Parti Tun Mahathir sah sertai Pakatan Harapan



KUALA LUMPUR, 20 MAC: Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini memutuskan untuk menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggotanya.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut.
“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan,” kata kenyataan itu yang turut bersetuju untuk merangka manifesto secara bersama serta mewujudkan logo baru.
Dengan penyertaan PPBM, Pakatan Harapan kini mempunyai empat anggota termasuk PKR, DAP dan Amanah. – Roketkini.com

PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN KEADILAN PERMATANG PAUH, TIDAK PELIK LANGSUNG !!




Aku merujuk berita, Pas Kawasan Permatang Pauh secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan. YDPnya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang menyerang Pas.

Sedikit pun aku tidak pelik dan tidak terperanjat pun dengan kenyataan Pas Permatang Pauh tersebut. Mereka hanya mahu cari alasan untuk putuskan hubungan dan mereka telah pun mulakan kerja ini bukan baru. Lihat saja sewaktu PRK Permatang Pauh. Apa "fatwa" mereka? Apa ugutan mereka kepada Kak Wan? Mengapa mereka berdemo disaat kempen PRK Permatang Pauh?

Mereka berdemo kononnya untuk Hudud. Ugut Kak Wan sokong hudud jika mahu Keadilan menang di Permatang Pauh. Kita bertanya, mana hudud itu sekarang? Kamu sendiri pun mati langkah dalam isu hudud dan hanya bercakap tentang Pindaan RUU Akta 355 yg bukan hudud, itu pun belum tentu dibentangkan dalam Parlimen setelah Hadi tangguhkan beberapa kali. Akhirnya Umno akan bawa. Ugut Keadilan dengan hudud, tapi hudud entah ke mana.

Sewaktu PRK Permatang Pauh, pimpinan Pas yang datang membantu Kak Wan waktu itu adalah majoritinya telah sertai Amanah sekarang yg diketuai oleh Mat Sabu. Pemuda Pas pula di bawah Yusni Mat Piah yang pernah hilang deposit bertanding di Dun Sg Acheh dalam PRU13 yang lalu dalam pertandingan 3 penjuru bersama Chegu Bard. mereka hanya buat kacau dan menghasut ahli2 Pas agar tidak keluar mengundi di PRK Permatang Pauh.

Begitu sekali usaha Pas Permatang Pauh untuk mempastikan Kak Wan tewas. Alhamdulillah, niat busuk dan khianat itu gagal. Kak Wan menang dengan bergaya. Tidak cukup dengan itu, di dalam isu RUU Akta 355, ada seorang kononnya ustaz Pas di dalam kuliahnya memberi amaran kepada Kak Wan agar tidak menolak pindaan RUU Akta 355 jika tidak mahu masuk jirat. Mudahnya mengkafirkan orang? Mana RUU itu sekarang? Sudah bahas atau belum? Mengkafirkan sudah, RUU belum bentang pun lagi.

Kalau sampai tahap itu kerja khianat Pas di Permatang Pauh, pelik apanya ada usul sedemikian rupa? Paling afdhal dan jantan jika usulkan sekali Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di seluruh negara termasuk di Selangor. Ada berani? Bukankah di Selangor Keadilan juga bekerjasama dengan Dap dan Amanah? Mengapa 'fatwa' di P.Pinang atau Permatang Pauh tidak sama di Selangor? Kitab lain2 atau 'selera dedak' lain2.?

Hujah mereka bahawa Keadilan bersama Dap dan Amanah selalu menghentam Pas, maka wajarlah putus hubungan. Pas tidak pernah hentam Keadilan kah? Kafirkan Kak Wan pun kamu dah buat, demo pun kamu dah buat, sabotaj dalam PRK Permatang Pauh pun kamu dah buat. Apa lagi yg kamu tak buat?

Atas prinsip demokrasi, Keadilan seharusnya menghormati kehendak Pas Permatang Pauh itu. Itu hak mereka untuk buat keputusan dan rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang mahu cari musuh. Kita hanya perlu teruskan perjuangan kita.
Aku cadangkan agar Pas Permatang Pauh buat demo depan Pejabat Agung Pas Pusat agar mendesak Presiden Pas putuskan hubungan dengan Keadilan di semua negeri. Jika di Permatang Pauh boleh berdemo ugut Kak Wan, takkan tidak boleh berdemo di pejabat parti sendiri? Baru nampak serius sikit.

*WFAUZDIN NS*

KONVENSYEN FELDA: TAK KIAMAT TUKAR KERAJAAN – MAT SABU