Bersama gabungan pun PAS menang 27 saja. Sekarang ahli dah ramai keluar, sokongan China dan India merudum. Agaknya berapa kerusi PAS akan dapat?
SENYUM.....MACAM DALAM DEWAN....
Bersama gabungan pun PAS menang 27 saja. Sekarang ahli dah ramai keluar, sokongan China dan India merudum. Agaknya berapa kerusi PAS akan dapat?
MOOD MENUKAR KERAJAAN JELAS, PH BERSEDIA HADAPI PRU 14 – TENGKU ZULPURI
India terabai, singkirkan MIC – Tun Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masyarakat India terabai semasa pentadbirannya dan oleh itu beliau berasa bertanggungjawab untuk menyingkirkan MIC.
Bercakap di hadapan 500 hadirin di pelancaran manifesto PH untuk kaum India hari ini, Dr Mahathir sedar dia dipersalahkan kerana tidak prihatin kepada nasib masyarakat India.
“Tetapi saya fikir anda ketika itu diwakili oleh seseorang. Dia ‘besar’ sangat, saya tak boleh nampak apa di belakangnya.
“Sekarang saya dapati dia tidak menjalankan tugasnya, jadi tindakan yang perlu diambil ialah menyingkirkan parti itu.”
Dr Mahathir Mohamad menerajui kerajaan BN selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Menuju pilihan raya umum akan datang, PH dan BN sedang bersaing untuk mendapatkan sokongan masyarakat India, yang memainkan peranan sebagai undi penentu di beberapa kawasan di Tanah Melayu.
Mobilisasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu pada pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, pembentukan kerajaan bukan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, serta kekalahan presiden parti utama kaum India, Tun S Samy Vellu.
Dr Mahathir berkata manifesto PH untuk kaum India berjanji akan memastikan kaum India mendapat peluang pendidikan yang baik melalui pembiayaan penuh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan naik taraf prasarana di setiap SJKT menyamai mutu di sekolah kebangsaan.
“Untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat India, kerajaan PH akan menambah jumlah pelajar India di sekolah-sekolah berasrama penuh dan di Maktab-maktab Rendah Sains Mara seluruh negara.
“Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak India dari keluarga berpendapatan rendah, keluarga yang bekerja di ladang-ladang, dan mereka yang termasuk dalam kategori miskin bandar,” katanya.
Satu dana khas juga akan dibentuk, untuk pembangunan sosial dan ekonomi kaum India, dengan peruntukan RM4 bilion untuk 10 tahun pertama.
“Modal awal dana ini akan dikumpul daripada sumbangan kerajaan PH serta sumbangan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta. Untuk memastikan dana ini boleh berkuatkuasa segera, kerajaan PH akan memberi peruntukan awal segera berjumlah RM100 juta dalam belanjawan pertama kerajaan kami.
“Pengurusan dana ini akan melibatkan komuniti India secara menyeluruh, iaitu seperti model yang digunakan oleh Tabung Persatuan Masyarakat India Singapura (Sinda),” katanya. –
MOOD MENUKAR KERAJAAN JELAS, PH BERSEDIA HADAPI PRU 14 – TENGKU ZULPURI
Mood menukar kerajaan jelas, PH bersedia hadapi PRU 14 – Tengku Zulpuri
Menjelang pembubaran parlimen, pelbagai tekanan dikenakan ke atas Pakatan Harapan (PH). Belum pun selesai isu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) enggan mendaftarkan PH sebagai satu gabungan, timbul pula isu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan sementara pendaftarannya.
Bagi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, keadaan itu memperlihatkan ketakutan yang amat sangat PM Najib Razak dalam menghadapi PRU 14, bukan sebaliknya rakyat ‘tidak ada mood’ untuk berubah.
Katanya, rakyat telah menunjukkan mood menyokong padu PH dalam siri himpunan-himpunan Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung sejak beberapa minggu lalu.
“Sebenarnya pemimpin BN takut kerana ramai rakyat Malaysia masih kagum dengan Tun Dr Mahathir.
“Walaupun berbagai halangan telah dilontarkan kepada kami, kami akan bertarung habis-habisan dalam kempen PRU14 sebab kami adalah suara rakyat.
“Saya tahu PM Najib berkata kali ini rakyat ‘seperti tiada mood untuk menukar kerajaan’ tetapi saya berpendapat walaupun negeri-negeri Pantai Timur tidak begitu rancak, mood untuk berubah tetap ada di negeri-negeri Pantai Barat. Mungkin negeri-negeri Pantai Timur akan menjadi lebih aktif selepas pembubaran Parlimen.
“Kita sekarang hanya menunggu Parlimen dibubarkan. Kalau PM Najib begitu yakin akan menang besar, tahun lalu pun PRU14 sudah diadakan. Mengapa perlu tunggu sampai Mei tahun ini?” tanyanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Pahang.
Menurut Tengku Zulpuri, bukti BN takut menghadapi PRU boleh dilihat rakyat apabila tergesa-gesa meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya baharu pada 28 Mac lalu, yang akan memberi kelebihan kepada parti itu untuk menang.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan sikap pemimpin BN yang hanya ‘nampak kuman di seberang laut’ apabila menghentam Selangor dalam isu gangguan bekalan air, sedangkan di Pahang, negeri PM Najib sendiri, terdapat kawasan yang langsung tiada bekalan air.
Tengku Zulpuri juga menyelar BN kerana tidak mampu memberi penyelesaian terhadap kenaikan harga barang dan kos hidup akibat pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
“Isu GST adalah isu yang gagal diberi penjelasan yang baik oleh pemimpin BN sebab mereka tidak boleh menafikan cukai inilah yang menyebabkan harga barang tinggi.
“Oleh itu, saya harap para pengundi akan memangkah dengan bijak dalam PRU14 supaya GST dapat dimansuhkan apabila Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada Suara pakatan daily.
SOKONG PAKATAN HARAPAN
Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar sahabat-sahabat orang Perlis Kedah Perak Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah..tidak lupa juga kepada sahabat dari Singapura Indonesia dan Brunei.. semoga sihat-sihat selalu.. Aamiin ya Rabbal Alamin
Jom kita bawa perubahan pada PRU 14
Jangan beri peluang pada mereka yang menindas kita
Undi Pakatan Harapan untuk masa depan yang gemilang
Apa khabar sahabat-sahabat orang Perlis Kedah Perak Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah..tidak lupa juga kepada sahabat dari Singapura Indonesia dan Brunei.. semoga sihat-sihat selalu.. Aamiin ya Rabbal Alamin
Jom kita bawa perubahan pada PRU 14
Jangan beri peluang pada mereka yang menindas kita
Undi Pakatan Harapan untuk masa depan yang gemilang
Kerajaan HARAPAN akan bersihkan Malaysia dalam 100 hari
Pada 7
oleh Pentadbir
Tempoh 100 hari pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menyaksikan perubahan dasar-dasar penting yang mengutamakan kedudukan ekonomi rakyat dan reformasi institusi serta dasar-dasar kerajaan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tempoh itu merupakan masa ‘pembersihan’ negara daripada sebarang kekotoran pentadbiran regim terdahulu.
“Pemerintahan UMNO selama 60 tahun telah menyebabkan penyingkiran institusi yang bebas dan runtuhnya prinsip semak – imbang sebuah sistem demokrasi.
“Agenda awal yang menjadi keutamaan Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya adalah mereformasi institusi-institusi nasional bagi menyelesaikan skandal-skandal besar sama ada 1MDB, FELDA, MARA atau Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan, tonggak pentadbiran yang bersih seperti pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman telah digantikan dengan pemusatan kuasa yang melampau oleh Perdana Menteri.
Sehubungan itu, kaedah terbaik mempertahan, melindungi dan memelihara Perlembagaan adalah dengan membuka laluan kepada kebebasan sivil yang sememangnya mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Peguam Negara yang baru akan diberi tanggungjawab untuk menyemak semula atau memansuhkan mana-mana undang-undang yang telah mengekang rakyat daripada menikmati hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
10 Rang undang-undang yang akan disemak semula atau dimansuhkan ialah:
1) Akta Perhimpunan Aman, 2012
2) Akta Komunikasi & Multimedia, 1998
3) Akta Kesatuan Sekerja, 1959
4) Akta Imigresen
5) Akta Pertubuhan, 1966
6) Akta Polis, 1967
7) Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971
8) Akta Rahsia Rasmi, 1972
9) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984
10) Akta Antiberita Tidak Benar, 2018 – Roketkini.com
SIMBOL PKR PILIHAN TEPAT MEWAKILI PAKATAN HARAPAN
Sebagaimana yang dijangka, malah disebut beberapa kali dalam tulisan sebelum ini, Pakatan Harapan akhirnya memilih simbol PKR sebagai lambang tunggal untuk semua calon gabungan itu dalam pilihanraya akan datang ini.
Sekaligus ini merupakan suatu kejayaan bagi gabungan pembangkang yang buat pertama kalinya dapat membuat persetujuan bersama berhubung penggunaan satu simbol itu.
Ini juga menunjukkan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan telah mendapat penghormatan yang tinggi di mana usahanya untuk menyatukan parti-parti pembangkang telah mendapat respon yang baik serta membuahkan kejayaan akhirnya.
Penggunaan satu simbol ini adalah suatu lagi kejayaan Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan BN, setelah sebelum ini turut berjaya menyelesaikan pembahagian kerusi dan menetapkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7.
Hakikatnya, tidaklah mudah untuk membuat persetujuan ini, terutamanya melibatkan DAP yang sejak pilihanraya 1969 lagi telah menggunakan logo roket, bahkan simbol itu sudah begitu dekat dengan hati orang-orang Cina.
Tetapi, demi agenda yang lebih besar untuk menyelamatkan Malaysia dan menunjukkan kesepakatan bersama untuk menentang BN di bawah satu simbol, DAP telah melakukan suatu pengorbanan besar yang tidak mudah sebenarnya.
Untuk itu, tahniah dan syabas kepada DAP kerana akhirnya memilih untuk berjiwa besar demi masa depan Malaysia yang lebih baik selepas ini.
Namun demikian, penggunaan satu simbol ini tidak seharusnya menimbulkan masalah besar kepada semua parti dalam Pakatan Harapan. Pendekatannya adalah mirip seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang meninggalkan simbol masing-masing, sebaliknya hanya menggunakan lambang dacing untuk menyertai pilihanraya.
BN sendiri sebenarnya tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan melebihi 60 tahun jika semua parti komponennya menggunakan lambang masing-masing setiap kali pilihanraya diadakan.
Oleh kerana usaha menubuhkan Pakatan Harapan menghadapi sekatan dan nama serta simbol gabungan itu tidak boleh digunakan, maka mengguna atau meminjam simbol PKR adalah pilihan yang tepat dan terbaik.
PKR adalah parti pelbagai kaum yang tidak ubah seperti BN juga kedudukannya, selain namanya sudah agak dikenali ramai. Jika PKR pelbagai kaum, BN juga pelbagai kaum.
Kiranya dengan UMNO menggunakan lambang dacing yang pelbagai kaum tidak menyebabkan perjuangan Melayunya terpadam, begitu juga perjuangan Bersatu membela orang Melayu tidak berubah hanya kerana menggunakan simbol PKR.
Malah, dengan adanya satu simbol tunggal PKR itu, kerja jahat UMNO untuk mengelirukan pengundi dan membuat tuduhan palsu serta menakut-nakutkan pengundi Melayu terhadap DAP dan lambang roket, dengan sendirinya tidak laku lagi dalam pilihanraya kali ini.
Juga, tidak harus timbul sebarang keraguan sama ada calon Bersatu, DAP dan Amanah boleh menggunakan simbol PKR atau tidak. Turut tidak harus timbul ialah keperluan calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah menjadi ahli PKR terlebih dahulu sebelum boleh bertanding menggunakan logo parti pimpinan Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu.
Praktisnya sudah berlaku sebelum ini di mana ahli PSM atau Parti Sosialis Malaysia misalnya pernah meminjam logo PKR untuk bertanding di Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara.
Untuk itu, amalan yang sama akan digunapakai kali ini di mana calon-calon Bersatu, DAP dan Amanah akan meminjam atau menggunapakai simbol PKR untuk menyertai pilihanraya, selain calon PKR sendiri sudah tentunya wajib menggunakan logo yang sama.
Pendekatan itu adalah suatu kejayaan bagi Pakatan Harapan yang tidak diberi kelulusan dan menjadikan ia semakin dekat untuk menjadi kerajaan baru bagi Malaysia menggantikan BN, meskipun di saat-saat akhir Bersatu cuba dilemahkan oleh Najib yang semakin terdesak dengan menggunakan RoS untuk membubarkan pendaftarannya. (ShahbudinHusin 07/04/2018)