Isu sekatan atlet Israel disalah erti, Chong Zhemin tarik balik kenyataan
27 Disember 201
KUALA LUMPUR 27 DIS: Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin menyesali kenyataannya berkaitan isu sekatan atlet Israel ke Malaysia diputar belit pihak tertentu, kononnya beliau berpihak kepada Israel.
Berikutan kenyataan itu menimbulkan kekeliruan terhadap pendiriannya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan regim Israel, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAPSY Perak, menarik balik kenyataan itu.
“Saya ingin menegaskan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman dan kezaliman regim Zionis yang menindas rakyat Palestin,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Semalam, Chong Zhemin dilapor mengkritik keputusan Malaysia tidak membenarkan dua altet Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan dari mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) itu atas nama semangat kesukanan.
KISAH 007 DALAM AMANAH PERAK
KESILAPAN KAMI ADALAH KERANA TERLALU BERSANGKA BAIK
26 DISEMBER 2015
Pemuda Amanah Negeri Perak terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap viral berkenaan seorang individu yang menyertai Amanah semalam.
Semalam Pemuda Amanah Negeri Perak telah mengadakan program turun padang ke Dun Changkat Jering. Kami telah menyusun program sepanjang hari bermula malam kelmarin hingga petang semalam.
Kami telah didatangi oleh seorang individu yang dikenali sebgai Zack atau nama sebenarnya Mohd Zakaria. Tanpa diketahui beliau hadir ke Pejabat Amanah Kawasan Bukit Gantang iaitu lokasi kami berkumpul.
Kami 'bermanis mulut' menawarkan beliau menyertai Amanah walaupun kami mengetahui bahawa beliau adalah individu yang sangat aktif dengan PAS. Beliau bersetuju untuk menyertai Amanah dengan alasan-alasan yang beliau luahkan kepada kami pada masa itu. Beliau turut bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada Adun Changkat Jering, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya.
Beliau bersetuju untuk mengisi borang kemudian dan akan berurusan dengan pimpinan Amanah Kawasan Bukit Gantang oleh kerana kekangan masa pada waktu itu disebabkan masing-masing telah diberikan tugas program seterusnya. Tambahan pula, beliau bukanlah asing dengan pimpinan Amanah kawasan.
Zakaria secara pantas terus memberikan khidmatnya kepada Amanah. Beliau membantu kami membeli barangan bantuan dan beliau turut menjadi penunjuk arah rumah yang kami lawati.
Di dalam perjalanan, beliau dengan penuh semangat menceritakan pelbagai perkara termasuklah kekecewangan beliau terhadap PAS hingga membuatkan beliau terdetik untuk menyertai Amanah.
Namun, ketika program sedang berlangsung, kelihatan beliau seolah-olah tidak tentu hala dan bergegas untuk pulang dengan alasan ada perkara yang perlu diselesaikan.
Tidak lama kemudian, kami menerima satu "screenshort" tentang penafian beliau menyertai Amanah. Dalam posting itu, beliau menyangkal dengan nama Allah bahawa beliau menyertai Amanah. Beliau mengatakan ia hanyalah borang kosong.
Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.
Sudah tentu kami sangat terkejut apabila beliau ingin menyertai Amanah, ini kerana kami sedia maklum mengenali beliau 'orang kuat' Ustaz Idris Ahmad dan beliau memang terlibat secara aktif dengan PAS Kawasan Bukit Gantang.
Kami mengakui kesilapan besar kami adalah terlalu bersangka baik kepada beliau. Ini kerana kami meletakkan keyakinan beliau adalah seorang ahli parti Islam yang komited dan melalui tarbiah secara langsung dengan Ustaz Idris iaitu salah seorang pimpinan yang berperanan besar mempelopori tarbiah PAS selama ini.
Apakan daya, sifat berprasangka baik kami ini adalah kesilapan besar dan kini kami dianggap penipu dan menyebar perkara yang palsu. Berita ini juga telah menjadi perbualan hangat di laman sosial dan turut dimuatnaik oleh Ustaz Idris Ahmad sendiri.
Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika beliau ingin 'u-turn' kembali kepada PAS kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan beliau menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Secara logik akalnya, kami yakin semua akan berfikiran matang untuk menilai perkara ini. Amatlah tidak masuk akal kami berbohong atau memaksa kerana beliau sendiri yang hadir kepada kami. Beliau turut memberi respon di dalam group Whatsapp Amanah Bukit Gantang.
Semoga sedikit pencerahan ini dapat menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilontarkan. Kami berlapang dada ditohmah, kami juga berharap kalian berlapang dada untuk mendengar penjelasan kami.
Kami mengharap fitnah ini dapat dihentikan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada ummah secara keseluruhan. Kami mendoakan kebaikan baik untuk saudara Zack, Ustaz Idris Ahmad yang menjadikan posting Zack ini viral dan juga kepada parti AMANAH yang kami cintai.
#FastabiqulKhairat
Belumba-lumbalah melakukan kebaikan
Belumba-lumbalah melakukan kebaikan
USTAZ MOHD RASHIDI NASHARUDDIN
Pengarah Komunikasi,
Pemuda Amanah Negeri Perak
Pengarah Komunikasi,
Pemuda Amanah Negeri Perak
#ustaz idris ahmad tak terfikir ke bahawa zack ni bukan budak tadika lagi...tak payah lah perkara sebegini nak menunjukkan kita sebagai hero boleh mengembalikan balik pendirian orang lain...atau ini sebagai perancangan terancang..dan kepada walaunta dalam pas kena malulah sikit..
SULTAN JOHOR PULA TANYA MENGAPA BAJET JAKIM RM1 BILION
Sultan Johor pula tanya mengapa bajet Jakim RM1 bilion
Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun.
Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.
“Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?
“Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka.
“Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini,” pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.
The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan “kumpulan ajaran sesat” menyesatkan umat Islam di negara ini.
Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.
Tetapi, pengkritik menuduh Jakim bertentangan dengan Perlembagaan dan menceroboh kuasa Raja-raja, yang merupakan ketua agama bagi negeri masing-masing.
Sultan Ibrahim mengesahkan kedudukan Raja-raja dan berkata kuasa Jakim terhad kepada menasihati atau mencadangkan garis panduan kepada mereka.
Baginda berkata, terpulang kepada Sultan untuk menerima nasihat Jakim atau tidak, sambil menambah jabatan agama peringkat persekutuan itu tidak berhak campur tangan dalam negeri itu.
Sultan Ibrahim juga memberitahu The Star baginda percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang dan semua orang mesti “bergerak ke depan”.
Katanya, semua perdana menteri melakukan kesilapan, dan Najib “adalah perdana menteri sama ada anda suka atau tidak”.
“Beta tahu perdana menteri menerima pelbagai kritikan tetapi beta katakan beri beliau peluang.
“Tahun ini akan menutup tirainya, kita mesti bergerak ke depan. Ia merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang termasuk diri beta.
“Terdapat pelbagai isu masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat yang memerlukan jawapan, tetapi beta mesti katakan mereka juga perlu penutupnya.
“Setiap daripada kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu bersedia belajar daripada mereka, membetulkan kesilapan dan melakukan perkara yang betul. Membetulkan apa yang salah,” titahnya.
Baginda berkata Najib kerap memaklumkan kepadanya mengenai isu yang memberi kesan kepada pembangunan Johor, dan selain lawatan rasmi yang dilaporkan media, mereka juga mengadakan mesyuarat secara tenang dan tidak formal.
“Beta tidak mahu membangkitkan perkara lalu atau mengkritik mana-mana ahli politik yang sedang aktif atau bersara, tetapi perdana menteri memahami dan menghargai keperluan bekerjasama dan tidak mengulangi masa lalu.”
Sultan berkata, beliau juga menerima lawatan daripada salah seorang pengkritik tegar Najib, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Beliau datang ke sini menerusi temujanji. Beta membenarkannya tetapi beta cuba mengelak bercakap mengenai politik. Beliau datang berjumpa beta sebanyak dua kali.
“Beliau meluahkan rasa tidak puas hati. Beta mendengar dan menyimpannya di dalam hati.”
Sultan Ibrahim mengakui baginda lantang bersuara, tetapi baginda percaya, hal politik perlu dikendalikan sendiri ahli politik.
“Biarkan ahli politik mengendalikan hal politik. Beta di atas politik.
“Jika beliau memerlukan nasihat, beta di sini sebagai kawan. Isu sama ada anda dari Johor tidak timbul,” titahnya.
Tambahnya, baginda menerima kehadiran ramai pemimpin tetapi ia tidak bermaksud selepas lawatan ini, istana menyokong kepimpinan mereka.
“Beta amat bangga menjadi anak Johor tetapi itu tidak bermakna beta secara membuta tuli menyokong sesiapa sahaja dari Johor.”
Bosan tiada ketegasan dalam isu vape
Sultan Ibrahim berkata baginda mengarahkan pengharaman ke atas jualan vape di negeri itu kerana bosan dengan pihak berkuasa yang tidak dapat membuat keputusan mengenainya.
Katanya, vape ialah semata-mata isu kesihatan dan melihat “wanita bertudung dan kanak-kanak menghembuskan asap vape” membuatkan baginda sedar ia permulaan kepada satu ancaman.
Baginda membidas “ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal” dan bertanya sama ada mereka benar-benar mengambil berat tentang kesihatan orang ramai.
“Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini.
“Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal yang vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.”
Sultan Ibrahim bertitah, semua yang mempertahankan vape melakukannya demi perniagaan mereka.
“Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?” soalnya.
EKONOMI MERUDUM 2016, LEBIH RAMAI JADI PENGANGGUR
Ekonomi merudum 2016, lebih ramai jadi penganggur
Lebih ramai rakyat tempatan di sektor industri bakal menjadi mangsa kegawatan ekonomi akibat penutupan syarikat atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak di luar kawalan sepanjang tahun ini.
Bahkan sejak Ogos lalu, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam.
Sektor perbankan juga tidak terkecuali apabila Hong Leong Bank dilihat melaksanakan langkah pengurangan pekerja melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) mulai Oktober lepas sebagai apa didakwa untuk mengukuhkan kecekapan operasi.
Realiti kemuraman ekonomi negara sejak tahun lalu lagi diakui Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang menyebut, “2014 merupakan tahun yang kurang berjaya dari segi pendapatan.”
Justeru, pengumuman CIMB pada Mei lalu untuk melaksanakan MSS dijangka menjejaskan 2,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia dan Indonesia.
Pada masa sama, operasi beberapa kilang di utara tanah air mulai ditutup sepanjang tahun ini dan dimulakan dengan perpindahan kilang Motorola Pulau Pinang ke China yang menyaksikan 150 pekerja termasuk jurutera dan operator hilang sumber pendapatan.
Bagi bekas pekerja sebuah syarikat Jepun yang bertapak di Kuala Lumpur lebih 40 tahun, Kassim Musa, 31, tindakan sesebuah syarikat memberhentikan pekerja bagi meminimumkan kos lazimnya diambil selepas berlaku rombakan di peringkat pengurusan tinggi.
“Management dengan GM baru buat dasar baru. Paling terasa, yang (pekerja) bawah-bawahlah. Yang atas (pengurusan) masih ada lagi. “(Jawatan) yang besar-besar (orang) Jepun, kalau GM ramai Cina tempatan,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline, semalam.
Beliau yang sebelum ini bekerja di bahagian sumber manusia di syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan berhenti pada pertengahan tahun ini selepas elaun tertentu dipotong.
“Saya anggarkan 20 peratus pekerja di syarikat saya bekerja dulu sudah berhenti beralih kerja lain. Majoriti mangsanya sudah tentulah pekerja tempatan.
“Banyak syarikat besar ini bukan dia yang buang pekerja secara direct tetapi mereka buat cara yang pekerja itu sendiri jadi tidak tahan lalu berhenti. Kalau syarikat itu tawarkan pampasan pemberhentian pekerja, mereka lagi rugi.
“Jadi, apa mereka buat? Mereka potong elaun ketika pendapatan kita yang sedia ada sudah rendah. Tiba-tiba dia (syarikat) nak potong lagi. Mana tahan,” ujarnya yang kini menjadi penjual kereta terpakai.
Mengulas tentang realiti jurang besar hutang isi rumah keluarga di negara ini dengan pendapatan lebihan, Kassim berkata kenaikan gaji tahunan tidak berbaloi dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.
“Negara kita ini, nampak rakyatnya ada aset, ada harta tetapi semuanya berhutang. Rumah, kereta belum lagi hutang pinjaman peribadi dan hutang PTPTN bagi yang melanjutkan pengajian tinggi. Jadi, bila ekonomi meleset, hilang pekerjaan akibat diberhentikan ini mendatangkan beban besar kepada rakyat,” katanya lagi.
Sementara itu, sumber daripada eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas beribu pejabat di Kuala Lumpur memberitahu Malaysia Dateline, kerjaya dalam bidang berkenaan pada masa ini semakin mencabar dan tidak lagi semewah dahulu.
Hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 37, beliau berkata kemuraman industri minyak dan gas berlaku ekoran kejatuhan mendadak harga minyak mentah sedunia.
“Kejatuhan ini akibat tindakan Arab Saudi yang mengepam minyak tanpa kawalan bagi merosakkan bisnes industri minyak Amerika yang tidak boleh bertahan jika harga minyak turun di bawah AS$30 setong.
“Ini kerana kos pengeluaran minyak di Amerika lebih mahal berbanding negara-negara Teluk yang hanyalah berbelas-belas AS$ saja setong,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, ujarnya, krisis harga minyak menjejaskan prestasi syarikat-syarikat operator minyak sedunia seterusnya mengakibatkan kesemua bentuk perbelanjaan aset tetap terpaksa dihentikan.
“Syarikat-syarikat kontraktor binaan minyak yang mendapat kontrak daripada syarikat operator ini yang paling teruk terpukul kesan pemberhentian perbelanjaan asset tetap ini. Pembuangan ramai pekerja mereka dilakukan secara besar-besaran. Ini bukan sahaja terjadi di Malaysia malahan serata dunia,” ujarnya.
Mengulas situasi kritikal dalam jangka masa terdekat ini, beliau menyifatkan peluang pekerjaan yang sudah sedia terhad bertambah tipis apabila lambakan pekerja mahir dan berpengalaman di sektor minyak dan gas terpaksa bersaing dengan bakal pekerja baharu yang merupakan lepasan universiti.
Pandangan Rosli itu dilihat selari dengan situasi yang dihadapi syarikat gergasi minyak dan gas seperti Shell Malaysia yang pada September lalu telah mengumumkan pengurangan 1,300 pekerja dalam tempoh dua tahun ini sebagai langkah mengoptimumkan kos.
Hal yang sama tidak terkecuali melanda Petroliam Nasional Bhd (Petronas) apabila pernah diuar-uarkan April lalu cabang penerokaan dan pengeluarannya, Petronas Carigali Sdn Bhd akan menurunkan gaji dan pemberhentian pekerja walaupun dinafikan kemudiannya oleh pengurusan tertinggi syarikat itu.
Dalam hal berkaitan, Proton dan Perodua juga dikatakan sedang bergelut dengan situasi pasaran kereta yang lemah pada masa ini bahkan akan terancam jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai apabila korporat asing mampu menelan industri automotif tempatan.
KENAIKAN HARGA: PENGGUNA DESAK PAKATAN HARAPAN ANJUR ‘DUDUK BANTAH’
Kenaikan harga: Pengguna desak Pakatan Harapan anjur ‘duduk bantah’
Siri kenaikan tambang pengangkutan awam dan tol yang melampau pada penghujung 2015 menyebabkan ramai pengguna, terutama di Kuala Lumpur menggesa Pakatan Harapan menganjurkan satu demonstrasi ‘duduk bantah’ ala Bersih 4 bagi mengingatkan kerajaan agar lebih berprihatin.
Tinjauan Suara pakatan daily ke atas beberapa pengguna perkhidmatan pengangkutan awam mendapati rata-rata tidak berpuas hati dengan kenaikan harga.
“Janganlah naik begitu banyak. Seharusnya naik dari RM1.00 ke RM1.20 sudah cukup untuk mengorek saku rakyat. Ini pula naik lebih dari 100%.
“Bayangkanlah kalau sebulan, perbelanjaan tambang komuter seorang pengguna naik 100% atau lebih. Dulu masa kempen Pilihan raya Umum Ke-13, pemimpin BN kata tidak akan ada naikkan harga kalau diberi mandat. Sekarang mereka sudah mungkir janji 1,001 kali,” kata Tony Leong, seorang pekerja pejabat berumur 38 tahun.
Citra Dewi, wanita berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah gedung membeli-belah berhampiran dengan Bank Negara pula berkata walaupun tambang perlu dinaikkan namun ia sepatutnya berpatutan.
Tambang komuter dari stesen Kepong ke Bank Negara secara bayaran tunai misalnya berharga RM2.20 sehala dan RM4.40 untuk perjalanan pergi-balik. Sebelum kenaikan harganya ialah RM1.00 sehala. Justeru, kenaikannya ialah 120% dari RM1.00 ke RM2.20.
Semua orang yang ditemubual berkata Pakatan Harapan perlu menganjurkan bantahan besar-besaran ‘duduk-bantah’ di KL untuk menentang kenaikan kos sara hidup.
Mereka juga merungut mengenai kegagalan kerajaan “membela nasib rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.” Semua berpendapat tambang pengangkutan awam sewajibnya murah untuk menggalakkan rakyat menggunakannya.