Beranikah Pas menuntut RCI Memali secara menyeluruh?
| MALAYSIA DATELINE
Pemuda AMANAH Nasional menuntut Pas agar mendesak kerajaan supaya telus dalam mendedahkan punca dan elemen asas yang mendorong berlakunya tragedi Memali pada 1985 jika Suruhanjaya PenyiasatanDiraja (RCI) itu ditubuhkan kelak.
Naib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin mempersoalkan pula sejauh mana keberanian Pas untuk berbuat demikian.
"Persoalannya, beranikah Pas menuntut suatu RCI yang telus dan menyeluruh merangkumi aspek punca dan elemen-elemen asas yang mendorong ke arah tragedi tersebut?
"Pada hemat kami, keseluruhan aspek ini penting untuk disiasat memandangkan pihak kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen pada tahun 1986.
"Melalui perenggan 15, 16 dan 17 Laporan Kertas Putih berkaitan tragedi Memali dipercayai daripada ketaksuban terhadap 'Amanat Haji Hadi' yang erujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada 1981," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Shazni turut menjelaskan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof bin Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang Umno itu kafir.
"Pemuda AMANAH juga berpendirian, jika RCI tersebut tetap mahu ditubuhkan, siasatan perlu meliputi aspek-aspek penting berikut: a) Punca yang mendorong ke arah tangkapan allahyarham Ibrahim Libya. b) Punca yang menyemarakkan kegiatan takfiri ketika itu. c) Keganasan tindakan polis. d) Langkah kerajaan membendung fenomena takfiri. e) Kesan 'Amanat Haji Hadi' dan langkah pencegahan," ujarnya.
Justeru Pemuda Amanah mengharapkan agar RCI ini mampu meleraikan segala kekusutan dan tidak akan dibangkitkan lagi.
"Sejarah adalah tentang keteladanan dan iktibar daripada satu-satu peristiwa.
"Kami bertekad agar tiada lagi episod takfiri, termasuklah pengulangan insiden 'tanam jirat' yang telah mencarik keharmonian rakyat.Kita tolak takfiri dan bina semula masa depan negara," ujarnya.
Pada 16 Ogos lalu PAS menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan perlu memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.
Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.
Namun Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.
RCI ini pula disambut positif oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik menerusi twitter berkata, kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan.
Pakatan Harapan Johor akan cabar semua kerusi Umno-BN
| DALIA ISMAIL
Pakatan Harapan (PH) Johor sudah pun bersiap siaga untuk merampas negeri Johor dengan mencabar semua kerusi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Dalam sidang media diadakan di ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Kempas Utama Johor, hari ini, Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin berkata PH Johor berpendapat situasi dan keadaan di Johor sudah sampai ke tahap matang untuk PH ambil alih negeri itu daripada kepimpinan Umno-BN.
"Ini berdasarkan fakta data tinjauan yang telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Stratgegi PH Johor menawan Johor daripada Umno-BN untuk mengerakkan jentera parti di semua peringkat di bawah Tuan Salahuddin, untuk menyusun dengan strategi tepat dan ingin tentukan persiapan PRU disetiap kawasan Parlimen dan Dun.
"Kesemua kerusi akan dicabar terutama kerusi di BN.
"Kita mahu persiapan sampai ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dalam kerangka yang diputuskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jentera parti diperingkat akar umbi di bilik gerakan sudah disediakan bagi meninjau tahap kesiap siagaan setiap parti iperingkat negeri Johor," ujarnya.
Muhyiddin turut berkata, proses rundingan kerusi PH di negeri itu sudahpun dimulakan di peringkat Parlimen dan sebahagiannya sudah diputuskan dan akan mula berunding bagi kerusi Dun di negeri itu.
"Hari ini (mesyuarat hari ini) kita ada bincang untuk segerakan perundingan itu (pembahagian kerusi Dun) untuk memudahkan parti beri perhatian di kawasan berkenaan.
"Secara rasmi sudah diputuskan dan menunggu di bawa rundingan di peringkat nasional.Jika ada pertindihan antara parti kita akan selesaikan bersama.
"Semangat yang kita mahu wujudkan dalam perbincangan adalah persefahaman
"Saya fikir keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan PH di peringkat pusat dan pimpinan parti yang ada untuk menentukan siapa yang akan mengepalai negeri ini kelak," ujarnya yang menolak tanggapan bahawa berkemungkinan beliau akan memimpin negeri itu sekiranya PH menang PRU akan datang.
J/K PH Johor dibentuk: Muhyiddin dilantik Pengerusi, Salahuddin Pengarah Pilihan Raya
Hari ini diadakan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Negeri Johor yang turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor dan Salahuddin Ayub dilantik Timbalan Pengerusi Negeri dan Pengarah Pilihan Raya Negeri manakala Timbalan Pengarah Pilihan Raya dilantik Ir Mad Nasir Hashim dari Bersatu.
Setiap parti gabungan telah melantik tiga wakil untuk berada dalam jawatankuasa di peringkat negeri.
Bagi jawatan Setiausaha Pakatan Harapan dilantik Datuk Osman Sapian (Bersatu) dan Bendahari Gan Tek Cheng (DAP).
Manakala empat Jawatankuasa Biro juga turut dibentuk dalam Pakatan Harapan membabitkan Biro Penerangan dan Mobilasi dilantik Suhaizan Kaiat (Amanah); Biro Tawaran dan Dasar Dr Rama Krishnan (DAP); Biro Perpaduan Kuzan Abu Bakar(PKR); Biro Guaman Jimmy Puah (PKR); Biro Eonomi dan Pembangunan Mazlan Bujang (Bersatu).
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dalam sidang media sama turut berkata, pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi PH Negeri adalah keputusan konsensus parti dalam PH.
"Pemilihan Tan sri sebagai Pengerusi PH dibuat secara konsensus maknanya bukan majoriti.Saya katakan di Johor betapa kami dalam AMANAH DAP PKR dan PPBM serius di dalam membina kekuatan PH di Johor.
"Tiada sebarang 'distribute' dalam pemilihan Tan Sri. Rakyat Johor memberi isyarat jelas bahawa inilah pimpinan parti yang akan berjuang untuk rakyat negeri johor sebagai suatu keyakinan kita terhadap apa yang kita tawarkan kepada rakyat Johor kali ini.
"Kita boleh berubah dan kita ada barisan kepimpinan yang bila-bila masa boleh ambil alih kuasa Umno-BN," ujarnya.
Bagi Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pula berkata, beliau mengalu-alukan pelantikan Muhyiddin dan Salahuddin dalam barisan kepimpinan PH di Johor untuk memastikan jentera pilihan raya berjalan lancar di setipa peringkat.
"Kami alukan Tan Sri Muhyiddin dan juga Salahuddin sebagai tokoh nasional. Mereka akan membantu Johor dan menjadikan Johor medan pertarungan penting dalam PRU untuk menang dan menawan Putrajaya.
"Kami perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen di Johor dan kedua tokoh ini sangat menyumbang membantu ke arah itu," ujarnya.
UMNO, PAS TERMALU SENDIRI
Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali.
Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu - apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab berkaitan tragedi tersebut?
Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor pula mengingatkan RCI Memali, jika ditubuhkan, hanya akan mendedahkan peranan Presiden Pas, Hadi Awang dalam peristiwa berdarah itu.
Kata beliau, Amanat Hadi tidak dapat dielakkan adalah memainkan peranan utama sehingga tercetusnya peristiwa Memali.
"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.
"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi.
Sekarang macam mana?
Setelah membaca kenyataan Tun Hanif, masihkah UMNO, terutamanya Zahid Hamidi yang ternampak galak membangkitkan isu itu yang dilihat satu lagi cubaan meletakkan kesalahan sesuatu peristiwa kepada Tun Mahathir Mohamad, mahu meneruskan hasrat menubuhkan hasrat RCI berkaitan Memali itu?
Mahu tidak mahu, beliau kini patut berasa malu terhadap dirinya sendiri kerana tidak dinafikan bahawa kenyataan Tun Hanif adalah pukulan paling pedih terhadap kewibawaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab sehingga kini?
Sediakah Zahid Hamidi faham dan hadam betul-betul tiga pertanyaan Tun Hanif itu?
Berikutan peringatan Rahim Nor pula, apakah Pas, khususnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Takiyuddin Hassan, masih lagi kekal dengan pendirian mahu menyokong penubuhan RCI berkenaan?
Sama seperti Zahid Hamidi yang patut malu dengan kenyataan Tun Hanif, Tuan Ibrahim dan Takiyuddin juga sewajarnya merasa malu sama kerana bacaan politik mereka rupa-rupanya tidaklah lebih cerdik berbanding Rahim Nor.
Kecuali kiranya Tuan Ibrahim dan Takiyuddin memang bertujuan untuk memalukan Hadi, sediakah mereka melihat Presiden Pas itu dipersalahkan jika RCI Memali ditubuhkan nanti? (ShahbudinHusin 22/08/2017).
Peruntukan RM8 juta di pedalaman Sabah sekadar ‘gula-gula politik’ – Adrian Lasimbang
Pada
oleh Kee Helmey Kee Zainal
PENSIANGAN, 22 OGOS: Pemberian peruntukan RM8 juta yang diumum Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kepada empat daerah iaitu Tenom, Pensiangan, Keningau dan Ranau tidak lebih daripada ‘gula-gula politik’ menjelang pilihan raya kata Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kelmarin yang berkata peruntukan bernilai RM8 juta tersebut telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mana setiap bahagian bakal menerima RM2 juta.
Menurut Adrian, peruntukan RM2 juta kepada kawasan Pensiangan adalah imbuhan untuk mengaburi mata pengundi yang bakal mengundi pada pilihan raya yang akan tiba tidak lama lagi.
“(BN) Tidur selama empat tahun, sekarang ia bangun cuma tinggal berberapa bulan sahaja sebelum pilihan raya untuk menghambur gula-gula, dengan harapan masih terus dapat memperbodohkan orang-orang kampung pedalaman dengan pemberian peruntukan RM2 juta, inilah politik UMNO dan BN,” katanya.
Tindak-tanduk BN itu ujarnya sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang musim pilihan raya.
Apa yang menyedihkan, selepas menabur ‘gula-gula politik’, rakyat dibiarkan terabai untuk tempoh empat tahun lagi dengan pelbagai masalah melibatkan infrastruktur kemudahan asas, pendidikan, kemiskinan dan sebagainya seperti yang berlaku di Pensiangan.
Adrian yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah turut mempertikaikan pemberian dana tersebut di mana daerah Nabawan tidak tersenerai sebagai penerima peruntukan.
Beliau masa yang sama melahirkan rasa kecewanya apabila Najib, sebagai orang nombor satu negara ini tidak hadir untuk melihat dengan sendiri kemunduran dan kepayahan rakyat di Nabawan dan Pensiangan.
‘Amanat Hadi’ punca tragedi Memali?
Pada
oleh Pentadbir
GELANG PATAH, 22 OGOS: Jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung tragedi Memali dibentuk, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara individu yang perlu dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi menentukan sama ada amanat yang pernah dikeluarkannya mempunyai kesan terhadap peristiwa berdarah berkenaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membuat cadangan itu sambil merujuk kepada ucapan Presiden PAS itu pada 7 April 1981 yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘Amanat Hadi’ yang antara lain menuduh UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan kafir yang memerintah seperti penjajah.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian mengulas kesediaan kerajaan UMNO-BN untuk mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian yang berlaku pada 1985 di Memali, Kedah itu sehingga meragut 18 nyawa.
Pemerhati politik mahupun pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) melihat langkah kerajaan itu sebagai serangan peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa kononnya adalah dalang di sebalik tragedi berkenaan.
Cadangan penubuhan RCI tragedi Memali itu muncul selepas jawatankuasa yang sama ditubuhkan bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) oleh Bank Negara yang berlaku pada 1990-an sewaktu Tun Mahathir mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.
Tun Mahathir yang kini mengetuai HARAPAN merupakan pemimpin yang lantang menyerang tanpa henti pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal mega melibatkan firma pelaburan berdaulat milik negara, 1MDB.
Kit Siang dalam kenyataannya hari ini turut memetik ‘Amanat Hadi’ seperti berikut:
“Percayalah, kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku.”
80 peratus ahli Bersatu Tasek Gelugor bekas ahli Umno
| MOHD ALI HASHIM
Melihat kepada senario politik terkini, Umno-BN di Parlimen Tasek Gelugor tidak lagi mampu untuk mendapat kemenangan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah rekod kemenangan mereka dalam PRU13 yang lalu dengan kemenangan tipis di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dengan majoriti 840 undi serta Dun Sungai Dua dengan kemenangan hanya 357 undi bukan lagi suatu imaginasi.
Demikian dizahirkan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tasek Gelugor, Azmi Alang ketika ditemui semalam.
Jelas beliau lagi, keahlian Bersatu yang telah mencecah lebih 3,000 ahli kini merupakan tamparan hebat kepada Umno Bahagian Tasek Gelugor yang diterajui oleh Shabudin Yahaya selaku Ahli Parlimen.
"Lebih 80 peratus ahli Bersatu di Parlimen Tasek Gelugor kini adalah terdiri dari pimpinan Umno cawangan dan penyokong tegar mereka.
"Selain itu terdapat juga ahli Pas yang telah muak dengan permainan politik pemimpin atasan mereka menyertai Bersatu dan juga Parti Amanah Tasek Gelugor.
"Yang terbaru ialah penyertaan 120 orang lagi ahli Umno yang menyerahkan borang kemasukan mereka yang mewakili cawangan Permatang Tok Bidan, Permatang Binjai, Permatang Tok Jaya dan Pekan Darat," ujarnya lagi.
Umno gagal bela orang kampung
Menurut Azmi lagi, kegagalan Umno Bahagian memberi pembelaan terhadap golongan miskin dan orang kampung menyebabkan mereka semakin tertekan dan menyertai pembangkang.
"Umno di Parlimen Tasek Gelugor hanya mementingkan temolok pemimpin dan mengkayakan kroni-kroni mereka secara melampau.
"Dahulu semasa Datuk Seri Shariff Omar memimpin Umno Tasek Gelugor, beliau telah berjaya melaksanakan pengambilan tanah untuk pembinaan Masjid Simpang Tiga yang berdiri megah kini.
"Namun kini, Umno Tasek Gelugor sudah tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberi pembelaan kepada golongan marhaen khususnya yang semakin bercambah miskin di kampung-kampung," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesedaran yang ada pada golongan luar bandar kini menyebabkan mereka mulai bangkit dan menolak kepimpinan Umno.
"Kehadiran Zahid Hamidi dengan program kenduri rakyat di Tasek Gelugor minggu lalu tidak mampu untuk menambah keahlian Umno di Parlimen ini.
"Sebaliknya kehadiran beliau selepas kenduri rakyat yang sama dianjurkan oleh Najib di Permatang Pauh itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada pengundi dan rakyat di kedua-dua buah Parlimen tersebut.
"Mereka kerahkan semua agensi kerajaan, pelajar sekolah, maktab dan penjawat awam untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada kedua-dua pemimpin Umno tersebut, bukanlah kehadiran atas kerelaan tetapi kerana terpaksa, " katanya lagi.
Walau bagaimana pun tambahnya, hampir 60 ribu pengundi yang ada di Tasek Gelugor akan memberi tamparan yang hebat kepada Umno dan BN dalam PRU ke 14 yang akan datang.
"Penduduk miskin di Tasek Gelugor yang menjual petai, menjual tapai, memanjat pokok buah kelapa juga tidak diberi pembelaan oleh Umno.
"Apa lagi yang menjual daun pandan, pisang dan ubi kayu serta kangkung dan bayam turut hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Manakala pimpinan Umno Bahagian hidup senang lenang, yang kaya semakin kaya, yang papa dan kedana tidak dibela sehingga kini, " keluhnya kesal.
Sehubungan itu katanya, pengundi di Tasek Gelugor mesti bangkit dan menolak Umno dan BN di Tasek Gelugor.
"Sebaliknya berikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk membawa perubahan yang lebih baik dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya.
PEMBAHAGIAN KERUSI PH DI SEMENANJUNG SELESAI
Pembahagian kerusi PH di Semenanjung selesai
Rundingan pembahagian kerusi di kalangan 4 parti Pakatan Harapan (PH) melibatkan kesemua 166 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dijangka selesai hari ini, menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata PH buat masa ini memfokuskan kerusi di mana pertandingan 3 penjuru akan berlaku pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Sebelum ini, PAS berkata kempennya untuk PRU akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan, menjurus kepada pertandingan 3 penjuru. Ia kerana PAS enggan menyertai PH yang dianggotai PKR, DAP Amanah dan PPBM.
Rafizi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perbincangan semula diadakan sekiranya ada isyarat daripada PAS
“Kita tidak nampak isyarat yang PAS bersedia untuk berunding. Kita tidak boleh tunggu PAS.
“Kita tidak nampak isyarat yang PAS bersedia untuk berunding. Kita tidak boleh tunggu PAS.
“Tetapi jika PAS setuju untuk berunding pembahagian kerusi, kita akan berbincang ketika itu,” katanya.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan masih terbuka untuk berbincang dengan PAS dalam soal penentuan kerusi, bagi memastikan pertandingan satu lawan satu melawan Barisan Nasional (BN).
Pelbagai penganalisis sebelum ini berkata, tanpa pertandingan satu lawan satu, mustahil mengalahkan BN disebabkan undi pembangkang yang berpecah.
Bagaimanapun, PAS tetap dengan keputusannya, dan baru-baru ini pengarah penyelidikan parti itu, Zuhdi Marzuki mendakwa kebanyakan pengundi Melayu mahu PAS bergerak sendiri tanpa menyertai PH dan BN.
Berdasarkan keyakinan itu, Zuhdi berkata pihaknya sukar berunding dengan PH.
“Jentera kita sudah siap sedia untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru,” katanya kepada FMT.
Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Bagaimanapun, ia tidak menghalang beberapa pemimpin PKR termasuk Wan Azizah dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Rafizi berkata segala perbincangan kerusi antara mana-mana parti pembangkang perlulah dibawa ke dalam mesyuarat PH.
“Jadi sementara Azmin atas kapasiti peribadi cuba memujuk PAS, tetapi itu mesti dibawa dalam kerangka PH.
“Dan akhirnya PH akan membuat keputusan,” katanya, yang menjangkakan perkara tersebut dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH esok.
Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi negeri di seluruh negara.
KEJAYAAN SUKAN SEA BUKAN ‘FEEL GOOD FACTOR’ PRU 14 – PENGANALISIS
Kejayaan Sukan SEA bukan ‘feel good factor’ PRU 14 – Penganalisis
Kejayaan penganjuran Sukan SEA 2017 tidak cukup untuk memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti, kata penganalisis politik.
Mereka percaya Perdana Menteri dan Pengerusi BN Najib Razak mungkin akan membubarkan parlimen selepas sidang Parlimen pada Oktober ini yang bakal menyaksikan pembentangan Bajet 2018 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Mereka membuat penilaian ini ketika desas-desus kuat mengatakan Najib mungkin akan mengadakan pilihan raya pada tahun ini untuk meraih tempias daripada semangat patriotisme yang memuncak susulan penguasaan Malaysia dalam temasya sukan serantau itu yang akan disusuli dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60.
Prestasi skuad negara yang mengagumkan di Sukan SEA dan keadaan pakatan pembangkang yang kucar-kacir adalah dua alasan yang boleh membantu BN. Tetapi itu tidak cukup untuk mengalih perhatian umum daripada isu-isu seperti inflasi, gaji yang tidak naik serta pengangguran dalam kalangan belia.
“Semangat patriotisme mungkin akan memuncak,” kata penganalisis Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre.
“Tetapi ia tidak cukup untuk memberikan uumph atau jadi faktor ‘wow’ yang boleh meraih undi. Ini kerana walaupun dapat jumlah pingat yang banyak, orang akan tetap bertanya, mereka dapat apa?”
Malaysia kini mendahului pungutan pingat antara 11 negara ASEAN dengan 24 emas, 19 perak dan 15 gangsa. Pesaing terdekatnya Singapura dengan 12 emas, 12 perak dan 11 gangsa.
Dengan berbaki sembilan hari sebelum upacara penutup pada 30 Ogos, Malaysia selaku tuan rumah dijangka muncul juara keseluruhan pada temasya dwitahunan kali yang ke-29 ini.
Prestasi memberangsangkan kontinjen negara memikat ribuan peminat sukan yang memenuhi semua gelanggang acara di Lembah Klang.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan pilihan raya akan diadakan tidak lama selepas temasya sukan itu selesai.
Keterujaan daripada acara sukan nasional yang kemudiannya diterjemahkan menjadi sokongan padu kepada pemerintah lebih relevan pada dekad-dekad sebelum 1980-an, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian.
Kesatuan Soviet misalnya sering menggunakan sukan dan pencapaian luar biasa atletnya di Olimpik untuk menyebarkan sikap positif terhadap kerajaan yang menekan, katanya.
“Sebelum 80-an tidak ada ada Internet, jadi semua orang akan bertumpu pada saluran kerajaan. Sekarang kita ada banyak pilihan,” kata Ibrahim dari Merdeka Centre.
“Sekarang ini saya tidak fikir sukan boleh mengubah pilihan politik rakyat.”
Pengundi yang lebih celik politik hari ini sudah tentu akan melihat jauh melampaui semangat ceria daripada Sukan SEA dan mendesak jawapan yang lebih utuh kepada masalah mereka sehari-hari, tambah Hisomuddin.
Faktor lain yang lebih besar daripada Sukan SEA, yang mungkin akan diguna pakai oleh BN, ialah Bajet 2018 apabila pelbagai ganjaran, janji dan insentif dijangka akan diumumkan, katanya.
“Lebih banyak BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bonus untuk kakitangan awam dan subsidi untuk nelayan akan jadi faktor ‘wow’ yang lebih kuat berbanding berapa banyak pingat yang kita dapat,” kata Hisomuddin.
Sidang Parlimen yang terakhir, kata Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang, juga akan jadi peluang bagi BN membentang dan meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Persempadanan semula semua kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di seluruh negara itu sebelum ini dikritik oleh kumpulan pemerhati pilihan raya dan pembangkang sebagai berat sebelah.
Sekiranya diluluskan, persempadanan baru itu akan memberikan BN dan parti tunjangnya Umno kelebihan dalam pilihan raya melalui taburan pengundi yang terpesong.
“Pada akhirnya saya kira Najib mungkin mahu persempadanan baru itu digunakan supaya Umno dapat bertanding lebih banyak kerusi Melayu,” kata Wong yang mengetuai bahagian kajian politik dan sosial institut itu.
“Dan juga, persempadanan baru mungkin akan mengubah komposisi kaum dan menjadikan rundingan kerusi dalam kalangan pembangkang lebih sukar.”
BERSEDIA, PRU 14 BOLEH JADI SEPTEMBER – KHALID SAMAD
Bersedia, PRU 14 boleh jadi September – Khalid Samad
Ketua Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Khalid Samad tidak menolak pentadbiran Najib Razak akan membubarkan parlimen seawal September ini bagi memanggil pilihan raya umum (PRU) ke 14 secara mengejut.
Katanya, keadaan dalam BN dan negara yang kurang stabil, segala faktor perlu diambil kira dan mungkin Najib akan mengambil keputusan mengadakan PRU segera bagi mengelakkan kerosakan imej yang lebih besar kepada BN.
“Kalau PM Najib menjangka pada tahun depan situasi ekonomi dan politik adalah lebih baik daripada tahun ini, maka PRU 14 akan diadakan pada tahun depan.
“Tetapi kalau beliau berpendapat bahawa keadaan tahun ini adalah lebih baik maka PRU14 adalah pada tahun ini. Fikiran beliau sekarang bercelaru sebab berdepan dengan banyak masalah terutamanya 1MDB dan kantung negara seolah-olah tangki minyak kereta yang sedang menuju deras ke paras ‘E’ penunjuk minyak,” kata ahli parlimen Shah Alam itu kepada Suara pakatan daily.
Sehubungan itu, Khalid menggesa semua ahli dan penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya bersedia untuk menghadapi PRU pada tahun ini kerana tidak mustahil Parlimen dibubarkan bagi mengelakkan PH memberi lebih banyak maklumat kepada rakyat terutamanya pengundi di kawasan kampung.
“Saya yakin buat masa sekarang, rakyat sudah naik berang dengan harga minyak dan kos sara hidup yang terus meningkat dan inilah yang membuat PM Najib masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen.
“Namun demikian, beliau mungkin akan cuba menggunakan faktor ‘feel good’ untuk mengadakan PRU14 dalam masa terdekat selepas kita mencapai kejayaan besar dan menduduki tangga teratas dalam Sukan SEA kali ini,” katanya lagi.
Dari meja analisis Bersatu Ayer Hitam
Kerusi Parlimen yang jangka di menangi Pakatan Harapan (PRU14)
Perlis - 1
Kedah - 14
Kelantan - 5
Terengganu - 2
P.Pinang - 13
Perak - 18
Pahang - 7
Selangor - 18
WP KL - 11
WP Putrajaya - 1
N.Sembilan - 6
Melaka - 5
Johor - 18
WP Labuan - 1
Sabah - 18
Sarawak - 10
Kedah - 14
Kelantan - 5
Terengganu - 2
P.Pinang - 13
Perak - 18
Pahang - 7
Selangor - 18
WP KL - 11
WP Putrajaya - 1
N.Sembilan - 6
Melaka - 5
Johor - 18
WP Labuan - 1
Sabah - 18
Sarawak - 10
Total 148/222
Bye bye PAS UBN 😝😜
HANYA TUN MAHATHIR YANG SALAH, KABINET TIDURKAH?
Hanya Tun Mahathir yang salah, kabinet tidurkah?
Apa yang dilakukan menteri kabinet ketika berlaku peristiwa Memali pada 1985 dan skandal tukaran wang asing (forex) pada sekitar 1990-an, soal laman Facebook Mukhriz Mahathir FC hari ini.
Ia berikutan cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membongkar peristiwa Memali selepas suruhanjaya sama ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara.
“Semua salah Tun? Selepas RCI forex, RCI Memali pula akan dibuat. Makin pelik dan agak jelik tindakan dari pimpinan kerajaan sekarang ni.
“Kedua-dua tu salah Tun seorang saja. Bukan salah kerajaan, jemaah menteri, menteri dalam negeri, Bank Negara, IGP, PDRM dan lain-lain.
“Kalau macam tu, apa menteri dan yang lain-lain buat pada waktu tu? Makan gaji butakah?”soal laman berkenaan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat insiden yang mengakibatkan 18 terkorban di Memali, Baling Kedah pada tahun 1985.
Susulan itu PAS turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris mangsa tragedi itu bertemu Zahid.
Hari ini Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai RCI forex hari ini pula “membuat kesimpulan” bahawa Bank Negara kerugian sekurang-kurangnya RM31.5 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.
Mahathir menjadi perdana menteri ketika kedua-dua peristiwa itu berlaku.
“Apakah selama 22 tahun ayahanda Tun mentadbir, buat kerja seorang-seorang saja.
“Bila Umno berjaya di zaman Tun, dikatakan itu kejayaan Umno.
“Bila Umno cetus kontroversi, dikatakan itu hanya kesalahan Tun,” kata laman Facebook Muhkriz FC.