NAJIB BERJOGET ,PEGAWAI YANG TERBABIT SEDANG DISIASAT

SHA LA LA LA LA UNTUK NAJIB SEKALI LAGI....


Memetik laporan dari Singapura semalam di mana perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan,  seorang pegawai polis di Jabatan Hal Ehwal Komersial negara itu buat julung kalinya mengesahkan bahawa Jho Low adalah orang penting dalam siasatan penggubahan wang haram yang mereka jalankan berkaitan dengan dana syarikat pelaburan itu.

Pegawai tersebut, Oh Yong Yang memberitahu mahkamah,  Jho Low disiasat sejak tahun 2015 lagi.
Jho Low adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang lain...ia bermula pada 2015," kata beliau.

Katanya, turut dalam senarai penyiasatan mereka ialah  Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy  Al Hussainy, kedua-duanya adalah individu yang pernah memegang jawatan penting dalam Aabar Investment di Abu Dhabi.

Laporan di atas adalah pengakuan dalam mahkamah di Singapura. Ia bukan main-main atau macam berita gossip artis.
Namun jika diimbas, Najib Razak pada 16 Mac 2015 dalam jawapan bertulis di Parlimen, pernah mengatakan bahawa Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

Kata beliau, semua perkara berkaitan 1MDB diputuskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah syarikat tersebut.

Kemudian CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 26 Mac 2016 juga menafikan sebarang kaitan antara Jho Low dengan syarikat pelaburan itu.

Jho Low tiada sebarang aktiviti dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas oleh syarikat, katanya lagi.
Tetapi, berdasarkan apa yang terkini yang dilaporkan di Singapura itu, terbukti dan sah ia bertentangan dengan kata-kata Najib dan Arul sebelum ini.

Maka, mari kita pelawa Najib dan Arul, beserta Peguam Negara Apandi Ali untuk menyanyi sambil berjoget  lagu "sha la la la la" sekali lagi!! (SH 12/11/2016).

SENARAI PENGKHIANATAN PAS TERHADAP PR

SENARAI PENGKHIANATAN PAS TERHADAP PR- 

Oleh:  Yusof Putih








Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyi
dul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.







3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.







7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).







9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).



11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga.

Konvensyen Pakatan Harapan pertama hari ini- update dari berbagai sumber


Konvensyen PH- kredit foto teiku Zakariah

Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama sedang bermula. Konvensyen ini digagaskan oleh tiga parti oposisi utama; PKR, DAP dan Amanah.

KREDIT FOTO MSO


Dewan Konvensyen PH penuh hari ini.Dewan Konvensyen PH penuh hari ini.

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.
Bahagian belakang dewan konvensyen PH yang turut penuh dengan pemimpin dan penyokong.Bahagian belakang dewan konvensyen PH yang turut penuh dengan pemimpin dan penyokong.Konvensyen yang berlangsung di Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam ini dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.
Di samping ucapan pemimpin  sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum di bawa ke sidang para pemimpin utama petang ini,
BERSAMBUNG

JOM HIDUPKAN SEMULA TRAM DI PENANG



Image result for GAMBAR TRAM LAMA DI PENANGIni Electric Bas..electric bas pula muncul di penang selepas tram service..ianya mengunakan sumber electric yg sama cuma xguna track..guna tayar mcm bas2 .



Image result for GAMBAR TRAM LAMA DI PENANGPenang had an advanced public transportation. It had a tram services and later electric buses.:





Image result for GAMBAR TRAM LAMA DI PENANG