KRU pun dah umum bubar, UMNO bila lagi?
Pada 20
oleh Pentadbir
Semalam, kumpulan KRU yang dianggotai tiga beradik, Datuk Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim; mengumumkan pembubarannya setelah 25 tahun bergulat dalam industri muzik tanahair.
“Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi,” umum Norman, dengan linangan air mata.
“Ini keputusan semula jadi yang semamngnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian,” ujarnya dilaporkan MStar.
Dalam tempoh beberapa minggu ini sahaja, parti bunga raya pimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dibubarkan ‘buat sementara’ oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ini kemudiannya diikuti pengumuman pembubaran Parlimen oleh Datuk Seri Perdana Menteri Sementara, Najib Razak.
Berita pembubaran KRU, sebuah kumpulan yang kini menjadi gergasi hiburan Malaysia, bukanlah berita yang kita nantikan, untuk mengekor trend khabar-khabar pembubaran.
Apa yang kita tunggu sebenarnya ialah khabar pembubaran United Malays National Organisation.
UMNO dilaporkan sepatutnya dibatalkan pendaftarannya oleh ROS sekiranya ia masih enggan mengadakan pemilihan parti pada hari ini, 19 April 2018.
Penyandang kerusi Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menulis yang berikut di laman Facebooknya(https://www.facebook.com/peguamPAS/posts/2200053616679016):
Selepas tarikh hari ini, parti sarkas adalah dianggap ‘hantu jembalang’.
Telah tular satu Malaya bahawa parti sarkas sewajarnya dibatalkan pendaftarannya oleh ROS sekiranya ia masih gagal mengadakan pemilihan parti pada hari ini 19 April 2018.
Setakat ini, kita tidak nampak ada sebarang tanda tanda ‘sughro’ dan ‘kubro’ (kecil dan besar) pemilihan parti sarkas akan diadakan pada hari ini.
Justeru itu , jika tiada pemilihan dibuat pada hari ini, pihak ROS yang begitu ‘cekap’ keluarkan surat pembubaran sementara parti PPBM sehari sebelum pembubaran Parlimen dan kurang dari dua jam sebelum pendengaran kes semakan kehakiman ke atas ROS di Mahkamah oleh PPBM dan ‘cekap’ berurusan dengan isu pemilihan parti DAP, maka rakyat mengharapkan ‘kecekapan’ yang sama juga sewajarnya dipamerkan ke atas parti sarkas juga. Baru orang kata ‘fair and square’. Lagi pun Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menjamin prinsip kesamarataan di sisi undang-undang or equality before the law.
Untuk rekod, kali terakhir parti sarkas adakan pemilihan dalam parti mereka adalah pada 19 Oktober 2013.
Berdasarkan Fasal 9.3 Perlembagaan Parti Sarkas, Majlis Tertinggi Parti Sarkas dikehendaki mengadakan pemilihan setiap 3 tahun. Bolehkah ada lanjutan masa?
Ya, Boleh ada lanjutan masa di bawah Fasal 10.16. Berapa lama? Jawabnya 18 bulan (1 tahun setengah) sahaja.
Pada 15 Jun 2015 , MO1 umum bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan selama 18 bulan atas alasan PRU. Pada masa pengumuman itu dibuat, MO1 sendiri sebut lanjutan masa (extension of time) itu dibuat di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan parti sarkas.
SU Agong parti sarkas pula dalam kenyataannya pada bulan Februari yang lalu, berkata pemilihan parti sarkas akan diadakan pada 19 April 2019 selepas katanya parti sarkas dapat persetujuan dari ROS.
Persoalannya adakah ‘the purported approval’ dari ROS itu sah atau tidak? Jika sah okay lah. Jika tidak sah, habislah parti sarkas.
Dalam hal ini, seksyen yang relevan untuk diperhatikan dengan teliti adalah seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 , yang nampaknya parti sarkas cuba bergantung di atasnya. Secara mudah, seksyen ini memberi kuasa kepada ROS untuk beri lanjutan masa sekiranya ada permohonan lanjutan masa itu dibuat secara bertulis oleh pertubuhan yang berdaftar itu.
Akan tetapi, bergantung bulat-bulat ke atas seksyen tersebut tanpa membaca dan memahami betul-betul kehendak Seksyen 13A (4) itu, bagi saya, ‘amat tidak cerdik’.
Seksyen 13A (4) bukan seksyen yang bagi cek kosong kepada ROS untuk suka-suka bagi lanjutan masa. Yang itu kena faham dulu.
Nak faham kehendak seksyen 13A (4), kita kena lihat dan baca juga seksyen 13A (1) dan (2) Akta yang sama. Jika tidak, kita akan ‘sesat’.
Kerana apa? Kerana seksyen 13A (4) bukan bercakap tentang pelanjutan masa ‘simpliciter’ orang undang-undang kata. Maknanya, seksyen itu bukan mudah-mudah bagi kuasa ROS untuk lanjut masa.
Sebaliknya, lanjutan masa yang dinyatakan di bawah seksyen 13A (4) itu berkait rapat dengan lanjutan masa yang diberikan oleh ROS berkaitan perintah (order) yang ROS berikan di bawah sub seksyen (1) atau (2) Seksyen 13A itu. Itu pun, ia bukan mutlak. Ia bergantung jika ROS berpuas hati dengan alasan kukuh yang diberikan oleh pihak yang memohon lanjutan masa itu dan bergantung juga kepada kepuasan hati ROS adalah adil dan patut untuk bagi lanjutan masa yang diminta.
Untuk mudah faham, izinkan saya bagi contoh. Dalam seksyen 13A (1) misalnya , ROS boleh bagi perintah/arahan atau order agar pertubuhan tersebut perlu membekalkan kepada ROS apa-apa (info) dalam peraturan atau perlembagaan pertubuhan itu yang menyatakan bahawa pemegang jawatan pertubuhan itu adalah warganegara dan mengkehendaki pertubuhan itu ketepikan/buang (remove) pemegang jawatan yang bukan warganegara.
Jadi, katakan ada perintah/arahan atau order dari ROS tentang hal itu, maka barulah pertubuhan itu boleh minta dari ROS lanjutan masa jika ia misalnya tak mampu bekalkan maklumat yang diperlukan oleh ROS itu dalam jangka masa yang ROS telah tetapkan.
Maknanya, kuasa ROS nak beri lanjutan masa bergantung pertamanya kepada isu sama ada ROS ada kuasa untuk keluarkan perintah/arahan/order kepada pertubuhan itu dulu? Jika ada, baru relevan untuk quote seksyen 13A (4). Jika TIDAK ADA, bagi saya, ROS dan pertubuhan itu lebih baik tutup mulut!
Dalam kes parti sarkas, isunya ialah isu lanjutan masa untuk adakah pemilihan parti yang diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan parti sarkas sendiri. Justeru itu, ia tiada kaitan langsung dengan ROS di bawah seksyen 13A (4) itu.
Oleh itu ,bagi saya, ROS jelas silap dan parti sarkas pun sama silap. Be honest lah akui kesilapan. Jadi, tidak dapat tidak (by hook or by crook) parti sarkas wajib buat pemilihan parti hari ini juga (19/4/2018) bukan 19/4/2019. So, surat ROS yang bagi lanjutan masa hingga 19/4/2019, bagi saya, tak relevan, tak terpakai dan tak berguna sama sekali.
Jika tiada pemilihan parti sarkas by today, parti sarkas hakikatnya adalah pertubuhan haram. Ia ibarat hantu jembalang! Setakat yang saya tahu, hantu tak boleh pegang jawatan, tak boleh jadi calon dan tak boleh bertanding PRU. Titik. Mereka yang ‘kawan rapat’ dengan hantu juga amat merbahaya dan tak wajar dipercayai.
TAHNIAH PAS TANDING KERUSI PALING BANYAK DENGAN ANGGARAN KOS RM18.40 JUTA HINGGA RM34.40 JUTA
DR SYED AZMAN , MANTAN YB BATU BURUK
1. Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kenyataan terbaru Presiden PAS, YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang di Perak kelmarin di mana beliau mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 160 kerusi di dalam Pilihanraya Umum Ke 14 kelak.
Sesungguhnya dengan pengumuman ini PAS bakal julung-julung kali mencatat rekod penting dalam arena politik tanahair dengan menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi di dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia!
Setakat yang kita ketahui, tidak pernah mana-mana parti politik bertanding melebih 150 kerusi d dalam mana-mana pilihanraya umum.
Bahkan UMNO selaku parti terbesar di Malaysia dari segi keahlian dan cawangan serta menjadi parti tunggal yang paling ramai ahlinya menjadi Ahli Dewan Rakyat, hanya bertanding sekitar 121 kerusi sahaja di dalam pilihanraya umum yang lalu.
2. Saya tak pasti samada ini adalah muktamad kerana PAS, terutamanya Presiden PAS sendiri acapkali bertukar-tukar sikap dan sentiasa mengubah sasaran dan jangkaan terutama dari aspek kerusi yang hendak ditandingi.
Tidak lama dulu PAS nyatakan hendak kekal bertanding semua kerusi PAS sebelum ini iaitu sekitar 80 kerusi. Kemudian jadi 100, 120 dan 130 kerusi. Kemudian beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS mengatakan PAS akan bertanding 150 kerusi.
Dan beberapa hari yang lepas Presiden PAS tiba-tiba mengisytiharkan akan bertanding 160 kerusi. Bila sentiasa mengubah-ubah jumlah kerusi yang nak ditandingi ini menunjukkan betapa berceramuknya percaturan PAS.
Mungkin juga untuk bermain silap mata bagi menutup hasrat sebenar yang sekian lama diwar-warkan iaitu untuk menjadi ‘kingmaker’ atau kuasa penentu.
Pimpinan PAS kelihatan tak mampu menjawab persoalan ahli-ahli biasa PAS yang mempersoalkan apabila PAS bertekad hendak menjadi kingmaker yang boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya dengan Umno Bn untuk membentuk kerajaan, adakah ianya bermakna PAS sememangnya sanggup untuk menyokong Dato Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan secara tidak langsung meletakkan Datin Seri Rosmah Mansor kekal sebagai ‘First Lady of Malaysia’?
Dan ada juga bertanya apakah dengan menjadi kingkmaker bermakna PAS boleh juga membentuk kerajaan bersama DAP yang selama ini PAS dakwa kuat menentang Islam atau parti Amanah yang dianggap pengkhianat? Tidakkah ini politik oportunis?
3. Jadi, dalam keadaan ini tidaklah menghairankan apabila jumlah kerusi sentiasa diubah-ubah walaupun sampai ke tahap yang tak munasabah walaupun sudah layak untuk dimasukkan ke “Malaysian Book of Records”.
Ahli-ahli PAS di kampung dan ceruk desa mungkin ramai yang sedang bersorak gembira kerana digambarkan sekarang PAS bakal bertanding begitu banyak kerusi, sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini.
Namun wajar juga ahli bawahan menghitung apakah kemampuan yang ada pada jentera PAS dan juga kewangan parti, terutama PAS yang gigih mengutip sumbangan atas nama jihad dari ahli-ahli bawahan.
Jika benar PAS hendak bertanding 160 kerusi Parlimen, maka untuk deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15 ribu untuk sebuah kerusi Parlimen. Manakala untuk belanja pilihanraya sahaja katakan sekurang-kurangnya sebanyak RM100 ribu bagi sesebuah kerusi (had perbelanjaan yang ditetapkan akta pilihanraya ialah sebanyak RM200 ribu).
Maka secara keseluruhan yang diperlukan ialah paling kurang sebanyak RM18.4 juta dan jika perbelanjaan pilihanraya Pas mencapai had maksima yang di tetapkan Spr sebanyak RM200 ribu maka perbelanjaan untuk 160 kerusi Parlimen akan mencecah RM34.40 juta!
4. Saya tahu PAS semasa era sebelum ini memang tidak ada kemampuan kewangan sebesar itu. Jadi, adakah ahli PAS sanggup untuk bergolok gadai mencari wang sebanyak itu di dalam keadaan diketahui bahawa sasaran bertanding sebanyak 160 kerusi itu adalah sangat tidak realistik?
Atau adakah terdapat ‘permainan’ lain di sebaliknya? Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendedahan yang sedang ‘viral’ sekarang tentang sekurang-kurangnya dua akaun berkaitan PAS yang dikatakan menerima pemindahan wang yang keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta dan dikatakan wang tersebut dimasukkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO.
Jika benar, kenapa PAS menerima duit dari ‘musuh’ politiknya?
5. Saya tak mampu menolak tanggapan bahawa ‘permainan’ sebenar di sebalik segala senario ini adalah dalam rangka untuk memastikan PAS bertanding sebanyak mungkin kerusi bagi memecahkan undi Pakatan Harapan dan seterusnya memberi kedudukan yang selesa kepada UMNO/BN untuk terus berkuasa.
Apatah lagi sejak pengumuman pembubaran Parlimen minggu lepas kelihatan terdapat gelombang baru sokongan rakyat kepada PH yang dapat disaksikan dengan jelas di daam setiap majlis aktiviti kempen anjuran PH di seluruh negara. Maka satu-satunya ‘trump card’ yang ada pada BN untuk memastikan BN selamat ialah kad berlatarkan bulan bernama PAS!
6. Justeru, amat malang jika sekiranya rakyat Malaysia yang masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan kononnya PAS akan masuk dalam PRU 14 untuk menumbangkan kerajaan BN dan tidak melihat mainan sebenar politik PAS yang semakin terserlah niatnya untuk mengekalkan kerajaan kleptopkrasi BN di bawah Dato Seri Najib.
Undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara. Jadi rakyat tidak perlu membuang masa dan membazirkan undi dan dengan mengundi parti sebegini.
Jika rakyat Malaysia benar-benar ingin melihat perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara dan mengheret kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri untuk bertanggungjawab di atas segala kesusahan dan kerosakan yang dilakukan ke atas rakyat dan negara seperti pengenaan GST, peningkatan kos sara hidup, skandal 1MDB, FELDA dan lain-lain, maka tiada pilihan lain melainkan untuk mengundi parti-parti dari Pakatan Harapan di dalam PRU 14.
DATO’ HJ MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden Parti amanah negara
Bekas Ahli Pas 34 Tahun
18 Apr. 2018/2 Sya'ban 1439H.