6 YB sertai Bersih 5: Pas dijangka tidak akan ambil sebarang tindakan


Pas dijangka tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas enam wakil rakyatnya yang menyertai Bersih 5 walau ia jelas bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan parti itu.
Enam Ahli Parlimen dan Adun Pas terbabit adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim percaya Pas tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadap ke enam-enam mereka.
“Beranikah Pas memecat mereka?” soalnya yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan.
Pengguna laman sosial Facebook Zain Abdullah turut menganggap Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana parti itu bimbang kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ketika gambar mereka selamba memakai kemeja-T Bersih 5 dan berarak dengan peserta himpunan Bersih viral di media sosial, pihak jawatankuasa tatatertib Pas setakat 23 November lalu mendakwa masih belum menerima sebarang laporan berhubung penglibatan mereka terbabit.
Pengerusinya, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata, pihaknya tidak ada menerima sebarang maklumat dari parti dan menunggu laporan sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.
Walhal, dua hari sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan akan diambil untuk merujuk ahli partinya yang menyertai Bersih 5 kepada jawatankuasa disiplin jika menerima aduan dan terbukti.
Walau bagaimanapun, tiga hari selepas Bersih 5, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di lobi Parlimen masih memberitahu keputusan berhubung hal tersebut masih belum lagi dibuat.
Sikap rasmi Pas yang enggan menyertai himpunan Bersih berlaku sejak Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.
Sekali lagi, pada tahun ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan Pas tidak menyertai Bersih 5.0 yang dianggap mempunyai matlamat tidak selari dengan parti di luar Pakatan Harapan itu.

Rohingya : Aung San Suu Kyi harus jadi juara hak asasi untuk semua


aung san suu kyi
*kredit foto: worldbulletin.net
Setakat hari ini dilaporkan sekurang-kurangnya 86 orang telah terbunuh manakala 300,000 lagi telah melarikan diri di tengah-tengah keganasan yang semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar.
Human Rights Watch sejak Sabtu lalu telah melaporkan beberapa gambar satelit menunjukkan beberapa perkampungan etnik Rohingya di wilayah tersebut telah dibakar, dan menjadi bukti kepada pembersihan etnik yang tidak boleh dinafikan lagi.
Apa yang lebih mengecewakan ialah kegagalan pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi untuk menawarkan keamanan, bahkan dituduh pula tidak mendengar keluh kesah nasib penduduk Islam Myanmar. Suu Kyi tidak menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Kegagalan Suu Kyi untuk bersuara bagi pihak etnik Rohingya yang teraniaya adalah keaiban dan penghinaan kepada hadiah Nobel yang telah dianugerahkan kepada beliau. Apatah lagi setelah partinya yang mengusung nama ‘demokrat’ berjaya meraih kemenangan yang begitu besar tahun lalu, bagi menafikan kekuasaan pentadbiran tentera selama lebih dua dekad lampau.
Walaupun operasi ‘pembersihan’ di wilayah Rakhine digerakkan oleh pihak tentera yang masih menguasai 25% kerusi parlimen Myanmar, kerajaan pimpinan Suu Kyi tidak seharusnya duduk diam, apatah lagi melarikan diri daripada berhadapan krisis pembantaian dan pelanggaran hak asasi manusia pada skala yang begitu besar.
Etnik Muslim-Rohingnya yang didakwa minoriti tak bernegara dan terus diburuk-burukkan oleh nasionalis Myanmar sebagai pendatang Bangladesh meski telah menetap selama bebeberapa generasi di wilayah tersebut tidak sewajarnya terus dilayan seperti haiwan tanpa tempat untuk mencari tempat berlindung.
Myanmar telah sekian lama menafikan hak-hak asasi buat etnik Rohingya, termasuk hak bernegara, berkahwin, beribadat dan mendapatkan pendidikan. Ini seterusnya mengakibatkan mereka ditindas dan memilih untuk melarikan diri, menaiki kapal-kapal menyeberang lautan tanpa mengetahui bila dan di mana mereka akan berlabuh dan menemukan tempat selamat untuk didiami.
Aung San Suu Kyi tidak boleh terus berdiam diri berhadapan penindasan zaman berzaman ke atas rakyat negaranya, apatah lagi setelah menggalas harapan yang begitu besar sebagai pembawa perubahan bagi menghentikan penderitaan etnik Rohingnya. Suu Kyi tidak boleh terus memilih untuk tidak peduli, apatah lagi enggan menyebut perkataan ‘Rohingya’ dan memilih untuk merujuk etnik tersebut sebagai ‘Bengali’. Sikap yang sedemikian langsung tidak mencerminkan seorang pemimpin yang diharapkan untuk membawa keamanan kepada negaranya, apatah lagi sebagai seorang pemenang hadiah Nobel.
Kerajaan pimpinan Suu Kyi sekurang-kurangnya harus membuka jalan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang masih terperangkap di wilayah bergolak itu, kalau pun tidak mempunyai kemampuan dan keazaman politik untuk menghentikan pergolakan dan pembersihan etnik atas dasar perbezaan agama dan keturunan.
Sebagai juara hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi mesti membuktikan bahawa beliau adalah juara untuk semua lapisan manusia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan latar belakang, dan bukan sekadar menayangkan ilusi juara hak asasi untuk kaum yang beliau suka sahaja, atau kelompok yang memberi kelebihan atau kemudahan politik untuk dirinya sahaja.
Malaysia juga harus mengambil iktibar daripada tragedi yang melanda Myanmar, bahawa pertelingkahan yang bertitik tolak daripada perbezaan agama dan keturunan boleh membawa akibat yang amat buruk kepada fabrik masyarakat Malaysia yang berbilang agama, budaya dan keturunan.
Untuk kesekian kalinya saya menyeru rakyat Malaysia semuanya untuk menolak politik perkauman sempit, yang bermodalkan ekstremisme agama dan ketuanan keturunan, supaya negara tidak terjerumus ke kancah keganasan.
*Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP

Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas?


bersih-dataran2
TAWAU, 27 NOV: “Mengapa Maria Chin ditahan mengikut SOSMA hanya kerana BERSIH menerima dana seciput dari Open Society Foundation (OSF) sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilepaskan begitu sahaja meskipun menerima dana besar RM4.2 bilion daripada warga asing?”
Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut pembebasaan Pengerusi BERSIH 2.0 itu yang masuk hari kelapan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) itu.
Beliau merujuk dana RM4.2 bilion yang didakwa kononnya disumbangkan oleh Raja berketurunan Arab kepada Najib, walaupun hasil siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat mendapati dana itu disalurkan daripada wang yang diseleweng daripada syarikat milik penuh negara, 1MDB.
Kit Siang, dalam ucapannya dalam satu program dialog di sini semalam, turut mempersoalkan sikap sambil lewa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai keadaan teruk sel penjara yang menempatkan wanita berusia 60 tahun itu.
Hanya setelah seminggu Maria ditahan, kata Kit Siang, baru lah polis sedar dan memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan tilam dan bantal selepas Maria mengadu terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa berlantaikan kayu sehingga menjejaskan kesihatannya.
Adalah menyedihkan apabila Khalid tidak sedar bahawa pengumuman itu tidak menggambarkan sensitiviti beliau tetapi sebaliknya menunjukkan sifat zalim, kejam dan tidak sensitif Ketua Polis Negara kerana menunggu hampir seminggu untuk menyediakan segala keperluan berkenaan,” ujarnya.
Maria, menurut Kit Siang, sering memberi kesedaran terhadap masyarakat demi perubahan dengan cara aman, tanpa keganasan, dan mengikut lunas demokrasi, justeru beliau tidak harus dianggap seperti pengganas dan ditahan reman selama 28 hari mengikut SOSMA.
Namun, katanya tindakan polis adalah lembab apabila sesuatu kes itu melibatkan penyokong UMNO seperti yang terjadi dalam rusuhan serangan seorang anggota Parlimen pembangkang dan rusuhan di pameran seni oleh kartunis, Zunar di Komtar, semalam.
Pun begitu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, profesionalisme yang ditunjukkan polis dalam memastikan perhimpunan BERSIH 5 berlangsung aman tanpa gangguan harus diberikan pujian.
“Ia adalah bukti bahawa anggota polis boleh dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas mereka untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan keamanan dan ketenteraman jika tidak ada campur tangan politik, sama ada oleh tuan politik mereka atau ketua mereka yang menjadi boneka permainan politik tuan-tuan mereka,” ujarnya. – Roketkini.com

TANDA-TANDA UMNO SEMAKIN PARAH



UMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang?
Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim...
Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang bagaikan "naik angin"  mahu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad?

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...
Siapa yang mengetuai Kumpulan Baju Merah yang bukan saja cuba melakukan gangguan kepada pihak lain yang mahu berhimpun secara aman, bahkan juga dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di sebalik gerakan mereka langsung tidak mendapat sambutan?

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus...

Masihkah mahu dikata UMNO tidak terlibat dalam semua kejadian itu?

Kenapa perlakuan ahli dan pemimpin UMNO semakin pelik dan di luar kebiasaan sejak kebelakangan ini?

Adakah ini tanda-tanda mereka sedar bahawa mereka akan kalah pilihanraya? (SH 26/11/2016)

RUU 355: Tinggalkan parti sekongkol Umno – DAP

LEMBARAN BARU PKR: SAIFUDDIN NASUTION AMBIL ALIH JAWATAN S/U AGUNG PKR