[LIVE][050416] BM12 - Ust Shamsuri Hj Ahmad




ANDA BOLEH TERUS KE ZON KULIAH ATAU LAWATI WRLR.TQ.-


ADMIN BERADA DILUAR KAWASAN



LIVE 4.4.2016 USTAZ SHAMSURI AHMAD

ANDA BOLEH TERUS KE ZON KULIAH ATAU KE WEBSITE INI.TERIMA KASIH


[LIVE][040416] NE2 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Tawaran baru untuk Sarawak


rencana_chintong_sarawak

Tawaran Baru untuk Sarawak – melalui penurunan kuasa kepada negeri dalam bidang pendidikan, kesihatan, polisi perbandaran, pengangkutan, disokong oleh perkongsian cukai yang lebih tinggi antara kerajaan persekutuan dan Sarawak (mengambil kira 50 peratus cukai pendapatan yang dikutip oleh negeri diberikan kepada negeri) – perlu menjadi tema kempen yang utama untuk pilihan raya negeri yang akan dipanggil dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Pilihan raya 2016 negeri Sarawak bakal menyaksikan penzahiran peningkatan kebencian di kalangan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bahkan UMNO.
Tidaklah terlalu sukar difahami, kebanyakan rakyat Sarawak merasakan bahawa Putrajaya bertindak sebagai pusat memerah cukai serta hasil sumber bumi yang berharga dari Sarawak, kemudian digunakan untuk projek-projek mewah yang menelan belanja tidak masuk akal, sedangkan rakyat Sarawak terus kekal hidup dalam kesengsaraan, kemiskinan dan pembangunan negeri yang amat perlahan.
Meskipun tidak popular, Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib dengan begitu cermat berterusan menjaga struktur kuasa yang berpusat di Sarawak tanpa memiliki sedikitpun keazaman politik untuk memikirkan semula bagaimanakah kuasa yang lebih luas dapat diturunkan kepada negeri bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam merangka dasar-dasar awam dalam kerangka yang lebih demokratik. Hal ini hakikatnya mampu mengukuhkan Sarawak dan mengelakkan isu pemisahan melibatkan Semenanjung Malaysia dan negeri di kepulauan Borneo ini.
‘Cash is king’ – Itulah resipi mudah Najib untuk Sarawak. Resipi yang telah diketahui umum menjadi modus operandi di hampir lima puluh kawasan lawatan beliau ke Sarawak sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009. Keseluruhannya tidak lain adalah ibarat menabur wang persekutuan untuk pelbagai projek. Projek yang akhirnnya hanyalah memberikan lebih manfaat kepoada kontraktor berbanding anak-anak Sarawak sendiri.
Populariti Adenan
Sebaliknya, Ketua Menteri Adenan Satem, yang menggantikan Taib Mahmud pada tahun 2014, adalah agak popular. Dengan gaya yang santai, latar sejarah politik yang lebih bebas-nepotisme dan pelbagai pengumuman popular beliau, mampu menarik minat pengundi. Pada dasarnya, Adenan menjadi ‘idola segera’ di Sarawak dengan tidak membawa imej ‘Taib’ mahupun ‘Najib/UMNO’.
Adenan pada awalnya membawa agenda penurunan kuasa / desentralisasi tetapi akhirnya beliau sedar bahawa berurusan dengan Kerajaan Persekutuan tidak lebih hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi. Justeru, beliau telah memanfaatkan elemen permusuhan anti-Putrajaya yang telah ditafsir semula sebagai anti-Malaya. Namun secara umum, ia lebih mudah diinterpretasikan sebagai anti kepada sebarang perkara yang datangnya dari Semenanjung Malaysia yang akhirnya ibarat menyimbah minyak ke api terhadap sentimen ‘Sarawak untuk rakyat Sarawak’.
Pun begitu, mengusir atau melarang ahli-ahli politik pembangkang dari Semenanjung tidak akan membantu memperkasakan rakyat Sarawak. Begitu juga, memberi Adenan kemenangan besar pada pilihan raya negeri tidak akan bermakna Kerajaan Persekutuan Najib akan melakukan apa sahaja untuk mengubah kehidupan rakyat biasa di Sarawak agar menjadi lebih baik.
Memenangi lebih kerusi di Sarawak
Dari sudut politik, demi rakyat Sarawak secara umumnya, penambahan kemenangan pihak pembangkang di beberapa lagi kerusi Sarawak mampu menganjak Adenan untuk memikirkan semula kesetiaannya kepada Najib. Adenan sekarang ini mengawal 25 kerusi Parlimen yang merupakan satu jumlah signifikan dalam menentukan jatuh bangun Perdana Menteri Najib.
DAP dan PKR masing-masing telah memenangi 12 dan 3 kerusi DUN pada pilihan raya negeri 2011. Jika pembangkang boleh meraih kemenangan sekurang-kurangnya 20 kerusi mengambil kira penambahan kerusi lagislatif (dari 71 kepada 82 kerusi), Najib mungkin tidak dapat lagi bertahan terlalu lama.
Oleh itu, kesediaan untuk berpartisipasi dalam wacana lebih besar bertitik tolak dari pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah amat mendesak bagi mereka yang serius ingin melihat Najib berundur.
Soalnya, bolehkah penyingkiran Najib memberikan tawaran baru untuk Sarawak? Mampukah tawaran baru untuk membawa perubahan terhadap rakyat biasa di Sarawak? Adakah penurunan kuasa lebih luas kepada negeri tidak akan disalahguna dan dimanipulasi oleh kelompok elit berkuasa yang sedia ada?
Tawaran baru untuk Sarawak adalah tentang ‘menarik tangan’ seberapa banyak rakyat Sarawak daripada berterusan berada dalam lohong kemiskinan dan kedhaifan. Dan Adenan pula, setelah gagal menarik Najib agar memberikan kuasa autonomi lebih besar kepada Sarawak, beliau tidaklah memiliki tawaran agenda lebih serius untuk dikemukakan kepada rakyat melainkan sekadar bersandar pada daya tarikan personalnya sahaja.
Saya merasakan sekiranya Adenan berhadapan pilihan raya pada tahun lalu sebelum cukai GST dilaksanakan dan sebelum agenda autonomi beliau di‘bakul sampah’kan oleh Najib setelah beberapa kali rundingan, beliau barangkali boleh mengecapi kemenangan besar.
Ekonomi hari ini dalam keadaan parah. Rakyat disetiap lapisan benar-benar terjejas akibat GST. Ada juga yang terhimpit akibat kehilangan pekerjaan daripada industri minyak dan gas di Bintulu dan Miri. Walaupun Najib setuju membayar peratusan royalti minyak lebih tinggi semasa pilihanraya negeri untuk meningkatkan sokongan kepada Adenan, keadaan harga minya dunia yang rendah tidak akan memberi banyak makna.
Berikan lebih kuasa kepada negeri
Kini adalah masanya untuk Malaysia memikirkan semula konsep persekutuan yang mensasarkan untuk memberikan lebih kuasa kepada negeri khususnya Sarawak dan Sabah.
Jika 50 peratus daripada cukai pendapatan yang dipungut di Sarawak diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, perkiraan fiskal yang baru akan menggalakkan Sarawak agar kurang bergantung pada industri ekstraktif untuk mengumpul pendapatan seperti jualan tanah, pembalakan, minyak dan gas, dan sebagainya. Ini seterusnya memberi kesan positif untuk alam sekitar dan kemampanan.
Reka bentuk baru ini akan membantu Sarawak untuk menjadi lebih fokus untuk mengecapi pertumbuhan yang berkualiti dan pengagihan yang lebih baik kerana lebih banyak syarikat dan pembayar cukai membayar cukai yang lebih baik untuk Kerajaan Negeri. Dalam usaha untuk mendapatkan pembayar membayar cukai, mereka perlu dibantu bagi memperolehi kapasiti untuk mencapai tahap dimana mereka boleh cemerlang.
Akhirnya, walaupun selepas perkongsian separuh daripada cukai pendapatan yang dikumpul, Kerajaan Persekutuan akan mengumpul lebih banyak cukai jika ekonomi berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding sekarang. Pada masa yang sama, cukai yang dikongsi bersama Kerajaan Negeri adalah bagi membolehkan negeri mengurus dan menyediakan prasarana pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan polisi perbandaran yang dipacu dan dikawal selia oleh Sarawak sendiri untuk memajukan kehidupan dan nasib masa depan mereka.
Aspek-aspek yang disebutkan adalah dibawah bidang kuasa dan tanggungjawab negeri di banyak negara-negara yang mengamalkan federalisme seperti Australia dan India. Malaysia tidak terkecuali. Malah, sejarah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sendiri telah mengurus selia sistem persekolahan mereka secara mandiri sehingga 1970-an.
Penurunan kuasa dan demokrasi
Adakah cadangan diatas membuka ruang-ruang untuk berlakunya kezaliman? Jawapan saya, tanpa penurunan kuasa kepada kerajaan negeri sekalipun, Sarawak telah dikendalikan oleh pemerintah-pemerintah yang zalim selama beberapa dekad.
Penurunan kuasa / desentralisasi akan berfungsi dengan baik dalam sebuah pengamalan sistem demokrasi yang tulen. Tawaran baru untuk Malaysia hendaklah mengangkat pengamalan sistem demokrasi tulen dimana kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun yang dijamin; badan kehakiman yang tidak korup; institusi anti rasuah yang bebas dari campur tangan politik; dan sistem pilihan raya adalah adil dan bersih. Dan demokrasi tulen yang dapat berfungsi mengawasi dan mencegah pemerintahan kuku besi adalah lebih baik daripada rejim autoritarian.
DAP Sarawak telah mencadangkan beberapa idea di atas dalam Deklarasi Bintulu pada Oktober 2014 dan kini masanya untuk perkara tersebut diperdebatkan secara lebih serius. Pun begitu, tawaran baru Sarawak adalah sebuah keperluan mendesak dan ia tidak seharusnya datang dari DAP samata-mata.
Sebelum semboyan pilihan raya Sarawak ditiupkan, setiap orang yang mahukan Najib berundur perlu bertanya kepada diri mereka sendiri; apakah yang mereka boleh tawarkan untuk rakyat biasa di Sarawak. Tawaran jangka panjang yang dapat memberikan kebaikan meliputi aspek ekonomi dan kualiti kehidupan. Setiap orang yang mahu Perdana Menteri berundur perlu memberi perhatian serius kepada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Hanya penurunan kuasa yang diiringi keazaman politik yang ikhlas dan tulen dalam konteks demokrasi sahaja, boleh memacu Negara ke mercu kejayaan.

Amanah lancar akhbarnya sendiri bernama 'Amanah'



Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini melancarkan akhbar mereka sendiri yang bernama Amanah.
Pelancaran itu disempurnakan oleh presidennya Haji Mohamad Sabu dengan menandatangani plak pelancaran di Wisma Amanah hari ini.
Akhbar ini buat permulaan ini diterbitkan dua minggu sekali dan akan menjadi akhbar mingguan berdasarkan permitnya dari KDN selepas ia stabil.
Akhbar itu diterbitkan selepas enam bulan penubuhannya yang mula berada di pasaran mulai minggu ini.
Keluaran pertama dengan muka depan bertajuk 'Undur Najib Undur' dicetak sebanyak 30 ribu dan diedarkan ke seluruh negara dengan harga RM2 senaskhah.
Menurut pengarah komunikasi, Khalid Samad akhbar ini dijual kepada ahli namun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.
"Kita memang jual untuk ahli Amanah tapi biasanya akan ada yang bukan ahli pun membeli," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

MEMPERTAHAN NAJIB AKAN JADI KERJA SIA-SIA BAGI UMNO-SH


Hari demi hari semakin banyak pendedahan serta pembongkaran di peringkat antarabangsa mengenai Najib Razak, 1MDB, wang yang masuk ke akaun peribadinya serta bagaimana perbelanjaan mewah dilakukannya.

Dulu ramai yang sudah cukup terkejut apabila diketahui wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib adalah berjumlah RM2,600 juta, tetapi kini nampaknya angka itu makin membesar sehingga didakwa mencecah RM4,200 juta.

Angka itu tentu saja menarik kerana ia secara kebetulan bersamaan dengan 10 peratus daripada hutang keseluruhan yang ditimbun oleh 1MDB iaitu RM42,000 juta.

Apa makna 10 persen bagi kebanyakan orang biasa apabila dikaitkan dengan politik dan perniagaan?

Negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB juga turut bertambah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Switzerland, Hong Kong dan terbaru sebuah negara yang jarang kita kenali, Luxembourg.
Pendedahan mengenai percutian, perbelanjaan mewah dan membeli barang kemas yang melibatkan Najib dan Rosmah juga kian bertambah, bukan saja dari segi jumlah wang yang dibelanjakan dan barang-barang yang dibeli, bahkan turut melibatkan Reza Aziz, anak Rosmah daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Dalam pendedahan terbaru WSJ, dilaporkan bahawa Reza melalui syarikat filemnya, Red Granite yang menerbitkan filem separuh porno, The Wolf of Wall Street didakwa telah menerima dana berjumlah AS$155 juta atau RM603 juta melalui laluan berliku yang diipercayai daripada 1MDB.

Dana itu diterimanya dalam tiga peringkat pada tahun 2012 iaitu RM60 juta, RM45 juta dan RM50 juta.

Selain itu, WSJ turut melaporkan bahawa pihak berkuasa UAE telah mengeluarkan perintah larangan perjalanan dan pembekuan aset dua bekas eksekutif syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company atau IPIC berhubung transaksi kewangan melibatkan 1MDB.

Tindakan terhadap kedua-dua eksekutif itu, Khadem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Huseiney, jelas menunjukkan ada kemajuan dalam siasatan mereka lakukan.

Untuk hari-hari seterusnya pula, terutama kerana banyak siasatan sudah bermula, tidak diketahui  apa lagi pendedahan lain yang bakal terdedah mengenai Najib, 1MDB serta lambakan wang yang dibelanjakan berkaitan dengannya.
Kita juga tidak mengetahui berapa banyak lagi maklumat sulit yang ada dalam tangan WSJ, ABC News, Sarawak Report dan sebagainya yang mungkin hanya menunggu masa untuk disiarkan ke seluruh dunia.

Untuk itu, masa yang mendatang ini boleh dikira detik paling kritikal kepada Najib dalam usaha untuk mempertahankan kuasa pemerintahannya.

Walaupun tidak semua penyiasatan itu menjurus kepada Najib secara langsung, tetapi sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan 1MDB, kesan politiknya tentulah paling terkena kepada Najib.

Dalam pada itu, memandangkan berbagai negara sudah melakukan siasatannya, tidakkah di akhirnya nanti ia akan menjurus kepada Najib juga berikutan hubungannya yang rapat dengan 1MDB?

Dan selagi beliau memimpin UMNO serta kerajaan, selagi itulah juga kesan buruknya akan menimpa parti dan negara.

Meskipun secara teorinya Najib masih boleh bertahan selagi Ahli Majlis Tertinggi, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian berpihak kepadanya, tetapi sudah tentu apabila semakin banyak pendedahan dan pembongkaran mengeluarkan bau busuknya, ia akan menyebabkan sokongan rakyat  mereput secara perlahan-lahan kepadanya.

Najib tidak mustahil boleh dipertahankan sekurang-kurangnya sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan, namun mampukah UMNO dan kerajaan terus dikekalkan jika penerajunya terus sarat dengan masalah dan isu yang tidak mampu untuk dijawab dan dihujah balas?

Jika keadaan itu berterusan, mempertahankan Najib hanya menjadi kerja sia-sia kerana UMNO tetap kalah dan ditolak rakyat juga akhirnya.

Apakah dalam waktu yang  masih ada ini, pemimpin-pemimpin UMNO tidak terfikir bahawa lebih berbaloi jika mereka turut sama mendesak pengunduran Najib dan seterusnya memberi peluang kepada pemimpin baru memulihkan keadaan? (SH 03/04/2016).

Banglo Guan Eng, transaksi Taman Manggis: BN hipokrit, tanpa fakta


lge_rumah
Sesiapapun boleh memilih untuk menjual hartanya pada sebarang harga yang dikehendakinya. Itu adalah prerogatif atau hak istimewanya.
Ianya boleh terjadi jauh di bawah nilai pasaran atau jauh melebihi harga pasaran. Itu adalah hartanya dan keputusannya sendiri. Ini bukanlah satu bentuk jenayah dan pemilik tersebut tidak melakukan sebarang jenayah dengan berbuat demikian.
Bagaimanapun, sekiranya harta tersebut dijual lebih rendah dari nilai pasaran bagi mendapatkan balasan dalam bentuk sogokan, barulah ianya menjadi satu perkara lain. Apapun bentuk sogokan yang diterimanya dari transaksi ini bukan sahaja akan menggantikan apa yang ia telah hilang dari penjualan tersebut, tetapi ia akan mendapat keuntungan yang lebih besar darinya.
Maka ini, tentunya akan melibatkan rasuah.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, telah membayangkan unsur rasuah di dalam pembelian sebuah rumah yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Shabudin mendakwa bahawa pembelian rumah tersebut dalam tahun 2015 mempunyai kaitan dengan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada syarikat persendirian, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) pada tahun 2012.
Dengan kata lain, ianya ditomahkan bahawa tanah Taman Manggis tersebut telah dijual di bawah harga pasaran dalam tahun 2012 supaya Guan Eng boleh mendapatkan banglo nya di bawah harga pasaran juga – selepas tiga tahun!– iaitu 2015 sebagai ganjaran kerana menjual tanah tersebut dengan murah.
Jika inilah sebenarnya yang terjadi – dan sekiranya perkara ini dapat dibuktikan secara konklusif – maka tidak ada persoalan lain lagi yang satu perlakuan rasuah telah berlaku.
Tetapi, adakah ini yang berlaku? Spekulasi semata-mata tidak akan menjadikannya satu fakta.
Duti setem perlu dibayar atas nilaian harta yang dibeli pada kadar 1% bagi RM 100,000 yang pertama, 2% bagi nilai seterusnya sehingga RM 500,000 dan 3% bagi yang selebihnya.
Penilaian dibuat oleh Jabatan Penilaian, sebuah agensi kerajaan. Sekiranya pembeli telah mengistiharkan suatu harga tertentu bagi harta tersebut tetapi Jabatan Penilaian meletakkan nilaian yang lebih tinggi, maka pembeli harus membayar peratusan yang lebih tinggi mengikut penilaian yang lebih tinggi itu, melainkan pembeli bersedia untuk mencabar penilaian tersebut di mahkamah.
Dalam kes ini, oleh kerana Jabatan Penilaian memutuskan bahawa harga pasaran harta tersebut adalah sepatutnya RM4.1 juta, pembeli terpaksa membayar RM 39,000 lebih dalam bentuk duti setem atas perbezaan RM 1.3 juta dari harga transaksi dan paras penilaian.
Tidak ada seorang pun yang pernah didakwa kerana meletakkan harga yang lebih rendah. Ia bukan suatu perbuatan jenayah. Dan ianya bukan satu isu pun.
Kembali kepada isu rasuah, kita diberitahu pembeli banglo tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah Pengerusi Lembaga Tender. Bahkan, beliau bukan ahlinya pun.
Dari fakta-fakta berkaitan yang diperolehi, tanah Taman Manggis telah dijual melalui tender terbuka yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini bermakna terdapat penender yang lain untuk membeli tanah tersebut. Jadi, jika begitulah keadaannya, siapa yang berhak menjadi pembeli yang sah?
Sudah tentulah ianya pembida tertinggi. Jika tanah tersebut telah dibeli secara sah melalui proses tender yang betul, bagaimana pula persoalan rasuah boleh timbul?
Adakah mahu digambarkan bahawa seluruh Lembaga Tender telah bersekongkol dan berpakat dengan Ketua Menteri untuk menjual sebidang tanah yang dimaksudkan ini kepada KLIDC di bawah harga pasaran? Adakah integriti seluruh Ahli Lembaga Tender hendak dipersoalkan? Apakah asas untuk semua ini?
Apakah pembida-pembida lain dalam proses tender terbuka tersebut telah dipengaruhi supaya tidak menawarkan harga yang lebih tinggi supaya KLIDC boleh membeli tanah tanah tersebut pada harga yang ditawarkannya? Siapakah agaknya yang mempunyai pengaruh sedemikian? Adakah terdapat dalang yang mengawal proses tender terbuka tersebut?
Sekiranya keseluruhan proses tender dijalankan secara telus, bagaimana persoalan rasuah boleh timbul? Adakah ianya sesuatu yang direka-reka?
Apakah unsur rasuah telah dengan sengaja direka bagi membabitkan Guan Eng dalam pembelian banglonya di bawah harga pasaran?
Jika Shabudin mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bagi menguatkan dakwaannya, beliau sepatutnya menyatakannya di luar parlimen. Ia adalah satu tanggungjawab moral baginya. Kita seharusnya menyokong beliau – bahkan harus mendesaknya – untuk berbuat demikian.
Guan Eng, yang menolak semua dakwaan ini sebagai pembohongan, akan terpaksa menyaman Shabudin yang boleh mendedahkan semua bukti di mahkamah dan mengenakan Guan Eng. Sekiranya Shabudin ingin mengenakan Guan Eng kerana melakukan rasuah, maka ini adalah peluang keemasan baginya.
Sekarang, banyak sandiwara yang dibuat mengenai projek rumah mampu milik yang dirancang di Taman Manggis – tetapi tidak dilaksanakan – oleh bekas kerajaan BN. Sewaktu BN berkuasa, sepatutnya ia dengan mudah dapat menyiapkan projek perumahan bagi golongan miskin atas tapak ini. Tetapi nampaknya ia telah mensia-siakan peluang tersebut.
Dengan kehendak Tuhan, BN mendapat satu lagi peluang untuk menyiapkan projek perumahan ini. Ia mempunyai wang, kedudukan dan kesungguhan politik untuk menjayakan projek ini. Lebih dari itu, ia telah dengan angkuh merampas peluang ini dan dengan lantang mengumumkan bahawa ia akan membina rumah mampu milik di atas tanah ini.
BN menjadikan ini isu yang berapi dalam PRU 13, menghentam kerajaan Pakatan Rakyat kerana menjual 0.45ha (1.1ekar) tanah Taman Manggis dengan murah di bawah harga pasaran pada harga RM 11.5 juta atau RM 232 skp kepada sebuah syarikat persendirian. BN mendakwa harga tersebut sepatutnya sekali ganda dari apa yang dijual kepada syarikat tersebut.
Ini membuatkan Ketua Menteri menawarkan BN membeli tanah tersebut lebih dari RM22 juta atau RM 450 skp. Dengan berani sombongnya, ketua BN, Teng Chang Yeow, serta merta setuju untuk membeli tanah tersebut. Kos keseluruhannya ialah RM22,407,300.
BN terlalu bersungguh untuk membeli tanah ini untuk membina rumah bagi golongan miskin dan tanpa membuang masa membayar 1% wang kesungguhan sebanyak RM 224,073 pada 3 Oktober 2012.
BN mempunyai wang yang melimpah ruah hinggakan ia membawa jumlah tersebut – hampir suku juta ringgit – dalam bentuk tunai bersama sebuah mesin pengira. Ketua Pemuda Negeri BN diiringi Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Tan Hing Teik dan Ketua Pemuda BN Tanjung, H’ng Khoon Leng telah pergi ke pejabat Ketua Menteri untuk menyerahkan wang tersebut pada jam 11 pagi tersebut.
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pengawal di Komtar. Pembantu Khas Ketua Menteri, Faridah Hani M. Yaacob, yang menemui kumpulan itu menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak dapat menerima wang tunai tersebut dan meminta mereka memasukkan wang tersebut kedalam bank melalui Bendahari Negeri.
Pemimpin-pemimpin Barisan itu kemudiannya telah mendepositkan jumlah tersebut di sebuah cawangan Maybank di Komtar.
Ketua Pemuda Negeri BN, Oh Tong Keong dengan tegas menyatakan bahawa bayaran tersebut menunjukkan betapa serius dan jujurnya BN negeri untuk membeli tanah tersebut.
“Kerajaan negeri tidak meminta bayaran 1%, tetapi jika kita tidak mengambil apa-apa tindakan, kerajaan negeri akan menuduh kita tidak bersungguh,” tambahnya.
BN Negeri mempunyai 30 hari untuk menyelesaikan bayaran penuh. Jadinya, baki berjumlah RM 22,183,227 perlu dibayar sebelum 4 November 2012.
Kemudiannya, Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Teong dengan megahnya mengiystiharkan “Wang dan segalanya telah sedia. Kami telah berjaya mengutip baki RM 22.18 juta dari penyokong-penyokong Barisan.”
Bila tiba 4 November, BN gagal melunaskan baki 99% bayaran. Kerajaan Pakatan Rakyat dengan semangat ingin bekerjasama dengan BN, telah memberikan lanjutan tempuh selama sebulan bagi BN menyelesaikan obligasinya. Tetapi, obligasi ini tidak ditunaikan pada 4 December 2012 dan 1% wang kesungguhan itu pun dirampas.
BN mempunyai dua misi untuk disempurnakan:
1) Menghalang kerajaan Pakatan dari menjual tanah Taman Manggis pada harga RM 11.5 juta, yang pada hemat mereka di bawah harga pasaran, dan
2) Memberikan makna sebenar atas keperihatinan besar mereka terhadap golongan miskin dengan membina rumah mampu milik atas tapak tanah ini.
Tetapi mereka telah menghancurkan kedua-dua misi tersebut, hingga membawa kepada persoalan tentang kejujuran mereka.
Setelah gendang perang dipalu mengenai tanah Taman Manggis, setelah menunjukkan kesungguhan untuk membeli tanah ini bagi membina rumah bagi golongan miskin dan setelah mengutip semua wang yang perlu bagi memuktamadkan penjualan, mengapa ianya dibatalkan. Wang bukanlah masalahnya, Jadi, apa masalahnya ?
Apa sudah jadi dengan semua keberanian?
Mengatur demonstrasi dan menuntut supaya rumah dibina atas tanah Taman Manggis hanya menunjukkan politik opportunis dan tidak sedikitpun menambah kredibiliti atau menunjukkan kejujuran mereka.
Apa yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim kepada wartawan selepas perhimpunan 25 March 2016 di Taman Manggis – “Kami mahu melindungi kepentingan rakyat kerana mereka memerlukan tempat yang lebih selesa yang mereka miliki”- mempunyai lompang kosong mengenainya.
Pada 2013, BN berkubang dengan wang. Seorang yang tidak dinamakan dan tidak dikenali telah dengan secara misteri mendermakan RM 2.6 billion. Sebahagian kecil sahaja dari wang tersebut telah cukup untuk membina rumah mampu milik untuk golongan miskin jika terdapat kemahuan politik dan keinginan yang tulin untuk membantu yang miskin.
Tetapi, RM 1.5 billion telah ditaburkan tanpa peduli untuk membeli dan merasuah pengundi bagi mengekalkan kuasa.
BN, kamu mengkhianati kata-kata kamu, kamu mengingkari janji, kamu tidak menunaikan niat suci kamu.
Kamu bukan sahaja kedengarannya kosong dan hipokrit apabila kamu menyatakan keperihatinan kamu kepada golongan miskin tetapi kamu telah buktikan bahawa kamu adalah kosong dan hipokrit kerana tidak menunaikan janji suci kamu!

*Rencana ini pertama kali disiarkan di laman web Keadilan Daily. Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Aliran.

POPULARITI NAJIB MENURUN 23%, BERUNDUR SEGERA – NURUL IZZAH