sebelum ini perkara itu tidak pernah berlaku, sedangkan promosi arak oleh pasaraya tertentu kepada bukan Islam bukanlah perkara yang baru?
Itulah juga sebabnya, meskipun setelah Tun Mahathir Mohamad bertegas menyatakan ICERD mustahil dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan unik Malaysia yang berbagai kaum serta wujud peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu, mereka tidak memperdulikannya dan tetap juga mahu berhimpun pada 8 Disember nanti.
Himpunan itu nanti, matlamatnya tidak lain ialah semata-mata untuk menumbangkan kerajaan melalui percikan sentiman perkauman dan agama yang akan dimarakkan dengan seluas-luasnya.
Bagi Zahid Hamidi, Najib dan mereka yang ada kes, hanya dengan tumbangnya kerajaan yang ada ini saja dapat menyelamatkan mereka daripada segala pertuduhan yang sedang dihadapi di mahkamah.
Bagi pemimpin UMNO yang lain pula, hanya melalui kembalinya BN berkuasa semula saja yang dapat membuka ruang untuk mereka terus menyamun dan menambah kekayaan.
Oleh, bantahan terhadap ICERD adalah ruang terbuka untuk mencapai semua matlamat tersebut.
Bertembunt dengan matlamat itu, jika pihak berkuasa tidak segera membendungnya, himpunan 8 Disember nanti akan akan bertukar menjadi perhimpunan yang penuh huru-hara, pergaduhan, rusuhan kaum, malah berbunuhan sekali pun.
Kempen-kempen yang semakin rancak atas nama membantah ICERD, tetapi melarat kepada pelbagai firnah terhadap kerajaan ada jelas menggalakkan pergaduhan, rusuhan serta pertumpahan darah yang dengannya diharapkan kepimpinan Tun Mahathir akan segera dapat diakhiri, tidaklah terlalu sukar untuk difahami.
Jadi, apa pula peranan Pas setuju bersama-sama dengan UMNO membantah ICERD?
Dalam hal ini, Pas sebenarnya hanyalah menjadi alat kepada UMNO semata-mata.
Kalau pun Pas ada kepentingan, ia hanyalah berkaitan harapan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di masa depan untuk menggantikan tempat pemimpin-pemimpin Amanah yang sekarang ini nampak bergaya dengan kot dan tali leher bersama jawatan masing-masing. (ShahbudinHusin 22/11/2018)
RAFIZI SETIAUSAHA AGUNG PKR BAHARU?
Rafizi setiausaha agung PKR baharu?
Cakap-cakap bahawa Rafizi Ramli akan menggantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung parti masih misteri.
Saifuddin berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.
“Siapa yang bagi tahu? (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim? Takkan saya nak jawab spekulasi,” katanya kepada FMT hari ini.
Katanya, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenai dakwaan itu.
“Tunggu sampai Anwar umum,” kataya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Sementara itu, Rafizi, ketika dihubungi, menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin.
“Belum ada perbincangan apa-apa dengan Anwar,” katanya.
Ahad lalu, Anwar ditanya sama ada Rafizi akan dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR, susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu PKR.
Anwar memberitahu, beliau belum memutuskan apakah jawatan yang akan ditimbangkan untuk pengasas Invoke Malaysia itu.
Rafizi tidak menyertai barisan kepimpinan baharu PKR selepas tewas dalam pertandingan sengit untuk jawatan timbalan presiden PKR dengan penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi.
Kira-kira 800,000 ahli memilih pemimpin tertinggi parti dalam pemilihan yang berlangsung dari 14 September hingga 10 Oktober lalu.
Pada 25 November 2016, Rafizi, yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan memutuskan meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung PKR serta-merta selepas dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). –
DAP AKAN SAMAN GABUNGAN NGO MELAYU, GAGASAN KUASA TIGA
DAP akan saman gabungan NGO Melayu, Gagasan Kuasa Tiga
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata akan membuat laporan polis terhadap gabungan baru NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) yang mengisytiharkan ‘perang’ terhadap partinya semalam.
Guan Eng, biarpun pada mulanya tidak mahu ambil pusing berkenaan tuduhan NGO itu, akhirnya memutuskan untuk mengikut nasihat peguam-peguamnya memandangkan isu itu sudah pun tular.
“Atas nasihat mereka, […] saya minta mereka tunjuk bukti dan tarik balik (tuduhan), minta maaf, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” tambahnya lagi.
Guan Eng (bawah) yang juga menteri kewangan menyifatkan tuduhan-tuduhan gabungan itu sebagai “fitnah jahat”.
Beliau turut menuntut G3 untuk meminta maaf dan mengemukakan bukti atas semua tuduhan yang dilemparkan kepada mereka jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
“[…] (Fitnah) itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar pada (perhimpunan tolak Icerd) 8 Disember. Ini bahaya, sekiranya demo aman tiada masalah.
“Siapa yang bangkitkan itu (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd)) bukan kami dari DAP. Kami tidak timbul langsung perkara ini (tapi) dia cuba kaitkan atas tujuan politik mereka.
“Saya rasa ia sungguh bahaya, […] apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak yang bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik, mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian ke atas rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Semalam, G3 mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ‘bangsa DAP’ yang disifatkan mereka sebagai musuh kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.
G3 mendakwa isu Icerd dibawa oleh oleh Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang sebagai agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu, Islam di negara ini.
Kit Siang turut didakwa sebagai bapa perkauman yang membawa “agenda ala Zionis”.
ISU ICERD: PAS – UMNO AKAN BENTUK KERAJAAN CAMPURAN DI MASA DEPAN?
Isu ICERD: Pas – Umno akan bentuk kerajaan campuran di masa depan?
Pelbagai isu melingkari Pas sejak Perhimpunan Perpaduan Ummah bersama Umno di Pasir Salak, Perak menentang Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) baru-baru ini.
Bukan sahaja ahli Pas terkilan kerana presiden mereka Hj Hadi Awang tidak lagi memakai serban ketika berucap bersama presiden Umno Dr Zahid Hamidi, malah mereka juga kecewa kerana parti itu seolah-olah sudah bersedia membentuk kerajaan campuran bersama Umno.
Seorang veteran Pas dari Pantai Timur yang enggan namanya disiarkan berkata, himpunan bersama menentang ICERD itu mungkin hanya alasan kepada pemimpin-pemimpin muda Pas untuk menganjurkan lebih banyak himpunan bersama pemimpin tertinggi Umno.
Sementara itu, Umno pula, dakwanya, akan menggunakan kelunakkan hati pemimpin Pas untuk membujuk agar parti itu bersetuju membentuk kerajaan campuran di peringkat negeri.
Menurut beliau yang mengikuti secara dekat perjalanan politik bekas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat dan Hj Hadi, trend kerjasama Umno – Pas kali ini tidak mustahil akan berakhir dengan pembentukan kerajaan campuran. Jelasnya, sekiranya hal itu berlaku maka Pas akan rugi di Kelantan dan Terengganu.
“Sekarang tiada lagi selindung atau bisik-bisik hubungan Pas dan Umno. Jika berlaku kerjasama atau kerajaan campuran maka Umno akan kembali berkuasa di Kelantan dan Terengganu.
“Di Pahang Umno akan merombak Exco kerajaan negeri dengan memasukkan Adun-Adun Pas sebagai Exco
“Di Kelantan pula Exco-Exco Pas akan melepas jawatan mereka kepada beberapa Adun Umno. Begitu juga di Terengganu. Adun Seberang Takir dan Adun Kijal misalnya akan menganggotai semula barisan Exco apabila Pas menerima Umno sebagai parti sekutu,” dakwanya.
Dakwa beliau lagi, ahli Pas akar umbi mulai curiga dengan hala tuju parti dan hala tuju politik pemimpin muda seperti Razman Zakaria, Takiyudin Hasan, Nasarudin Tantawi, Zuhdi Marzuki, Nik Mohd Abduh dan lain-lain. Mereka dilihat mempunyai kecenderungan untuk menyatukan perjuangan Pas dan Umno yang ditentang oleh para pemimpin sebelumnya.
Apatah lagi, katanya, Umno tidak pernah merobah perlembagaannya atau menegaskan untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai mana perjuangan Pas. Malah pemimpin Umno banyak yang terpalit dengan isu penyelewengan kerajaan lalu, yang akan memburukkan imej Pas sekiranya bekerjasama.
“Maka ahli-ahli Pas yang enggan menerima cadangan ini eloklah menziarahi kubur Tok Guru Nik Aziz, kubur Tok Guru Harun Taib, Abu Bakar Chik, Tok Guru Awang Nasruddin dan Ustaz Fadzil Noor untuk bertahlil buat mereka.
“Buatlah amalan yang dibenarkan syarak di sana untuk mengadu hal,” sinis beliau menanggapi situasi Pas yang tidak menentu.
Beliau juga memberi amaran bahawa isu kerjasama Pas – Umno akan menerbitkan perpecahan kedua dalam parti Islam itu dan lebih banyak pemimpin akan keluar. Malah bibit-bibit awal boleh dibaca apabila presiden Amanah, Mohamad Sabu kerap kali berkata partinya terbuka menerima mana-mana pemimpin Pas yang mahu berhijrah.
“Pas akan semakin berpecah bila sahih kerjasama dengan Umno yang bermula di Pasir Salak ini.
“Selepas ini Pas akan meneruskan kempen bersama Umno dalam isu-isu menentang Pakatan Harapan, yang akan lebih mengecewakan ahli
“Dulu ahli sangat yakin Dewan Ulamak Pas bersama ahli-ahli Majlis Syura Ulama akan mempertahan dasar-dasar utama parti namun sebaliknya berlaku bila Tok Guru Nik Aziz kembali ke rahmatullah.
“Kini dasar Pas telah dirobek oleh beberapa kerat pimpinan Pas sendiri,” katanya kecewa.