‘Maaf Dato’ Mahfuz, kami menyeberang dulu ke Amanah’



'Maaf Dato' Mahfuz, kami menyeberang dulu ke Amanah'

‘Maaf Dato’ Mahfuz, kami menyeberang dulu ke Amanah’


LUAHAN RASA: Seorang yang mendakwa bekas ahli Pas telah memuat naik di laman mikro sosial whatsapps catatan situasi bercelaru dalam Pas Kawasan Pokok Sena, Kedah berikutan tindakan flip flop Tuan Guru Presiden sehingga memaksa 300 ahli menyertai Amanah baru-baru ini. Ikuti catatan tersebut:

Assalamualaikum Dato’
Maaf, kami tak boleh tunggu dah.

Setelah menunggu agak lama perkembangan politik dalaman PAS yang amat membingungkan, malam tadi 300 bekas ahli Pas bertekad untuk meninggalkan ‘sejarah’ mereka bersama dengan PAS, mereka secara rasminya menyerahkan borang permohonan keahlian Parti AMANAH kepada Timbalan Presiden, Tuan Hj Salehuddin Ayub dengan disaksikan oleh YB Dr Mujahid Rawa dan Dr Ismail Salleh.

Bekas ahli Pas yang diketuai oleh Hj Omar Awang (Mantan NYDP Pas Kawasan Pokok Sena) dan Hj Jauhari Hanapiah (Mantan Ketua Penerangan Pas Pokok Sena) terpaksa mengambil tindakan untuk meninggalkan Pas setelah PAS dilihat kehilangan arah tuju, “kami pun tak faham sebenarnya pimpinan nak apa?, sat-sat kata nak kawan umno, yang lain pula kata umno tak boleh percaya, sat-sat nak kawan dengan orang, lepas tu dalam muktamar putuih hubungan, nak pi mana sebenarnya?”

Kata salah seorang bekas ahli Pas tersebut apabila ditanya kenapa memilih untuk meninggalkan parti yang telah dianggotai selama 27 tahun.

Apapun, “Maaflah Dato’ Mahfuz, kami dah tak larat nak tunggu, walaupun kami tau Dato’ dok perosah nak baiki parti dari dalam, nampaknya hat ataih tu makin ghosot, kita berpisah sat, kami pi dulu, lepaih Dato’ pula mai” kata seorang ‘cikgu Harumanis’.
Maaf Dato’ Mahfuz!

Amanah Kedah kena terima permohonan rakan-rakan yang ingin bersama Amanah dari kawasan Pokok Sena tanpa menunggu Dato’, kegelisahan orang bawah amat membarah pada waktu ini.

Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam

Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam

Amanah buka pintu seluas-luasnya untuk Husam


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas orang kanan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa menyertai parti itu.
Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, jika Husam – yang kini dilihat semakin berani bersuara mengkritik sesetengah pemimpin PAS – mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS, pihaknya pasti menerima dengan tangan terbuka.

Malah, kata Mohd Anuar, Husam boleh dianggap sebagai aset dalam politik dan boleh memberi sumbangan kepada mana-mana parti yang disertainya.

“Husam aset terbesar kepada mana-mana parti dan kami di AMANAH berdoa beliau menyertai kami. AMANAH sedia menerima,” katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Anuar membayangkan kesediaan mereka menerima Husam itu seperti “kecil kereta Kancil, lori besar” mereka sanggup sediakan.

Husam pernah berkhidmat sebagai exco kanan di Kelantan ketika negeri itu ditadbir Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun bintangnya menjadi muram selepas jawatan menteri besar bertukar tangan.

Husam kini berkhidmat sebeagai ADUN Salor dan pernah terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden PAS sebelum dia bersama kumpulan sederhana dalam parti itu disingkirkan beramai-ramai Jun lalu.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan Husam meninggalkan parti itu ekoran kelantangannya mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang.