Nasruddin gagal jadi naib presiden Pas


Nasrudin Hassan Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan gagal menempatkan diri sebagai salah seorang naib presiden Pas bagi sesi 2017-2019 apabila hanya mendapat 478 undi perwakilan.
Manakala Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekalkan jawatan tersebut.
Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mendapat 1,062 undi, Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong pada Muktamar Pas kali Ke-63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut hari ini.
Berikut senarai penuh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi 2017-2019:
PENGERUSI TETAP
1) Hussin Ismail
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1) Ustaz Kamal Shaari
PRESIDEN
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
TIMBALAN PRESIDEN
1) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
NAIB PRESIDEN (3)
1) Ustaz Idris Ahmad (1062)
2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950)
3) Datuk Iskandar Abdul Samad (703)
4) Ustaz Nasruddin Hassan (478)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Najib Mat
2) Mat Syukor Abd. Aziz
AHLI JAWATANKUASA KERJA (18)
1) Dr Riduan Mohd Noor (970)
2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)
3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)
4) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)
5) Ustaz Sallehen Mukhyi (848)
6) Razman Zakaria (730)
7) Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005)
8) Dr Rosni Adam (752)
9) Mohamad Sanusi Md. Nor (606)
10) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1001)
11) Dr Najihatussolehah Ahmad (887)
12) Ustaz Mokhtar Senik (724)
13) Ustaz Abdullah Hussin (666)
14) Muhtar Suhaili As-Sarawaki (618)
15) Ustaz Zaharuddin Muhammad (583)
16) Ustaz Norazli Musa (565)
17) Zainal Abidin Kidam (450)
18) Mohamad Noor Mohamad (559)
19) Dr Mohd Fuad Salleh (496)
20) Dr Halimah Ali (872)
21) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797)
22) Ustaz Ahmad Yahya (612)
23) Kamaruzzaman Mohamad (715)
24) Ustaz Misbahul Munir Masduki (639)
25) Dr Azman Ibrahim (730)
26) Ustaz Saiful Bahri Mamat (556)
Mengulas mengenai kekalahannya, Nasruddin yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pas berkata, ia tidak menjejaskan semangat juang beliau bersama Islam.
"Pas akan terus maju ke hadapan dengan team kepimpinan yang lebih mantap dan saya akan terus bersama mendukung kepimpinan mereka untuk memacu perjuangan Islam meskipun hanya sebagai ahli biasa," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau juga, Pas kaya dengan generasi pelapis dan mereka yang layak untuk memimpin dan menjadi pejuang tanpa mengira di mana posisi mereka.
"Berapa pun jumlah yang meninggalkan Pas seketika dulu, tidak menjadikan Pas lemah malah makin utuh, tenang dan mantap.
"Insya Allah, telah saya tegas dalam ucapan penangguhan saya sebelum pengumuman Lembaga Pemilihan Parti Pas Pusat, bahawa mudah-mudahan sayalah yang tidak terpilih memikul beban tanggungjawab yang berat ini dan saya akan terus memberi komitmen yang tinggi kepada perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas serta saya sekali-kali tidak akan mengikut jejak langkah G18 yang lari meninggalkan Pas selepas tewas," katanya.

Kadar pertumbuhan gaji rendah, kos hidup tinggi


Pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai) - Gambar hiasan Pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai) - Gambar hiasan
Pakatan Harapan berpendapat kerajaan BN cuba menutup kelemahan besar polisi berkaitan kebajikan golongan pekerja sehingga kadar pertumbuhan gaji di negara ini jauh lebih rendah berbanding kadar produktiviti dan peningkatan aset hartanah.
"Lebih malang lagi, pecahan daripada pendapatan keseluruhan negara menyatakan bahawa hanya sekitar 34.8 peratus sahaja yang diagihkan kepada golongan pekerja dan selebihnya kepada golongan korporat dan kerajaan (melalui cukai).
"Keadaan ini membuktikan wujudnya masalah gaji di negara kita. Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga rumah yang meningkat, pekerja hari ini semakin tertindas dengan kekurangan pemilikan aset serta jurang kekayaan yang semakin melebar," dipetik daripada kenyataan bersama pemimpin PKR, Amanah dan DAP.
Kelemahan sistem pendidikan juga, tegas mereka, menyebabkan majoriti pekerja di negara ini merupakan lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ke bawah dengan hanya sekitar 28 peratus golongan pekerja yang berpengalaman melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
"Keadaan ini dikaitkan dengan pendapatan rakyat Malaysia yang rendah. Kelulusan pendidikan pada tahap-tahap tertentu begitu penting di Malaysia dalam memasuki alam pekerjaan.
"Pekerja tidak mahir di Malaysia seringkali ditindas dengan pendapatan kecil, bahkan terpaksa bersaing dengan enam juta pekerja asing yang sebahagian besarnya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI)," jelas kenyataan tersebut hari ini.
PKR yang diwakili Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani berkata, pada masa sama hanya lapan peratus pekerja di Malaysia bernaung dengan mana-mana kesatuan pekerja sekaligus bukti kerajaan BN kurang memberi perhatian pada kebajikan golongan pekerja.
"Kerajaan tidak memberikan insentif atau menekankan keperluan wujudnya kesatuan pekerja yang berusaha menjaga kebajikan ahli mereka.
"Daripada perspektif lain, kesatuan sekerja seharusnya lebih progresif dan inovatif dalam menuntut hak pekerja, bukannya membawa idea-idea lama seperti menaikkan usia persaraan.
"Dalam era industri, keperluan kesatuan pekerja perlu dititikberatkan dan dilindungi. Majikan harus memahami dan menerima kesatuan pekerja secara terbuka kerana merekalah yang menyumbang tenaga, masa dan idea untuk menggerakkan organisasi yang menyumbang pendapatan kepada majikan itu sendiri," ujarnya.
Turut disokong Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil kenyataan tersebut menegaskan kerajaan BN kurang memberi penekanan kepada isu diskriminasi dalam pekerjaan terutama melibatkan etnik dan gender.
"Kajian menunjukkan berlakunya keadaan ini disebabkan oleh penguasaan sesuatu etnik dalam sektor pekerjaan awam dan swasta.
"Manakala, kebajikan pekerja wanita termasuk peluang menjawat portfolio pengurusan tertinggi sepatutnya diambil berat oleh kerajaan," dipetik daripada kenyataan itu hari ini yang juga disertai Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago.
Sehubungan itu, mereka menyifatkan permasalahan yang berlaku dalam industri pekerja hari ini jelas menunjukkan kegagalan kerajaan BN dalam memperjuangkan kelas pekerja.
"Dengan 90 peratus pendapatan isi rumah di negara Malaysia bersumberkan gaji dan hasil perniagaan peribadi, persekitaran ekonomi yang semakin mencabar dan tatakelola buruk BN akhirnya memangsakan golongan pekerja. 
"Jadikan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada kali ini sebagai jalan untuk mereformasikan industri pekerja di Malaysia dalam meniupkan semula semangat internasionalisme 1 Mei yang sudah sekian lama diabaikan oleh kerajaan Umno-BN," tegas kenyataan bersama itu lagi.

‘PAS MUNGKIN ENGGAN TARIK DIRI DARI KERAJAAN SELANGOR’

KEPUTUSAN PAS SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR



Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya.

Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya.

Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti itu dianggap celaru dan tidak tentu hala tuju, meskipun kita tahu ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi, ribuan rakyat akan hadir menunggu.

DAP, seperti biasa dianggap oleh Pas sebagai parti yang anti Islam dan  didakwa menghalang perkembangan Islam di negara ini.

Muktamar Pas di Kedah yang semalam dilanda ribut turut dibisingkan dengan jeritan "Jahanam Amanah" sebagai suatu bentuk serangan terhadap parti itu.

Hanya Najib Razak, UMNO dan BN yang bebas daripada serangan Pas kali ini. MCA, MIC dan Gerakan yang diketahui umum menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan menjadikan usul Akta 355 sebagai usul kerajaan, tidak pula dijadikan sebagai bahan. Di mata Pas, hanya DAP yang nampaknya anti Islam.

Dengan semua gambaran ini, di mana kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang tidak perlu lagi diperkatakan. Segala-galanya umpama bersuluh dalam terang.

Tetapi, bolehkah Pakatan Harapan menang dan UMNO serta BN dapat ditumbangkan?

Seperti isu 1MDB yang hanya di atas kertas nampak macam sudah selesai, sedangkan d hati rakyat masih banyak bersarang kekeliruan, begitu juga dengan kedudukan  Najib, UMNO dan BN yang kini seolah-olah sudah ada Pas sebagai pemberi bantuan untuk mengekalkan kemenangan.

Di atas kertas, mungkin ramai yang melihat laluan UMNO dan BN sudah selesa dan terang, namun hakikatnya tiada lagi Pas bersama Pakatan Harapan akan menjadikan gabungan itu lebih fokus menentang kebatilan serta tidak berdepan kekeliruan.

Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu kini boleh bergerak tanpa menoleh ke balakang lagi dengan fokus utama untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan Najib yang merosakkan negara sehingga di dunia sekarang ini hanya Malaysia di bawah kepimpinnanya satu-satunya negara yang dicop sebagai kleptokrasi gaya pentadbirannya.

Pas sudah boleh dianggap secara rasmi sebagai sekutu UMNO, walaupun mereka juga menyanyikan lagu untuk mengalahkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, Pas bukan saja menipu rakyat, malah sedang menipu diri mereka sendiri kerana dengan hanya bertanding 80 kerusi, tentulah mustahil sebarang perubahan kerajaan dapat dilakukan.

Di 80 kerusi yang Pas bertanding itu pula sebahagian besarnya adalah kerusi yang UMNO akan meletakkan calon mereka. Sekali lagi terbukti yang ingin sangat dibantu oleh Pas dalam pilihanraya akan datang hanyalah Najib dan UMNO.

Dengan mengatakan Bersatu sebagai parti yang celaru, Hadi seolah-olah tidak nampak bahawa Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan mendatangkan banyak beban kepada rakyat sebagai sasaran yang lebih utama dalam sebuah pertandingan, apa lagi kalau mahu dikata perjuangan.

Tiadanya Pas dalam Pakatan Harapan tidak bermakna rakyat, malah ahli dan penyokong parti itu tidak bersama dalam gerakan mahu menumbangkan Najib, UMNO dan BN. Tiada cara lain untuk Najib dapat disingkirkan selain dengan UMNO dan BN dikalahkan terlebih dahulu.

Rakyat hakikatnya hanya ada satu pilihan - mengekalkan Najib atau menumbangkannya. Memberi undi kepada BN atau kepada Pas yang tidak mungkin dapat membentuk kerajaan, akan dilihat sebagai sama saja tujuannya.

Pilihan untuk melihat kejatuhan Najib dan negara dapat dipulihkan, malah GST dapat dihapuskan seperti yang disebut oleh beberapa mufti dalam sehari dua ini sebagai haram, hanya mampu menjadi kenyataan melalui kuasa diberikan kepada Pakatan Harapan.

Untuk itu, selain ahli dan penyokong PKR, DAP, Amanah serta Bersatu akan konsisten, bahkan tidak berubah daripada memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan, sokongan gabungan itu akan turut diperolehi daripada ahli dan penyokong UMNO serta Pas.

Di dalam Pakatan Harapan, tidak ada ahli serta penyokong PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang teringin mahu melihat Najib kekal berkuasa lagi,  tetapi di dalam UMNO dan Pas, masih ramai, bahkan tidak mustahil lebih bertambah mereka yang menyampah terhadap Najib.

Keputusan Pas dengan menyerlahkan secara jelas di mana beradanya ia sekarang ini akan lebih memudahkan pengundi membuat pilihan. Sebab itu, keputusan terbaru Pas ini harus diucapkan dengan lafaz Alhamdulillah dan rasa penuh kesyukuran.

Pas membuka laluan lebih terang untuk Najib menuju dunia persaraan. (ShahbudinHusin 01/05/2017).

Sifat zuhud tiga pemimpin ulamak Pas dipersoal



Poster yang diselitkan dalam akhbar yang diberi percuma kepada perwakilan muktamar Pas Poster yang diselitkan dalam akhbar yang diberi percuma kepada perwakilan muktamar Pas
Hari kedua Muktamar Tahunan Pas ke-63 gempar dengan penyebaran poster yang mempertikai gaya hidup pemimpin ulama parti itu.
Diselitkan dalam akhbar yang diberi percuma kepada perwakilan, poster bertajuk "Zuhud Pas???" bersaiz A4 itu memuatkan dakwaan hidup mewah selain isu akhlak pemimpin terlibat.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dipersoalkan kezuhudannya apabila memiliki kereta mewah Vellfire sebaik bergelar Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau sebelum itu pernah mengejutkan banyak pihak ketika ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di Kota Bharu tahun 2012 apabila mengumumkan kedudukan hartanya dengan hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.
Seterusnya, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dikaitkan dengan isu Audi Q7 ekoran tindakan isterinya memuatnaik di Facebook memberitahu tentang hadiah yang diterimanya daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Paling dilihat teruk diserang Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik dengan imej wanita mengaibkan di media sosial berserta ungkapan "Dulu Ulamak" dan "Sekarang...Alamakkk???".
Poster itu kemudiannya diakhiri dengan peringatan yang mengaitkan ketiga-tiga pemimpin ulamak itu dengan Rang Undang-Undang (RUU) 355.
"Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan 'lebai-lebai' RUU355 ini...," dipetik daripada risalah tersebut.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui pemberita di Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut hanya mengulas mengenali pihak yang melakukan penyebaran risalah itu.
"Kami kenal siapa yang buat itu, sama ada poster oren ke, poster melalui sebaran dalam akhbar-akhbar, itu pun kami kenal pasti orang yang buat," katanya.

Tidak seinci hutan simpan kekal Pulau Pinang disentuh



GEROGE TOWN, 1 Mei : Pulau Pinang boleh menjadi negeri contoh pemuliharaan hutan dan alam sekitar apabila tidak pernah menebang hutan simpan kekalnya sejak tahun 2006 sehingga saat ini.
Apa yang membanggakan, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan telah mengambil inisiatif menanam lebih daripada 271,000 pokok setelah mengambil alih pentadbiran negeri dari Barisan Nasional.
Merujuk kepada statistik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tahun 2006 sehingga 2015, negeri Pahang mencatat penebangan Hutan Simpan Kekal (HSK) tertinggi dengan 161,379 hektar, Kelantan 157,919 hektar, Perak pula sebanyak 74,032 hektar manakala Pulau Pinang mencatatkan ‘0’ hektar.
“Pulau Pinang boleh rasa megah kerana merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak menarah atau menyentuh seinci persegi pun hutan simpan kekalnya sejak tahun 2006.
“Itulah salah satu sebab utama mengapa Pulau Pinang berjaya memastikan bekalan air yang mencukupi.
“Kejayaan menjadi satu-satunya negeri yang tidak pernah menjalankan catuan air ialah kerana kawasan tadahan air diwartakan dan hutan simpan kekal dijaga sehingga empangan air di Pulau Pinang adalah penuh,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.
Selain pemuliharaan hutan, Pulau Pinang juga telah mencapai kadar kitar semula paling tinggi di negara ini dengan jumlah 32 peratus berbanding dengan purata negara sebanyak 10.5 peratus.
Setiausaha Agung DAP itu juga menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah negeri pertama menentang loji tenaga kuasa nuklear di Malaysia. –Roketkini.com

Benarkah tarif air Pulau Pinang meningkat?



  
Dalam diam tiba-tiba meletup pula khabar dari kampung halaman saya kononnya tarif air di negeri Pulau Pinang telah dinaikkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP. Aparat propaganda Barisan Nasional pun gigih memukul canang dengan memanipulasi kata kunci itu, ‘tarif air naik’ dan ‘DAP’.
Untung besar aparat propaganda Barisan Nasional kerana umat negara ini kurang rajin membaca. Apatah lagi di zaman media sosial ini, pakai baca tajuk pun sudah cukup. Serupa tak payah tulis berita, tulis tajuk saja pun tak apa.
Mari sini abang jelaskan. Tarif air untuk pengguna domestik di Pulau Pinang kekal dan tidak berubah. Malah, tarif air Pulau Pinang adalah yang paling rendah di seluruh negara pada kadar purata 32 sen untuk 35,000 liter satu pengguna, setiap bulan.
Di Johor, kadar purata ini ialah RM1.32. Lebih empat kali ganda.
Apa jadi bila tarif air murah sampai tahap ini? Bayar bil air pun tak terasa; maka membazirlah kita sekaliannya. Kalau boleh pasang tab mandi dalam rumah, orang Pulau Pinang akan pasang dua tiga tab, buat berendam dalam air sabun.
Namun pembaziran sedemikian (atau dalam bahasa lebih lembut, penggunaan air yang terlalu tinggi) adalah tidak mapan dari segi alam sekitar mahupun dari sudut kewangan. Malah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang terpaksa memberi subsidi sebanyak RM91 juta tahun lalu demi mengekalkan tarif air domestik paling rendah dalam negara.
Di tengah-tengah kekalutan tentang dakwaan ‘tarif air naik’ ini; Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya berdepan satu lagi kritikan daripada badan-badan bukan kerajaan kerana didakwa tidak serius tentang konservasi air dan memulihara alam sekitar. Antara cadangan mereka ialah supaya menggandakan tarif air domestik sehingga dua atau tiga kali ganda.
Cadangan tersebut tidak diterima kerajaan negeri kerana tidak mahu membebankan rakyat Pulau Mutiara. Sebaliknya apa yang dilakukan ialah meningkatkan penalti atau denda terhadap mereka yang membazir dan menggunakan air seolah-olah memelihara ikan paus di dalam rumah.
Buat masa ini, surcaj bagi penggunaan air secara berlebihan bagi pengguna domestik ialah 48 sen bagi setiap 1,000 liter yang melebihi takat purata 35,000 liter.
Surcaj ini akan dinaikkan kepada RM1 dengan harapan ia akan mengurangkan tabiat membazir air dalam kalangan pengguna domestik yang perasan mereka mempunyai kolam menternak badak.
Tetapi bagi isi rumah yang mempunyai lebih daripada lapan orang satu rumah diberi diskaun 60 peratus ke atas surcaj tersebut. Kerajaan Negeri pun faham, kalau pun tidak ada kolam ikan lumba-lumba di rumah, mungkin ada terlalu ramai anak yang mandi sehari tiga kali (contohnya). Maka diskaun diberikan.
Malah sebenarnya kurang 1,000 isi rumah di seluruh Pulau Pinang yang mendapat diskaun ini kerana tidak banyak pun isi rumah dengan kapasiti lapan orang atau lebih.
Jadi pengajaran kepada kita yang kuat meloncat dengan propaganda Barisan Nasional ialah:
  1. Jangan setakat baca tajuk berita. Dah la baca pun berita propaganda, malas pula baca keseluruhan cerita.
  2. Jangan bela ikan paus di rumah. Bela ikan emas seekor, dalam balang.
  3. Jangan membazir air lah. Aduhai.
Semoga Pulau Pinang terus menjadi negeri yang berjaya mengekalkan tarif air rendah, selain mengekalkan rekod tiada catuan tanpa pembaziran. Segalanya bermula dengan anda. 

USUL PUTUS TAHALUF SIYASI DENGAN PKR LULUS SEBULAT SUARA

PH AKAN DAFTAR LOGO, PELUANG LEBIH BAIK PRU 14