Abai undi kaum lain, Pas perjudi nasib fokus Melayu - Ilham Centre


Presiden Pas memotong pulut ulang tahun Pas dengan keris panjang.Presiden Pas memotong pulut ulang tahun Pas dengan keris panjang.
Ilham Centre menyifatkan Pas sebenarnya sedang berjudi nasib apabila hanya memikirkan undi Melayu  dengan mengabaikan terus undi kaum lain.
Pengerusi Eksekutifnya, Hisommudin Bakar berkata, hal ini dapat dilihat pada aksi Presiden Pas yang tampil dengan sebilah keris panjang memotong pulut sebagai simbolik perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-62 di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Menurutnya, muktamar Pas cuba menghantar mesej bahawa parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kini turut menjunjung perjuangan Melayu selain penekanan kepada Islam seperti kelaziman sebelum ini.
"Saya percaya tindakan ini selari dengan strategi Pas yang berusaha menawan hati penyokong Umno yang kecewa dengan kemelut parti mereka untuk memindah sokongan kepada Pas sebagai (parti) alternatif.
"Dengan formula itu, Pas sebenarnya beranggapan mereka akan menjadi parti yang mendapat laba dari perpecahan Umno dan akhirnya menjadikan Pas parti yang kuat kerana didukungi oleh orang Melayu.
"Dan adakah benar, formula menjulang keris dan berbusana lengkap pahlawan Melayu akan diterjemahkan undi orang Melayu kepada Pas?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Walau bagaimanapun pada fasa strategi Pas ini, ujarnya, parti tersebut kelihatan terpaksa mengorbankan sebarang pertalian dengan DAP demi mendekatkan sokongan Melayu kepada Pas.
"Dengan itu, menampakkan simbol penolakan total pada DAP dangan kenyataan berbaur serangan kepada DAP disamping mengukuhkan imej penonjolan membela kebudayaan Melayu," tegasnya.
Mengulas lanjut isu keris, Hisommudin berkata, Umno pernah terkena tempias penolakan bangsa lain kepada mereka akibat penggunaan senjata tradisional Melayu itu dan elemen menonjolkan aspek dominasi Melayu ke atas bangsa lain.
"Hishammuddin Tun Hussein sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno pernah menjulang dan mengucup keris telanjang dan akhirnya mengundang kecaman dari bangsa lain dan akhirnya menjadi isu yang besar perlu ditangkis Umno," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap Pas bersedia untuk dikritik selepas mengambil langkah tidak popular itu demi meraih matlamat yang dilihatnya masih lagi samar-samar digapai oleh Pas.
"Saya yakin, sejak dua hari muktamar Pas berlangsung, serangan sinis ataupun kecaman netizen dizahirkan terbuka di media sosial berbanding pujian kepada mesej Pas tersebut," tambah Hisommudin lagi.

DAP tidak rampas tanah Melayu Pulau Pinang, kenapa PAS tiru perangai UMNO?

syerleena

GEORGETOWN, 3 JUN: DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli PAS itu seolah-olah cuba ‘meniru’ budaya UMNO yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar Kerajaan Megeri mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Malah, Syerleena menegaskan, PAS ‘buat-buat lupa’ dengan segala perlakuan UMNO selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
“Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM 8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
“Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
“Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Syerleena yang juga ahli majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.
Katanya, perkara itu jelas dibuktikan dengan kerja keras kerajaan negeri menuntut agar hak rakyat dipelihara dan diberi pampasan oleh pemaju seperti dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam dan Kampung Chetty di Bukit Feringghi sebelum ini.
Oleh itu, tegasnya, Pakatan Harapan sentiasa mengambil langkah yang terbaik demi keadilan sosial bagi mempertahankan hak kemanusiaan setiap individu di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Percaturan yang dimainkan oleh PAS dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan melalui dakwaan tidak berasas dan tanpa bukti kukuh hanya menunjukkan betapa gelabahnya PAS ketika ini untuk menawan hati sekutu politiknya yang baru,” katanya. – Roketkini.com

SAINTIS FIZIK CALON AMANAH PRK KUALA KANGSAR

BUKAN PAS DAKWAH UMNO, PAS IKUT RENTAK UMNO’

VIDEO : PERWAKILAN PAS AKUI KEHILANGAN PENGUNDI SELEPAS PR HANCUR

PAS DAH MACAM UMNO...



Dulu hanya pemimpin UMNO yang berpakaian macam ini.

Sekarang pemimpin Pas pun nak jadi pahlawan Melayu juga.


Dulu hanya Pemuda UMNO yang cium dan julang keris.


Sekarang Hadi Awang sendiri julang keris gergasi.

Dulu menjadi tradisi pemimpin UMNO potong pulut kuning.

Sekarang Pas pula potong pulut hijau.

Dulu,  slogannya "Pas ganti UMNO", rupa-rupanya sudah bertukar kepada "Pas mirip UMNO".

Dulu, didendangkan juga motto "Pas For All",  tetapi nampaknya sekarang sudah berubah menjadi  "Pas For U, Najib". (SH 03/06/2016).

PAS ‘BUAT PERUBAHAN’ JULANG KERIS POTONG PULUT KUNING