Perkara yang
paling bahaya ialah bila rakyat menerima kemungkaran sebagai suatu kebiasaan. Bila
ini terjadi, mereka di desensitise-
yakni jadi lali dan menerima keburukan kerajaan Najib sebagai kebaikan. Tidak ada
yang menjengkilkan hati dan denyutan nadi rakyat daripada menjusfikasikan
kejahatan sebagai sesuatu yang diperlukan.
Kita memerlukan sebuah kerajaan yang baik dan bukan nya sebuah kerajaan yang jahat lagi zalim.
Sesuatu mesti
diperkata sebagai seadanya. Kejahatan mesti sebut kejahatan bukan diselaputi
dengan gula dan menyatakan ianya kebaikan. Kerajaan Najib telah menjadi
kerajaan yang tidak baik. Bila kita menyatakan perkara yang sebenarnya,
bukanlah kita cari peluang untuk hanya mahu balun Najib.
Para
pembesar negara, pemimpin kerajaan akan mempertahankan salah laku kerajaan. Pemberita
pengampu akan menjawab isiu2 dengan kelentongan mereka. Sudah sampai masa nya
para wartawan dan mereka yang bersemangat pablik, menyuarakan kepincangan.
Perjanjian golongan
wartawan misalnya, jika terdapat adalah sumpah seperti sumpah Hipokratik para doktor, ialah dengan rakyat jelata. Mereka harus bertanya
di pihak mana mereka berada. Dipihak rakyat atau dipihak kerajaan yang
menindas?
Dalam ucapan
bajet 2016, saya bangkitkan perihal rasuah. Siapakah yang menjaga aliran RM267billion
yang lalu kepada kementerian2? Tugas kita ialah memastikan setiap sen sampai
kepada tujuan dan target. Dan setiap entity yang berbelanja mesti dipertanggungjawabkan.
Belalai rasuah
menjalar keserata lapisan. Rasuah yang berlaku dalam industry beras negara kita
yakni melalui pencabulan berian sabsidi beras, baja, AP untuk import beras
belum diselesaikan.
Sabsidi baja
RM440 million tahun 2016 akan terus di gunakan oleh pembekal dan disetujui oleh
kementerian untuk diberi kepada penanam padi. Mereka akan dibekalkan dengan
baja kimia yang akan memusnahkan integrity tanah dan megurangkan produktiiti padi.
Penanam padi
akan terus kekal sebagai golongan termiskin dengan pendapatan RM1500 dikawasan
bukan jelapang dan kurang dari RM3000 dikawasan jelapang. Saya harap semua penanam padi di beri BR1M.
Kerajaan tidak
akan berjaya melaksanakan pendanaan projek2 mereka dalam tahun 2016, kerana
kerajaan tidak ada duit. Bajet yang dikemukakan disandarkan kepada andaian2
yang tidak boleh bertahan. Bajet 2016, hanya penuturan janji palsu kepada
rakyat.
Sumbangan
dari Petronas menjunam turun. Perkara ini sudah dinyatakan oleh beberapa
penulis. Jika harga
setong minyak mentah jatuh kurang dari USD46/bbl bagaimana? Hasil jualan minyak
turun, hasil komoditi turun- harga sawit, getah turun.
Pendapatan
operasi Malaysia jatuh merudum. Profits from business operations menurun.
Kemana
kerajaan Najib menoleh? Ia menoleh kepada kaedah meng-intensify kutipan cukai.
GST adalah kaedah kutipan cukai yang sangat berkesan. Ia mengurangi peluang
untuk mereka yang lari dari cukai- cukai dikenakan keatas perlakuaan yang semua
tidak boleh elak- iaitu penggunaaan.
Selagi kita
guna barangan dan perkhidmatan, kita bayar cukai GST.
Kita mesti
ingat- yang menipu dan enggan bayar cukai akan terus melakukan perkara
demikian. Peniaga akan terus tidak membayar cukai. Syarikat NAZA tidak bayar
cukai. Demikian juga syarikat2 besar yang lain- semua lari dari bayar cukai. Kerajaan
Najib tahu identity mereka, tapi tidak ambil tindakan.
Cukai GST
mengurangkan pendapatan sebenar semua orang- miskin dan kaya walaupun ada zero-rated
barangan. Orang yang paling miskin pun, jika tidak makan dan mengguna membayar
cukai GST. Tapi GST nya dibayar oleh orang lain.
Jumlah
pendududk negara ini 30 juta orang. Jumlah kutipan cukai GST untuk tahun 2016, ialah
RM39 billion. Setiap orang, secara purata membayar RM1300 setahun atau RM3.56 sehari atau RM106.80 sebulan.
7.4 juta
penerima BR1M akan dapat RM5.9 billion atau RM793/setahun.
Bayar cukai
GST RM1300/setahun>dari menerima BR1M RM793/setahun. Yang bayar GST ialah semua 30 juta manusia di
Malaysia, yang menerima BR1m hanya 7.4 juta orang. Jadi orang miskin jangan ingat mereka tidak
bayar GST- bahagian mereka dibayar oleh orang lain.
Malaysia
sebuah ekonomi intermediate- kita beli input dari luar untuk membuat barangan
ekspot. bila kos input kita meningkat, ekspot kita perlu dijual pada harga yang
lebih tinggi dan menjadikan kita tidak kompetitif.
ada
fallacy atau maklumat palsu diberi
kepada rakyat bila kerajaan kata bila Ringgit turun, eksport kita akan lebih
laku kerana barangan kita sekarang jadi murah. Ini bergantung semaada
penggunaan barangan kita adalah responsif terhadap harga. ia juga bergantung
sama ada permintaan untuk barangan kita anjal positif atau tidak.
Apa jadi jika permintaan untuk hasilan kita
tidak kuat dan ianya boleh dibekal oleh negara lain? Pembeli akan beli dari orang lain dan bukan
dari Malaysia. Kejatuhan Ringgit tidak semestinya mengembangkan ekonomi kita.
Ia juga
bermakna, kita terpaksan menjual lebih banyak untuk mendapat sesuatu barang
dari negara lain. Kita kena bayar lebih untuk membeli alatan, mesyin, jentera,
barangan capital atau capital goods.
Bila nilai
Ringgit kita jatuh, kita kena bayar seguni ringgit untuk mendapatkan barangan.
Bayangkan di Zimbabwe, kita kena bayar wang ikut timbang berat wang-Harga
daging- sekilo Ringgit. Harga kereta- 20 guni ringgit.
Jadi
janganlah kita menipu rakyat dengan mengatakan bila nilai wang Ringgit kita
jatuh, ekonomi kita akan menjadi baik. Sebagai sebuah negara yang mengimport
banyak benda- makanan, alatan, jentera, dan lain2 lagi yang kita tidak
hasilkan, kita terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan nya.
Kemudian,
apa Najib akan lakukan? Mujur ada GST. GST hanya menyumbang sebanyak RM39
billion setahun. Adakah sumbangan GST menampung lubang yang diujudkan oleh
pengurangan pendapatan dari hasil minyak dan komoditi dan eksport kita?
Sakmongkol Ak47