TANGKAPAN NAJIB ADALAH PILIHAN YANG DIBUAT RAKYAT MALAYSIA



Pagi ini Najib Razak akan didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan yang dipercayai berkaitan rasuah, pecah amanah sebagai penjawat awam dan juga berhubung penglibatan dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Semua pertuduhan itu adalah susulan siasatan terhadapnya sebelum ini dan rampasan wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan beg tangan mewah di beberapa kondo dan kediamannya yang keseluruhannya dianggarkan bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Apa yang berlaku kepada Najib pagi ini adalah pertama kali tercatat dalam sejarah negara di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah atas beberapa kesalahan jenayah yang memungkinkannya merengkok dalam tempoh yang lama di penjara.

Meskipun barangkali ada yang bersimpati dan menyifatkan pendakwaan terhadap Najib lebih bersifat dendam atau bermotif politik, sebenarnya jika diimbas kembali, itulah yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan baru Pakatan Harapa terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Motif utama Pakatan Harapan menyertai pilihanraya bukan saja untuk menumbangkan UMNO serta BN dan mengambil alih kuasa pentadbiran negara, malah juga untuk menangkap, mengheret ke mahkamah dan seterusnya menghantar Najib ke penjara.

Kesalahan paling besar yang didakwa dilakukan Najib ialah berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya dipercayai berlabuh wang RM2,600 juta dalam akaun bank peribadinya.

Sejak sekian lama, kempen dan ceramah Pakatan Harapan, khususnya oleh Tun Mahathir Mohamad dan hampir semua pemimpin  utama gabungan itu ialah untuk menangkap dan memenjarakan Najib.

Tidak cukup dengan perkara itu dilaungkan dalam ceramah-ceramah dan kempen media sosial, malah "Himpunan Tangkap MO1" turut acap kali diadakan di beberapa lokasi.

Atas keyakinan bahawa Najib bersalah dan terlibat dalam skandal 1MDB yang merupakan skandal kewangan terbesar dalam dunia dan bersama keinginan untuk menangkap Najib itulah, hari demi hari sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan semakin membesar dan akhirnya berjaya menumbangkan BN buat pertama kalinya.

Maknanya, rakyat mengundi dan memenangkan Pakatan Harapan memang dengan kesedaran untuk melihat Najib ditangkap dan dipenjara akhirnya.

Jika kempen Pakatan Harapan sekadar untuk memulihkan negara, menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak saja misalnya, tanpa disertai laungan mahu menangkap Najib dan semua yang terlibat dengan skandal 1MDB, belum tentu BN dapat ditumbangkan dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Secara umumnya semua orang sedar bahawa salah laku Najib dan keluarganya berkaitan 1MDB, disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan terdahulu.

Oleh itu, tidak perlu bagi rakyat sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum ini, tiba-tiba mahu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian dengan kesatuan hati mereka menumbangkan Najib, UMNO serta BN dan memenangkan Pakatan Harapan. 

Semua ini adalah permulaan untuk negara terus bergerak ke hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.

Kalau pun masih ada juga perasaan itu, fikir dan renung kembali betapa besarnya hutang 1MDB yang akhirnya ditanggung oleh kita semua.

Fikir juga bagaimana daripada ribu-ribu juta hutang itu, kita-kira RM18,000 juta daripada dilencongkan oleh Jho Low sebagai dalangnya yang kemudian digunakan untuk bermewah, berpesta, membeli hartanah di seluruh dunia, memiliki kapal mewah, bermurah hati membeli barang-barang kemas sebagai hadiah dan sebagainya.

Fikirkan bagaimana sejumlah RM2,600 juta ada dalam akaun peribadi Najib selaku Perdana Menteri ketika itu yang kemudian ianya didakwa sebagai derma.

Fikirlah seterusnya bagaimana Najib dan keluarganya memiliki simpanan tunai dalam 26 jenis matawang berjumlah RM116 juta di rumahnya beserta beg tangan, barangan kemas, jam tangan dan sebagainya yang jumlahnya mencecah ribuan juta.

Fikir...fikir...fikir dan adakah nasib serta keadaan kita sebagai rakyat difikirkan oleh Najib dan semua mereka yang terkait dan bermewah dengan skandal 1MDB sebelum ini? (ShahbudinHusin 04/07/2018)

NETIZEN PERSOAL SAMA ADA NYALA LILIN ATAU BAKAR LEMANG?

No automatic alt text available.Image may contain: one or more people

TANDA SEDIH DAN DUKACITA, PARTI TOK NYALAKAN LILIN DEPAN PEJABAT SPRM SELAGI NAJIB BERMASTAUTIN DI SITU
Selaku parti olamak, parti tok kerap diuji, bukan bala bencana. Pertama, parti tok diuji dgn kekalahan besar dlm PRU14 yg lalu apabila hanya dapat 18 Kerusi Parlimen daripada 40 yg disasarkan dan 158 yang lebai2 semua bertanding. Yang hilang deposit usah ceritalah, berjuta hilangnya. Itu semua ujian bagi kami selaku parti lebai.

Kedua, ujian besar juga bagi kami apabila bekas Ulil Amri atau yg kami gelar "Amirul Najib" telah ditangkap dan kini dilokap SPRM. Malam tadi, kami adakan solat hajat agar mereka yg menangkapnya itu pecah perut. 
Selepas itu, lebai kami mewakili jemaah para lebai iaitu Al Padil Ostat Dr Zuhdi Al Jentiki telah menyempurnakan nyalaan lilin secara syarie bagi menandakan rasa sedih dan dukacita di atas ujian yg menimpa Amirul Najib.
Tok sempat bertanya guru tok, sebelum ini kita selalu memurtadkan geng2 Anwar dan PH kerana pasang lilin, apakah kita yg pasang lilin malam tadi tidak murtad? Guru tok kata,
" Ohhh...La...La...(tidak..tidak) idak samasekali...sebab ambe dah pesang kat Dr Zuhdi pasang liling tu baca Bismillah dan selawat dulu". Jawab guru tok.



NAJIB BUAT PERANCANGAN KEHADAPAN DENGAN SEMPURNA

Image may contain: 1 person, text


Beliau sebenarnya ingin menujukan  project ini kepada Timbalan Perdana Menteri Datu Seri Wan Azizah. Kini apabila dah siap, bolehlah penyokong atau Datin Rosmah menggunakannya..

DIBAYAR 100 .DAKWA PENYOKONG NAJIB.

Khabarnya Perhimpunan Solidariti Terhadap Penahanan Penyamun Terbesar Dunia Anjuran Oleh Macaii UMNO Lokman Nor Adam Di Depan Ibu Pejabat SPRM Di Hadiri Hanya Seramai 59 Orang Sahaja..!!!

Lokman Nor Adam Bayar RM100 Untuk Setiap Seorang Dan Ini Di Dedahkan Oleh Salah Seorang Dari Kalangan 59 Orang Peserta Perhimpunan Tersebut..!!!


Image may contain: one or more people and night

SIAPA PEMIMPIN UMNO SUDI BERI SOKONGAN KEPADA NAJIB DI MAHKAMAH HARI INI ?



Bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang ditahan petang tadi kediamannya di Taman Duta dijangka akan didakwa di mahkamah pagi  pagi ini.

Beliau yang dibawa terus ke pejabat SPRM di Putrajaya sejurus penahanannya, dipercayai akan bermalam di lokap agensi pencegahan rasuah itu pada malam tadi .

Di mahkamah nanti, Najib dijangka akan dihadapkan dengan 10 pertuduhan berhubung rasuah, pecah amanah sebagai penjawat awam dan berkaitan akta pencegahan penggubahan wang haram.

Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri dipercayai akan mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Najib itu.

Pendakwaan terhadap Najib ini merupakan kes yang pertama di negara kita di mana seorang bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah berhubung kesalahan jenayah yang segala-galanya berpunca daripada skandal 1MDB.

Ia berikutan beliau yang mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu gagal mempertahankan kekuasaannya dan ditumbangkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Berikutan kekalahan itu, Najib kemudian meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. 

Kedua-dua jawatan itu kini dipegang oleh Zahid Hamidi yang baru-baru ini berjaya menewaskan Khairy Jamaluddin dan juga Tengku Razaleigh Hamzah.

Persoalan kini, apakah UMNO dan para pemimpinnya akan bersama-sama Najib di mahkamah esok atau bakal menjarakkan diri?

Siapakah yang sedia hadir di mahkamah esok?

Adakah Zahid Hamidi, Mohamad Hassan, Naib-Naib Presiden dan barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan hadir mengiringi dan memberi sokongan moral kepada Najib?

Adakah para pemimpin UMNO yang selama ini kuat mempertahan dan membela Najib seperti Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz dan beberapa yang lain akan sudi hadir sama?

Adakah Ketua-Ketua UMNO bahagian yang pernah menerima wang atau diberikan jawatan oleh Najib sedia menampakkan wajah mereka?

Atau adakah baru esok Najib akan  mengetahui siapa kawan sebenar dan siapa kawan hanya di waktu senangnya saja? (ShahbudinHusin 03/07/2018)