Pendirian Persatuan Patriot Kebangsaan Malaysia bagi pilihan raya umum 2018



Barisan pimpinan Persatuan Patriot Kebangsaan Malaysia dalam video ini telah merakamkan mesej pendirian mereka kepada seluruh rakyat Malaysia di luar sana – baik di dalam, mahupun luar negara – menjelang pilihan raya umum kali ini.
Walaupun bersara, semangat mereka masih kental untuk mempertahankan negara.

DR HATTA RAMLI CALON AMANAH DI LUMUT

Najib akhirnya terpaksa akui wujudnya tsunami Melayu



Hampir dua minggu lalu, dalam pertemuannya dengan editor kanan di pejabatnya di Putrajaya, Datuk Seri Najib Razak dengan penuh yakin menyatakan tsunami Melayu tidak mungkin berlaku dalam pilihan raya umum kali ini.
“Saya tidak nampak tsunami Melayu akan berlaku, tsunami Melayu ini bermaksud UMNO ditolak. Saya tidak nampak (itu akan berlaku),” katanya seperti yang dipetik agensi berita Bernama pada 4 April lalu.
Tetapi sekarang nadanya sudah berubah. Semalam dalam satu majlis di Subang Jaya, Selangor, Najib selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional, membuat tuduhan palsu kononnya Pakatan Harapan tidak menghormati institusi Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Menggunakan tuduhan palsu itu yang juga merupakan satu bentuk berita tidak benar, dia dipetik media sebagai berkata,”…amat penting bagi kita untuk pastikan dalam pilihan raya umum ke-14 ini tidak akan berlaku tsunami Melayu.”
Ini bermaksud dia sendiri terpaksa bekerja keras untuk melawan tsunami Melayu yang pada mulanya dikatakan tidak wujud itu.
Kini Najib cuba memujuk orang Melayu supaya tidak bangun menentangnya. Dia sanggup menggunakan fitnah bersifat perkauman dan keagamaan demi mengekalkan kuasanya sendiri.
Fenomena kebangkitan orang Melayu ini telah saya suarakan sejak tiga tahun lalu. Dalam tulisan saya pada Julai 2015, saya mengemukakan hujah bahawa undi orang Melayu akan beralih kepada pembangkang kerana mereka marah dan tidak tahan lagi dengan tekanan ekonomi dan sosial akibat kelemahan pentadbiran Najib.
Kini ia menjadi kenyataan. Apa yang Najib suarakan semalam membuktikan tsunami Melayu bukan sebuah ramalan, sebaliknya ia fenomena yang sedang terjadi.
Walaupun ditekan dan dihalang oleh BN, rakyat pelbagai kaum, termasuk ramai orang Melayu di merata negeri seperti Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor masih sanggup hadir ke ceramah Pakatan Harapan walaupun dalam keadaan hujan ribut.
Oleh kerana itulah, Najib dan menteri-menterinya bermati-matian cuba menafikan kewujudan gelombang kebangkitan orang Melayu.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama-sama memilih Pakatan Harapan jika kita mahu sebuah kerajaan baru yang prihatin, adil, tidak rasuah, dan tidak tamak kuasa. 


BETULKAH BERITA INI ??? PAS BOLEH BERSEDIA...


Image may contain: 1 person, text




Sekadar Bertanya..Betul Atau Benar Ni?Oppp..Tak Betulkah Soalan Tu?Takkan Silap Soalan,Terus Nak Cop Harbi..

Image may contain: 1 person, smiling, textImage may contain: 1 person, text

PAS catat rekod tanding 160 kerusi demi pecah undi HARAPAN


Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kenyataan terbaru Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang di Perak kelmarin di mana beliau mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 160 kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak.
Sesungguhnya dengan pengumuman ini PAS bakal julung-julung kali mencatat rekod penting dalam arena politik tanahair dengan menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi di dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia!
Setakat yang kita ketahui, tidak pernah mana-mana parti politik bertanding melebih 150 kerusi d dalam mana-mana pilihanraya umum. Bahkan UMNO selaku parti terbesar di Malaysia dari segi keahlian dan cawangan serta menjadi parti tunggal yang paling ramai ahlinya menjadi Ahli Dewan Rakyat, hanya bertanding sekitar 121 kerusi sahaja di dalam pilihanraya umum yang lalu.
Saya tak pasti samada ini adalah muktamad kerana PAS, terutamanya Presiden PAS sendiri acapkali bertukar-tukar sikap dan sentiasa mengubah sasaran dan jangkaan terutama dari aspek kerusi yang hendak ditandingi.
Tidak lama dulu PAS nyatakan hendak kekal bertanding semua kerusi PAS sebelum ini iaitu sekitar 80 kerusi. Kemudian jadi 100, 120 dan 130 kerusi. Kemudian beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS mengatakan PAS akan bertanding 150 kerusi. Dan beberapa hari yang lepas Presiden PAS tiba-tiba mengisytiharkan akan bertanding 160 kerusi.
Bila sentiasa mengubah-ubah jumlah kerusi yang nak di tanggani ini menunjukkan betapa berceramuknya percaturan PAS. Mungkin juga untuk bermain silap mata bagi menutup hasrat sebenar yang sekian lama diuar-uarkan iaitu untuk menjadi ‘kingmaker’atau kuasa penentu. Pimpinan PAS kelihatan tak mampu menjawab persoalan ahli-ahli biasa PAS yang mempersoalkan apabila PAS bertekad hendak menjadi kingmaker yang boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya dengan UMNO-BN untuk membentuk kerajaan, adakah ianya bermakna PAS sememangnya sanggup untuk menyokong Dato Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan secara tidak langsung meletakkan Datin Seri Rosmah Mansor kekal sebagai ‘First Lady of Malaysia’?
Dan ada juga bertanya apakah dengan menjadi kingkmaker bermakna PAS boleh juga membentuk kerajaan bersama DAP yang selama ini PAS dakwa kuat menentang Islam atau parti Amanah yang dianggap pengkhianat? Tidakkah ini politik oportunis?
Masuk ‘Malaysian Book of Records’
Jadi, dalam keadaan ini tidaklah menghairankan apabila jumlah kerusi sentiasa diubah-ubah walaupun sampai ke tahap yang tak munasabah walaupun sudah layak untuk dimasukkan ke ‘Malaysian Book of Records’.
Ahli-ahli PAS di kampung dan ceruk desa mungkin ramai yang sedang bersorak gembira kerana digambarkan sekarang PAS bakal bertanding begitu banyak kerusi, sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini. Namun wajar juga ahli bawahan menghitung apakah kemampuan yang ada pada jentera PAS dan juga kewangan parti, terutama PAS yang gigih mengutip sumbangan atas nama jihad dari ahli-ahli bawahan.
Jika benar PAS hendak bertanding 160 kerusi Parlimen, maka untuk deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15 ribu untuk sebuah kerusi Parlimen. Manakala untuk belanja pilihanraya sahaja katakan sekurang-kurangnya sebanyak RM100 ribu bagi sesebuah kerusi (had perbelanjaan yang ditetapkan akta pilihanraya ialah sebanyak RM200 ribu).
Maka secara keseluruhan yang diperlukan ialah paling kurang sebanyak RM18.4 juta dan jika jika perbelanjaan pilihanraya Pas mencapai had maksima yang di tetapkan Spr sebanyak RM200 ribu maka perbelanjaan untuk 160 kerusi Parlimen akan mencecah RM34.40 juta!.
Saya tahu PAS semasa era sebelum ini memang tidak ada kemampuan kewangan sebesar itu. Jadi, adakah ahli PAS sanggup untuk bergolok gadai mencari wang sebanyak itu di dalam keadaan diketahui bahawa sasaran bertanding sebanyak 160 kerusi itu adalah sangat tidak realistik? Atau adakah terdapat ‘permainan’ lain di sebaliknya?
Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendedahan yang sedang ‘viral’ sekarang tentang sekurang-kurangnya dua akaun berkaitan PAS yang dikatakan menerima pemindahan wang yang keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta dan dikatakan wang tersebut dimasukkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO. Jika benar, kenapa PAS menerima duit dari ‘musuh’ politiknya?
PAS pecah undi Pakatan Harapan
Saya tak mampu menolak tanggapan bahawa ‘permainan’ sebenar di sebalik segala senario ini adalah dalam rangka untuk memastikan PAS bertanding sebanyak mungkin kerusi bagi memecahkan undi Pakatan Harapan dan seterusnya memberi kedudukan yang selesa kepada UMNO/BN untuk terus berkuasa.
Apatah lagi sejak pengumuman pembubaran Parlimen minggu lepas kelihatan terdapat gelombang baru sokongan rakyat kepada PH yang dapat disaksikan dengan jelas di daam setiap majlis aktiviti kempen anjuran PH di seluruh negara. Maka satu-satunya ‘trump card’ yang ada pada BN untuk memastikan BN selamat ialah kad berlatarkan bulan bernama PAS!
Justeru, amat malang jika sekiranya rakyat Malaysia yang masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan kononnya PAS akan masuk dalam PRU 14 untuk menumbangkan kerajaan BN dan tidak melihat mainan sebenar politik PAS yang semakin terserlah niatnya untuk mengekalkan kerajaan kleptopkrasi BN di bawah Dato Seri Najib. Undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara.
Jadi rakyat tidak perlu membuang masa dan membazirkan undi dan dengan mengundi parti sebegini.
Jika rakyat Malaysia benar-benar ingin melihat perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara dan mengheret kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri untuk bertanggungjawab di atas segala kesusahan dan kerosakan yang dilakukan ke atas rakyat dan negara seperti pengenaan GST, peningkatan kos sara hidup, skandal 1MDB, FELDA dan lain-lain, maka tiada pilihan lain melainkan untuk mengundi parti-parti dari Pakatan Harapan di dalam PRU14. 


Kenapa kain rentang BN dicetak di Shanghai?


Ramai orang bertanya soalan yang sama di media sosial. Kain rentang Barisan Nasional yang bersepah-sepah di merata tempat bukan sahaja membawa slogan yang aneh, bahkan menyertakan maklumat paling tidak patut bagi sebuah parti yang menjaja idea nasionalisme.
Kita semua tahu kain rentang mana yang dimaksudkan. Dengan slogan ‘Hidup Rakyat’ yang menjadi slogan demonstran pro-pembangkang setiap kali turun ke jalanraya, kain rentang ini tanpa segan silu mendedahkan siapa gerangan pencetak dan di mana ia dicetak.
Persoalan kenapa syarikat Tex-Ebo International (Shanghai) Co Ltd. mendapat keistimewaan untuk mencetak bahan kempen parti kerajaan Malaysia mungkin boleh dijawab dengan seribu satu alasan, termasuk alasan kos percetakan yang lebih rendah.
Namun jika kita mengambil kira faktor penaklukan ekonomi China ke atas tanah air melalui pintu yang dibuka luas oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, agak sukar untuk kita mengabaikan keresahan yang mula berombak di dada.
Tambahan pula baru beberapa hari kita ditampar dengan kenyataan bahawa syarikat pembinaan China Communications Construction Company (CCCC) yang dianugerahkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion, telah diberikan pengecualian cukai GST oleh kerajaan United Malays National Organisation.
Maka ramailah bertanya-tanya, apa istimewanya negara komunis ini di hati Barisan Nasional yang hari demi hari menyerang DAP sebagai ‘parti Cina’ dan/atau ‘parti Komunis’.
Istimewanya syarikat-syarikat China ini dapat kita ukur dengan mengira bilangan projek-projek besar yang telah dianugerahkan kepada mereka oleh kerajaan Malaysia, atau paling tidak dengan menyukat pegagangan pelaburan China dalam projek-projek tersebut.
ECRL contohnya, yang bernilai RM55 bilion adalah jauh kecil nilainya jika dibandingkan dengan projek Forest City yang bernilai RM450 bilion. Itu belum ditambah projek Iskandar Malaysia di mana China turut melabur sejumlah RM22.2 bilion.
Menganjur ke Utara, kita turut menemukan tangan China dalam projek Melaka Gateway yang mencatat pelaburan berjumlah RM8 bilion. Sedikit ke Timur, kita temukan pula Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan.
Maju ke tengah, kita berdepan pula dengan projek Bandar Malaysia, yang dibangunkan secara usaha-sama dengan syarikat China Railway Construction Engineering (CREC). Ini letaknya di Sungai Besi, menggantikan pengkalan tentera udara yang dipindahkah nun jauh ke Sendayan, Negeri Sembilan.
Semakin ke tengah, kita temukan pula projek Tun Razak Exchange.
September tahun lalu. syarikat yang sama mengelola projek ECRL mengumumkan akan membina pejabat serantaunya di sini, dinamakan CCCC Tower.
Naib Presiden CCCC, Peng Dapeng dilaporkan berkata bahawa tanah di Tun Razak Exchange telah pun dibeli, namun perincian projek tersebut belum muktamad.
“Malaysia sangat penting bagi kita. Seperti yang anda boleh lihat, nilai kontrak yang kita miliki di Malaysia adalah yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean. Setakat ini, kita mempunyai kontrak bernilai lebih US$16 bilion (RM67.27 bilion).
“Kita percaya bahawa angka ini akan bertambah besar pada masa akan datang,” katanya dilaporkan The Star.
Ogos lalu, cawangan CCCC di Malaysia telah mendapatkan pegangan 15% dalam WCT Precious Development Sdn Bhd (WCTPD) yang terlebih dahulu telah memperolehi tanah seluas 71,986 kaki persegi di TRX daripada 1MDB Real Estate Sdn Bhd dengan harga RM223 juta.
CORE (Singapore) TRX Investment Pte Ltd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan kepada syarikat terkait CCCC, CCCG Real Estate Group Ltd, mempunyai pegangan 65% dalam WCTPD. Kedua-dua syarikat dimiliki China Communications Construction Group Ltd.
Komunis China sudah jadi kaum pemodal, dan mereka berada di mana-mana, terima kasih kepada United Malays National Organisation dan Barisan Nasional. Untunglah jadi syarikat China, cukai GST pun tak kena.
Mungkin sebab terbesar BN mencetak kain rentangnya di Shanghai, adalah supaya ia tidak perlu membayar cukai GST. Eh bukankah GST akan buat harga barang turun?
Cuba kita tanya syarikat percetakan di Shanghai itu, berapa kos yang dibayar Barisan Nasional untuk mencetak kain rentang dengan slogan ciplak? Boleh telefon atau hantar faks dan tanyakan sendiri kepada mereka. Kedua-dua nombor ada di kain rentang BN.


Adakah TM sertai gerakan ganggu Demokrasi Berparlimen?


Baru-baru dilaporkan dalam sebuah portal berita tempatan bahawa Telekom Malaysia (TM)yang telah mengeluarkan pekeliling yang menghalang pekerja TM untuk terlibat dalam pilihanraya raya umum yang ke-14 yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 18 April 2018.
Pekeliling itu menyatakan bahawa pekerja TM tidak boleh memainkan peranan selaku warga negara Malaysia untuk menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi mana-mana parti politik.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, larangan para pekerja untuk terlibat dalam kempen pilihanraya sama ada menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi parti-parti politik adalah tindakan yang bertentangan dengan hak berpersatuan dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan memperuntukan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk bebas bersuara dan berpersatuan selagi tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya percaya ramai tidak faham, sejak bila pula penglibatan dalam proses demokrasi yang dijamin perlembagaan dan undang-undang menjadi seasuatu yang mengancam keselamatan negara.
Adakah TM kini sudah menjadi sebahagian dari gerakan yang sedang giat berusaha untuk menyusahkan warga Malaysia daripada melaksanakan tanggungjawab demokratik mereka? Kita dapat melihat kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan menteri dan jentera Barisan Nasional seolah-olah mengarapkan tidak ramai terlibat dalam proses pilihanraya lebih-lebih lagi sebagai seorang pengundi.
Jika TM sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari gerakan ganggu demokrasi berparlimen, mengapa tidak TM keluarkan saja pekeliling menyuruh agar pekerja-pekerjanya tidak boleh mengundi terus? Saya percaya, para pemimpin Barisan Nasional yang seboleh-boleh tidak mahu ramai keluar mengundi bergembira jika TM bertindak sedemikian.
Saya menyeru pekerja TM supaya tidak mudah digertak oleh mana-mana anasir gerakan ganggu demokrasi berparlimen kerana ianya jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara kita.
Kepada semua pekerja TM, saya sisipkan apa yang Tun Mahathir pesankan ketika konvensyen Pakatan Harapan 2018, “Berani-beranilah!” 


TSUNAMI LANGKAWI, TSUNAMI PUTRAJAYA




Tun Mahathir Mohamad kini sah akan bertanding di Langkawi sebagai tiketnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 mewakili Pakatan Harapan selepas 9 Mei depan.

Untuk tujuan itu, Tun Mahathir bukan saja mesti menang di Langkawi, tetapi juga wajib memastikan UMNO dan BN dapat ditumbangkan kali ini.

Meskipun kedua-dua matlamat itu tidak mudah dan sentiasa memerlukan kerja keras yang berterusan sehingga detik akhir hari pengundian, tetapi semuanya tidak mustahil untuk dijayakan.

Apatah lagi, sejak beliau meninggalkan UMNO, menubuhkan Bersatu dan kemudian mengetuai Pakatan Harapan, gabungan pembangkang itu sentiasa menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan serta mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan daripada rakyat seluruh negara.

Menumbangkan UMNO dan BN tidak mustahil kerana parti  itu bukanlah keramat yang tidak boleh dikalahkan sama-sekali. Ia sama saja seperti parti-parti  yang menguasai kerajaan lain di dunia yang pernah berkuasa, kemudian bertukar menjadi tamak haloba dan akhirnya tumbang kerana rakyat tidak kuasa lagi bernaung di bawahnya.

UMNO dan BN sudah berkuasa terlalu lama sebenarnya. Tempoh lebih 60 tahun berkuasa  itu telah menjadikan pemimpinnya lupa diri, bongkak dan mempunyai sifat yang tiada hadnya kerana mereka selalu beranggapan parti mereka akan kekal menggenggam kuasa buat selama-lamanya.

Sebarang percubaan untuk menumbangkan UMNO dan BN kerapkali dianggap sebagai mahu menjatuhkan kerajaan dan mengancam masa depan orang-orang Melayu, meskipun yang mahu mengganti itu adalah parti dan pemimpin daripada kelompok Melayu juga.

Secara amnya, orang Melayu masih takut untuk berubah. Ia sebahagiannya kerana UMNO dan BN kekal menjadikan mereka miskin, ketinggalan, tidak terdedah kepada maklumat luar dan perlu bergantung kepada bantuan tunai untuk meneruskan kehidupan.

Namun, dengan salah laku dan kerosakan yang diakibatkan oleh Najib kepada negara dan rakyat sejak 2009 lalu, kesedaran kepada perubahan kini boleh dikata sudah mencapai kemuncaknya.

Ia ditambah lagi dengan dunia kini semakin terbuka sehingga rakyat yang kedinginan menderita sewaktu banjir misalnya dengan mudah didedahkan bagaimana Najib sedang meluangkan masa bermain golf di Amerika pada waktu yang sama.

Untuk memastikan negara dapat diselamatkan dan perubahan yang diimpikan rakyat menjadi kenyataan, apa yang dikatakan tsunami rakyat mesti dijadikan kenyataan kali ini.

Tsunami itu bukan saja untuk memenangkan Tun Mahathir di Langkawi yang mana BN sebelumnya mempunyai kelebihan  majoriti sebanyak  11,861 undi, tetapi juga bagi memastikan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan dengan mengurangkan jumlah kerusi BN daripada 133 sekarang ini kepada kurang daripada 112.

Jika Tun Mahathir menang di Langkawi, tetapi Pakatan Harapan kalah dalam perjuangan menawan Putrajaya  atau Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya, namun Tun Mahathir kalah di Langkawi - kedua-dua keadaan itu tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua.

Kejayaan sebenar perubahan dan agenda menyelamatkan Malaysia ialah kedua-duanya, Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mesti menang di Langkawi dan dapat menguasai Putrajaya.

Meskipun respon awal memperlihatkan harapan cerah untuk Tun Mahathir menang di Langkawi, begitu juga untuk Pakatan Harapan menguasai Putrajaya, tetapi semuanya tidak mustahil untuk berubah di saat-saat akhir sebelum hari pengundian.

Harus diakui perhitungan PRU 14 bagi Najib ialah hidup bebas merdeka atau mengakhiri hidupnya penjara. Tidak mustahil beliau akan melakukan apa juga usaha, malah kekotoran untuk memastikan kemenangan tetap menjadi miliknya.

Sebab  itu, pilihanraya kali ini bukan saja tentang tsunami Melayu, tsunami Langkawi, tsunami Cina, tsunami India atau tsunami Sabah yang diperlukan untuk merubah keadaan, tetapi yang lebih penting ialah memastikan berlakunya tsunami yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia.

Hanya tsunami rakyat dapat menggagalkan segala kerja kotor, perancangan jahat dan penggunaan wang secara besar-besaran untuk tujuan menafikan kemenangan Pakatan Harapan.

Jika rakyat dan generasi akan datang mahu lebih terjamin kehidupan masa depan mereka, tsunami 9 Mei nantilah penentuannya. Tsunami itu bukan semata-mata untuk menyingkirkan Najib, UMNO dan BN atau menaikkan Tun Mahathir serta Pakatan Harapan, tetapi tsunami itu adalah untuk faedah dan kebaikan kita semua. (ShahbudinHusin 17/04/2018)

Menghidu tanggapan Hadi Awang



Hari ini hampir tidak dapat dibezakan antara UMNO dan PAS. Andai berselisih di jalanan, nescaya yang disangka UMNO itu boleh jadi PAS dan PAS itu boleh jadi UMNO.
Kenyataan penuh prasangka dan tuduhan ala pil kuda menolak kedudukannya setaraf pemimpin-pemimpin Umno yang kini diperlekeh rakyat.
Calon parlimen Putrajaya dari Barisan Nasional pernah mengungkapkan nada yang hampir sama beberapa hari lepas. Mereka mula melagukan isu agama apabila semua jalan untuk menang tertutup rapat.
Kad agama dan perkauman telah menjadi bahan pertaruhan demi sekupang dua nilai perjuangan untuk rakyat. Tidak saya sangka, harga PAS menjadi semurah ini.
DAP terus jadi sasaran
Tuduhan Haji Hadi bahawa DAP mahu merobek Perlembagaan Persekutuan dan kononnya mahu merendahkan dan melemahkan Institusi Raja-Raja adalah dakwaan yang sangat keterlaluan dan sudah melampui batas.
PAS telah menjadi UMNO, malah kelihatan lebih buruk lagi. Ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua yang menggunakan Islam sebagai dasar partinya. Ia kelihatan sangat hodoh sekali.
Haji Hadi kerap kali tersalah membaca politik sebagaimana kegagalan beliau ketika menjadi Menteri Besar Terangganu tahun 1999 dulu.
Inilah kelemahan dan kegagalan Presiden PAS yang tidak pernah diberitahu oleh penasihat-penasihat di sekelilingnya.
Islam yang didambakan oleh rakyat, adalah Islam yang mencakupi keseluruhannya. Kemampuan mengurus tadbir ekonomi dengan baik, kecekapan menambah pendapatan hasil negeri, kemahiran membongkar penipuan dan skandal membabitkan harta awam dan duit pembayar cukai serta keupayaan mencari jalan keluar untuk membaiki kehidupan rakyat.
Isinya kosong
Ya, ia juga sepatutnya melibatkan dosa pahala yang sering diulang-ulang oleh para penceramah PAS di depan ahli-ahlinya. Namun, jenama Islam yang dibawa PAS hanya berhenti setakat itu sahaja.
Ia sekadar yang disyarah dan ditulis dengan perkataan yang elok-elok di Facebook sedangkan isinya kosong dan kering kontang.
Perjuangan mendidik dosa pahala termasuklah bangkit melawan koruptor yang merompak hasil negara dan bukan setakat menjadi penasihat dan sekadar berpuas hati selepas hanya sejam-dua pembentangan.
Presiden PAS sudah semacam Presiden UMNO yang selalu kebingungan kenapa mereka ditolak sedang merekalah yang kononnya berjuang demi agama dan untuk bangsa.
Mereka telah cuai mengenalpasti maksud keseluruhan Islam yang di dalamnya juga termasuklah kewajipan mewakili kepentingan rakyat yang menghantar mereka ke dalam Dewan Rakyat.
Kepentingan rakyat bermaksud suara mereka diangkat ke dalam Parlimen dan bukan dengan kegagalan menghadiri sidang atau berkecuali dalam apa-apa pengundian.
Khianat perjanjian
Mengkhianati persetujuan yang dicapai seperti yang berlaku di DUN Kota Damansara dan di DUN Sungai Acheh atau mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno sebagai calon perdana menteri melalui pintu belakang ketika semua bersepakat memilih Anwar Ibrahim, menyaksikan tindakan Haji Hadi bertentangan dengan apa yang diucapkan.
Memfitnah DAP dengan tuduhan yang dipungut dari kisah-kisah di jalanan atau dari mereka yang ada kecenderungan membuat fitnah, tidak ubah seperti bertanyakan arah jalan kepada mereka yang sedang sesat dalam perjalanan.
Sebagai ulamak besar, Haji Hadi wajar memeriksa dengan siapa beliau mendapat berita. Beliau boleh sahaja memeriksa sendiri dengan DAP dan bukannya membuat kesimpulan dari laporan sebelah pihak seperti yang sering dilakukan oleh TV3. Kita semua tentunya sangat takut akan dosa fitnah walaupun terhadap orang bukan Muslim.
Terhidu juga
Mendabik dada mendakwa tidak pernah disoal siasat oleh SPRM, PAS ialah seperti kanak-kanak yang memakai baju bersih dan tidak pernah keluar rumah tetapi mendakwa hanya baju dia sajalah yang putih bersih berbanding kanak-kanak lain yang bergasak berhujan berpanas bermain di luar.
PAS tidak pernah jatuh basikal kerana tidak cuba menunggangnya. Bukankah sejarah perjuangan Islam mencatatkan para pejuang melalui pelbagai mehnah dan fitnah semata-mata mempertahankan hak dan kebenaran?
PAS kini dilanda era kejatuhan. Menggunakan kad agama dan perkauman petanda lain-lain kad telah pun habis mereka gunakan.
PAS telah mula menyerupai UMNO dan Haji Hadi telah menyerupai Najib Razak. Seorang percaya hanya mereka saja mewakili Melayu dan yang seorang lagi percaya hanya mereka saja yang mewakili Islam.
Mereka menggunakan kedua-duanya untuk memeluk kuasa dan menipu rakyat, malangnya rakyat telah menghidu segala-galanya.