NAJIB MINTA BANTUA CIA JIKA BN MENANG TIPIS

Lima hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang disebut sebagai unit risikan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel.
Surat tiga halaman yang dilihat Malaysiakini itu menyatakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memenangi pilihan raya dengan hanya undi secukupnya untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, surat itu meminta AS menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan 'majoriti mudah atau hanya satu kerusi'.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) mendakwa tidak tahu mengenai surat tersebut dan berkata risikan sepatutnya memastikan keselamatan negara dan bukan mengenai soal pilihan raya.
"Saya tidak fikir risikan harus terbabit dalam usaha memenangi pilihan raya.
"Perisikan tidak sepatutnya melakukan apa-apa dalam pilihan raya. Pilihan raya adalah mengenai kehendak rakyat, pilihan raya adalah mengenai demokrasi,"kata Saifuddin.
Surat dialamatkan kepada pengarah CIA yang dilantik pada akhir Mei di bawah pentadbiran Donald Trump itu turut menyentuh mengenai Mahathir bekerjasama dengan pembangkang.
"Tuan mesti dimaklumkan dengan baik bahawa Mahathir, pada dasarnya bukanlah seorang tokoh pembaharuan yang dapat meningkatkan kepentingan negara kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan diri sendiri.
'Mahathir anti-barat, Najib pro-AS'
Surat itu turut menyebut Mahathir yang berusia 93 tahun pada masa lalu merupakan seorang yang "anti-Barat, anti semitik, kuku besi dan mendiamkan kritikan melalui kekerasan, tidak mempedulikan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. "
"Sepanjang tempohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahgunakan untuk agenda politiknya sendiri dan membenarkan beliau memerintah Malaysia selama lebih dua dekad," katanya.
Najib berkata, agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.
Menurut Najib pula , “Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya.
“Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya – tetapi selepas pilihan raya,” katanya.
Najib berkata surat itu mungkin dihantar dengan niat memelihara kestabilan kerajaan selepas kerajaan jika terdapat kemenangan tipis.
“Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham,” tambahnya.
Setelah melihat tiga halaman surat bertarikh 4 Mei kepada pengarah CIA ketika itu Gina Haspel, Malaysiakini sebentar tadi melaporkan surat itu meminta dukungan AS terhadap pentadbiran Najib jika BN menang mudah atau hanya menang satu kerusi.


sumber mkini


PENYEBARAN BERITA PALSU LEBIH MENGGILA SELEPAS UMNO TIADA LAGI KUASA



Ketika era pemerintahan BN, penyebaran berita palsu, adu domba, fitnah dan penyelewengan fakta boleh dikata dapat ditemui setiap hari melalui media-media arus perdana dan saluran televisyen tertentu.

Betapa meluatnya rakyat kepada perkembangan itu sehingga ramai yang akhirnya membuat keputusan tidak lagi mahu membeli akhbar-akhbar serta menonton televisyen.

Akbatnya jualah akhbar merosot dengan teruk dan siaran berita televisyen tidak lagi ditonton. Syarikat media rugi berjuta-juta dalam setahun, tetapi oleh sebab masih dipayungi oleh UMNO sebagai kerajaan, mereka terus dapat beroperasi seperti biasa.

Tetapi, dengan tumbangnya BN, akhbar arus perdana dan saluran televisyen tertentu tidak lagi berani menjadi penyebar berita palsu, adu domba, fitnah mahupun penyelewengan fakta seperti dahulunya.

Mereka tiba-tiba menjadi lunak dan mula memberi tempat kepada berita-berita baik mengenai apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan.

Individu tertentu yang selama ini kerap menghiasi dada akhbar dan televisyen dengan fakta karut, syak wasangka dan firnah semberono menyerang Tun Mahathir juga turut tidak kelihatan lagi kemunculannya.

Kalau ada pun cubaan mengadu domba dan menyeleweng fakta, kadarnya hanya di tahap paling minima dan sipi-sipi saja. Berita-berita palsu dan fitnah hampir tiada lagi kerana pemilik akhbar dan televisyen berkenaan sedar risiko yang bakal dihadapi jika mereka terus berperangai buruk seperti dahulu.

Perubahan itu bukan saja seiring kerana media arus arus perdana dan saluran televisyen berkenaan sedar tauke mereka adalah UMNO, manakala kerajaan yang berkuasa adalah Pakatan Harapan, tetapi juga disebabkan peneraju media-media terbabit ramai yang sudah ditamatkan perkhidmatan atau diminta meletakkan jawatan.

Semua itu memberi erti bahawa media arus perdana dan saluran televisyen tertentu itu tahu dan sedar perangai buruk dan kesalahan mereka selama ini.

Kiranya tiada apa-apa yang ditakut atau dibimbangi, mereka seharusnya terus mengekalkan ketua pengarang atau pengawal bilik berita yang sama, meskipun kerajaan bertukar kerana hakikatnya pemilikan atau syarikat akhbar arus perdana atau saluran televisiyen itu tidak pun berubah dan kekal dipunyai oleh UMNO.

Walaupun demikian, penyebaran berita palsu oleh pemain media sosial pro UMNO dan BN yang kini sudah menjadi pembangkang sebenarnya tidaklah terhenti begitu saja.

Cuma, ia sudah bertukar daripada media arus perdana dan saluran televisyen kepada medium media sosial. Sebab itu, kebelakangan ini begitu kerap tersebar petikan berita atau tangkap layar yang kononnya merupakan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang disebarkan secara meluas menggunakan logo portal-portal berita bebas tertentu.

Antaranya yang dikesan sebelum ini ialah mengenai isu Raja, Melayu dan Islam, kandungan manifesto, berkaitan cukai SST serta kadarnya, tempoh lupus kenderaan dan macam-macam lagi. 

Hampir saban hari, tatap saja media sosial, pasti terjumpa berita palsu yang pro kepada UMNO dan BN. Tahapnya makin rancak dan kerap. Ia hampir sama dengan dulu di mana selak saja akhbar atau buka televisyen, tidak lain akan kedapatan penuh dengan berita palsu, fitnah, adu domba dan menyeleweng fakta yang memburuk-burukkan Pakatan Harapan.

Semua berita palsu itu yang kononnya merupakan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu, tetapi tidak pernah diucapkan, disebarkan secara meluas melalui media sosial tidak lain dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan mencambahkan kebencian terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan.

Pengendali dan pemain media sosial pro UMNO dan BN kini sedar media arus perdana serta saluran televisyen tertentu tidak boleh lagi digunakan untuk perkara-perkara buruk seperti itu. Media tersebut seolah-olah sudah jadi baik, tetapi kejahatan menyebarkan berita palsu disandarkan pula kepada media sosial.

Petunjuknya cuma satu, menyebar berita palsu, fitnah, adu domba dan menyeleweng fakta bukan saja tidak dapat dipisahkan daripada UMNO dan BN, malah tahapnya makin menggila setelah mereka menjadi pembangkang sekarang ini.

Ia berbeza dengan pemain media pro Pakatan Harapan yang dulu hanya menumpu kepada menyerang kredibiliti, mendedah penyelewengan, mengkritik dan mengapungkan kebenaran bagi kefahaman rakyat betapa buruknya cara pemimpin UMNO dan BN mentadbir negara selama ini.

Itulah yang akhirnya menyedarkan rakyat untuk berani membuat perubahan dan menumbangkan BN.

Malah hari ini, setelah menjadi kerajaan, pemain media sosial pro Pakatan Harapan terus berpaksikan  perjuangan kebenaran seperti dulu, bahkan sama sibuk menangkis berita-berita palsu yang disebarkan oleh mereka yang pro UMNO dan BN dengan tujuan rakyat tetap mengetahui kebenaran di penghujungnya. (ShahbudinHusin 19/07/2018)

Tiada lagi kasut putih untuk murid tahun depan


Nadia Azam  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan apabila Kementerian Pelajaran membuat peraturan baru mulai tahun depan.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.
"Mulai tahun depan kita akan pakai kasut hitam untuk murid-murid.
"Tiada lagi kasut putih," katanya di Shah Alam hari ini.
Kata anggota parlimen Simpang Renggam itu, keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.
Menurut Maszlee, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunaan kasut putih.
"Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih.
Kata Maszlee lagi, beliau turut komited untuk meringankan beban pelajar yang terpaksa menggalas beg berat setiap kali ke sekolah.
"Mereka juga tidak perlu galas beg berat lagi," katanya semasa menghadiri program Bicara Minda Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat melihat pelajar boleh menguasai lebih daripada tiga bahasa melalui sistem pendidikan negara dalam masa lima tahun.
Beliau juga berkata kementerian sudah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
"Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilihat sama taraf seperti British Council bagi tujuan tingkatkan bahasa tanah air dan serantau," katanya.

SARDIN, MEE SEGERA DIKECUALIKAN SST

NAJIB TAK TOLONG MELAYU – DPMM

PTPTN: JANJI PH BETUL TAPI MAKLUMAT KEWANGAN NEGARA TIDAK TELUS

GAYANYA ANWAR MUNGKIN DICABAR?

"Biarkan orang lain bertanding presiden juga, kata PKR P Pinang"


Image result for yb mansor othman



Demikianlah tajuk selain dari gesaan Zuraida Kamarudin.Ramai yang mengetahui bahawa Zuraida adalah kartel Azmin, manakala Mansor adalah orang Azmin di Penang. Maka tidak hairanlah gesaan ini ditujukan agar Azmin langgar Anwar.

Semalam Zuraida berkata bahawa ianya adalah langkah demokrasi agar Anwar yang merupakan seorang arkitek membentuk PKR dan sehingga terpenjara dan antara yang dinaikkan dalam parti adalah orang -orang beliau dan beliau percayai.Mereka inilah yang berjaya dalam organisasi pkr.

Mansor Othman berkata Umno pun membenarkan ahli bertanding presiden dan jawatan tertinggi lain.
Mansor Othman berkata orang lain mesti dibenarkan bersaing dengan Anwar atas semangat demokrasi. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN: PKR Pulau Pinang hari ini menyeru pertandingan jawatan presiden parti dibuka kepada calon-calon lain selepas media melaporkan jawatan itu akan dikhususkan untuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanya, Datuk Mansor Othman berkata walaupun para ahli mengalu-alukan keputusan Anwar bertanding jawatan itu, orang lain juga mestilah dibenarkan bersaing dengan Anwar atas semangat demokrasi.
“Sepanjang tempoh 20 tahun PKR berada di persada politik negara kita berjaya menyuburkan benih demokrasi dalam negara. Ini terbukti apabila Umno hari ini pun keluar dari amalan tradisi yang tidak membenarkan pertandingan jawatan tertinggi parti.”
Mansor dalam kenyataan berkata ahli PKR Pulau Pinang telah lama menunggu Anwar kembali mengemudi parti.“Justeru dengan semangat Malaysia Baharu ini, kita di PKR tidak boleh terlepas dari merayakan pesta demokrasi ini,” tambahnya.
Kenyataan Mansor menyusuli laporan mengatakan pemilihan PKR bulan depan hanya hingga ke peringkat jawatan naib presiden manakala jawatan presiden dikosong untuk Anwar.
Anwar yang dibebaskan dari penjara sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lepas baru-baru ini mengumumkan dia akan bertanding jawatan presiden parti.
Beliau berkata dia akan menggalas jawatan presiden pada kongres PKR November depan jika akar umbi memberikan mandat.
Jawatan itu kini digalas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga timbalan perdana menteri.


ZAHID HAMIDI MASIH TAK SEDAR DIRI....


Zahid...zahid....bilalah nak sedar diri?

Dan mengapa masih tidak mahu menerima realiti?

Jika benar legasi buruk Tun Mahathir Mohamad yang menjadi punca kekalahan BN, bagaimanakah beliau masih mampu mencipta kejayaan buat Pakatan Harapan dan berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua?

Kenapa rakyat tidak takut dan masih mempercayai Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara kalau benar legasi yang ditinggalkannya terlalu buruk?

Sebagai Ketua Pembangkang, Zahid Hamidi seharusnya bercakap berdasarkan  fakta dan realiti bahawa Najib Razak adalah beban paling utama bagi UMNO dan BN sehingga membawa kekalahan parti itu.

Janganlah merapu tak tentu hala. Fakta tetap fakta.

Tanpa Najib, Rosmah Mansor, Jho Low dan 1MDB, UMNO dan BN mungkin masih berkuasa lagi pada hari ini.

Apa yang Zahid Hamidi takut sangat untuk mengakui perkara itu? (ShahbudinHusin 18/07/2018)

BN mesti pulangkan dana terkait 1MDB – Kit Siang


Parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan SUPP perlu memulangkan semula sejumlah RM470 juta yang diterima daripada dana 1MDB, kata tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Kenyataan ini dibuat merujuk kepada laman mini terbitan Malaysiakini yang mendedahkan sekurang-kurangnya RM470 juta dana 1MDB mengalir keluar kepada pertubuhan politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk individu antara bulan April 2012 dan Ogos 2013.

“UMNO menerima sejumlah besar dana iaitu RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah itu. Penerima kedua terbesar pula ialah MIC iaitu RM20.55 juta dan MCA sebanyak RM16.5 juta,” katanya dalam kenyataan.

Pendedahan laporan tersebut katanya telah diagih-agihkan kepada beberapa cabang parti termasuk perpustakaan milik parti.

“UMNO, MCA, MIC dan SUPP mempunyai Anggota Parlimen dan mereka perlu menjawab pendedahan oleh Malaysiakini itu semasa ucapan membahas titah diraja,” katanya lagi.