Anwar sangkal akan bertanding di Pandan
DS Anwar Ibrahim menyangkal beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan yang disandang isterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Spekulasi ini bermain di mana mana. Namun sedarkah anda bahawa Anwar dan Permatang Pauh bagai isi dan kuku dan rakyat di bumi Permatang Pauh tidak rela Anwar tinggalkan mereka , lihat sahaja era Reformasi, 2004 hanya tinggal sebuah kerusi sahaja di Permatang Pauh yang dimernangi PKR pada tahun itu.
Ketua umum Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu berkata buat ketika ini, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah yang baru memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu perlu berundur diri lebih awal sekiranya bagi memberi laluan kepadanya.
Tambahan, beliau berkata selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai ’backbencher’ (penyokong kerajaan).
“Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara, mahu berjumpa sahabat handai di luar, namun akan bertemu semua penyokong dalam masa terdekat.
“Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang jadi sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR di Petaling Jaya.
Pada majlis itu seramai 48 daripada 50 ahli Parlimen PKR dan 51 daripada 67 ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) PKR hadir.
Banyak spekulasi terutama di sosial media yang mendakwa bahawa Dr Wan Azizah akan mengundurkan diri sebagai ahli Parlimen Pandan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.
Bagaimana pula di Pandan??. Sudah tentulah apabila beliau di lantik sebagai PM nanti , beliau tidak mahu dikaitkan dengan nepotisme kerana selain WAWI dan Nurul juga terdapat di dalam kerajaan. Ini sudah tentu tidk digemari Anwar.
Jaddi, bagaimana pula kedudukan Nurul? Nurul akan berkorban melepaskan jawatan beliau dan menjadi "penganggur", sementara Anwar akan bertanding di sana. Sementara peralihan berlaku, maka Wawi akan melepaskan jawatan beliau dan di ambil alih oleh Anwar dan mengosongkan kerusi Pandan. Siapa di Pandan? Pilihannya ialah Rafizi kerana beliau adalah "pakar "yang perlu digilap dalam rangka strategi dan juga pakar dalam gerak kerja pilihanraya dan juga seorang economist. PKR tidak boleh kehilangan Rafizi kerana beliau di jemput Anwar untuk menyertai PKR.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengesahkan tidak akan bertanding sebagai ahli Parlimen sepanjang tempoh sebelum bermulanya sesi mesyuarat pertama Dewan Rakyat 16 Julai ini.
“Saya ada program ke London dan Turki dan selepas itu saya akan balik, mengeliling ke negeri-negeri yang belum saya kunjungi untuk bertemu penyokong setia beliau.
“Selepas lawatan saya ke negara Arab dan Barat, barulah kita akan bincang semula kerana lawatan saya ke luar negara mengambil masa lebih dua bulan, barulah saya , dan sudah tentulah mengambil kira pandangan penyokong dan rakyat serta pandangan Tun yang sudah tentulah merestui keputusan untuk bertanding di kerusi mana,” ujar beliau lagi.