KENAPA SEKARANG MAHU 'NGOK NGEK NGOK NGEK"?


Image result for anwar ibrahim







Sebaik saja PH menang di Putrajaya pada Mei 2018, Anwar bebas selepas itu. Waktu itu, ramai tidak sabar mahu Anwar kembali beraksi di Parlimen bagi membantu perkuatkan PH dan pentadbiran Tun M

Anwar menjawab, " Tidak perlu tergesa-gesa untuk beliau masuk Parlimen". Anwar menyebut beliau mahu berehat seketika bersama keluarga dan cucu-cucunya. Bulan Jun, Anwar masih tidak membayangkan untuk segera ke Parlimen kerana beliau ada banyak jadual bertemu rakan-rakan  pimpinan di dalam dan di luar negara. Beliau juga sibuk dengan mengunjungi Istana seluruh negeri bagi meyakinkan pihak istana tentang kerajaan baru PH.


Bulan Julai, Anwar masih sibuk dengan aturcara peribadi beliau di samping dijemput oleh beberapa negara luar untuk berbicara tentang kesnya dan kerajaan baru PH. Pada bulan Ogos, Anwar mula memberi bayangan dan lebih serius untuk menyatakan beliau kini telah bersedia untuk ke Parlimen. Beliau ingin mendapatan respon ahli-ahli parti, penyokong-penyokong PH dan rakyat keseluruhannya tentang hasratnya itu. Ternyata, reaksi rakyat amat positif untuk Anwar masuk ke Parlimen.


Bermula bulan September, mula jelas langkah-langkah Anwar untuk ke Parlimen. Sejak itu, beberapa Ahli Parlimen dan beberapa pimpinan telah mula menyatakan sokongan kuat kepada beliau bahkan ada yang mula menawarkan Kerusi buat tokoh Reformasi ini.

Sepatah ayat pun Anwar tidak sentuh hasratnya untuk mengambil alih jawatan PM sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau hanya menyebut kemasukannya ke Parlimen hanya untuk menjadi Ahli Parlimen yang selama ini dinafikan melalui undang-undang zalim sebelum ini. Bahkan, beliau tidak putus-putus meyuarakan sokongannya kepada PM sekarang dan mahukan rakyat memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan sekarang. Beliau persetankan kata-kata dan penulisan beberapa macai yang cuba melaga-laga kan beliau dengan Tun M.

Dari bulan Mei hingga ke bulan September, hampir 5 bulan beliau berehat di luar Parlimen dan baru kini mula serius untuk melangkah ke Parlimen, adakah itu menandakan beliau tergesa-gesa? Lebih kurang 5 bulan yang lalu, hanya beberapa orang pimpinan Keadilan saja yang bercakap untuk mendesak Anwar segera beraksi di Parlimen. Mana yang lain?

Mereka yang lain itu hanya bercakap sekarang setelah Anwar umumkan untuk bertanding di Port Dickson. Itu pun mereka bertanya, " Mengapa Anwar mahu bertanding tidak dibincangkan bersama kami terlebih dahulu?". Bentuk soalan itu saja kita sudah boleh faham mengapa mereka membisu selama ini.

Baru sekarang mahu "Ngok Ngek Ngok Ngek".

WFAUZDIN NS


PORT DICKSON YANG PELIK....



Setelah MIC enggan bertanding dan Pas awal-awal  lagi sudah angkat bendera putih, kini hanya tinggal UMNO yang jadi penentu sama ada akan berlaku pertandingan atau sebaliknya di Port Dickson.

Dilaporkan penentuan sama ada UMNO akan bertanding atau tidak akan diputuskan pada 24 September ini.

Jika UMNO sedia meletakkan calonnya yang sudah pasti akan disokong pula oleh Pas, pilihanraya kecil Port Dickson tentu sekali akan jadi meriah dan menarik.

Tetapi, jika parti itu tidak sedia meletakkan calonnya, maka akan menang percumalah Anwar Ibrahim yang sekaligus lebih memudahkannya sebagai Ahli Parlimen pertama dari Negeri Sembilan menjadi Perdana Menteri.

Namun yang peliknya, sementara menunggu UMNO membuat keputusannya itu, tiga pemimpin parti itu sudah pun  secara terbuka memberi sokongan, malah menyatakan akan turun berkempen membantu kemenangan Anwar yang akan bertanding menggunakan logo Harapan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus

Amboi...mentang-mentang Anwar bakal Perdana Menteri, sanggup mereka ini mengenepikan parti sendiri!!

Tetapi, bagaimana jika nanti UMNO memutuskan tidak bertanding dan Anwar menang percuma?

Kalau itu yang diputuskan, maka terlepaslah peluang ketiga-ketiga pemimpin UMNO berkenaan untuk “menghimpit” bakal Perdana Menteri yang sudah tentu tindakan itu sebenarnya lebih untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Kesiannnn.....(ShahbudinHusin 15/09/2018).

AGONG SELALU PERCAYA SAYA TIDAK BERSALAH



 Image result for ANWAR DAN YANG DIPERTUAN AGONG
Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Yang Di Pertuan Agong ke  V Sultan Muhammad V selalau percaya bahawa beliau tidak  bersalah sejak dari pertuduhan pertama yng dikenakan keatas nya .

Presiden PKR itu berkata demikian semasa perbualannya dengan Baginda Tuanku sendiri.' "Saya berterima kasih kepada Tuanku kerana melaksanakan Keadilan dengan tegas" katanya semasa dialog bersama dengan anak muda anjuran AIC di hotel Corus Kuala Lumpur.

Tambah  beliau, “ Saya(Baginda) mengampun kan saudara bukan kerana saya mempunyai kuasa ditangan semata mata , tetapi saya yakin saudara tidak bersalah , dan saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai  Yang Di Pertuan Agong menghentikan ketidakadilan  keatas saudara sejak 1998 hingga 2018. “

“Anda semua tahu apa respon saya terhadap titah Tuanku? Tuanku kenyataan ini sangat serius dari Tuanku. Tuanku kini menyatakan bahawa, sistem kehakiman , pendakwaan peguam negara , dan penyiasatan semuanya telah dikompromi bagi mengenakan  saya”.

Tunku pula berkata “Ya, saya kata yang benar kepada saudara. Kalau saudara mahu , saudara boleh beri ucapan (menceritakan perkara ini) malam ini  juga (16 mei 2018), jelas Anwar pada hadirin yang memenuhi setiap inci ruang dewan di hotel berkenaan.

 Image result for ANWAR DAN YANG DIPERTUAN AGONG
Anwar dibebaskan dengan pengampunan penuh tanpa sebarang rekod oleh  Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada 16 Mei lalu.
Pengampunan ini bermaksud Anwar boleh terlibat secara langsung dalam politik sepenuh masa dan kini bakal menjadi calon Pakatan Harapan dalam PRK P 132 Port Dickson daLam masa terdekat.


DAP bentuk jawatankuasa khas bantu kemenangan Anwar di PD


DAP Negeri Sembilan akan membentuk jawatankuasa khas bagi membantu kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, lapor Sinar Harian.
Pengerusinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan Anwar untuk bertanding di kawasan itu adalah langkah tepat sebagai persediaan sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.
Menurutnya lagi, DUN Lukut dalam kawasan Parlimen Port Dickson yang diwakili DAP mewajarkan lagi sokongan padu parti kepada Anwar.
“Kepimpinan DAP negeri ini menyokong sepenuhnya pencalonan Anwar di Port Dickson, kita akan memberi bantuan sehingga ke akar umbi bagi memastikan Anwar menang di situ.
“Pengundi Parlimen Port Dickson perlu keluar untuk mengundi kerana mereka memilih bakal Perdana Menteri ke lapan, pertandingan Anwar di situ adalah langkah yang tepat dalam membantu beliau sebagai persediaan sebelum dilantik sebagai PM,” katanya yang juga Setiausaha Organisasi DAP seperti dipetik akhbar itu baru-baru ini.
Anthony yang juga Menteri Pengangkutan turut menzahirkan keyakinan bahawa ekonomi dan pembangunan Negeri Sembilan akan terjamin jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Kita yakin jika Anwar menjadi PM sudah pasti ekonomi dan pembangunan Negeri Sembilan akan dibantu melalui kerajaan persekutuan,” ujarnya.

Penyandang Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Danyal yang merupakan bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menewaskan calon Barisan Nasioanl Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,110 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Parlimen Port Dickson memiliki lima DUN iaitu Chuah dan Lukut masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR).

Parlimen Port Dickson (dulu Telok Kemang) dikuasai PKR selama tiga penggal sejak 2008.

TAK ADA RASA MALUKAH UMNO NAK BERGABUNG DENGAN ANWAR?




Nampaknya UMNO semakin serabut dengan kedudukannya sebagai pembangkang, meski baru empat bulan melaluinya, sehingga sekarang ini tanpa segan-silu membayangkan untuk membentuk gabungan baru yang dinamakan Pakatan Malaysia bersama PKR yang diketuai Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan Nazri Aziz, Shahidan Kassim dan Jamal Md Yunos yang secara terbuka menyatakan kesediaan berkempen untuk Anwar di Port Dickson dan kemudian Presiden UMNO, Zahid Hamidi memberi jaminan tiada tindakan akan diambil khususnya kepada Nazri kerana ditafsirnya perkara itu cuma perbezaan pendapat, kali ini Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula bersuara tanpa berselindung lagi mengenai pengharapan kepada PKR itu.

"Tidak mustahil UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS di Sarawak dan Gabungan Bersatu di Sabah bergabung bersama PKR untuk menubuhkan Pakatan Malaysia menggantikan Pakatan Harapan, tulis Khaled dalam sebuah surat terbuka yang ditujukan kepada Muhyiddin Yassin.

Tidak sukar memahami bahawa pengharapan UMNO kepada PKR dan Anwar ketika ini tidak lain ialah kerana Presiden PKR  itu bakal dinamakan sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang mengikut jadualnya akan berlaku penyerahan kuasa dalam tempoh dua tahun selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu.

Agaknya dalam tempoh menanti Anwar menjadi Perdana Menteri atau menunggu terjadinya penggabungan yang diidam-idamkan dengan PKR itu, ramailah para pemimpin UMNO sekarang ini yang terbawa-bawa wajah Anwar ke dalam mimpi, kalau pun tidak meratib namanya sepanjang masa.

Malah tidak mustahil terdapat juga pemimpin UMNO yang sudah mula meletakkan gambar Anwar di dinding rumah, pejabat dan dalam paparan telefon masing-masing.

Kenapakah UMNO begitu mengharapkan penggabungan dengan Anwar dan PKR untuk kembali memegang kuasa?

Tidak malukah untuk menjilat dan menjulang kembali Anwar, sedangkan selama bertahun-tahun sebelum ini UMNOlah yang paling dahsyat memperlekeh dan menghina Presiden PKR itu dengan pelbagai gelaran dan kata-kata cacian?

Siapakah yang memenjarakan Anwar dalam kes liwat 2 di mana pada ketika itu semua pemimpin UMNO berdiri teguh di belakang Najib yang dilihat bukan saja merancang segala-galanya, malah mempercepatkan perbicaraan di peringkat rayuan yang berlarutan sehingga ke waktu malam?

Siapakah yang melantik peguam Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar itu?

Dengan semua perlakuan UMNO terhadap Anwar selama ini, apakah pemimpin UMNO yang sama mengeji dan mencaci itu, mereka sekarang tiada perasaan malu langsung dengan mengharapkan pergantungan kepada PKR untuk kembali mendakap kuasa?

Atau UMNO sudah tiada kekuatan lagi untuk bertarung dalam PRU15 akan datang, lalu terpaksa membuang perasaan malu dan sanggup bergabung dengan PKR demi semata-mata kerana kuasa?

Kesian...di mana sebenarnya maruah UMNO? (ShahbudinHusin 17/09/2018)