HIMPUNAN BAJU MERAH MULA CELARU, LEBIH BAIK BATALKAN SAJA!!


Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya? 

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!

Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya.

Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak  pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju.

Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain.

Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali.

Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Apa jadi akhirnya? 

Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi.

Semuanya akan rosak binasa.

Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya.

Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja.

Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya!! (SH 13/09/2015)

Razman Zakaria didakwa takut jadi bankrap dan tak boleh jadi MB Perak?

Zar Ali with Kiyai Reformis and 49 others
Razman Zakaria didakwa takut jadi bankrap dan tak boleh jadi MB Perak?
Sudah kecoh satu Perak mendakwa Haji Razman Zakaria , Pesuruhjaya PAS Perak, melalui Setiusaha Perhubungan PAS Perak,
Ustaz Zawawi meminta DS Nizar untuk menyelesaikan kes saman fitnah RM 3 juta.
Surat dari Setiausaha PAS Perak meminta DS Nizar datang ke pejabat PAS Perak, pada 9 September 2015 , 3 petang di Ipoh untuk selesai kes saman itu.
Perbincangan dari hati ke hati.
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai MENDAKWA Haji Razman takut beliau tidak boleh bertanding dalam PRU 14 dan sumber itu MENDAKWA lagi, Haji Razman Zakaria takut kalau beliau boleh diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar saman RM3 juta.
Bertambah pula ada dua saman fitnah dari Ustaz Ahmad Awang dan Haji Asmuni Awi, Pengerusi Amanah Perak.
Adakah patut dia keluar kenyataan DS Nizar hendak sebarkan fahaman sekular DAP dalam PAS kemudian dia saran DS Nizar keluar PAS dan masuk DAP.

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan jika ada pemimpin melompat parti jika benar-benar yakin dengan perjuangan parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.
Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka. 
"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini. 

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah). 
Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007. 
"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.
PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.
Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.
"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.
"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini
Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. – 13 September, 2015.

[BERGAMBAR] Kantoi: Harakahdaily Dicekup Menipu: Puluhan Ribu Dikatakan Hadiri HAMASAH 2015

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan. (Lihat gambar di sebelah: sendat ya? -GB)

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. -Harakahdaily



ULASAN GB

Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.

Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan.Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan.Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu!

Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO.

Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala.

Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan.

Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam!







SAH, PAS TIDAK AKAN SERTAI PAKATAN RAKYAT 2.0

SURAT MAJER ZAIDI UNTUK HADI

BERUNDURLAH WAHAI AYAH CHIK
Assalam n salam sejahtera semua. Sya zaidi bin ahmad, bekas mejar TUDM, no ahli PAS 261663, berpendapat bahwa krisis yg berlaku dlm pakatan pembangkang harini khususnya PAS dapat diselesaikan InshaaAllah, dengan Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang (DSHA), melepaskan jawatan beliau sebagai presiden PAS supaya Timbalan beliau Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) dapat mengambil alih. Saya membuat desakan ini atas sebab2 berikut;
1. DSHA telah GAGAL untuk mengelakkan perpecahan PAS dengan tertubuhnya GHB dan seterusnya PAN
2. DSHA juga telah bertanggungjawab memulakan (dan masih meneruskan) budaya label melabel dlm parti terutamanya semasa muktamar lepas dengan menggelar sehahagian shbt2 seperjuangan yg bertanding (sesuatu yg dibenarkan dlm perlembagaan) dengan panggilan buruk dan berunsur fitnah seperti "calon pilihan DAP" dan "medan buang golongan sekular". DS juga langsung tidak menegur apabila sebahagian ahli PAS melabel sebahagian yg lain dengan label2 yg buruk seperti JEBON, MUNAFIK HARAKI, PARASIT dan sebagainya lagi sedangkan ianya terang2 dilarang oleh Allah SWT melalui Ayat 11 Surah Al Hujurat. Sikap label melabel ini telah mencemarkan imej Islam dan imej ulama yg DS bawa sehingga memalukan umat Islam khususnya ahli2 PAS. Terbaru DS telah menggunakan istilah BABI DALAM BUKIT dan TAHI bila merujuk kepada golongan yg keluar PAS dan menubuhkan parti baru.
3. Selepas selesai muktamar DSHA sepatutnya menjadi "pendamai" dan mengajak semua pihak ke meja rundingan supaya ukhuwwah sesama jamaah dpt dipertautkan kembali, namun sebaliknya DS telah bertindak "menghalau" mereka2 yg tidak berpuas hati dan mencabar mereka supaya menubuhkan parti baru
4. Bertanggungjawab sepenuhnya atas keruntuhan Pakatan Rakyat apabila melarang usul putus hubungan dengan DAP dari dibahaskan dan seterusnya bersetuju usul tersebut diterima tanpa bahas
5. Terperangkap dengan "janji airmata" umno kononnya umno nk tolong PAS buat hudud sehingga mengorbankan keutuhan dlm PR, sedangkan DS sendiri ada menyatakan yg hudud tak boleh dilaksana selagi masalah ekonomi tak selesai. Sekarang dh nk masuk persidangan parlimen ketiga, bayang RUU Hudud pun tak nampak lagi
6. Pertembungan 3 penjuru yg dijangka bakal berlaku dlm PRU akan dtg diantara PAS-AMANAH-UMNO dijangka akan memberi lebih kelebihan kepada UMNO. TITM dilihat sebagai pemimpin yg non confrontational dan dipercayai mampu utk membawa semula pihak2 yg bertelagah ke meja rundingan dan setwrusnya merintis jalan kearah penyatuan semula PAS.
7. DS telah menunjukkan sikap sombong dan bongkak apabila menyatakan PAS tidak berminat utk menyertai PR 2.0 (walaupun cuba diberi laluan oleh YB MB Selangor). Semua org tahu dan sejarah telah membuktikan bahwa PAS perlu kerjasama dan sokongan parti2 lain dlm usaha mengambil alih pemeringahan Malaysia. Jika DS yakin sangat PAS boleh bersensirian maka silalah umum yg PAS akan keluar dari kerajaan negeri Selangor harini juga.
8. Semakin hari semakin ramai ahli yg keluar PAS, yg keluar pula bukan stakat.ahli2 biasa tetapi pemimpin2 termasuk MP dan ADUN2 PAS sementara banyak kawasan2 malah negeri dimana kekuatan PAS hampir lumpuh, terutama negeri2 di Pantai Barat, ini sesuatu yg luarbiasa dan belum pernah terjadi dlm sejarah PAS, namun apa yg DS ulang2 setiap hari adalah "ini penapisan Allah" tanpa mahu mengakui bahwa ianya menunjukkan kegagalan DS sebagai seorang pemimpin.
9. Kemesraan DS dengan pimpinan UMNO terutama DS Najib menimbulkan keresahan ramai ahli ditambah lagi dengan kenyataan2 DS yg dilihat "membela" UMNO seperti dalam isu RM2.6 bilion "perlukan saksi", UMNO tidak seburuk firaun dan paling ketara sekali apabila memutuskan PAS tidak menyertai Bersih 4.0 yg tema utamanya ialah mendesak DS Najib meletak jawatan
10. Kebongkakan paling tinggi ialah apabila DS mengumumkan yg PAS akn bertanding di kerusi DAP pada PRU akn datang sedangkan semua org tahu jika PAS masuk maka undi umat Islam akn berpecah dan akn memberi kelebihan kepada BN. Jadi adakah DS telah dengan rela hati menjadikan PAS sebagai "alat" utk memenangkan BN?
11.Ayuh buktikan yg DS adalah pemimpin berjiwa besar sebaris dengan Almarhum Dato' Asri yg sanggup berundur dari dunia politik demi perpaduan ummah, mengatasi kecintaan kepada pangkat dan kedudukan.
12.Jika sekiranya DSHA masih enggan meletak jawatan maka sya dengan ini menyeru ahli2 PAS supaya menggunakan peruntukan dalam perlembagaan PAS Fasal 18 (1) (b) yg berbunyi "Muktamar Khas - Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang2nya satu pertiga daripada AJK PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan2. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa2 perkara selain daripada perkara yg kerananya Muktamar Khas itu diadakan." Muktamar Khas diperlukan untuk pemilihan semula jawatan Presiden atau boleh juga pemilihan semula keseluruhan AJK PAS Pusat.
Jika anda menyokong saranan sya ini sila letak nama sendiri dan masukkan lagi poin2 yg dirasakan sesuai dan viralkan ke grup2 lain supaya msg ini sampai kepada seluruh ahli PAS khususnya Presiden DSHA. Tksih n wassalam



che'GuBard: Pertmbungan Mahathir-Najib dan Pembangkang


Catatan Umum

10 September 2015

1. Pertembungan Mahathir - Najib ini begitu menarik sekali jika diteliti dari menyerlahkan sikap masing - masing dalam negara ini khususnya orang politik. Sama ada berpegang terus dengan prinsip atau sekadar bercakap berdasarkan kepentingan dan keadaan demi porpulariti.

 2. Pertama sekali ditegaskan sekali lagi SAMM menyifatkan pertembungan ini sebagai pertembungan taikun lama yang diwakili kepentinganya oleh Mahathir dengan taikun baru yang cuba menggantikan peranan taikun lama yang diwakili kepentingannya oleh Najib.Rakyat telah bercakap lama isu rasuah dan salahguna kuasa namun kini Mahathir baru angkat kerana Isu rasuah, salahguna kuasa hanya menjadi penyendal dalam pertembungan ini.

3. Cuma menariknya ialah apabila memerhati gelagat beberapa ahli politik pembangkang termasuk pimpinan utama. Contohnya ketika muncul isu Pegawai SPRM ditukar, maka berbondong sokongan termasuk pimpinan utama pembangkang hadir ke SPRM menyatakan sokongan kepada SPRM. Sudah lupakah mereka bahawa:

SPRM yang samalah yang membunuh Teo Beng Hock yang mereka jaja isunya sehingga membawa kepada bukan sekadar undi tetapi undi dan derma yang banyak

SPRM yang samalah yang dibongkarkan terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan PR Selangor
SPRM yang samalah yang membunuh Sarbani

SPRM yang samalah menutup perbagai laporan rasuah pemimpin regim penguasa

dan perbagai perkara lagi yang hingga kini tak pernah selesai kerana kepincangan sengaja pimpinan utama SPRM itu dan SPRM itu sendiri tidak bebas. SAMM sendiri telah mengistiharkan SPRM itu mati ketika hari SPRM itu dilahirkan (klik sini ) kerana SPRM itu lebih teruk dari BPR sebelum itu kerana bukan sahaja tidak bebas tetapi memakan peruntukan dana rakyat yang sangat banyak.

4. Yakinlah apa yang berlaku kali ini dalam SPRM ini hanya kerana pimpinan utama SPRM itu mengambil sikap berpihak dalam pertembungan Mahathir - Najib semata. Ramai pegawai SPRM yang jujur dan bersungguh tetapi pimpinan utama SPRM yang dilantik dengan cadangan Perdana Menteri itu sendiri terkongkong dan mudah diperalat. Mana mungkin SPRM yang duduk bawah JPM itu bebas.

5. Menjadi persoalan adakah pemimpin utama pembangkang termauk dalam kategori 'mudah lupa'  yang dikatakan Mahathir, hadir dan menyokong (pimpinan utama) SPRM yang mengkhianati rakyat selama ini ? Anda telah mengherokan SPRM dan itu signal pemimpin pembangkang kepada rakyat. Katalah selepas ini isu pertembungan ini sejuk dan 'selesai' , dan SPRM yang tidak bebas itu diperalat sekali lagi mensabotaj kerajaan negeri bawah bukan Bn..... apa nak kita katakan jika rakyat percaya kerana kita juga yang latih rakyat supaya herokan watak pimpinan SPRM ini yang kononya berjuang.

6. Sepatutnya ketika SPRM ditekan tempoh hari, pembangkang muncul dengan ketegasan untuk SPRM sepatutnya bebas, diletakkan terus dibawah Parlimen, lantikan dan peruntukan harus terus dari  Parlimen ke SPRM, SPRM harus ada kuasa mendakwa mutlak dan seumpamanya. Bawa cadangan ini dan himpin pimpinan utama SPRM 'endorse' maka ia lebih berprinsip dan mempromosikan tuntutan perubahan untuk rakyat lebih jelas. tetapi malangnya pembangkang lebih mengutamakan politik porpulis dan terlepas detik penting tersebut. lebih malang lagi selepas menyatakan sokongan kepada pimpinan utama SPRM sehingga pegawai yang ditukar mendapat kerusinya semula di SPRM, semua kelihatan senyap malah pemimpin pembangkang juga senyap dan terlupa.

7. Kali ini muncul watak terbaru dalam siri pertembungan Mahathir - Najib iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Khas yang ditukar. Dia tidak selesa dengan pertukaran tersebut. Jujurnya dari segi kekananan dia layak menjadi Pengarah Cawangan Khas pun. Mungkin kecewa kerana jawatan Pengarah bertukar tangan dengan dia hanya melihat kekal di kerusi Timbalan maka dia telah mengambil sikap bersama kem Mahathir. Saya yakin ini puncanya ditukar. Selepas ditukar dia bising dan tiba - tiba semua salah baginya. Tiba - tiba dia menyatakan Pegawai Polis terbeban kerana mengiringi Rosmah Mansur dan Rosmah ada di rumah dimana satu pertemuan penting libatkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa watak lagi. Jika difikirkan polis mengiring isteri PM bukan sekarang ia sudah lama tetapi kenapa selepas terpelanting baru bising dan ia mengundang senyum kerana memanglah Rosmah ada di rumah tempat mesyuarat tersebut kerana mesyuarat tersebut di kediaman Najib dan Rosmah. Adakah jika suami membuat diskusi di rumah Isteri perlu keluar dari rumah untuk menunjukkan dia tidak campur urusan.

8. Jangan keliru saya tidak membela Rosmah dan Najib tetapi penentangan saya terhadap Rosmah dan Najib lama bermula semenjak sebelum Najib menjadi PM lagi, tetapi jika dilayan isu dimunculkan bekas timbalan pengarah cawangan khas ini maka rakyat akan diperbodohkan. Dia melawan hanya kerana kepentingan dia terjejas.

9. Paling lucu ialah ialah apabila Bekas Timbalan Cawangan Khas ini bercakap soal kononya Cawangan Khas menjadi alat politik. Adakah dia tidak tahu, itulah yang ramai termasuk SAMM perjuangkan selama ini iaitu sebahagian besar buget PDRM diperuntukkan kepada Cawangan Khas dan ia adalah pembaziran kerana Cawangan Khas hanya membuat kerja politik. Adakah dia lupa kerja cawangan khas memantau program - program politik dan pergerakan pemimpin politik khususnya pembangkang dan mempersiapkan laporan untuk 'pihak atasan' ? Bukankah Cawangan Khas terlibat kerja sabotaj politik dan lain lain selama ini. Sememangnya Cawangan Khas itu Cawangan 'menjaga politik regim', malah lantikan dia sendiri melalui endorsement politik. Dalam hal dia ini saya berdoa janganlah ada pemimpin pembangkang muncul membela dan mengherokan dia. Jika tidak maka pasti akhirnya kita akan jadi lelucon sejarah.

10. Cuma media progresif dan pro pembangkang memberi ruang seolah dia ini hero, ingatlah jangan lupa kalau pertembungan Mahathir - Najib ini selesai dan kemenangan dipihak kem Mahathir dia akan menjadi Pengarah Cawangan Khas maka dalam sistem 'korup' yang sama dia akan melakukan seribu satu kerja menindas pembangkang. Ketika itu rakyat lupa dia ialah Cawangan Khas alat politik regim kerana rakyat terakam betapa heronya dia berani melawan Najib.

11. Sepatutnya ketika ini pemimpin pembangkang muncul mendesak perubahan dan reformasi dalam sistem polis. Contohnya desak kalau benar dia ni telah taubat dan pro rakyat minta dia 'endorse' dan sokong IPMC. Rombak sistem lantikan jawatan dalam PDRM khususnya pimpinan atasanya perlu berasaskan sistem lebih bebas dari campur tangan politik supaya institusi PDRM itu sendiri akan bebas dan bertanggungjawab kepada rakyat.

12. Inilah antara intipati kempen #sudahlahMahathir iaitu menukar individu tidak menyelesaikan masalah tetapi perubahan perlu dengan menukar sistem yang gagal hari ini. Namun bila SAMM menggerakankan kempen #sudahlahMahathir dengan menerangkan kepada rakyat mengenai perubahan sistem, rakyat mula menerima tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang yang menuduh kami sokong Najib. Kami cuma senyum mengenangkan senteng sangat pemikiran mereka ini. Mahathirlah punca kecelaruan sistem dalam negara dia watak utama merosakkan semua sistem demi kelansungan politiknya.

13. Isu SPRM dan PDRM ini disebut dengan jelas dalam #blueprint Jalur Negara Perubahan (1) yang bakal diterbitkan oleh SAMM. Buku ini hasil bengkel berikutan usul Rapat SAMM baru baru ini yang perlunya menggariskan dengan jelas apa dia negara perubahan jika tidak rakyat akan terkeliru perubahan dengan hanya menukar individu mahupun parti pemerintah sahaja.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM