MAHATHIR HADIR MENGEJUT-REFORMASI DAN BEBAS ANWAR TURUT SAMBUT BELIAU


Credit: Anilnetto.com


And this is Mahathir (apparently arriving in a Porsche!) to cries of “Reformasi!” and “Bebas Anwar!” How times have changed. (I suppose it would look odd ariving in a Proton, seeing that he has stepped down as Proton adviser.)



One eagle-eyed observer pointed out that Mahathir was wearing the same or similar blue check shirt that he and Zaid Ibrahim apparently wore in the LRT on their way to the Bersih 4 rally last year. Must be his ‘good luck’ protest shirt or something.


'Reformasi' sambut Mahathir di demo bantah GST

Kerana Hadi Awang, Keluarga Pendebat Terbaik Asia Tidak Akan Undi PAS Lagi..


 
Pendebat Terbaik AsiaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.

Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.

“Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.

“Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.

“Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,”katanya menerusi kenyataan Facebooknya.

Syed Saddiq yang terkenal kerana kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam seharusnya menantang ketidakadilan yang berlaku, bukannnya bertindak menyerang bukan Islam sebagai asas perjuangan.

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu yang bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan.

“Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dahulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini, sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,” katanya. -FMT

HIMPUNAN ANTI GST: ‘HARI RAKYAT, HIMPUNAN RAKYAT’ – IMAM JALAN RAYA MAT SABU

BEKAS CEO SYARIKAT RAKAN 1MDB DITAHAN, DIEKSTRADISI KE AS