MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?


Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.

Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.

Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.

Tidak perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana mereka itu  boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.

Siapakah yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?

Jika menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.

Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.

Berbeza dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.

Sebab itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi  menteri, tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.

Yang  tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.

Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk. (SH 

Adun UMNO lepas tembakan cemar nama baik DUN Perak


20160130 gerik
IPOH 1 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris yang dikatakan melepaskan tembakan di Kampung Sungai Papan dekat sini, patut diheret kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata ia berikutan perbuatan itu dilakukannya atas kapasti seorang wakil rakyat sekaligus mencemar kemuliaan DUN berkenaan, lebih-lebih lagi kes itu mungkin dikategori sebagai kes jenayah.
“Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh Kong Liang menyatakan Adun itu disiasat mengikut Seksyen 39 Senjata Api 1960,” kata Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu pada kenyataan media, semalam.
Sebelum ini, beberapa penduduk kampung membuat laporan di Bahagian Tatatertib di Bukit Aman dibantu Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selepas dinafi hak membuat laporan di Gerik dan Lenggong.
Ia berikutan Adun dari UMNO BN itu dikatakan melepaskan tembakan ke udara di Kampung Sungai Papan ketika meninjau projek tangki yang dibina orang Asli dengan sokongan DAP menerusi Projek Impian Malaysia.
Dalam membela nasib orang Asli itu, Howard dan Adun Pantai Remis, Wong May Ing turut dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.
Howard berkata, perbuatan itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk pengakuan penduduk sama ada Tarmizi melepaskan sedas tembakan yang menakut-nakutkan penduduk tanpa sebab munasabah.
“Apakah sebabnya Tarmizi melepaskan tembakan dan adakah pemilikan senapang itu mematuhi lunas undang-undang serta sebahagian hak dan kebebasannya selaku Adun?” katanya.
Tertanya-tanya sama ada Adun itu terlibat dalam menyekat penduduk dari membuat laporan polis di Gerik dan Lenggong, beliau turut mempersoal jika Tarmizi sanggup meminta maaf secara umum kepada mereka, jika dakwaan itu benar.
“Semua persoalan itu wajib dijawab Tarmizi, bukan sahaja bagi membersihkan namanya tetapi juga demi mempertahankan maruah dan kemuliaan DUN Perak,” katanya.

Umno HARUS SEDAR DENGAN JUMLAH UNDI PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG


ANGGARAN MELAYU YANG MENGUNDI PARTI2 DALAM PRU13.
PARTI
JUMLAH UNDIAN(actual)
% UNDI MELAYU
(anggaran)
JUMLAH
UMNO
3.24 JUTA
85%
2.75
PKR
2.25
70%
1.58
PAS
1.63
95%
1.55
DAP
1.74
10%
0.17
KOMPONEN BN
2.0
30%
0.60
Lain2
0.14
-


11.0

6.66
Sumber: SPR .

Jika dilihat kepada peratusan dan jumlah undi dalam juta..maka tidak boleh lah Pas mengatakan bahawa mereka adalah parti terkuat di kalangan orang Melayu. Betul pas mendapat jumlah undi yang besar dikalangan orang Melayu yang tiada pilihan lain , namun dengan kedudukan sekarang, Pas akan di ketepikan jika bersendirian kerana orang melayu hilang keyakinan kepada Pas selain Umno yang dilihat makin di pinggirkan.


Sokongan Melayu kepada UMNO merosot dari sebelumnya.
UMNO dengan parti2 komponen nya hanya memperolehi 3.35 juta atau 48% sahaja undi Melayu. Ertinya paling kuat, UMNO mendapat antara 48-50% undi Melayu.
Ini suatu kemerosotan yang sangat ketara kerana sebelum PRU13, orang Melayu yang menyokong UMNO, umumnya, sekitar 70%. Ertinya sampai ke PRU13, sokongan Melayu kepada UMNO jatuh 20 percentage points.

Jadi bagaimana Syed Ali boleh kata orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka? 50% dari Melayu sudah berani memutuskan pertalian dengan UMNO. Golongan yang berani memutuskan tali uri mereka atau umbilical cord dengan UMNO sama ramai dengan yang mahu bergantung terus dengan UMNO. 
Kita jangan hanya pakai bantai. Kita mesti boleh bercakap dan mengemukakan perangkaan.


Orang Melayu berani berdikari dan mendiri.
Dakwaan bahawa orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka ialah dakwaan yang overrated. UMNO hanya berjaya meyakinkan paling kuat, 50% orang Melayu sahaja. Jadi bagaimana pemimpin UMNO seperti Syed Ali alhabsyi kata orang Melayu yakin kepada UMNO untuk melindungi hak2 orang Melayu?

Kerajaan bagus dan perintah ikut undang2.
Jalan yang lebih selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil dan saksama dan yang beroperasi atas prinsip perintah ikut undang2/rule of law. Dan kerajaan yang disokong oleh institusi yang melindungi semua orang termasuk Melayu. Institusi parlimen yang demokratik, institusi kehakiman. Dasar kerajaan pula dilaksanakan oleh institusi penjawat awam yang cekap, jujur, berdisiplin dan amanah. (SAKMONGKOL)





MEDIA ASING MULA KAITKAN NAJIB DENGAN SKANDAL RASUAH SCORPENE