LEBIH 5000 BANJIRI CERAMAH PH DI TEMERLOH

 Lebih 5000 hadir untuk mendengar penggumuman calon PH


 Hishamuddin rais berkempen turun 14 April untuk KELUAR UNDI  TANGKAP PENCURI  di depan SOGO

Orang ramai yang hadir
 Bersama poster keluar UNDI TANGKAPPENCURI.Belaiu menyatakan bahawa Bn sedang menggunakan tipu helah di mana hampir 1 juta pengundi pos telah sedia untuk mengundi awal.Hanya dengan keluar mengundi beramai ramai boleh mengalahkan undi tipu.

Sdr Mat Sabu telah menjelaskan bahawa perpecahan yang berlaku dalam Umno dan Pas berjaya membentuk Pakatan Harapan, malahan ianya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan untuk mendapat undi dari rakyat 

 Bakal Timbalan Perdana menteri memberi satu pos gambar
 RARA yang mewakili DAP dan akan bertanding di salah satu DUN di Bentong.Parlimen Bentong antara kawasan panas hanya dengan kelebihan beberapa ratus undi sahaja.

 Peminat Tun  ..walau duduk dan berusia tetap bersemangat menyokong  PH
 Orang ramai berebut mengambil gambar Tun M apabila beliau naik ke pentas

 Datuk Sri Wan Azizah ..gelara Datuk diperoleh dari Pulau Pinang .Menurut Mat Sabu gelaran ini bukan dipinjam dari suami, tetapi anugerah dari Kerajaan Negier  Pulau Pinang..dan ianya bukan dari Pahang.




 Orang ramai menyalakan lampu apabila lagu PH dimainkan.Inilah antara ceramah yang ramai pernah dihadiri rakyat Pahang . Menurut siaran live yang diadakan semalam, hampir 21k menonton melalui siaran secara live di Temerloh Pahang.

SENTIMEN RAKYAT KINI ADALAH PERUBAHAN DAN TOLAK BN

Image may contain: 7 people, crowd


Image may contain: one or more people and crowd
Image may contain: one or more people, crowd and outdoorImage may contain: 7 people, crowd and outdoor

Kredit Foto: Dr Wan Azizah Wazn Ismail .Ceramah PH di Temerloh.


Parlimen baru saja dibubarkan pada 7 April lalu dan ketika ini belum diketahui lagi bila tarikh penamaan calon, mahupun pengundian akan diadakan.

SPR yang bertanggungjawab mengendalikan proses pilihanraya belum lagi menetapkan tarikh mereka bermesyuarat untuk menetapkan tarikh-tarikh tersebut.

Pendeknya, bahang pilihanraya masih terlalu awal lagi. Mungkin dalam tempoh tiga minggu atau sebulan lagi, barulah detik penting untuk rakyat mengundi atau membuat pilihan itu datang bertandang.

Tetapi, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelumnya, gelombang perubahan ternampak lebih ketara kali ini. Di mana-mana, di alam maya atau alam nyata, keinginan kepada perubahan itu begitu jelas sekali.

Rakyat hakikatnya sudah lama menunggu detik ini. Sejak Najib membuat pelbagai onar dalam negara yang menyusahkan rakyat dan menjadikan kehidupan mereka lebih derita, di samping dalam masa yang sama terkait pula dengan skandal mega 1MDB, rata-rata yang terpaksa membayar cukai GST setiap hari,  semakin menjauhkan diri daripada beliau.

Najib dianggap sebagai anak bangsawan yang tidak faham susah dan derita rakyat. Beliau lahir dan membesar dalam dulang emas dan kemahirannya hanyalah menonjolkan wajah manis dan bunga-bunga kata dalam ucapannya, tetapi derita rakyat tetap begitu juga, walaupun tahun silih berganti dalam pemerintahannya.

Sebab itu, menjelang detik pengundian kali ini, meskipun banyak gula-gula pilihanraya cuba dicurahkan Najib, baik melalui kenaikan beberapa elaun segera seperti Rela misalnya, pakej untuk penjawat awam, tambahan BR1M dan segala macam janji manis dalam manifesto BN, semuanya bagaikan dipandang sepi oleh rakyat.

Rakyat tidak lagi terlihat ghairah dengan semua pemberian itu kerana mereka sedar semua itu adalah janji-janji manis untuk menambat hati sewaktu pilihanraya semata-mata.

Mereka sedar dengan sekian banyak janji manis yang dicurahkan itu, kebanyakannya dijanji akan dilaksana pada Julai atau selepasnya, segala-galanya adalah melibatkan kos yang tinggi dan berkemungkinan untuk menampungnya akan membuatkan cukai lebih tinggi akan dikenakan atau banyak lagi subsidi akan ditarik balik.

Jika tidak dengan mencukai lebih banyak daripada poket rakyat, di manakah Najib mahu memperolehi wang untuk semua yang dijanjikannya itu?

Selain itu, sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, janji-janji manis yang diumumkan Najib juga dirasa begitu menjengkelkan kerana BN seharusnya boleh melaksanakan semua itu dua atau tiga tahun sebelum ini dan bukannya hanya menjelang detik-detik akhir pembuangan undi sahaja.

Dengan yang demikian, keikhlasan BN benar-benar boleh diragui.

Berbeza dengan janji Pakatan Harapan, khususnya menghapuskan GST, mengembalikan banyak subsidi dan menstabilkan rakyat minyak, ia adalah janji-janji yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat.

Untuk menurunkan kos sara hidup dan menjadikan wang lebih banyak dalam poket rakyat, seterusnya menjanjikan keselesaan dalam menjalani kehidupan, apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan itu lebih mudah lagi untuk diterima.

Lantaran itu, sentimen rakyat di mana-mana ketika ini adalah perubahan kerajaan serta menolak Najib, UMNO serta BN. Rakyat percaya hanya dengan perubahan saja kehidupan mereka akan berubah.

Adalah dipercayai gelombang perubahan itu semakin membesar dan terus membadai bila semakin hampir hari pengundian nanti.

Itu jugalah yang menyebabkan apabila Tunku Mahkota Johor atau TMJ cuba mempertahankan Najib dengan perumpamaan agar enjin kapal tidak perlu ditukar dengan yang baharu semata-mata kerana nakhodanya bermasalah, tetapi kekal duduk dalam kapal yang sama sambil membimbing nakhoda tersebut, ramai yang tidak setuju dengan pandangan baginda itu.

Walaupun TMJ adalah anak raja serta bakal Sultan Johor suatu hari nanti dan kebiasaannya jarang bagi rakyat tidak bersetuju dengan kata-kata daripada istana, namun kemahuan rakyat jelas melangkaui segala-galanya.

Dalam luahan komen serta reaksi di pelbagai media sosial, jelas tergambar bahawa rungutan rakyat adalah berkaitan kos sara hidup yang terus meningkat, keadaan negara yang semakin memburuk, selain Najib sendiri dipercayai terpalit dengan skandal kewangan yang tidak boleh diterima perlakuannya oleh rakyat kebanyakan sekarang ini.

Di mata rakyat, meskipun BN ada jasa-jasanya tertentu, selagi ada Najib di situ, mengekalkan lagi BN yang bermakna akan menjadikan Najib terus kekal berkuasa, adalah sesuatu yang mustahil kali ini.

Gambaran yang nyata ialah Najib dan BN sudah tidak boleh dipertahankan lagi. Siapa juga yang cuba membela dan mempertahankan Najib, ia sebaliknya hanya mengundang reaksi penolakan rakyat yang lebih besar daripada sebelumnya.

Sentimen rakyat terlalu kuat dan akan terus kuat untuk menolaknya sehingga jatuh.