TERKINI : KENYATAAN MEDIA : AHLI ALIRAN KESEDARAN NEGARA DITAHAN

ALIRAN KESEDARAN NEGARA atau ALIRAN sebuah Ngo yang aktif di Pulau Pinang melahirkan rasa kesal dengan penahanan seorang ahlinya Sarajun Hoda Abdul Hassan yang ditahan petang tadi.
"Kami dimaklumkan bahawa beliau di bawa ke balai polis Dang Wang"demikian sumber dari Ngo's terbabit .
Menurut Ngo terbabit",  beliau ditahan dibawah seksyen 298  dan 233 akta komunikasi dan multimedia.
Kesatuan itu juga menuntut agar pihak berwajib agar memberikan alasan keatas penahanan  beliau dan membenarkan beliau mendapatkan rawatan dan perubatan yang diperlukan jika beliau memerlukannya.

ALIRAN KESEDARAN NEGARA
ALIRAN 29 JANUARI 2018

Aliran is gravely concerned that one of our members Sarajun Hoda Abdul Hassan has been arrested this evening.
We are told he has been taken to the Dang Wangi Police Station.
The reason for his arrest is unclear but it is believed he was detained under section 298 of the Penal Code and section 233 of the Communications and Multimedia Act.
We call on the authorities to state the reason for his arrest and to allow him immediate access to a lawyer. He must also be allowed access to any medication he may need.
Aliran executive committee
29 January 2018

Kayu pengukur pendidikan tidak seharusnya sekadar gred purata, abjad A-F

Akui atau tidak, antara masalah pendidikan adalah disebabkan oleh jurang sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia, ujar Farah Najihah. 

“SPM 2016: GPN lebih baik, 8,647 calon dapat semua A.” Begitulah tertulisnya tajuk utama berita oleh portal Bernama berkenaan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016.
Bagaimana kita mengukur kecemerlangan anak muda dalam pendidikan? Adakah sekadar menjadikan abjad A hingga F dan indeks Gred Purata Nasional (GPN) sebagai kayu pengukur?
Indikator pendidikan tidak seharusnya terhenti kepada penilaian angka semata-mata tanpa mengambil kira aspek lain yang menyumbang kepada kecemerlangan seseorang. Jika disingkap dengan lebih mendalam, saya melihat bahawa aspek sosio-ekonomi sering dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam membuat penilaian.
Akui atau tidak, antara masalah pendidikan adalah disebabkan oleh jurang sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia. Perbincangan tentang pendidikan tidak dapat dipisahkan dengan soal jurang sosio-ekonomi kerana kedua-dua aspek ini saling melengkapi.
Pendidikan penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara; sebaliknya keadaan ekonomi yang stabil membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Masalah jurang sosio-ekonomi yang tidak diperhalusi dan diatasi akan merencatkan kualiti pendidikan.
Memetik pendapat penganalisis dari Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Dr Abdul Wahed Jalal dalam artikelnya yang bertajuk “Rethinking our education”, beliau melihat bahawa Malaysia terperangkap dalam lingkaran pendapatan sederhana.
Oleh itu, sebilangan rakyat di Malaysia kurang mampu untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka. Pelajar dari sekolah-sekolah berprestasi rendah kebiasaannya berlatarkan keluarga yang berhadapan dengan keadaan sosio-ekonomi yang mencabar.
Lebih menyedihkan apabila ada antara mereka yang tidak dapat menghabiskan zaman persekolahan. Rangka Tindakan Pendidikan Nasional 2013-2025 melaporkan bahawa satu daripada lima pelajar di Malaysia tidak berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.
Antara kesan kepada perkara ini adalah hasil lanjutan kitaran ganas kemiskinan yang menghantui sebahagian populasi di Malaysia. Mereka yang terperangkap dalam kitaran ganas kemiskinan ini beranggapan bahawa kegagalan dilihat sebagai sesuatu yang normal. Sesetengah ibu bapa mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap perihal pembentukan masa hadapan anak-anak mereka.
Pengalaman saya ketika berkhidmat sebagai tenaga pengajar sambilan selepas waktu persekolahan di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang menimbulkan rasa yang tidak enak terhadap masa hadapan anak-anak muda yang berhadapan dengan situasi ini.
Beberapa pelajar Tingkatan Empat masih lagi tidak tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris walhal mereka hanya mempunyai waktu yang singkat untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih menggusarkan apabila ada di antara mereka yang perlu bekerja usai waktu persekolahan untuk membantu menyara keluarga.
Sikap segelintir pihak yang menjadikan pendidikan sebagai ruang untuk mengaut keuntungan lebih memburukkan keadaan yang sedia ada.
Kita seharusnya sedar bahawa pendidikan tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan pelajar dalam subjek yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan semata-mata. Pendidikan secara adilnya mestilah bersifat holistik merangkumi literasi, pembangunan kendiri, pembentukan masa hadapan dan penjanaan nilai kritis dan kreatif.
Namun, sesetengah pihak melihat perkara ini sebagai alasan untuk menyediakan program pendidikan yang boleh membawa keuntungan yang lumayan kepada mereka. Hal ini menyebabkan ramai pelajar tidak mampu untuk melibatkan diri dalam program-program pendidikan yang sepatutnya boleh memberikan manfaat kepada mereka akibat kekangan kewangan.

TERIMA KASIH KU LI, LIMA TAHUN NAJIB MENJADI PM TANPA HAK MORAL RUPANYA....




Berkata tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, pihak yang tidak mendapat undi popular dalam pilihanraya bermakna kekurangan hak moral untuk memerintah negara, walaupun menguasai majoriti kerusi.

Kata beliau, selain mendapat hak memerintah secara fizikal melalui jumlah kerusi, parti yang memerintah juga perlu memiliki hak moral.

"Jika pilihanraya dijalankan berdasarkan prinsip kemenangan melalui 'first past the post', parti politik yang tidak memiliki undi popular, tetapi mempunyai majoriti kerusi, mereka akan sentiasa berada dalam keadaan sukar.

"Mereka boleh dianggap kekurangan hak moral untuk memimpin", katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Dalam PRU 2013 lalu, meskipun BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat, tetapi undi popular yang diraihnya cuma 47 peratus saja.

Pakatan Rakyat, di sebalik hanya mendapat 89 kerusi Parlimen, namun mengungguli undi popular rakyat  sebanyak 52 peratus.

Berdasarkan apa yang ditegaskan oleh Ku Li itu, bermakna Najib Razak telah memimpin negara ini sejak 2013 lalu tanpa hak moral yang sewajarnya.

Najib hanya memerintah berdasarkan kerusi fizikal, namun sokongan moral rakyat langsung tidak memihak kepadanya.

Tidak malukah Najib?

Tidak malukah juga kita dipimpin oleh pemimpin dan parti yang tiada hak moral seperti itu?

Dengan dipimpin oleh pemimpin dan parti yang tiada hak moral selama lima tahun ini sehingga tidak henti-henti timbul pelbagai kekalutan dalam negara, tentu ia dengan sendirinya membulatkan tekad kita semua untuk menyingkirkan Najib, UMNO dan BN secara fizikal pula dalam pilihanraya akan datang ini.

Najib sudah disingkirkan secara moral, tidak sukar lagi menyingkirkannya secara fizikal.

Terima kasih Ku Li kerana menyuluhkan jalan yang sudah semakin terang buat rakyat membuat pilihan. (ShahbudinHusin )

TUMBANGKAN BN DI 73 KERUSI PARLIMEN LUAR BANDAR

PAS KALAU TAK MAHU KUASA JANGANLAH BERTANDING – MAT SABU

‘Mission Impossible’ cetus tsunami luar bandar hanya boleh dilakukan Mahathir


Tidak ada pemimpin lain yang mampu mencetuskan gelombang ‘tsunami’ luar bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini melainkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
“Jika Dr Mahathir tidak dapat mencetuskan gelombang di kalangan pengundi luar bandar dalam tempoh 100 hari sebelum PRU14 ini, nampaknya tiada pemimpin lain mampu menyelesaikan ‘Mission Impossible’ ini,” kata beliau.
Namun, tsunami politik di kawasan bandar tanpa tsunami politik kawasan luar bandar katanya hanya akan berakhir seperti PRU13 di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan meneruskan pemerintahannya.
“Tsunami politik kawasan luar bandar tanpa tsunami bandar akibat kekecewaan pengundi kawasan bandar untuk melakar perubahan secara demokratik, menyerahkan masa depan juga hanya akan berakhir dengan memberi keuntungan kepada Najib, UMNO dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, PRU13 yang lalu menunjukkan bahawa perubahan politik di Malaysia hanya mampu dilakukan melalui ‘tsunami politik’ di kawasan bandar dan luar bandar.
“Jika tidak, amat mustahil untuk mencapai sebarang perubahan politik di Malaysia melalui proses demokrasi,” ujarnya.
UMNO-BN katanya telah menunjukkan ketakutan dan panik apabila HARAPAN pada 7 Januari lalu mengumumkan Dr Mahathir Sebagai calon Perdana Menteri manakala Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Perubahan politik tidak hanya bergantung kepada Dr Mahathir, Datin Seri Dr Wan Azizah, Tan Sri Muhyiddin dan Mohamad Sabu tetapi juga gembelingan keempat-empat parti Pakatan Harapan serta ‘mobilisasi sosial’ seluruh rakyat Malaysia di semua peringkat,” katanya lagi.