MANIFESTO PRU: ‘AMBIL KIRA SITUASI SEMASA’ – ANWAR

Anwar kembali ke Parlimen


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar, yang merupakan Presiden PKR, kembali semula ke Parlimen selepas hampir lima bulan diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu.
Ketika nama beliau dipanggil, Ahli Parlimen yang hadir memberi tepukan gemuruh kepada Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau duduk bersebelahan dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada Sabtu, Anwar menang PRK Port Dickson dengan majoriti besar 31,016 undi mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nazari Mokhtar dari PAS (7,456 undi) dan 5 pencabar lain.

Kali terakhir Anwar bertanding kerusi Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi. 


TIADA CUKAI ATAS MODAL DALAM BAJET 2019

‘MENGAPA KRITIK PH, PRESTASI PAS LEBIH BURUK DI PD’

Kemenangan saya isyarat rakyat yakin pada kerajaan PH, kata Anwar

Kemenangan saya isyarat rakyat yakin pada kerajaan PH, kata Anwar

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan beliau pada PKR tersebut disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai kaum.
Ia sekali gus kata beliau membuktikan bahawa mereka menaruh keyakinan kepada kerajaan PH yang mengambil alih pemerintahan pada 9 Mei lalu.
Jelas beliau, selain mendapat sokongan penuh daripada pengundi pelbagai kaum, sokongan daripada anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan juga meningkat dengan banyak.
Anwar mendapat keseluruhan 31,016 jumlah undi mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu calon PAS Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi.
Beliau juga berkata, kemenangan PH di Port Dickson berlaku tanpa PH membuat janji-janji manis.
“Saya tabik orang Port Dickson kerana dalam PRK ini tidak ada sekolah baharu dibuka, tidak ada peruntukan untuk kuil dan masjid, tidak ada pembesaran hospital, tidak ada peruntukan daripada mana-mana kerajaan pusat atau negeri,” kata beliau kepada media selepas disiytiharkan memenangi PRK tersebut, malam tadi.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

TAKTIK KEMPEN CARA JAHAT PARTI AGAMA


Ahmad Muslim Badawi BadawiFollow

Antara Kempen Jahat PAS di Port Dickson, Sampai Usung Muslimat PAS dari Johor.. Mainkan Isu LGBT.. Apa kena mengena PH dengan LGBT ? apa kena mengena PRK Port Dickson dengan LGBT ? Ini Flash Mob Muslimat PAS hari Mengundi..
Bayangkan.. Muslimat PAS dikerah sebar risalah, Main sentimen agama, Isu LGBT, Oktoberfest, Liberal menghasut Orang Islam.. Jahat depa ni lagi teruk dari UMNO.. Pakai tudung Labuh.. Pakai Jubah Perangai lagi jahat dari Wanita UMNO..
Nasib Orang islam Port Dickson tak termakan dengan kempen Jahat dan dakyah PAS di Port Dickson.. Mungkin belah Kedah, Pantai Timur depa boleh lagi termakan..
Sudah sudah la Main sentimen Perkauman, Hari ini Muslimat PAS tambun ada Ijtimak.. Sekali lagi dipaksa guru guru PASTi sebarkan dalam Group whatsapp ,Group taman dan Masjid tentang Liberal.. Seolah Olah kalau tanpa PAS , semua Liberal, PAS tu Islam.. Dengan ustaz Roslan mana ko Belajar tu Muslimat ?
Teruk betui Kesesatan yang dibawa PAS, Sampai Muslimat yang dulu nya lemah lembut, Depa jadikan mereka buruk akhlaknya.. dalam FB pakai Jubah, Pakai Purdah, tapi bahasan maki hamun..mencarut.. Takda Akhlak langsung..
Kalau dah presiden dan Ulama nya tak Berakhlak, Serang Peribadi orang.. apa lagi Muslimat, dan ahli parti agama...
malukan nama Islam .

ANWAR LAGI SELANGKAH JADI PM, RAFIZI LAGI MUDAH KALAHKAN AZMIN



Semua orang tahu bahawa arkitek atau perancang yang akhirnya berjaya meletakkan Anwar Ibrahim menang dengan bergaya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson semalam ialah Rafizi Ramli, bekas Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR.

Daripada mendesak Anwar perlu segera berada di Parlimen, memilih masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya, menentukan Port Dickson sebagai kawasan pilihan, menyerahkan surat perletakan jawatan Danyal Balagopal Abdullah ke Parlimen, mengatur sidang media berkaitan dengannya dan hampir segala-galanya adalah dilakukan oleh beliau.

Bersama membantunya dengan penuh semangat dan kesetiaan untuk mengembalikan Anwar sebagai Ahli Parlimen ialah Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung, Johari Abdul, Abdullah Sani  serta beberapa yang lain lagi.

Sebelum melakukan semua itu, Rafizi sudah pun mengumumkan keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Azmin Ali.

Sesuai dengan usaha meletakkan semula Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah untuk membolehkannya menjadi pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad, Rafizi tanpa berselindung menyatakan hasratnya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR juga tidak lain ialah untuk memastikan kerusi Perdana Menteri itu benar-benar dapat diduduki Anwar kali ini.

Anwar yang telah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, menurut keyakinan Rafizi, akan terhalang atau setidak-tidaknya tergugat daripada menjadi Perdana Menteri jika Azmin terus menjadi Timbalan Presiden PKR.

Digambarkan bahawa Azmin yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi kemudian dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, meskipun namanya tidak dicalonkan oleh PKR, adalah pilihan masa depan Tun Mahathir untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara ini mendahului Anwar yang telah dijanjikan kedudukan itu.

Di suatu ketika ketika Rafizi mengumumkan Port Dickson sebagai kawasan yang akan ditandingi Anwar, beberapa pemimpin PKR menzahirkan perasan sedikit tidak setuju dengan mengatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti dan pelbagai hujah yang lain.

Ada juga yang berhujah dengan melahirkan kebimbangan "Langkah Port Dickson" akan menjadi sama seperti "Langkah Kajang" sebelum ini yang akhirnya menemui kegagalan dan menyebabkan Anwar dipenjara dalam kes liwat kedua.

Tetapi, dengan kejayaan cemerlang serta bergaya yang berjaya dicapai Anwar di Port Dickson ini, nama Rafizi yang sedang bersaing rapat dengan Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, kini secara automatiknya melonjak sama.

Meskipun kemenangan Anwar sebahagian besarnya dicapai kerana usaha gigihnya berkempen dengan mengadakan antara 12 hingga 14 program setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, namun yang memulakan segala-galanya adalah Rafizi.

Daripada enam negeri yang sudah selesai mengadakan pengundian, Rafizi memenangi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan, manakala Azmin menang di Pulau Pinang dan Johor.

Daripada 88 cabang yang telah melalui proses pengundian, 51 daripadanya memihak kepada Rafizi dan 37 menyebelahi Azmin.

Dari segi undi pula, walaupun minggu lalu diumumkan Rafizi mendahului Azmin dengan kelebihan 49 undi, tetapi apabila semakan semula dilakukan, Azmin didapati sedang berada di atas dengan kelebihan satu undi. Undi Azmin setakat ini ialah 19,584 dan Rafizi 19,583.

Proses pengundian di seluruh negara akan berakhir pada pertengahan November dan sembilan daripada 22 cabang di Selangor mengadakan pengundiannya hari ini. Lebihan 13 cabang lagi akan menyusul mengadakan pengundian pada 21 Oktober.

Namun, dengan persaingan yang nampak sama rata antara Azmin dan Rafizi sekarang ini, kemenangan cemerlang dan bergaya Anwar di Port Dickson semalam dengan sendirinya menyebabkan nama bekas Ahli Parlimen Pandan itu melonjak tinggi di hati ahli-ahli PKR yang sejak sekian lama mengimpikan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kemenangan Anwar itu pasti dilihat sebagai strategi bijak yang diatur oleh Rafizi untuk memudahkan lagi laluan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu kemenangan di Port Dickson itu akan diiringi dengan peralihan undi yang lebih banyak memihak kepada Rafizi berbanding Azmin di negeri-negeri seterusnya bagi memudahkan beliau bekerja dan menjadi pendokong yang benar-benar akan berusaha menjadikan kerusi Perdana Menteri dapat diduduki oleh Anwar.

Dalam erti kata lain, kemenangan cemerlang di Port Dickson dengan majoriti 23,560 dan kemampuan meraih 71 peratus undi bukan saja berita gembira yang menjadikan Anwar  hanya selangkah lagi menjadi Perdana Menteri, bahkan juga menjadi laluan lebih mudah untuk Rafizi dalam perjuangannya mengenepikan Azmin.

Kegembiraan Port Dickson tidak membuatkan Azmin gembira sebagaimana Rafizi gembira dengannya. (ShahbudinHusin 14/10/2018)