Adun Balakong maut kemalangan jalan raya
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Ng Tien Chee, meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di Kilometer 11. 7 lebuh raya berkenaan.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, Nissan Xtrail dipandu Tien Chee dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga.
“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, pemandu kereta Nissan Xtrail sudah meninggal dunia.
“Mangsa adalah Adun Balakong, Ng Tien Chee, maut di tempat kejadian,” katanya lapor Hmetronlline.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerusi Twitter menggunakan akaun @AmirudinShari mengucapkan takziah kepada keluarga Tien Chee.
“Saya telah menerima berita dukacita YB @eddiengtienchee, Adun Balakong telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya.
“Takziah diucapkan kepada keluarga. Saya turut merasa sedih dan terkejut apabila menerima berita pemergian mendiang YB Ng Tien Chee,” katanya.
PENGETUA SEKOLAH AGAMA CALON PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim mengumumkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis malam tadi..
Nama Mohd Zawawi,48, diumumkan Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran Jentera PKR Pilihan Raya Kecil N49 Dun Sungai Kandis, di Padang Rakyat Jalan Kebun, Shah Alam, malam tadi, di hadapan penyokong dan ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Mohd Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005, sudah terbabit dengan politik sejak zaman Reformasi lagi.
Beliau menjadi ahli PKR secara rasmi pada 2012 selain terbabit dengan banyak siri program ceramah dan latihan ahli serta pemimpin PKR di Cabang Kota Raja serta Ranting Jalan Kebun.
Mohd Zawawi juga adalah Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR Pusat.
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ke-3 berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan 4 penjuru.
sumber m.Dateline
PENGUNDI PAS UNDI DACING?
Melalui khabar yang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, Pas dilaporkan setuju untuk tidak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Sungai Kandis yang ditetapkan 4 Ogos depan.
Persetujuan itu dengan maksud untuk memberi laluan kepada UMNO untuk berhadapan satu lawan satu dengan PKR dalam pilihanraya tersebut.
Perkara itu kemudian disahkan oleh Pas Selangor yang menyatakan pertembungan satu lawan satu antara BN dengan PH akan memberi peluang yang lebih baik kepada pembangkang.
Jarang benar Pas berpendirian tidak meletakkan calon sebagaimana pendiriannya di Sungai Kandis kali ini.
Ketika Pas sama-sama sebagai pembangkang dengan Pakatan Harapan sebelum ini, seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar misalnya, parti tetap berkeras untuk meletakkan calon atas keyakinan mereka adalah parti Islam yang banyak sokongan, lebih berpeluang mencapai kemenangan, selain dakwaan memperjuangkan kebenaran serta berkewajipan menyertai pilihanraya sebagai satu cara untuk berdakwah dan berjihad.
Pas juga selama ini tidak kisah dengan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru sekali pun, malah mengatakan kemenangan di akhirat jauh lebih penting berbanding kejayaan di dunia.
Tetapi, sejak Pas dan UMNO sama-sama bergelar pembangkang sekarang ini, perubahan sikap dan pendirian Pas nampak begitu ketara sekali.
Mereka kini setuju tidak bertanding semata-mata untuk memberi laluan kepada UMNO berhadapan satu lawan satu dengan calon PH daripada PKR.
Makanya, dalam kempen pilihanraya nanti, apakah Pas akan turut berkempen untuk UMNO?
Apakah buat pertama kalinya juga kita akan menyaksikan Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pemimpin Pas duduk sepentas dengan Zahid Hamidi dan Annuar Musa?
Bagaimana pula dengan ahli dan penyokong Pas di Sungai Kandis?
Sediakah mereka memangkah dacingkali ini? (ShahbudinHusin 19/07/2018)