PAS WAJAR TARIK DIRI, JIKA BENAR ILTIZAM TUMBANGKAN BN MASIH SAMA



Dalam kedua-dua pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, langkah terbaik yang harus diambil Pas ialah segera menarik diri dan mengumumkan sokongan terbuka kepada calon Pakatan Harapan jika benar parti itu masih berhasrat ingin menumbangkan BN dan tidak ada keinginan tersirat mahu mengekalkan kuasa Najib Razak.

Hanya dengan berbuat demikian saja Pas dilihat benar-benar "bikin serupa cakap" dengan apa yang selalu dilaung-laungkannya selama ini.

Sejak keluar meninggalkan Pakatan Harapan, Pas dilihat berulang kali menafikan kerjasama partinya dengan UMNO, menyatakan tidak mahu bergabung, kekal ingin menumbangkan BN, ada pemimpinnya berjanji akan keluar parti jika "perkahwinan" kedua-dua parti menjadi kenyataan, sebaliknya dalam masa yang sama juga menawarkan diri menjadi penasihat, tidak mahu bermusuh dengan UMNO serta secara terbuka berbaik-baik dan meniru budaya UMNO.

Di ketika mengatakan mereka sekarang ini mengamalkan politik matang, sejahtera dan tiada dendam, tetapi serangan terbuka dengan bermacam-macam label terus juga ditujukan kepada DAP dan Amanah.

Nampaknya politik matang, sejahtera dan tiada dendam hanya terhadap UMNO saja, bukan kepada yang lain.

Dalam keadaan ini, Pas seolah-olah menjadi "parti dua alam" dan tidak ketahuan pendiriannya.

Kalau benar mahu menumbangkan BN sebagai matlamat besarnya, kenapa bertanding sendirian dan menolak perundingan dengan Pakatan Harapan?

Dahulu ketika masih berada dalam Pakatan Harapan, Pas selalu mengatakan kerjasama dengan DAP adalah perlu kerana ia melambangkan wajah sebenar kemajmukan kaum dalam negara, bahkan ia sama seperti perlunya UMNO bergandingan dengan MCA dan MIC.

Sudah lupakah Pas kepada hakikat tersebut?

Tanpa mendapatkan sokongan bukan Melayu, Pas bukan saja tidak akan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahkan mustahil dapat mencapai angan-angannya untuk menumbangkan BN.

Penampilannya secara sendirian, lebih-lebih lagi dengan tanjak, pakaian pahlawan Melayu dan menjulang keris, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, tidak lebih hanya memecahkan undi Melayu dalam blok pembangkang semata-mata.

Ia akan berbeza jika Pas menampilkan semua ciri-ciri itu tetapi bersama dengan Pakatan Harapan yang sudah dilengkapi semua kaum atau sekurang-kurangnya menunjukkan kesediaan untuk berunding dari segi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan BN.

Bertandingnya Pas dan bagaimana cara mereka berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setakat ini seolah-olah ia dilakukan bukan untuk menang dan tidak juga mahu calon Pakatan Harapan menang. Tujuannya hanya ingin memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Ia juga bertentangan sama sekali dengan kenyataan ingin menumbangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Mungkin Pas masih malu untuk menyatakan secara terbuka untuk bekerjasama dan bergabung dengan UMNO kerana keinginan itu hanya berlaku di peringkat sebilangan pimpinan atasannya saja, manakala di peringkat bawahan, rata-rata masih selesa dengan pahala memusuhi UMNO dan kerajaan yang sudah ditarbiyahkan sejak sekian lama.

Sebab itu, setiap kali pendirian parti itu dipertikaikan, akan ada pimpinannya yang tampil menyatakan tidak akan bergabung, kekal ingin menumbangkan BN dan bermacam-macam lagi.

Hakikatnya, semua itu hanyalah lakonan pimpinan di peringkat atasan untuk menyejukkan hati dan perasaan ahli-ahli bawahan sahaja.

Jika benar Pas ingin sama-sama menumbangkan BN, mereka tidak perlu banyak berdrama dan berdolak-dalik. Pilihan mereka ialah berbaik semula dengan Pakatan Harapan dan membuka pintu rundingan untuk pertandingan satu lawan satu dengan pihak yang benar-benar bermusuh dengan UMNO serta mempunyai alternatif yang lebih diyakini untuk mengambil alih kerajaan sedia ada.

Sekali lagi, Pas secara sendirian tidak akan menang dalam pilihanraya kecil ini dan mustahil, mustahil serta mustahil  mampu mengambil alih kuasa dalam pilihanraya umum nanti.

Sebelum tarikh pembuangan undi pada 18 Jun ini, masih ada masa untuk Pas menarik diri jika benar hasrat menumbangkan BN itu benar-benar datang dari hati dan nawaitu yang tidak berbelah lagi - dulu, kini dan selamanya, seterusnya melangkah dengan gabungan lebih mantap menjelang PRU 14 akan datang.

Jika tidak, perjuangan Pas akan terus menjadi cemuhan, jati dirinya dipertikaikan dan jangan marah kiranya turut dikaitkan dengan suapan dedak juga. (SH 08/06/2016).

SELEPAS MENANG NAK JADI APA?


Tidak dinafikan, ini adalah antara cakap-cakap yang biasa didengari di sekitar Kuala Kangsar sejak Mastura Mohd Yazid dinamakan untuk bertanding menggantikan tempat arwah suaminya, Wan Khairi-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter, 5 Mei lalu.

Jika ditakdirkan menang, beliau mahu dijadikan apa pula?

Ketua UMNO Bahagian? Timbalan Ketua UMNO Bahagian? Naib Ketua UMNO Bahagian?

Atau Ketua Wanita UMNO Bahagian? (SH 08/06/201

Isteri PM ke Istanbul dengan jet peribadi, rakyat tanggung dengan GST?


KUALA KANGSAR, 8 JUN: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat satu lagi dakwaan pembaziran kerajaan melibatkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Kali ini, ia melibatkan sewaan sebuah jet peribadi ke Istanbul pada 27 Mei lalu bagi menghadiri ‘Global Good Governance Award 2016’ yang telah menganugerahkan “3G Children Welfare Award” kepada Permata, sebuah program yang dinaungi beliau sendiri.
“Oleh kerana Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai mewakili Permata, maka timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat atau tidak,” ujar Rafizi dalam sidang media di Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar sebentar tadi.
Beliau turut melahirkan rasa hairan dan tertanya-tanya mengapa isteri Perdana Menteri itu tidak menggunakan pesawat komersil sahaja untuk menghadiri majlis tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diminta untuk menjawab tiga persoalan yang timbul berkaitan penyewaan jet peribadi berkenaan:
  1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan pesawat komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
  2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan?
  3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?
“Tatkala pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup menggunakan jet peribadi yang disewa khusus untuk satu perjalanan adalah melampau dan tidak sensitif,” kata beliau.
Apa yang menyedihkan katanya ialah beban pemborosan kerajaan ini terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikan harga barang, cukai GST, penghapusan subsidi, pemotongan mendadak bantuan pendidikan pelajar dan sebagainya.
“Saya juga dimaklumkan MARA telah memotong elaun makan bagi pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) dari RM250 sebulan kepada RM125 sebulan; tetapi pada masa yang sama isteri Perdana Menteri bermewah dengan sebuah jet peribadi yang disewa,” jelasnya.
Bagi Rafizi, dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, merupakan medan untuk membandingkan parti mana yang paling peka terhadap kesusahan dan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat.
“Sewajarnya parti yang paling peka dengan perkara ini juga paling lantang membongkar pembaziran yang berlaku dan meletakkan pertanggungjawaban kepada penjawat awam dan keluarga mereka yang dilihat bermewah sementara rakyat terus tertekan,” tegas beliau. – Roketkini.com

Jet mewah, Pas dicabar tegur Najib atau sedia dilabel 'berkawan' dengan BN

Apa macam MP PAS?.. Nik Abduh, Nasaruddin, dan lain lain....tak tegur kah isu ini???Atau anda tiada maklumat untuk mendedahkannya.


Rafizi dedah Rosmah salah guna kemudahan negaraRafizi dedah Rosmah salah guna kemudahan negara
PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.
"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.
"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.
Rafizi hari ini mendedahkan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi mewah yang disewa untuk ke Istanbul mewakili Permata.
Rosmah dikatakan menghadiri satu majlis di Istanbul untuk mewakili Permata menerima anugerah "3G Children Welfare Award".
Rosmah menaiki jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates.
Permata merupakan program yang dibiayai wang rakyat.
Rafizi berkata, disebabkan Rosmah mewakili Permata, timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.
Justeru beliau mahu Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara tersebut.
"Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
"Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan rersebut?
"Kenapa Rosmah sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini? soalnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Beliau juga menegaskan, ketika pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi untuk satu perjalanan adalah sangat melampau dan tidak sensitif.